Showing posts with label Roommate. Show all posts
Showing posts with label Roommate. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Tuanku Anizz : memasak

First sekali,
nak wish :








21-11-2011,
My Dad punya birthday!
Harap-harap my Dad tak bawa
Darwisha celebrate birthday dekat
KFC, McDonald, Pizza, etc...
(jealous)





Ok,
berbalik kepada topik,
Ahad yang lepas,
aku dengan Nora (roommate)
memasak di dalam bilik!!!





Biasalah~
Kami ni still student lagi~
Mana mampu nak makan luar
setiap masa.
(sebenarnya malas nak naik and turun tangga)





Nora ada beli kuali, etc,
so, kami pun masak lah untuk dinner.




Bagi sesiapa yang baru mengenali
Beta, iaitu Tuanku Anizz,
aku ni memang tak suka memasak.
Tak suka tak bermakna tak reti, ok?




Aku buat roti telur and telur goreng.
Nora pula buat mee goreng segera.
Bunyi macam kelakar,
tapi, Nora punya mee goreng tu tahap advance.
Ada kentang, ikan bilis, bawang, dan cili.









Maaf,
tak sempat nak tangkap gambar
hasil air tangan Nora.
Dia dah habis kan dulu.





Aku punya roti telur?
Ada roti, dan ada telur.
So, roti telur.
















Ok,
secara jujurnya,
aku ingatkan aku terletak
banyak garam,
tapi, hakikatnya,
langsung tak ada rasa apa-apa..








Agak menyeksakan juga lah
nak menghabiskan semua ni...
Uuggghhhh.....








Sebenarnya aku nak update
pasal 'sexual harassment'.
Tapi, mouse aku rosak,
so, aku tak boleh melukis.




InsyaAllah,
esok aku akan siap melukis
untuk entry tersebut.
Agaknya lah kot.




Sebab,
aku agak busy this week.
Ada banyak test, presentation, assignment~




Agaknya,
Ahad ni, kepala aku boleh jadi
botak dengan semua ni.





P/S :
Ada sesiapa yang nak donate duit supaya aku boleh beli mouse baru? Anyone?

> And Thank you to Wawa sebab
bagi pinjam mouse~



_____________Anizz___________

Friday, March 4, 2011

Botox

Semalam pergi Unit Kesihatan, UiTM.
Teman Nora. (roommate).
Mata dia sakit, macam kena
gigit dengan serangga.
Habis mata and pipi dia bengkak,
and sekeliling mata dia bernanah.



Oleh kerana dia ni manja,
a.k.a mengada-ngada
tak nak pergi klinik sorang-sorang,
aku pun temanlah dia~



Kesian gila dengan Nora.
Dia susah nak senyum and gelak.
Sebab kulit muka dia tegang.
(bengkak).



Dia warning aku,
jangan buat lawak.
Sebab, nanti dia gelak.
Sakit.



Aku pun cakap lah :
"Kau jangan risau.. Aku kan pendiam.. Nanti kalau kita dah sampai Jusco,
and then ada orang tanya kenapa kau masam je, tak nak senyum or gelak,
aku cakap lah : 'Dia pakai botox'."



Hahahahahah.. (^0^)v
Kan dah dapat pangkat 'pandai'
dengan Nora.



Sekarang mata dia dah ok sikit.
Dah tak ada nanah kot.
Sebab malam tadi dia dah pakai ubat.



Sebagai rakan yang baik,
aku even dah cadangkan dia,
bagaimana mahu menjaga imej,
even mata dia dah bengkak.
Or, bagaimana dia boleh sorokkan
matanya yang bengkak itu daripada
penglihatan ramai.



Cadangan Anizz #1 : Sunglass



Tapi dia tak nak.
Dia cakap, tak kan lah
dia sorang je tiba-tiba pakai
sunglass pergi Jusco petang ni.
Nanti orang kata dia mengada-ngada.



Alah,
aku tak rasa yang orang akan
cakap dia macam tu.
Kalau dia pakai sunglass sambil
buat muka macam tu,
mesti orang kata dia ada style.



Plus,
Nora kan tak boleh senyum and gelak,
sebab muka dia sakit (tegang sebab bengkak).
Nanti mesti semua orang akan ingat yang
dia ni cool.
Hahahaha... muka botox. (^0^)v



Anizz,
tak baik cakap macam tu...
Botox kan haram~


Cadangan Anizz #2 : Eye-patch


Seriously,
Nora gila punya tak setuju
bila aku cadangkan dia pakai eye-patch.
Nanti ada orang ingat dia ni gangster or lanun.



Ceh.
Cuba lah try pakai eye-patch sambil
buat muka macam dalam gambar tu.
Confirm semua orang akan fikir yang
itu adalah trend zaman sekarang.



Confidence, Nora.
Confidence!
Sebagaimana kau confidence
dengan jawapan kau : 4 x 4 = 20!
Ya, dia memang confidence betul
dengan jawapannya itu.
Muka aku masa tu : (o.0) .... (blur)


Nora ni memang lemah sikit bab
mencongak sifir.
Aku selalu usik dia.



One day,
kami (Aku, Nora and A'an) berbincang
tentang soal confidence.
A'an (roommate) beritahu aku yang dia
tersalah buat calculations.
Dia terbuat : 4 x 4 = 18.



Lepas tu,
Nora pun gelak gila-gila :


Nora : Hahahahahah... apalah kau ni A'an.. 4 x 4 = 20.

Aku : ......... (terkesima)

A'an : ......... (terkesima)



Aku : Nora, 4 x 4 = 16 lah.

Nora : Eh. Kejap. (kira dalam hati 4 x 1, 4 x 2, 4 x 3) Ha'ah! 16 lah. Aku tersalah. Isshh... aku tau lah aku lemah bab-bab mencongak ni.



Aku : Tak apa Nora! Yang penting kau confidence! Aku pun tadi macam hampir percaya yang 4 x 4 = 20! (jaga hati dia)



Cadangan Anizz #3 : Goggles


Hmm...
Kalau pakai goggles untuk
cover mata dia yang bengkak pun ok.
Kan? Kan? Kan?
Bayangkan,
sambil shopping, pakai goggles.
Fu-wah~ (^ 0 ^)




________________Anizz________________

Wednesday, February 23, 2011

Cerita hantu PART 1

Hahahhaah~
Sebenarnya aku bukan
nak cerita pasal 'cerita hantu'
yang sebenar, ok?



Tadi,
sementara menunggu file
yang sedang aku download
ni siap,
aku pun menghabiskan masa
dengan menonton movie cerita hantu
yang sudah lama berada di dalam
laptop aku, tapi aku tak ada
masa dan keberanian untuk tengok
sorang-sorang.



Oh ye,
mesti anda tertanya-tanya,
file apakah yang aku sedang
download itu. kan?
Aku download nota lah~
Dulu dah download, tapi terlupa
nak ambil from my mom's laptop.
So, kena lah download semula.



Wireless dekat sini pula agak slow,
nak buka student portal pun
punyalah lama.
Kalau aku pengsan pun belum
tentu dah siap.
Grrrrr.........



So,
aku pun tengok lah Horror movie.
Sebab, kalau aku tengok movie
yang romantic comedy,
aku confirm akan tengok
sampai habis.



Lebih baik aku tengok Horror movie,
sebab, baru 3 minit start,
aku dah tutup balik movie tu.
Hahahahahha~





Tajuk movie tu; Stay Alive..
Cerita pasal, kalau kita main
satu game ni, and then character
kita mati dalam game tu,
kita akan mati sebagaimana
character kita mati.



Contohnya,
kalau character anda mati kena
langgar basikal roda tiga,
anda pun akan mati kena
langgar dengan basikal roda tiga
selepas anda tutup game tu.
Haahhahahaha~



Bila kita nak tengok movie,
kita mestilah kena cari teman yang
suka tengok movie tu.



Aku ada pelbagai jenis kawan
yang mempunyai pelbagai reaksi
bila kami tengok movie sama-sama.




_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Situasi # 1 : Movie Title : Final Destination, (Horror)


Short Summary :
Cerita ini mengisahkan orang yang
boleh nampak keadaan dia dan
rakan-rakannya mati dalam satu kejadian.



Walaupun dia berjaya selamatkan
kawan-kawannya itu daripada kematian,
mereka semua tetap akan mati
mengikut turutan.
(Macam berpantun pulak aku ni~)



Kawan A : Apa punya ceritalah ni. Mana ada orang mati macam tu.
Tak logik betul. Bla.. Bla.. Bla... (Bercakap tentang fakta)



Note :
Ya, inilah kawan aku. Sentiasa bercakap tentang fakta.
Even kalau kami tengok cerita rattatouille (Disney movie),
pun reaksi dia adalah ;


Kawan A : Apa punya cerita lah ni. Mana ada tikus boleh masak.
Tak logik betul! Tikus tu dah la kotor. Bla..bla.. bla.. (Bercakap tentang fakta)


See? Macam orang tua. Hahahahhah~





_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Situasi # 2 : Movie Title : In the Middle, (Horror, Comedy)


Short Summary :
Aku terlupa lah tajuk dia.
Tapi cerita ni mengisahkan tentang
4 orang bestfriend (lelaki) pergi camping.
Seorang kawan dia hilang di sungai selepas
mereka semua hampir lemas semasa
membuat aktiviti water rafting.



Kata orang,
siapa yang tidur di tengah-tengah,
malam tu, hantu mesti datang and
kacau or bunuh dia dulu.



Oleh kerana mereka tinggal bertiga,
mereka pun takutlah kot-kot
kawan mereka yang hilang tu
dah jadi hantu, and datang semula
untuk mengacau mereka.



So,
solution mereka ialah,
mereka tidur secara .....
(tengok sendiri cerita tu)



Cerita ni best.
Tengok lah.
Aku malas nak cerita sampai habis.
Tapi, beginilah reaksi kawan aku ;



Kawan B : Anizz.. jom lah tidur bawah dengan kami..
aku tak nak tidur tengah... nanti hantu datang kacau aku...
kalau kau tidur bawah, kita dah jadi 4 orang...



Note : He'elleh minah ni~ masa tengok tadi,
beria ejek aku sebab aku asyik tutup mata je.
Hahhahahaah~


_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-



Aku?


___________________To be continued___________________

Saturday, December 11, 2010

Entry menghargai Kak Cici Part 1

In case dia tak makan dengan
pujukan ku di bahagian Part 1,
aku akan tulis pula di bahagian Part 2.
Heeee~

(Gambar dari facebook beliau. Heee~)

Kak Cici
.
Nama sebenar,
errr... Syikin Mohamad, kot...
Dia tak pernah pulak tunjuk IC dekat aku.


Masa first time aku jumpa dia,
masa tu aku part 4.
Aku baru tukar bilik.
Daripada dapat bilik di tingkat 3,
aku terus dapat bilik dekat
ground floor.


Aku orang 2nd yang sampai ke
bilik tu.
Masa tu Kak Cici tengah buat
'something' dekat almari dia.


Then,
dia cakap 'something' dengan aku.
(aku lupa),
Dia bagi aku kunci bilik,
lepas tu dia pun keluar dari bilik tu.


Masa tu,
first impression aku
dekat kakak tu ialah :
"Wah.. garangnye muka dia. Macam manalah aku nak hidup dekat sini?"


Semua member aku takut
nak datang bilik aku semester tu.
Aku lagi lah!
Bilik aku pulak tu!
Kalau aku takut nak pergi bilik aku,
aku nak duduk mana?


Lepas tu,
aku ada seorang kawan.
Nama dia Ayu.
Dia cakap :
"Roommate kau Kak Cici, eh? Bestnya kau dapat Kak Cici.."


Masa tu aku dah fikir,
"Jom tukar bilik dengan aku..."


Dalam bilik tu ada 4 orang.
Part 6 : Kak Cici
Part 5 : Kak Pia
Part 4 : Aku
Part 2 : Atiq


Setelah duduk lama-lama
dalam bilik,
aku mula bertukar impression dengan
Kak Cici.


Kak Cici ni,
muka je nampak garang.
Kalau tengok orang,
macam tengok dengan pandangan :
"Apa? Kau ada masalah dengan aku ke?"


Tapi,
sebenarnya,
dia seorang yang sangat fun,
gila-gila, suka jalan-jalan time
tension dengan exam dia,
suka makan tempe goreng dekat gerai mamak.
(hahahahha~)


Bila aku ajak member aku
datang bilik aku,
mereka tetap dengan :
"Tak nak lah.. Aku tak berani.. Kakak bilik kau garang."


Then aku pun cakap :
"Seriously, dia tak garang. Dia kelakar orangnya."


Tetapi,
aku rasa,
member aku jarang yang
datang sampai masuk bilik aku.
Semuanya masih takut dengan Kak Cici.


Bila di fikirkan balik,
kalau kita tengok orang yang kita
tak kenal,
tak kan lah tiba-tiba kita buat muka :
"Hai, marilah kawan dengan aku. Aku fun! fun! fun! fun!"
Menakutkan, kan?


Yang paling aku ingat ialah,
setiap petang,
after balik kelas,
kami semua makan beramai-ramai
sambil tengok cerita Exploration Human Body.
Bunyi macam nerd kan?


Tapi,
cerita ini banyak mengajar kita
tentang tubuh badan manusia,
dan kemampuannya.
(ok, macam nerd.)


Dan yang menjadi highlightnya ialah,
ia adalah mengexplore body anggota kumpulan
Super Junior.
Sekumpulan lelaki Korea yang agak Hot.
Hahhahaha~
(Ok, bunyi macam orang gatal)


Kami tengok cerita tu
sebab cerita tu sangat funny,
lagipun,
kalau makan tanpa tengok movie
tak fun!


Anyway,
Semester ke-empat aku di UiTM adalah
semester ter-best aku!
Roommate aku semuanya best,
lepastu takde kokurikulum pulak tu~


Sorry Kak Cici... I love you too~ blogger-emoticon.blogspot.com


____________________________________________________

Thursday, December 9, 2010

Tergempar! Tergempar!

Aku ada masalah terbesar!
Aku....
Aku.....
Aku tak tahu nak tulis apa
untuk post kali ni.,


Adakah aku tidak fun lagi?
NOOoooooo~


Title : Edvard Munch's The Scream by Edvard Munch


Aku rasa,
antara sebab aku tak ada ilham
untuk menulis blog ialah,
my father suruh aku masak nasi
and buat sambal kicap.


Aku memang hebat buat
sambal kicap.
Tu my parents cakap lah.
Biasa lah,
kalau nak suruh orang buat kerja,
mestilah kena puji sikit~


Lauk-lauk semuanya
my mom masak kat Bakery.
Everyday kami macam tu.
Aku masak nasi kat rumah,
my mom masak lauk kat Bakery.
Then,
kami lunch dekat Bakery je.


Oh yeah,
thank you kepada readers yang
read my blog semalam.
Aku tengok,
ada 200++ yang read blog aku
semalam.


Ke aku sorang je yang baca
sambil klik refresh button
supaya angka tu naik?
Haahahah~


Thanks 'N',
dia sorang je yang simpati dengan
nasib earphone aku yang kena
gigit dengan tikus.


But 'N',
I still don't know your gender yet,
so,
aku tak boleh lah main
cakap "I Love you" dekat dia
sebagaimana aku cakap "I Love you"
dekat semua orang except Kak Cici.
(ex-YDP bilik aku)
Hahahahahha~


Anyway,
Baru lepas baca blog my
best friend, Dila. (klik disini)


Cis!
Aku betul-betul nak tahu
apa sambungan kisah hidupnya itu.
Dila, cepatlah buat sambungan kisah cinta mu tu~


Aku suka dengar Dila cerita.
Everything yang dia cerita, mesti best!
Dia ni memang pandai bersastera.


Contoh terhebat yang
aku ambil dari blog dia :

****************************************************************

Sirenility : Didalam sendu yang teramat, ku lihat senja yang berlabuh..

****************************************************************


Wow! kan? kan? kan?
Aku?
Aku mana reti semua tu..
Even perkataan 'sendu' tu
pun aku tak tahu maksud dia.


Adakah 'sedu' (hiccup)?,
or mungkin 'sendu' tu maksudnya
sedih macam 'menangis tersedu-sedan'.
(betul ke aku eja ni?)


Have a Nice Day ~~

_____________________________________


Thursday, October 21, 2010

Birthday♥~

Birthday adalah satu perkara
yang mesti kita kena ingat.
Lebih-lebih lagi kalau itu
birthday sumber kewangan kita.
Contoh : Parents, boss, atok n nenek.


Tapi,
aku tak faham.
Dalam banyak-banyak
manusia,
ada juga manusia yang tak
ingat birthday orang lain.
Inilah dia manusia yang
aku patut jauhi!!


Sekarang bulan Oktober.
Masa aku sekolah dulu,
jarang ada member yang
lahir bulan Oktober.


Tapi,
bila dah masuk Universiti,
aku jumpa ramai orang yang
lahir bulan Oktober.


Plus,
they're all my friends!!
Hari ini merupakan
Hari Lahir Nuradila Bt Safie.



(Dila, AniZz, Pika)


She's my best friend.
Seriously,
aku tak pernah jumpa
orang yang sebaik dia.


Pada pandangan aku,
Dila merupakan seorang gadis
yang hanya wujud dalam dunia novel.


Dia ni punyalah SUPER baik hati,
SUPER modest,
SUPER funny,
SUPER penyabar~


Dia ni seorang yang
akan mendahulukan
orang lain.


Aku cakap betul ni.
Pernah ke aku puji orang
dalam blog aku??


Bukan senang nak tulis
seseorang tu SUPER baik hati
selain aku, tau!


Kalau aku jadi lelaki,
CONFIRM aku ngorat dia.
Bila aku nampak dia lalu depan
aku je,
aku akan cakap;
"Peeeewwwwwwiiiittttt, Cik adik manniieeess"
(baca dalam slang Indian)


HAPPY BIRTHDAY, DILA!!

******************************************************

Hurmmm...
Masa aku semester 1 di UiTM,
Another friends of mine
yang lahir bulan Oktober ialah
Farahain.


Aku ingat lagi,
masa first semester,
kami pelajar freshie akan dipanggil
ke Hall untuk diberi taklimat
peperiksaan.


That time,
lecturer tu cakap,
"Kalau ada sesiapa yang demam campak, anda kena......"


Aku pun pandang kawan aku,
and cakap;
"Elleh, sape pulak yang kena demam campak masa Final nanti."


And,
Ta-Dah~
Aku lah orangnya yang kena demam campak tu.
Masa tu aku ada Final last paper 10 hari lagi.


So,
my mom pun suruh lah aku
tinggal dekat rumah atok aku.
Serious sedih.


Masa dekat rumah Atok,
aku dapat MMS dari Dila and Farahain.
Mereka hantar gambar kek dekat aku.
Kononnya nak celebrate birthday
kami bertiga serentak sebab
masing-masing lahir bulan sepuluh.


Apakah?!
Sampai hati mereka mengguris
hati krystal ku ini.


Tapi,
benefit yang aku dapat dari
penyakit Demam Campak ni ialah,
aku menjadi semakin berani.


Dulu,
kalau waktu malam,
aku takut nak pergi toilet sorang-sorang.
Tapi,
masa dekat rumah atok aku,
aku siap fikir;
"Alah, hantu pun takut tengok muka aku."


*******************
Kepada kawan-kawanku yang lahir
bukan bulan Oktober,
jangan bersedih.


Aku dapat tahu yang
orang lahir bulan Oktober ni seorang
yang cantik dan mempersonakan.
Miiioooowwwww~


So,
kawan-kawan yang tidak
lahir pada bulan Oktober ini,
anda tetap cantik dan memp`ersonakan
di mata aku.
Tak tahulah pula pada mata orang lain.


Entry ini khas untuk Nuradila Safie
yang pernah mengugut aku
untuk menulis entry pasal dia.


Nah,
amek kau.
Khas untuk kau sorang.
Aku siap puji lagi tu.


Kepada Taqim yang juga
pernah mengugut aku untuk tulis
pasal dia dekat dalam blog aku,
nanti-nantilah..
Tunggu birthday kau nanti~


____________________________________________

Wednesday, March 24, 2010

AniZz...

Emm..
Nak cerita apa plak,eh untuk post kali ni??



Sepanjang minggu ni,
hidup aku berubah sama sekali.



Masuk hari ni,
dah 7 hari aku tak makan nasi.

Wow!!



Makan pun sekali sehari.

Super Wow!



"Mesti Anis dah kurus, kan?"



Jawapannya : Tak.



Why?
Sebab aku tidur, tidur, dan tidur.
Bangun untuk pergi class, study, sembahyang and mandi je..
Oh, termasuk lah bersocial.



Sebut pasal bersocial,
Ex-Roommate ku, Pika,
Giler social~



Dah 2 malam tak balik bilik..
Sahabat ku yang dari Indonesia tu
bukan main sedih dia..



Yela,
kesian dia dapat roommate yang social macam tu..



Oh ye.
Aku, Dila ngan Pika kena pakai sun glasses skang.
Sebab kami punya video dah masuk blog Diyana!!



Video apa?
Video Pemberita berkepala tiga.
(Saja je tak nak buat link. Nanti bertambah popular plak)



You know what?
Laptop ku dah siap di repaired!!!!!!
YahooooooooOO~~~






Semalam aku gaduh (yeke?) ngan rum8 aku..


Ceritanya bermula semasa aku malas nak ambil mangkuk
di rak pinggan (dalam bilik)


AniZz : "Ain, bangun kejap."

Ain : "Ala, Ain takkan tertipu lagi."

Ciss. Tak de idea nak kenakan dia lagi.
Hari tu aku ada buat camtu kat dia. (2 kali plak tu)





**** ******* flash back ************************

AniZz : "Ain, bangun kejap."

Ain : "Kenapa?"

AniZz : "Tak de.. Akak ada nampak *tuuttt cicak kat tempat ko duduk tadi."

Ain : "haa???!!" (terus bangun.)

AniZz : "Ha, bagus. Alang-alang ko dah bangun tu, tolong ambilkan air atas meja akak. hee~"

************ End of Flash Back ***************





AniZz : "Kau dekat, kau la yang ambil."

Ain : -mengengsot menjauhi rak-

AniZz : "Ok, sape paling jauh, dia yang ambil."

Ain : "Mane aci.."

*****suasana sepi******





AniZz : "Ok, kalau akak ambil, akak tak nak cakap dengan kau dalam masa 5 minit"

Ain : "10 minit pun tak pe, kak."





Aku pun bangun mengambil mangkuk.
Lepas kunci jam untuk 10 minit,
aku pun diam je lah sambil makan rojak yang dibeli As.


Sape plak nak makan Tauhu ni?
Aku ngan Ekin (roommate) tak suka makan tauhu.
Selama ni Ain je lah yang makan..
Tapi,
Aku tak boleh cakap dengan dia dalam masa 10 minit ni.





*bunyi Alarm*

As : "ha, dah boleh cakap dengan Ain."

Ain : "Tak cakap 1 jam pun takpe."

Okay!
Aku pun kunci jam untuk 1 jam.

Ain : "Tak cakap 10 jam pun tak pe."

Oh yeah??
Ini bermakna aku takkan cakap ngan dia sampai pukul 7 pagi esok.
Tak kisah~~






AniZz : "Ekin, ko tanya rum8 kau yang lagi sorang tu, dia nak tauhu ke tak."

Ekin : "Apsal aku plak? Cakap lah dengan dia sendiri. Ha, Ain, Kak AniZz tanya, nak tauhu tak?"


Ain pun terus makan tauhu tu dengan Ekin.
Aku pun bangun untuk pergi bilik kawan aku.






Ekin : "bye Anis."

Ain : "Nampak sangat Kak Ekin nak halau Kak Anis."

Ekin : "Eh, bukan, ko nak pergi bilik member kau, kan?"

AniZz: "Ha'ah" (cis Ain, sebenarnya kau yang nak aku pergi kan??)





Aku pun keluar.
Ekin dengan As dah tergelak-gelak tengok kitorang berdua punya ego.

AniZz : "Aku pergi dulu. Oh ye, aku tak tutup pintu. bye"
(Saje nak suruh Ain tutup pintu)





Diorang pun gelak la apa lagi.
Hahaha~
Kelakar betul.
Benda ni berlarutan hingga kini.

Sebenarnya,
kitorang bukan gaduh betul-betul.
Still tersengih-sengih lagi.
Saje je nak ego2 nie..


************************************************


Sunday, December 20, 2009

Sway~

Ooohhh~~


Rindunyer kat akak-akak Campus aku..
(saje kecilkan tulisan..)


Kak Pia.. Kak Shida.. Kak ape,ek??
Nama dia can ade huruf 'C'..
Pastu plak,
nama dia cam nama kucing kat kolej aku..


Haa! Dah ingat!!
Kak Cici, Kak Atiq, Kak Fiza, Kak +++
(nie semua untuk meramaikan akak-akak kat dlm blog aku)


Next sem dah xdpt jumpa Kak Pia ngan Kak Shida..
My two best sisters in Segamat.


Kak Pia,
Characteristic dia;

Nama : Alfiah
Umur : 21thn
D.O.B : err.. dah lupa..
Perwatakan : Baik, mudah ketawa.

memory :
1) Kalau kitorang buat lawak dekat Kak Pia,
mesti dia akan cakap;
"Weh, dah la tu, nak ter***cing aku!"

2) Kalau ada something funny,
dia akan ulang ayat tu sampai bila-bila!

3) Kalau ada sorang nie *mengarut sikit,
dia akan sambung berjela-jela
sampai kitorang kena suruh dia stop.

4) Asal dia balik rumah je,
mesti dia akan bawa Pisang Goreng Wak Tar.
(Ex-Boss tempat dia kerja)

5) Gaya dia tidur.. Pergghh..
Aku ingat dah tak wujud orang tidur camtu.
YDP Bilik aku yang dulu a.k.a Kak Cici
slalu tangkap gambar Kak Pia time tidur.

6) Paling scary bila dia tengah marah,
sebab, dia nie jarang marah.
kalau dia marah, mesti keluar perkataan
yang kita belum pernah jumpa dalam kamus.
(tipu..tipu..)

7) Wataknya sebagai Kambing didalam bilik.
Kalau korang nampak dia cam dah mandi,
maksudnya, dia belum mandi lagi tu.
Vice Versa.


Kak Shida,
Characteristic dia ;

Nama : Shahida? Shida?
Umur : 21thn
D.O.B : err.. lupa jugak..
Perwatakan : Baik, perfectionist.

Memory :
1) Takde banyak sangat memory tentang dia.
sebab, kitorang lain bilik.
tapi, dia selalu datang bilik aku,
sebab, dia bestfriend Kak Pia.

2) Orangnya sweet, pembersih, tegas,
dan yang penting, dia banyak ajar aku
cakap Negeri 9.

3) Dia memang pandai and rajin!
Aku ingat lagi, setiap kali aku study and
tak paham soalan, aku mesti datang bilik dia.
(saje nak tekan kan yang aku nie slalu study)

4) Ha, dia slalu datang bilik aku
sebab nak duit kutu.
(ahli : Kak Pia, Pika, Ayu, Atiq, Fidot.. aku tak.)


Kak Cici plak..
Esok je lah aku sambung.
Dia punya bad characteristic panjang berjela..
Tak larat aku nak taip.


Monday, November 16, 2009

terrorist


Help! Help!


Please Help my friend!!
Hehhehhhehhhe....


saje jer nk wt gimmic.
Ari nie aku nk upload gmbr kkk2 ksyangan (xder la syg sgt.)


Gmbr nie di ambil b4 aku blek cuti sem.



Kak Pia dlm almari aku.
P/S : dia tak mandi lagi.



Kak Pia
ngan Kak Shida kat almari aku n Pika.

Monday, October 19, 2009

Roommateku hilang!!!

Heeellllppppp!!!

Roommateku hilang!!

Nama mereka : Alfiah a.k.a kambing (DBST/06)
: Pika a.k.a Orang Utan (DIB / 05)

Diorang hilang semenjak 17th October 2009.

Difahamkan diorang lupa jalan nak balik ke UiTM Segamat!!

Kali terakhir dilihat ialah semenjak birthdayku yang ke 20.

Tujuan mereka pulang adalah untuk menyambut perayaan Deepavali.
(pentingkan Deepavali daripada roommate mereka sendiri)

Friday, September 4, 2009

B'gaduh dgn Laptop sndiri

Cm *tuuutttt jer laptop aku nie..

Begini crite nyer..

Pada suatu hari, sedang si Merak (aku) bersuka ria dengan kotak ajaibnya (laptop),

Tiba2 kayu cengkerang a.k.a coral (nset) nye b'bunyi.

"Oh, sudah purnama (huh?) rupanya (pukul 9.15 pg).. Hamba ader kelas bersama Nenek Kebayan (lecturer) pagi ini (purnama di pagi buta?)."

Lalu, si Merak mengambil perkakas mandinya dan segera ke tempat bersiram. Habis je bersiram, si merak cepat-cepat bersiap sedia memakai bulu meraknya (baju).

"Tuan hamba nak pergi mana?" Tanya si Merak kepada Orang Utan (pika rum8).

"Hamba ada backup test pagi ni." jawab Orang Utan dengan nadanya yang bergetar2.

*ttrrrrrrrrr...tttrrrrrrrr... (cengkerang Si Merak bergetar)

Si Merak segera membaca mesej yang terpapar di kulit cengkerangnya.

____________________________________________________________________

Salam. Kelas pagi ini dibatalkan kerana Nenek Kebayan kurang sihat dan sakit tekak.

Please Inform to your friend.

____________________________________________________________________

"What the 'H'! Buat penat hamba je bersiram di pagi buta!" Si Merak mencampak kan cengkerangnya PERLAHAN-LAHAN ke atas meja kayunya.

"Wah, seronok lah tuan hamba." Orang Utan memuji (huh?) roommatenya, si Merak.

Si Merak dengan blushing2 nya berkata, "Oh, sahabatku Orang Utan, tidak baik tuan hamba berkata begitu. Sesungguhnya sangat berdebarnya hatiku ini memikirkan kesihatan nenek kebayan hamba. Adakah beliau sihat sekarang? Oh, risaunya, sehinggakan hamba tidak lalu untuk makan lunch hari ini." (Note : Merak berkata sambil berlagak cam orang berlakon theater. Dan, Si Merak sebenarnya berpuasa)

"Wahai si Merak, sungguh mulia hatimu ini. Oh, hamba sungguh bangga mempunyai sahabat seperti mu ini."

****meanwhile****

"Eh, si kambing. tuan hamba mahu kemana?" Tanya si Merak kepada seniornya, si kambing (k.Pia)

"Oh, hamba tidak sihat, hamba ingin melawat (huh?) rumah sakit."

"Aduhh.. Kasihannya senior ku ini.. Mari, biar hamba pimpin tangan mu kerumah sakit yang terletak lebih 1 km dari tempat kita berempat beradu iaitu, hamba si merak, Orang Utan, Kambing dan Lembu (Atiq)."

"Oh, juniorku, si Merak. Mulia sungguh hatimu ini.. Hamba sangat bangga denganmu, wahai si Merak."

Si Merak dengan blushing2 nya berkata, "Oh, seniorku, si kambing.. Hamba tidak layak untuk menerima pujian dari tuan hamba. Sesungguhnya, sudah lumrah kejadian, hamba memang suka membantu orang yang lemah"

***After that****

Si Kambing pergi kerumah sakit seorang diri. Apa yang terjadi kepada si kambing yang mengembara di luar sana? ha, itu yang kita tak tau.

Kelihatan si Merak sibuk membuka kotak ajaibnya (laptop). Hampir 15 minit menunggu, Suhu badan si Merak mula naik. "Oh, lembab sungguh kotak ajaibku ini.".

Ingin sahaja si Merak menjerit, "What the 'H'! Apsal kau lmbab sangat hari ni?!", tapi oleh kerana sikapnya yang sopan, lemah lembut dan baik hati, si merak hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba, muncul pop-up. Saya ingin terjemahkan kerana dia menggunakan bahasa orang asli. Tapi, bagi anda yang faham bahasa ini, baguslah. Katanya:

_________________________________________________________________

'Kotak ajaibmuk inik sudah habis tempoh pengawalannyak. Kamuk kena verify anti-virusnyak.

Klik disinik."

_________________________________________________________________

Si merak pun click 'di sinik'. Disini, tertera pula mesej yang menggunakan bahasa ungka. Bagi sesiapa yang faham bahasa ungka, baguslah. Katanya:

_________________________________________________________________

"kamuuuunggg Ingin mengupdatekan anti virus kamuuuunnnggg untuk tahuuunnnngggg ini? Bayar 98 Dollar (matawang ungka) dan dapatkan anti virus yang terkini."

_________________________________________________________________

"Tidak guna betul ungka zaman sekarang ini. Termasuklah ungka yang menjualkan kotak ajaib ini kepada hamba" kata si merak separuh marah. Akhirnya, si Merak mengabaikan sahaja mesej2 daripada orang asli dan ungka tersebut.

"Takpe, nanti hamba hantar kotak ajaib hamba di kedai kotak ajaib (CC) yang terletak lebih 300m dari tempat kami berempat beradu iaitu hamba si merak (aku), si kambing (k.Pia), Orang Utan (Pika) dan si lembu (Atiq).


THE END

* Cter di atas menggunakan bahasa baku dan bahasa berbunga yang melampau. Huhuhu..

* Watak2 di atas adalah berdasarkan keizinan mereka sendiri.

* Kebaikan si Merak memang benar. Takde tipu2. xp

Kotak ajaib Merak yang lembab


Thursday, September 3, 2009

Gadis (huh?) Perasan..

Hurmm...

Aku dah bace blog dia.
Nie aku copy from blog dia.
___________________________________________________________________
"aku sebenarnye malas nak serang-serang orang nie. (ececece)
tapi memandang orang tu sgt addict dgn aku. (wah !)
sebab kat blog dye.
gile banyak nama aku kat tajuk entry dye."
___________________________________________________________________

Hurmm....
Aku tanye rum8 aku,
Bnyk sgt ke nme dia kt blog aku?
Diorang semua cakap "Takde lah.. Dia kan memang kuat perasan.."
(Nama orang yang cakap terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan beliau.)

Tapi, aku try to think positive.
Maybe dia terlampau rindu kan aku,
sampai nampak nama dia kat tajuk entry aku.

Dia kena tau yang bukan nama dia sorang *tuuttt
Nama kucing kat sini pun sama ngan dia.
Agaknye, kalo aku tulis tajuk entry Kiki Lala pun,
dia nampak cam *tuutt Lala.

Kak Pia
Kak Pia
Kak Pia
Kak Pia

Atiq
Atiq
Atiq
Atiq

Pika
Pika
Pika
Pika

Ayu
Ayu
Ayu
Ayu

Jelita (kucing)
Jelita (kucing)
Jelita (kucing)
Jelita (kucing)

*tuutt (kucing)
*tuutt (kucing)
*tuutt (kucing)
*tuutt (kucing)

*tuutt (kambing)
*tuutt (kambing)
*tuutt (kambing)
*tuutt (kambing)

P/S : *tuutt adalah nama dia yang kebetulan sama dengan binatang peliharaan tersebut

Aku tulis nama roommate2 aku sbb, nak bagi dia tau yang bukan nama dia sorang yang banyak kat entry aku.

Dah lah~ Aku merajuk..

Perlahan-lahan AniZz berjalan meninggalkan laptop nye..
Tiba-tiba, dia berpusing dan menghampiri laptopnya.
Lalu menaip, Bergurau Macam Sial!

THE END

Info: Selepas menaip, AniZz turun dari katilnya untuk membaca al-quran sebelum menunggu waktu Zohor.


Tuesday, September 1, 2009

B'mesej dengan K.Cici (Episode Power Rangers)

*Cough..Cough..Cough..
*sneeze..sneeze..
*sniff..sniff..

I'm not feeling well..
But the 'coughing' thing only happened yesterday.

Ahhh.. xder suara..
Ble aku cakap 'hye',
dah cam suara mak nyah.

What happened to my beautiful voice??
Tapi..
Berita yang lagi menyedihkan ialah...
Aku da ader suara balik!!!

Sedey~
Baru ingat nak g PENAWAR (klinik campus)
Kalau da ader suara,
mestila tak dapat cuti MC!

*sniff..sniff..
tekak aku sakit..
tapi suara perempuan ku ader lagi..
*sob..sob..

*tene net, tene net.. (bunyi mesej. yeke?)
Ohh.. mesej dari Kak Cici rupe nyer..
Dia nak ajak aku jadi ahli Power Rangers Color biru..
Sian dye.. Otak dah tak betul agaknyer..
Aku pun layan jer la pe dye ckp..

Aku ckp ler, aku xnk jd pwr rngers biru,
Aku nk jdi color merah (cz merah itu ketua)
And, soh pwr rngers merah tu tukar color pink.

aku tekn button 'send'.

message sending...

*tene net, tene net (bunyi mesej)
Oh, Kak Cici balas..
Dia cakap,
"Hallamak, banyak demand plak.
Biru jer yg xde,
Pink kau layan pulak"

Hurmm....
Mesej diteruskan..
aku ckp kt dia,
"xnak sudah..
bnyk lg offer bley dpt..
nie pn ader org nkk offer kte jd
wtk ultraman, action kmen (shin Chann)
Tp, klo K.Cici nk,
kte bley dptkn wtk dlm cter Tarzan untk K.Ci2,
even sebulat (nick name K.Cici.. dan dia suka kan nye)
mne pn org tu, dye still bley play watak
Gorilla."

Then, literally, aku ckp kte dye yg
dunia nie dah aman, Dinosour da b'zaman ppus.
n aku jgk ingatkn dye supaya makan ubat sakit otak.

message sending...

*tene net.. tene net..
K.cici balas mesej lagi.
Kli nie dye cakap
"Ala, Anis..
Relax sudah..
Take Care gak ko kt aku ye..
Bla..bla..bla.. (aku lupe dye cakap pe)
tpi, yg pnting dye kem slm kt roommate2
aku yang len n di akhiri dngan
Mmmmuaaahhh...

Nak terkorban aku...
Pandangan ku gelap..
Hari yang pada mulanya cerah,
semakin gelap (pukul 6.20 pgi)
Otak ku berpusing..
seperti terbayangkan mulut raksasa
mengelilingi aku sambil cakap
"mmuuaahhh.. mmmuuuuaaahhhh....
AniZz sayang... mmmuuuaaahhh..."

Ohh... dunia nie memang memerlukan
Power Rangers..
Dan aku kmudian bertukar menjadi
Power Rangers Color Merah. (nak merah gak!)
Jge kau raksasa sedut lemak pipi..

*Info: Raksasa sedut lemak pipi selalu
muncul ble dia ader kredit nak kacau manusia innocent.
(cm aku)

Dye dkenali sebagai raksasa sedut lemak pipi
kerana tabiatnye yang suka menyedut lemak pipinya.

Raksasa nie sangat dangerous!

Currently, habitat dye dah dkenal pasti iaitu di Puncak Perd
ana.
Jdi, kpada manusia2 yang berada di sana,
Jaga lemak pipi anda.
Ingatlah orang yang tersayang.

*ha, tengok, otak aku da mereng ble ckp ngn K.Cici tadi. * Tpi, symptom otak berpusing, pandangan gelap tu slalu t'jadi ble aku ader clz pgi kol 8. * Symptom mulut rksasa tu, pn slalu t'jdi ble K.Cici bg msg Mmmmuuuahhh or AniZz sayang..

P/S: Atiq (rum8), ble kau nak balik??
Ingat masa depan..
Ingat mak ayah.. (Ayat Kak Cici ble dia nk so
h org bngun tdo)

*Hari nie Bestfriend aku, Nor (Norliyana Bt Sabli. perrggghhh.. ingt gler aku nme dye)
Call. Happy Birthday, Nor! Thank you for calling!


Banyak nyer org nk join kalahkan Raksasa sedut Lemak Pipi

Saturday, August 29, 2009

Kak Cici, kte surrender!

Ok, dibulan yang mulia nie, aku nak mohon maaf kat akak nie.
ala, yang sedut lemak pipi tu~
Emm.. aku xtau nak mintak maaf pe cz aku xb'salah.. (dye yg start dlu)
Oppss.. dah bukak pose, jap g sambung balik...

10 jm kmudian..
Lupe plak aku ngah tulis blog td.. (hahahaha)

Oh sunyi...
Aku sorg jer yg xblek dis week..
Rum8 aku smuenye blek...
Tinggal ler ak sngsorg kt snie... (seb baek ader wingmate yg xblek)

Ooo.. pasal Kak Cici plak,
dye mmg ske carik psl ngn aku..
Tp xper lah..
Biar le aku yang mengalah. (baik kn aku nie? Da la baik, sopan plak tu)

Aa, ari tu Kak Fiza (akak cun) datang..
Dye kte Kak Ija (akak cun gak) datang around next week.
Hurmm... Kak Cici (akak errr...sorry.. bulan puasa tak baik menipu. Cukup ler dua kali kte mnipu tadi) datang sekali ke?
Kalau datang baguslah.. (kot)
Kak Pia (rum8) cam rindu jer ngan Kak Cici..
Atiq (rum8) plak, ntah lah.. nak kte rndu, x jugak..

K, Slamat Berpuasa Bg Orang yg BerPuasa!!

Sunday, August 23, 2009

K.Cici -vavichi?


opppss...
bkn VAVIchi, tpi Davinchi..

Aku ckup xpuas ati org tua seko nie...
gram tol aku...

Boring tgk gmbr nie? (huh, bru korg tau prasaan aku tgk muke dye tiap hari..)
Nie aku ader post sumthing yg aku copy dri blog dyer.
Aku xske r cmnie~ dye asyik puji aku jer... Klo skali skale xper..
Nie, dlm blog pn nk puji aku~ Plz read this: (sori, dye mmg ske wt sajak)


Oh AniZz.. rndunya akak kt kau...
Ble akak tengok American Next Top Model,
akak Teringatkan kau.....
Ble akak tengok Miss Universe...
akak Teringatkan kau....
Ble akak tengok orang bantu nenek tua melintas,
akak teringatkan kau..
Ble akak tngok rum8 akak ngaji,
akak teringatkan kau..
Ble akak tengok org study,
akak teringatkn kau....
Ble akak tgk org b'sedekah,
akak teringatkan kau..
Ble akak tgk org mmbantu yg lemah,
akak teringatkan kau..

Ble akak tgk rancangan Bersamamu,
akak teringatkan diri akak.. (sblum b'jmpe kau)
Ble akak tgk org jln t'bongkok2,
akak teringatkan diri akak.. (sblum b'jmpe kau)
Ble akak tgk org b'gurau macam s*al,
akak teringatkan diri akak.. (sblum dn slepas b'jmpe kau)
Ble akk tgk org curi telur lmbek rum8,
akak teringatkan diri akak.. (sian kau, Atik, Pia, Ayu..)

Masih ingatkah kau lagi,
masa akak bergurau macam sial dengan kau?
tak ingat?
Ok, masih ingatkah kau lagi,
masa akak nyanyi dengan penuh feeling dlm blik?
tak ingat?
Masih ingatkah kau lag
i,
masa akak ponteng clz dgn hebat?
tak ingat?
Masih ingatkah kau lagi,

masa akak kacau ko study?
tak ingat?
Masih ingat
kah kau lagi,
masa akak baca novel sambil nangis?
tak ingat?
Masih ingat
kah kau lagi,
masa akak cakap akak tdo ngan LeeTeuk?
tak ingat?
Masih ingatkah lagi,

masa akak tanya soalan pe itu cash inflow?
tak ingat?

Oh, Anizz..
betapa mulianya hati kau..
kau sikit pun tak ingat sgale kjahatan
yg akk dah buat kt kau....
Oh, penyesalan....

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...
Air mataku mula menitis setitis demi setitis..
Penyesalan datang silih berganti..
AniZz, akak minx maap cz fitnah kau dlm blog akak..
Akak sje nk gne kefeymesan kau untk feymeskn blog akk..
akak rndu gler kt kau..

Oh, AniZz ex-roommate ku!

Kepada semua pmbaca blog aku,
nama ku Syikin atau name gleymer Cici.
Aku la akak yang AniZz sebut dlm blog dye tu..
ala, yg sedut lemak pipi tu..
Haa, nampak tak gambar aku dlm blog dye?
tula, aku rase cm kurus dan cun jer kalau wt pose cenggitu..
Jgn caye cakap AniZz,
aku xderlah baik cm dye cakap..
Aku nie biadab..
suka gurau macam s*al..

AniZz nie pandai budaknyer..
aritu aku tanya pasal Cash inflow,
dye bley jawab!
Hebatkan?
Padahal dye baru part 4,
n aku plak part 6!

Aku nie ske gler kt Tomok, (tgk, bsarkn aku tulis name dye?)
Everyday is Tomok Day,
Aku suke nyanyi lagu Tomok kuat2,
Suara aku sedaaaappp,
kpd Abang Tomok,
I Love You!
AniZz tak suka lagu Melayu,
cz dye Cool..

Eh, banyak plak aku mmbebel..
k, thanx cz bace blog aku..
Slamat berpose..
nie gmbr AniZz yg aku smpan n bwk g tdo~
Msti korg xcaye kn aku nie p'nah jd roommate AniZz?
klo xcaye, tanye la dye...
Aku xtipu~ even dye feymes,
dye ttp layan aku ngan sopan..



AniZz Cun

Pia rumm8 ku yg baik ati..
Oppsss... dye dah ade BF lah~


Atiq, rummate ku jgk.
Aku xder gmbar dye..
tp, bibir dye cam Angelina Jolie,
Lbey2 lgi tme dye bru bngun tdo.. sexy..
so aku ltak gmbr Angelina Jolie sbagai pngganti.

THE END


* K, habis dah.. tgk, dye suke puji aku ngan Atiq, kn??
* K, r.. nk tdo~ Gudmorning (huh?)