Showing posts with label Bakery. Show all posts
Showing posts with label Bakery. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

My day~

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi.
Mataku masih belum mengantuk,
sebab semalam tidur awal.



"Hadi (adik no.3), Pukul 9.30 nanti, jangan lupa buka Bakery."



Aku sengaja tutup mata,
tanda aku sedang lena tidur.
Aku tahu yang adik no.3 aku
pun tengah tidur time tu.






So,
bila my mom balik nanti,
kalau dia tengok kami masih
berada di rumah, dan bukannya
berada di Bakery,
aku boleh cakap :


"Eh? Bila masa mommy cakap buka Bakery?
Kakak tak dengar pun? Kakak kan tengah tidur."







Hahahahahha~
Ini kes malas nak jaga
Bakery lah ni.
Hehehe...



Lepas je my mom, dad, and Darwisha
pergi sekolah, aku terus sambung tidur.
Tapi, malangnya,
aku memang dah tak boleh nak
lelapkan mata.



So,
aku pun buka laptop,
and online.
Mula-mula just nak tengok keadaan
game yang aku main di Facebook.



Lepas tu,
entah macam mana,
aku boleh tengok America's Next Top Model
dekat youtube.



Aku ingat nak tengok
part yang finale je.
Tapi, tiba-tiba rasa best,
and tengok lama-lama.



Sedar-sedar je,
dah pukul 9.30 pagi.



"Alamak! Mommy suruh jaga Bakery. Tapi nak tengok cerita ni..."



So,
aku pun berlari-lari pergi bilik
my adik no.3,
and ketuk pintu perlahan-lahan.
Lepas tu,
terus panggil nama adik aku,
perlahan-lahan :


"Hadi.. pergi Bakery~"



Lepas tu,
aku lari lintang - pukang,
pergi telefon my mom.


Anizz : Kakak dah kejut Hadi banyak kali. Tapi dia tak nak bangun.

Mom : Kejut lagi sekali. Kena jaga Bakery pukul 9.30 pagi juga.



Anizz : Iye... Dah kejut. Dah jerit pun. Tapi dia tak nak bangun.
Kalau
pergi pukul 11, boleh?

Mom : Hmm.. Ok lah.




Yes! Yes! Yes! Yes! Yes!



Aku boleh sambung tengok
cerita Top Model tu!



Aku sengaja je ketuk pintu bilik
perlahan-lahan,
supaya aku boleh salahkan adik aku,
yang aku dah kejut,
tapi dia tak nak bangun.
Heheheh...



Lepas je aku letak telefon,
adik no.3 aku lalu sebelah aku.
Baru bangun.


Anizz : Hadi! Pergi tidur balik! Mommy cakap buka Bakery pukul 11.



Gila lah!
Aku ketuk pintu, panggil nama dia
punyalah perlahan.
Dia boleh terbangun juga?
Dia tidur sebelah pintu ke pun?



Dalam pukul 11 tu,
adik aku hantar aku pergi Bakery.



Sedang aku menjadi anak
yang solehah,
kemas itu dan ini,
mop itu dan ini,
tiba-tiba datang sorang customer ni.
"Ahh sudahh... Lupa nak tanya harga cake dekat my mom."






Penat aku telefon my mom,
then customer tu beli juga
chocolate cake,
tapi dia request untuk tulis
"Selamat Hari Lahir, Aizat yang ke 12".



Ahh sudahh...
My mom ada dekat sekolah.
And my mom ada kelas sekejap lagi.
Plus, my mom ada 'problem' sikit
dengan orang atasan dia.



Alah,
problem kecil je.
Confirm,
kalau korang tahu apa problem
my mom, mesti korang gelak.
Macam budak-budak.
Hahahahhaahah~



Aku dah cakap dekat customer tu,
aku tak reti tulis.
My mom pula tengah kerja,
and boleh tak dia datang lagi 2 jam,
sebab my mom habis kelas lagi 2 jam.



Tapi dia tak boleh datang.
Jalan rumah dia tengah di repair.
Dia cakap,
kalau aku yang tulis pun tak apa.
Tak kisah lah cantik ke tak.



In the end,
dia pergi hantar makanan
dekat rumah kawan dia dulu,
and datang semula untuk ambil cake,
dalam masa sejam.



Aku pun try lah tulis atas
cake's board.
Practice makes perfect.






Serious hodoh.
Budak (Aizat) tu boleh trauma tengok
birthday cake dia macam tu.
Hahahaha~
Siapa suruh aku yang tulis?



Before aku men-trauma kan
budak tu dengan tulisanku,
aku pun telefon my mom buat
kali terakhir.


"Kejap lagi mommy sampai."



Fuh~
Nasib budak tu baik.
My mom yang tulis akhirnya.
Kalau tak~
Hahahhahahaha~



_____________ Anizz ______________

Wednesday, May 18, 2011

Adik ku, Darwisha~

Semalam,
seperti biasa,
aku pergi Bakery my mom lagi.



Pekerja my mom yang baru tu,
dah berhenti kerja without notice.
Dia main pergi macam tu je.
He'elleh~


About Darwisha,
sekarang ni,
aku selalu usik Darwisha.
Well, every day aku selalu usik dia, kan?



Tapi kali ni lain.
Darwisha 'suka' kawan dengan
sorang budak lelaki ni.
Classmate dia.



Nama dia di rahsia kan.
Tapi, dekat sini,
aku letak nama dia sebagai,
'K'.



My mom cakap,
budaknya baik, comel pula tu.



Then,
ada sorang lagi budak lelaki ni.
Bak kata Darwisha,
nama budak tu, 'Ame-Ri'.
(Amri).



Darwisha paling tak suka budak ni.
Sebab nakal sangat.
Selalu tak nak dengar cakap cikgu.



My mom pun cakap kat aku,
yang budak ni nakal juga.



Elleh, setakat nakal ni,
aku boleh handle lah~
Gertak sikit je,
confirm budak tu boleh nangis.
(Amaran : Aku sangat hebat dalam menangiskan budak)



Untuk mengelakkan Darwisha
daripada mengacau my mom buat cake,
aku pun main cerita-cerita dengan Darwisha.



Selalunya,
bila aku bercerita,
watak cerita tu ialah,
watak yang di bintangi oleh rakan-rakannya.






Mula-mula aku cerita pasal,
Sleeping Beauty.
Watak dia :


Prince : Prince 'K'.
Princess : Qistina (best friend Darwisha)
Good fairy : Nana, Nafisah and Wafa.
Evil fairy : Ame-Ri.
Evil dragon : Darwisha.




Hahahaha~
Dia memang marah gila
bila dapat tahu dia pegang
watak dragon.
Hahahahaha~



Lepas tu,
ending cerita Sleeping Beauty,
Prince akan kiss the princess so that
the princess akan bangun dari tidurnya, kan?
Darwisha tak nak dengar ending tu.



Dia tak sanggup nak dengar
prince dia kissing dengan kawan dia,
Qistina.



So,
aku pun tukarlah ending dia :

************************************

Lepas je Prince tu lawan dengan Ame Ri, The Evil Fairy,
Prince 'K' pun pergi dekat Princess Qistina, and cakap :


Prince K : Ey, bangun! Bangun! Dragon tu dah tak ada.
Qistina : Aren't you supposed to kiss me?


Prince K : Tak boleh. Saya suka Princess lain.
Qistina : Siapa?


Prince K : Princess Tuanku Anizz.

*******************************************



Hahahahahhaha~
Time ni,
Darwisha dah pukul aku,
and kata aku ni jahat and
nakal sangat.



Then,
aku pun cerita lah cerita lain.
Kali ni, cerita Red riding hood.





Watak nya :
Red Riding Hood : Qistina.
Bad Wolf : Ame-Ri.



Time aku cerita ni,
tiba-tiba ada sorang budak lelaki,
lalu depan Bakery kami.



Seperti biasa,
aku akan tipu Darwisha yang,
itu adalah kawan dia.
Masa tu, Darwisha tengah duduk bawah meja,
so, dia tak nampak lah siapa yang
tengah lalu depan Bakery kami.



Anizz : Darwisha, kawan Darwisha.

Darwisha : Mana? Mana?



Anizz : Tu.

Darwisha : Eh, itu Ame-Ri.



Ame-Ri?
Ame-Ri???
First time aku jumpa Ame-Ri.



Aku memang teringin sangat
nak tengok siapakah Ame-Ri,
si nakal yang Darwisha selalu
cerita time dia makan maggi tu.



Aku selalu couple kan
Darwisha dengan Ame-Ri.
Sebab, dalam cerita drama Korea, etc. ,
selalunya, perempuan dalam watak utama tu,
akhirnya akan couple dengan budak nakal yang
selalu kacau dia.



First impression aku,
"Hmmm.. comel. Tak nampak macam nakal pun."



Aku tanya my mom.
Mana lah tahu,
kot-kot Darwisha tipu aku pulak.


Anizz : Mommy, mommy. Itu ke Ame-Ri?

Mom : Mana? Ha, tu lah Ame-Ri. Nampak macam budak nakal, kan?



Anizz : Tak nampak macam nakal pun. Comel je.

Mom : Memang lah comel. Tapi, 'K' lagi comel.



Aku tak setuju tu.
Tak nampak macam nakal pun.
Tak nampak macam budak yang
selalu lawan cakap cikgu.



Masa my mom tengah buat cake,
Ame-Ri tu main lari-lari depan Bakery kami,
and then selamba je masuk Bakery kami,
sambung main lari-lari.



Oleh sebab takut ada barangan kaca
yang akan pecah,
aku pun cepat-cepat pergi ruang depan,
(tempat mereka berlari dalam Bakery),
and cakap :
"Ey, jangan main dekat dalam ni."



Tahu tak,
si Ame-Ri tu boleh buat 'dunno' je.
Aku pun cakap lah sekali lagi,
mana lah tahu dia tak dengar kot tadi.
"Ey, jangan main dekat dalam ni. Main kat luar."



Dia boleh buat tak tahu juga!
Wah! Wah!
This means WAR!



Aku saja je cakap lembut-lembut tadi.
Mana lah tahu,
mak dia ada dekat luar ke.
Tapi, ini dah lebih~~



So,
aku terpaksa memikirkan taktik yang
lebih power tanpa memerlukan
sebarang jeritan singa.
Nanti apa pula orang akan kata,
bila dengar ada singa menjerit
dalam Bakery.



Dalam minda aku sekarang ni :
"Anizz, kau bukan tengah deal dengan Darwisha
sekarang ni. Kau tengah deal dengan Ame-Ri,
si budak nakal."



Aku pandang tepat dekat mata Ame-Ri,
lepas tu aku pandang luar,
and pandang mata dia balik.
Masa ni,
aku tengah keluarkan aura :
"Kalau tak dengar cakap Kakak ni, habislah kau~
Kakak ni garang~"



Then,
Ame-Ri pun cakap :
"Alah~"
and terus keluar.



Begitu juga dengan budak-budak
lain yang sedang menyorok bawah meja,
dan pelbagai tempat lagi.



See?
Kita kena deal dengan 'kepala' dulu,
barulah anak-anak buah ikut cakap.



Woh~
memang nakal betul.
Aku ter-underestimated kenakalan dia.
Kalau aku ada sorang lagi adik kecil
macam tu, memang gila.
Botak kepala aku.



Semalam aku tidur awal.
Guna banyak sangat tenaga untuk
deal dengan Ame-Ri.
Hahahaha~



Harap-harap,
Ame-Ri just nakal time budak-budak je lah.
Bila dah besar nanti,
jadi seorang lelaki yang gentleman.



But,
for now,
aku tak nak usik nak
couple kan Darwisha dengan dia lagi.
Aku lebih rela Darwisha dengan 'K'.



Hmm..
Teringin nak tengok,
siapakah 'K' yang Darwisha
suka sangat tu, sampai berebut dengan
Qistina pulak tu.



__________Anizz__________

Sunday, May 15, 2011

Anak boss turun pangkat

Dah lama tak update blog.
Biasalah,
bila dah ada di rumah,
malas betul nak update.



Dekat bakery,
my mom dah hire pekerja baru.
Umur dia 19 tahun.
Perempuan.



Semalam,
hari first aku jumpa pekerja tu.
My mom minta tolong dekat aku
untuk scoop err.... tak tahu lah
apa namanya,
tapi, kena scoop benda tu,
and then letak kan dalam mini cup.



Mula-mula,
memang lah I tak reti,
tapi, lama-lama terus terror.




Masa tu,
my mom tak ada,
dia pergi kenduri dengan
my dad and Darwisha.



So,
dekat Bakery tu,
tinggal aku and pekerja tu lah.



Dia seorang yang tak mesra alam.
Aku ada juga try nak beramah-mesra,
tapi setiap pertanyaan aku,
hanya di jawab dengan sepatah.



Intro soalan aku punyalah
panjang berjela,
tapi dia punya jawapan,
kadang-kadang guna body language,
(angguk-angguk, geleng-geleng)
kadang-kadang dia jawab sepatah je.
Aiii.....




Lepas tu,
masa aku tengah scoop benda tu,
pekerja tu boleh pula duduk dekat
meja cashier and termenung ke apa entah.
Sikit pun tak tolong aku.



Siapakah anak boss sekarang ini??



Aku even basuh peralatan kek,
and kemas atas meja,
dia tak tolong pun.



Waahh~
Anak boss dah turun pangkat~
Tuanku Anizz turun takhta~



Tapi aku tak marah.
Sebab,
dia masih baru lagi.
So, dia still tak biasa lagi.



Petang tu,
seperti biasa,
aku main nyanyi-nyanyi
dengan Darwisha.



Aku nyanyi lagu budak-budak lah.
Lepas tu,
ambil kau.
Semua budak-budak datang Bakery kami.
Budak dalam lingkungan umur
2 hingga 5 tahun.



Aku tak suka budak-budak.
Tapi budak-budak suka aku.
Bukan perasan.
Ianya kenyataan.
Mungkin sebab perangai aku
macam budak-budak juga.



Aku tak suka tengok
budak-budak gelak dengan happy.
Tapi,
aku suka tengok budak menangis
sebab aku yang buat.
Sebab aku rasa aku hebat.
Hahahahahah~~ (^0^)v



__________Anizz_________

Wednesday, March 30, 2011

Kenangan..

Tadi,
kawan aku menceritakan dengan
bangganya yang dia pernah bake a cake.
Kek Batik.



Teringat aku,
dulu, my mom ada juga 'suruh'
aku buat cake.
Masa tu aku sekolah rendah.
My mom cakap,
balik je dari meeting,
my mom nak tengok aku dah
siap buat cake.



Seperti biasa,
aku cepat moody bila dengar
my mom suruh aku masak.
Seriously, aku tak suka.
Aku lebih rela kemas rumah,
berus lantai guna berus gigi or
sidai kain dari kena suruh masak.
Benci woh~



Masa tu aku tengah tengok cerita
dekat dalam TV.
Then, oleh kerana tak nak my mom
membebel bila balik rumah,
aku pun buatlah cake.



Bagi menjimatkan masa,
aku masukkan semua ingredient sekaligus.
My mom cakap,
aku boleh letak apa-apa je
yang aku suka, contohnya chocolate chip.



So,
aku pun letaklah segala jenis chocolate,
macam chocolate chip, chocolate rice,
choki-choki, smarties.
Semua benda yang aku teringin makan,
aku letak.
Then, hasilnya?






Mak aihh...
Keras kematu.
Oleh kerana takut kena marah,
aku pun bercadang untuk potong
kecil-kecil and buang dekat tong sampah.



Tapi,
pisau pun tak lut.
Aku try hempas cake tu dekat
buju meja pun tak berkesan.
Aku baling-baling dekat dinding
pun tak berkesan juga.



Bila aku terdengar yang my mom
dah nak sampai rumah,
aku pun cepat-cepat sorok bawah
meja makan.
Aku lebih rela kena marah dengan
my mom sebab tak buat cake dari
my mom tahu cake tu keras gila.



Rupa-rupanya my mom tahu
yang aku dah sorok cake tu bawah meja.
Aku dah sorok kat situ 2 hari.
Then my mom suruh aku makan cake tu.
Masalahnya, kek tu kebal.
Kalau baling dekat pencuri,
boleh terus hilang ingatan setahun.
Hahahahahaha...



Akhirnya,
aku pun buang je lah dekat luar
bila my mom tak nampak.
Aku bukan main baling je, ya?
Aku siap hempas dekat batu lagi,
tapi still kebal juga kek tu.
Boleh buat senjata.



Sekarang aku just tolong
decorate my mom punya cupcake
dekat Bakery je.
Aku decorate comel-comel woh~



_________Anizz___________

Saturday, March 12, 2011

Kakak saya nakal? Part 2

Hampir setiap petang aku and Darwisha
akan menemani my mom ke Bakery.
Dekat dalam Bakery tu ada whiteboard.
Aku selalu lukis dekat situ.



Kebanyakan lukisan aku adalah
lukisan yang menindas Darwisha.
Hahahahah~ (^0^)v



Reaksi Darwisha?
Mestilah dia buat muka marah.
Yes! Aku berjaya buat dia marah!


___________________________
Picture #1


Ni first lukisan yang aku lukis
dekat dalam Bakery tu.
Lukisan ni menunjukkan aku
mempunyai super power dengan
just tengok Darwisha je,
Darwisha boleh kalah.



Sampai sekarang,
setiap kali aku jerit ;
"Super power!",
Darwisha mesti tutup muka and mata.
Takut kena serangan super power aku yang hebat.



Ya,
super power aku memang hebat.
Aku just perlu tengok mata Darwisha je,
then, kalau dia ternampak mata aku,
aku akan cepat-cepat cakap ;


"Huh. Dah hilang. Tengok, Darwisha dah hilang.
Hahahahah~ Hebat betul kakak ni."


Bila dia jerit ;

"Ey, Darwisha dekat sini lah! Dekat bawah!"



Aku akan balas dengan ;

"Huh. Tak dengar. Dia dah hilang. Hahahahaah~"



Huuhuhuhuhu~ (^0^)v

___________________________
Picture #2


Gambar ni pula menunjukkan,
Aku sebagai superman,
and Darwisha sebagai monster.
Hihihihi~



Aku lupa lah apa yang Darwisha cakap.
Tapi, yang pastinya dia pukul aku
and cakap ;


"Kakak ni nakal lah! Tak nak bagi Kakak chocolate!"


and terus lari dekat my mom.
Hohohoho (^0^)v


___________________
Picture #3


Gambar ni menunjukkan
aku yang 'cantik' di bawah pokok,
and Darwisha pula sedang di marahi
kucing dan ayam.


Darwisha : Kenapa miow dengan chicken marah Darwisha?

Aku : Sebab dia tak suka budak nakal. (^-^)v


Darwisha : *pukul aku and menangis dekat my mom.*

Aku : Yes! Aku berjaya!!


____________________
Picture #4




Gambar ni menunjukkan aku
yang sedang memancing ikan
dengan menggunakan Darwisha
sebagai umpan.
Hahahahahahaah~ (^0^)v



Gambar ni tahan sehari je.
Sebab,
esoknya,
aku tengok Darwisha dah
padam and lukis gambar aku
kena makan dengan Miow (kucing).
Budak ni....

___________________________
Picture #5




Lastly,
my all time favorite picture.
Gambar ni aku lukis khas untuk Darwisha.
Sebab dia selalu sangat bagi aku marah,
ye lah.
Aku dah cakap banyak kali,
jangan main dekat luar,
tapi dia degil.



Bahaya lah main dekat luar.
Banyak orang jahat.
Lagi pun,
aku malas nak tengok dia main kat luar.
Baik aku main game.



So,
aku cakap dengan dia,
girl dekat lukisan tu ada super power
sama macam aku juga.
Girl tu akan monitor Darwisha 24hours.
Kalau dia nakal,
girl tu akan terus tembak
Darwisha dengan super power dia.
Hahahahah...



Reaksi Darwisha?
Dia diam and tenung je gambar tu.
Berkesan lah juga gambar tu.
Setiap kali Darwisha tertumpahkan
chocolate rice ke apa,
mesti dia akan tengok gambar tu dulu.



Macam mana aku tahu?
Aku intai dia dari luar.
And aku nampak Darwisha
tengah tengok gambar tu,
and then terus kutip chocolate rice
yang dah terjatuh tu.



Aku? Mestilah aku tolong Darwisha.
Manalah budak tu reti nak kemas
sorang-sorang.
Ohh~ Baiknya aku ni~

________________
Habit

Sekarang,
habit Darwisha dekat Bakery ialah,
bila dia main dekat luar,
dia mesti sorok sebelah kasut aku.



So,
Bila aku keluar nak marah dia
sebab dia main dekat luar,
aku terpaksa cari kasut aku dulu.
Lepas tu,
dia and kawan-kawan dia gelak kan aku
ramai-ramai.
Cis! Dendam bermula~



So,
bila dia masuk je Bakery,
aku sorok dua-dua belah
kasut dia.
Padan muka.
Hahahahahah (^0^)v



And lagi satu habit baru dia,
dia akan make sure yang aku
dah masuk dalam Bakery dulu.
Then dia akan letak kasut dia,
atas kasut aku.
Ala-ala macam letak kasut atas
rak kasut.
Cis! Dendam bermula lagi!



Bila dia masuk je,
aku akan make sure dia tengah
sibuk-sibuk main game dekat laptop,
and aku letak kasut aku atas kasut dia.
Hahahahahaah (^0^)v.


Game


Kadang-kadang,
kami suka main tidur-tidur.
Mula-mula kami pura-pura tidur,
then, aku akan letak tangan aku atas
muka dia.



Lepas tu,
dia akan cakap :
"Isshh.. sape kacau saya tidur ni??"


Then aku akan cakap :
"Oh, sorry Darwisha. Ingat bantal tadi."


Macam tu lah kami bermain.
kadang-kadang dia letak tangan
dia atas aku,
so giliran aku pula yang cakap nanti.



Tapi,
dia paling takut bila,
aku pura-pura tidur,
and aku start menyanyi :


"I'm sleepy.. I'm sleepy...
I'm sleepy right now..."


"I'm sleeping.. I'm sleeping..
I'm sleeping right now..."


"I'm hungry.. I'm hungry..
I'm hungry right now.."


"I want to eat.. I want to eat..
I want to eat... RIGHT NOW.."



Then,
aku akan berpura-pura
sleep walking,
sambil menghidu-hidu badan Darwisha
yang tengah menyorok sambil tutup muka.


Aku : Hmmm... Do I smell a cat?

Darwisha : Nnnn.... No.... (sambil menggigil)



Aku : Do I smell a box?

Darwisha : Nnnn... No...



Aku : I see... I smell a chicken!

Darwisha : No! No! It's me! Darwisha, Kakak!!



Aku : Yum.. yum.. (sambil makan Darwisha)

Darwisha : Kakak, bangun!



Aku : Eh.. eh.. Darwisha.. what's happening?

Darwisha : Kakak ingat Darwisha chicken tadi.



Aku : Huh? Chicken? yum.. yum... (terus makan Darwisha balik)

Darwisha : Help me.....!



Hmmm...
Aku suka main game tu.
Ada banyak lagi game
yang aku suka main dengan dia.
Nanti-nati lah aku cerita.
Hihihihihii... (^0^)v


______________ Anizz _____________

Wednesday, November 10, 2010

AniZz, Good Luck!

Aku sebenarnya nak update
pasal hasil lukisan aku
dekat this blog.


Tapi semua lukisan tersebut
dekat dalam laptop my mom.


And sekarang aku tengah guna
broadband dekat my laptop.
(dekat Bakery).


Mesti korang excited nak tengok,
kan? kan? kan?
(perasan~)


Aku ada sorang adik saudara ni.
Nama dia Sara Fateha.
Muda setahun dari aku.


Dia memang pandai melukis!
Lukisan dia, Fuh!
Lawa giler!
Ada ala-ala anime sikit.


Mestilah lukisan aku
kalah kalau nak di bandingkan
dengan dia.
(humble tak aku?)


Hmmm...
Pagi ni my mom belikan
aku 'hadiah'.


Nak tahu apa hadiah nya?
Hanger.
Ya,
Hanger.
Bahasa Melayunya;
Penyangkut Pakaian.


Aku tak tahu lah
apa motif my mom.


About the picture yang
aku cakap dekat atas tadi,
next post aku akan upload gambar tu.


Sebab broadband ni
macam *tuuutttt...

Flash Update :


my mom baru je terima
another order untuk roti.


Aku baru je tolong my mom
hari tu buat order.

Dulu :
100 roti.
100 chocolate moist cake.
100 cookies.


Sekarang :
100 roti.
100 cookies.
100 chocolate moist cake.


Again!!
Baru 2 hari aku bebas
dari order.


My mom cakap,
katanya customer tu
amat berpuas hati dengan
order yang dia buat dulu.


Untuk business,
mestilah kami happy dapat
big order.


Tapi,
bagi aku yang dulunya
aku ingat aku ni 'anak boss', (klik di sini)
but now kena jadi
'pekerja tanpa gaji',


Aku rasa seperti...
seperti...
seperti...
seperti....


faham tak apa yang
aku cuba sampaikan?


Kalau tak faham,
biar aku terangkan.
Aku tak sambung perkataan
'seperti' tu sebab
aku tak sanggup untuk
mencarut di dalam blog sendiri.


Lagipun,
dah memang semula jadi,
sikap aku adalah
sopan-santun,
ramah-tamah,
lemah-gemalai,
berbudi-bahasa...


So,
dah Allah beri kita rezeki.
Kita except je lah,
right?


AniZz, Good Luck!

___________________________________

Monday, October 25, 2010

Bila Aku Bercerita~

Ah~
Banyak kali aku berazam
untuk tidak gemuk seperti
*tuutttt..


Hampir setiap hari
aku cakap dekat diriku,
"Esok aku nak jogging."


Tapi entah bila
'esok' tu nak menjelma.
hahahah~


Aku dah nak grad ni.
Macam mana ni.....


Dekat Bakery,
my mother selalu bake
something yang menggugat
keimanan aku.
Kalau setakat cupcake
or cake, aku dah jemu.



Caption : gambar ini di ambil semasa ia belum siap lagi. Entah kenapa aku rasa macam nak tangkap gambar je masa tu. Belakang doll tu ada bunga and hiasan 'baju princess' (bak kata Darwisha)




Caption : Cake yang orang tempah. Orang tu nak edible cartoon warna blue plus chocolate cake. Langsung out combination color dia. Anyway, customer always right.




Caption : Cake for children. Colorful plus cherry.


Ada satu cake ni,
my mother buat sedap giler!
Aku tak pernah makan cream
dekat cake.


Tapi tu first time aku makan
cream dengan kek sekali.
Cream dia rasa cheese.


Dekat atas cake tu,
my mother letak jelly (kot).
My mother buat flavor berries,
Fuh~ It's melting in my mouth..
Aku tak sempat nak tangkap gambar dia.
(Kenapa aku cakap macam orang gemuk ni?)


Tapi aku paling tergoda
bila my mother bake roti.


Fuhh~~
Dulu aku paling benci roti kacang merah,
tapi,
hari tu aku lapar sangat,
and aku pun makan lah
roti yang my mother baru sahaja bake.


Wahhh~~
Sedap giler~


Roti yang masih panas,
ditambah dengan kacang merahnya
yang panas juga~
Fuh!



Another favorite of mine.
Roti cheese + sugar.
Aku suka makan cheese dia~
Roti dalam gambar ni hangus sedikit.


Aku lupa my mother suruh keluarkan
dari oven masa dia tengah sembahyang.
Hahahah..
Aku dapat roti free~ Roti free~




Aku tengah aim cupcake ni.
Atas dia my mother letak chocolate.
Harap-harap aku boleh ambil
satu without being seen by anyone.


Tapi sekarang,
my mother dah berubah...
Dulu aku boleh makan free.
I mean,
makan dulu,
baru cakap yang aku dah ambil makan.


But now~
My mother suruh aku bayar!!!
Waaaaaaa~
Dunia apakah ini???

________________________________

Tuesday, October 19, 2010

Popularity Contest!

This is my Bakery Episode.


Seperti yang anda semua ketahui,
my family ada buka bakery business.
Kami juga telah meng 'hire' seorang pekerja.


Namanya Izah, kot.
Dia sebaya aku and telah berkahwin
dengan my abang saudara.


Dia ni seorang yang baik hati.
Paling penting,
dia ni suka budak-budak.


Sebelah bakery aku,
ada 3 deret kedai,
iaitu kedai baby, runcit and cyber cafe'.


Darwisha adalah orang yang
paling gembira sekali bila dapat
pergi bakery kerana dia boleh
bermain dengan rakan-rakan yang
sama pendek dengannya.


Aku hairan betul,
makin lama,
makin banyak budak pendek
datang bakery kami untuk ajak
Darwisha main.


Aku bukan tak suka mereka
bermain dengan my sister,
cuma aku malas nak jadi
bodyguard mereka.


So,
setiap kali kawan-kawan Darwisha
datang, aku akan buat bunyi bising
dengan harapan Darwisha tak
dengar yang kawan dia panggil.


Lagi satu,
Darwisha sekarang dah ada
satu habit baru.
Setiap kali dia main dekat luar,
mesti dia sorok sebelah kasut aku.


Sebab,
bila dia main dekat luar,
aku selalu marah-marah kalau
nampak mereka bermain dekat
tempat yang dangerous di mata aku.
Contohnya : bawah pokok,
tepi kereta, tempat pekerja Indonesia main bola.


Ok,
lupa pula.
Dekat belakang bakery kami
ada sebuah pondok (kot) yang
di huni oleh pekeja Indonesia
yang RAMAI giler.


Yang menjadi masalahnya,
mereka (pekerja tersebut) selalu
keluar tanpa memakai baju.
(0.o) ....


Maksud aku,
main bola tampar, sidai baju
and semua lah.
Mesti tak pakai baju!!


Hari tu,
aku baru habis sembahyang,
and then nak lipat telekung,
lepas tu mata aku ternampak
mamat-mamat ni buka baju and seluar.
Nak mandi lah agaknya.
(Aku tak mengintai, ok?)


Tapi please dongg....
Dekat deretan kedai ini
ramai perempuan~
Kalau nak mandi pun,
janganlah buat bising.


Kalau nak bagi orang tengok,
mandi lah dekat tengah-tengah
jalan raya, lepastu,
upload video dekat youtube.


Berbalik kepada cerita tadi,
Kawan-kawan Darwisha ni selalu
ajak Darwisha main berdekatan
dengan tempat penginapan
pekerja asing tersebut.


Sebagai kakak yang prihatin,
solehah, lemah lembut dan
berdisiplin, mesti lah aku
risau akan keselamatan budak-budak
pendek tersebut!


So,
setiap kali aku nampak
mereka main dekat tempat tersebut,
aku akan memanggil mereka
dan mengarahkan mereka supaya
bermain dekat hadapan bakery kami,
supaya aku boleh mengawasi mereka,
sebab my mom nak laporan dari aku
about Darwisha 24 hours.


Kadang-kadang mereka ni degil.
Bila degil,
aku akan kejar mereka dan
mengheret mereka ke hadapan Bakery kami.
(bunyi macam ganas, kan?)


So,
bila kasut aku dah kena sorok,
kawan-kawan Darwisha semua
geli hati tengok kasut aku kena sorok.
Kat sini lah Darwisha cakap
kat aku; "Goodbye, Loser."


Eleh,
aku terus pakai kasut my mom
and then kejar dia.
Lepas dia masuk rumah,
aku sorok dua-dua belah
kasut dia pulak.
MuaHahahahaha!!
(Gelak evil)



Tapi sekarang mereka sudah
jarang bermain dekat tempat tu.
Kalau aku ternampak mereka main
di situ, aku akan cakap;

Aku : Darwisha! Jangan main dekat situ. Main dekat sini!

Darwisha : (Dengan wajah takut) Cepat pergi dekat depan, kakak Darwisha *garam! (garang)

Aku : What the?? Muka aku punyalah innocent~



Aku bukannya garang mana pun,
aku ni sebenarnya seorang yang fun.


Buktinya?
Hampir setiap petang aku
meluangkan masa aku dengan
bermain 'Darumasang Ga koronda.'
(aku tak tau ejaan dia)
dengan budak -budak pendek tersebut.


Ia adalah sebuah game di mana
aku akan menyebut perkataan
tu and then memandang mereka.
Mereka di kehendaki berhenti.
Kalau mereka bergerak,
aku akan tangkap mereka.
(tak lama lagi aku akan kurus kalau main benda ni selalu)


Ok,
Enough with the introduction.
Sekarang masuk topik popularity contest.
Pesertanya between aku and Izah (pekerja bakery kami)


Beza 1 :

Izah > budak-budak pendek ni panggil dia dengan
gelaran 'Achik'.



Aku > Belum ada sesiapa yang berani panggil aku.
Except my sis panggil aku stupid dog, loser.
SAPE YANG AJAR BUDAK NI!!!
Penat aku ajar nama aku Tuanku AniZz sejak dia kecil.


Seriously,
Sampai sekarang Darwisha ingat
nama sebenar aku ialah Tuanku AniZz.


My mom ada juga ajar
nama sebenar aku dekat dia,
tapi dia tetap kata nama sebenar
aku ialah Tuanku AniZz.


Aku ada terfikir,
macam mana kalau adik aku hilang
dekat mall, (nauzzubillah)
and then ada announcer cakap;
"Perhatian kepada Tuanku AniZz,
adik Tuanku berada di kaunter 4".


Reaction aku ketika itu ialah;
"Wow! Ye, Beta datang!"


Well,
tak boleh salahkan dia.
Budak-budak kan tak
pandai menipu~
Mungkin muka aku nampak Royal~



Beza 2 :

Izah > Izah selalu tersenyum bila
tengok budak-budak tu.


Aku > Selalu tengok mereka dengan
pandangan;
"Main dekat situ lagi, aku ikat sorang-sorang dekat tiang."




So,the result is :

Izah > Bila Izah nak balik,
berebut budak-budak tu nak salam.
Seriously,
diorang berbaris nak salam.



Aku > Bila aku nak balik,
takde sorang pun nak salam.
Semua orang sambung main
semula.
Apakah??!




Mesti korang kata aku tiger tu, kan?
Cis!
Aku ni luar je macam tiger,
tapi dalam hati aku ada Teletubbies,
Cuma appearance aku macam girl tu.
Awww~


__________________________________________