Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Mak Guard ini dapat duduk di penthouse

Hai semua~
Maaflah ye...
Sebelum pergi Perth,
banyak sangat lecturer nak bagi
kami lalui azab dahulu.




Jumaat lepas aku ada test Strategic Management.
Sabtu (semalam) aku ada community service.
Selasa minggu depan ada test Law.
Rabu minggu depan ada test Negotiation.
Khamis minggu depan ada test Global Marketing.
Ahad minggu depan baru bertolak ke Perth.







Oh my goat......
Belum jadi Pedana Menteri,
aku dah busy macam ni....




Sebenarnya,
aku nak cerita pasal pergi Perth.
Bagi sesiapa yang belum tahu,
aku memegang jawatan yang AGAK penting
semasa berada di Perth ni.




Jawatan apa?
Aku in charge bahagian security department.
Bahasa kasarnya Mak Guard.
(Jatuh maruah ke-royal-an aku)




Kami akan duduk di rumah
ala-ala hotel.
Satu rumah ada 6 orang.





Oleh kerana aku sangat disayangi
oleh sahabat-sahabat ku,
iaitu Syira, Wawa, and Dayah,
mereka telah mengajak aku untuk tinggal
1 bilik dengan mereka.






Untuk tidak menghampakan
hasrat mereka,
aku pun terus bersetuju.







Tetapi,
malang tidak berbau..
Dah nama pun famous,
seorang lagi classmate
aku mengajak aku duduk 1 bilik
dengan mereka.






Aku pelik.
Mengapa dengan secara tiba-tibanya,
diriku ini menjadi igauan ramai.
Jadi, aku pun tanya kembali kepada
sahabatku itu.











Aku terkesima seketika. (ceh, ayat~)





Berita dengan pantasnya tersebar
sehingga ke twitter dan facebook Wawa, Syira, and Dayah.
Aku tahu, walaupun luaran mereka nampak cool,
tetapi hati mereka menjerit :






Terus-terang aku katakan,
aku memang tak nak duduk 1 bilik
dengan rakan-rakan lain yang berjawatan penting.




Mengapa?



Reason #1 :


Sebab,
bila dah berjawatan penting,
of course lah aku akan duduk
di Penthouse semasa di Australia nanti.





While Wawa, Syira, and Dayah
yang tidak berjawatan penting ini akan
duduk di rumah usang ini :







See?
Nampat tak perbezaan rumah
aku dan rumah mereka??





Di saat aku breakfast makan steak,
mereka di rumah usang ini makan sandwich..
Di saat aku mandi di dalam jacuzzi.
mereka di rumah usang ini mandi di dalam besen...



Reason #2 :



Lepastu,
of course lah,
bila aku dan 3 orang bakal roommate
aku yang berjawatan penting
berjalan di khalayak ramai,
mereka akan terpukau dengan
ke-famous-an kami.






And then,
bila aku berjalan seorang diri,
ramai pula student-student
yang nak autograph,
sampai aku tak ada masa untuk meluangkan
masa lapangku bersama Wawa, Syira, and Dayah
di Perth nanti...






Oh~
rasa bersalah di hati...
Akhir kata,
di harap Wawa, Syira, dan Dayah
tidak akan berasa segan untuk menegur
aku di Perth nanti..




Walaupun aku famous sampai
ramai sangat student berkerumun
untuk meminta autograph,
anda semua (Wawa, Syira, Dayah)
janganlah segan-segan untuk memanggil
aku dari jauh...





Dan,
walaupun aku duduk di Penthouse,
jangan lupa untuk menjenguk aku.
Kalau aku ada masa,
aku akan datang melawat rumah usang
anda bertiga semasa di Perth nanti.




Oh, baiknya aku~


P/S :
To all readers,
Walaupun kita berjawatan tinggi,
kita jangan sesekali bersikap sombong.
Semua manusia adalah sama di sisi Allah.




Jika anda duduk di Penthouse,
rajin-rajinlah datang melawat
rakan anda di rumah usang.




Ok,
nak sambung study LAW.




____________Anizz____________

Wednesday, March 28, 2012

Benefits untuk setiap yang menyumbang~

Hai semua.
Semalam aku ada presentation
untuk subject Personal Development (PD).




Tajuk presentation aku :
"Self-motivation",
tapi aku in charge bahagian :
"Maintaining perseverance , overcoming shyness".



Note : Presentation yang sebenarnya adalah dalam English.




Seriously rasa macam hypocrite.
Yelah, aku ni dah lah pemalu,
lepastu kena present pasal
overcoming shyness pula.





Jantung berdegup laju masa tu.
Kalau ada orang sergah,
confirm pengsan on the spot.





In next 2 weeks,
kami semua akan menyertai aktiviti
"Community Service".
Ada markah woh~
Siapa yang tak pergi,
hilang markah untuk Final exam.






Masalahnya sekarang ni,
aku ni bukanlah manusia
yang berjiwa rakyat.





Harap-harap ada privilege bagi
sesiapa yang menjadi secretary bagi subject ni.
(Aku lah secretary tu)


Note : Privilege seorang secretary



Sesiapa yang nak menyumbang kami
(Student International Business) yang akan
ke Australia pada 24th April bagi tujuan belajar,
anda boleh tinggalkan detail anda di ruang comment.
RM10 pun dikira menyumbang~ (^0^)v





Ada benefits yang sangat lumayan
bagi sesiapa yang sudi menyumbang
untuk saya dan rakan-rakan.





Benefit tersebut adalah :




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.









P/S :
Tadi ada taklimat pasal praktikal.
Ada sesiapa yang nak cadangkan saya
untuk praktikal somewhere around
Melaka or Negeri Sembilan?
Senang nak ulang-alik pergi campus.











____________Anizz____________

Monday, March 12, 2012

Entry curi-curi dalam library

Dear readers ...
currently saya sedang berada di
alam study.
Cewah~




Last week dah start masuk campus.
memang lah kata orang,
first week tak banyak kerja lagi.
Tapi, nak update blog macam mana
kalau bill broadband tak bayar lagi.
Heheheeh.....




Ini pun 'curi-curi' update blog
dekat library.
Malu woh kalau update blog
dalam library secara open.
Seolah-olah sendiri declare :
"Fuh~ Blog aku lah yang terhebat di dalam dunia ni.
kau orang ada blog? (nada sarkastik)"





Motto hidup aku ialah,
"Make sure kau berada dalam safe zone".
Aku berusaha sedaya upaya untuk menjauh kan
diri daripada mejawat jawatan even dalam class.




And,
Ta-dah~!
Nah, ambil kau jawatan secretary!
Di tambah pula jadi Biro keselamatan
time nak pergi Perth bulan depan.




Errgghhh.....
Motto hidupku hancur......




Thanks to my mom sebab bagi printer.
Mula-mula, aku tak nak bawa.
Ya lah, bukan nya nak print apa-apa pun lagi.
Lagi pun, siapa nak jaga printer tu time aku
pergi Perth nanti?
Sekarang, printer tu lah yang berbakti kepada aku.




Last week ada meeting untuk pergi Perth.
Orang yang incharge bahagian *I don't know*
dah bising-bising sebab tak ada sponsor lagi nak
taja kami pergi Perth.
Dia nervous kot sebab budget dia untuk pergi Perth
tak cukup lagi.




Kami akan ke Perth InsyaAllah bulan depan,
23rd April 2012.
Budget per person around RM3,000.
Ada 82 orang pergi.




Currency AUD lebih mahal daripada Ringgit Malaysia.
Around 1AUD = RM3.22




Aku ingat nak bawa Maggie je.
Tapi, masalahnya,
tak lepas dekat Australia la pulak.
Dia cakap, bawa noodles dalam maggi tu boleh,
tapi packet perisa dia kena buang.




What the...
Maggie apakah itu kalau
packet perisa dia di buang???




So,
kalau ada sesiapa yang ingin
menyumbang sedikit sebanyak
untuk menjayakan program
"Kau tak pergi Perth, tolak 25 markah",
sila tinggalkan comment anda di bawah.




Kalau nak sponsor SAYA saja
pun BOLEH SANGAT.
Anda boleh sponsor di dalam title :
"Sponsor untuk mengelakkan Anizz makan Maggi
tanpa perisa di Perth!"




Tapi,
kalau anda tergolong dalam kalangan :
"Club tidak sponsor untuk Anizz, bagi
dia kuruskan badan",
NO KANGAROO for you!





P/S :
Aku ada lecturer yang setanding
dengan Miss Singa. Except,
this lecturer seriously 'psycho'.
(T_____T)





____________Anizz__________

Friday, January 6, 2012

A day in Jusco : Nakal Part 1

Assalammualaikum semua~




Aku baru je lepas habis
Final Exam paper : CTU (hubungan etnik)




Jangan risau,
nanti aku akan menceritakan
keadaan aku semasa menjawab
paper tersebut.





Ok,
selepas mengalami kejutan budaya
apabila melihat soalan-soalan yang
keluar masa Final Exam semalam,
aku mengajak Nora ke Jusco,
bagi menghilangkan perasaan ku tersebut.






Begini kisahnya :
***********************************************************

Masih kah anda ingat lagi
tentang kisah seorang puteri yang
terkenal dengan sifatnya yang
sopan-santun, ramah-tamah,
lemah lembut~?





Hmm...
kali ini,
Tuan Puteri tidak keseorangan.





Ini adalah cerita tentang Tuan Puteri
dengan sahabatnya, Nora.








Pada suatu hari,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
bercadang untuk keluar berjalan-jalan
di sebuah shopping complex selepas
Tuan Puteri selesai menjawab peperiksaannya.





Sebelum Tuan Puteri berangkat pergi,
rakan sekelas Tuan Puteri, Wawa,
meminta pertolongan Tuan Puteri untuk
terminate kan broadbandnya semasa berada
di shopping complex nanti.







Tuan Puteri yang baik hati ini
terus bersetuju untuk membantu sahabatnya itu.





Setelah tiba,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
terus menuju tempat yang telah di beritahu
oleh Wawa kepadanya tadi.






Setelah memberitahu tujuan Tuan Puteri datang,
Peniaga tersebut tersebut terus melayan Tuan Puteri
sebaiknya, kerana Tuan Puteri adalah pelanggan nya.





Semasa peniaga tersebut ingin membuat panggilan
kepada sahabatnya, Wawa,
beliau bertanya kepada Tuan Puteri,
sama ada panggilan untuk Wawa itu
adalah 'Cik', atau 'Puan'.





Entah kenapa,
kenakalan Tuan Puteri tiba-tiba datang.








Tuan Puteri dengan nakal nya
menipu peniaga tersebut.
Selepas itu,
Tuan Puteri pergi ke suatu sudut yang
tersembunyi,
lalu ketawa dengan sopannya.









Tuan Puteri mula membayang kan
wajah sahabatnya, Wawa,
apabila peniaga tersebut memanggilnya
'Puan'.





Sahabat Tuan Puteri, Nora,
menegur Tuan Puteri.









Tuan Puteri mula berfikir.
Tuan Puteri terlupa yang peniaga itu
pasti akan menjadi mangsa jika
sahabatnya, Wawa, naik darah.








Dengan penuh rasa bersalah,
Tuan Puteri pun meminta maaf
kepada peniaga tersebut di atas
kenakalan nya tadi.








THE END
*****************************************



Moral of the story?
kalau anda terbuat salah kepada orang,
cepat-cepat lah meminta maaf,
dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.





Oh ye.
Semasa meminta maaf,
aku terangkan dekat dia yang :





Caption : Wawa yang sedang berada di rumah



So,
in the end,
aku terpaksa cakap macam tu,
supaya peniaga tersebut tak terasa
di perbodoh kan sangat.





Oh ye.
Wawa adalah classmate aku.
Umurnya sebaya dengan aku, 23.
(Wawa, mari lah kita menyedari sama-sama, yang kita ni dah tua..)





Beliau masih bujang.





P/S :
Nanti aku akan menceritakan
tentang bagaimana aku tebus balik
kesalahan aku, di entry yang akan datang.
Bye. Nak study untuk exam paper miss singa pula.
(T___T)





_______________Anizz_______________


Sunday, January 1, 2012

Aku dan dinding

Tadi pergi Jusco and Tesco.
Sebab nak bayar bill broadband aku ni.




Memandangkan tahun ini aku
sedah berumur 23 tahun,
mesti lah aku pergi shopping seorang diri.
Macam orang dewasa, kan?




Dekat Jusco best!
Ada pertunjukan err...
kungfu??












Seriously,
aku memang betul-betul dah
lupa yang hari ini adalah New Year.




Bila Dayah ajak aku celebrate
New year semalam, aku macam blur sedikit.
Aku siap tanya "Bila New Year?"





Bila dah nak sambut tahun baru,
ramai orang-orang tak kira lah
muda atau tua, akan pergi tengok
pertunjukan bunga api.





Budak bilik depan aku seronok
betul sebab dapat tengok bunga api
daripada tingkap bilik dia.









Aku?




Bila buka tingkap bilik aku,
just boleh nampak dinding je.







Di saat semua orang sedang bergelak
ketawa dengan rakan-rakan mereka yang lain
sambil menikmati permandangan bunga api,
aku pula sedang menyambut tahun baru
dengan dinding luar tingkap aku.




Oleh kerana Nora (roommate)
belum balik lagi,
aku just celebrate new year dengan
stripoo (teddy bear) and dinding.




Aku siap cakap dengan dinding lagi;
"Happy New Year, dinding."




Tak ada life betul~









P/S :
Selamat menyambut tahun baru.
Semoga tahun 2012 ini menjadi
tahun yang memberikan anda
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.




___________Anizz____________

Friday, December 30, 2011

Childish

Bulan 12 sudah sampai ke penghujungnya.
Tidak lama lagi sudah tahun 2012.




Baru 2 bulan yang lepas,
aku celebrate my birthday yang
ke 22.
Tapi, lagi beberapa hari aku
dah kena pengang title umur '23'.




Tidak adil!




Untunglah Nora (roommate),
birthday dia bulan 1.




Masa kecil-kecil dulu,
bila aku tengok makcik-makcik
yang berumur 20 tahun,
bagi aku mereka sudah dewasa.




You know,
bersembang pun pasal hal dunia,
hal politik, economy, etc.




Tapi,
bila aku dah berumur 20 tahun ni,
aku rasa biasa je.
Tak ada maknanya aku nak
bersembang pasal politik semua tu~




Last week,
kawan aku masa high school
dahulu, Bibah, bertunang.




Banyak juga kawan aku yang
dah bertunang ni.
Yang dah berkahwin dan beranak
pun ada.




Banyak kawan-kawan aku yang
akan mengeluh bila mereka penat study;
"Haaiihh... bila lah nak habis Degree"
"Haaiihh... bila lah nak bekerja"




Aku?
Aku pun kadang-kadang mengeluh juga;
"Haaiiihh.. bila lah nak pencen.."




Extreme tak?
Orang lain semua mengeluh nak
habis belajar, nak bekerja, nak berkahwin, etc.
Aku pula nak pencen terus.




Bila aku buat reunion dengan
kawan-kawan from high school, etc,
aku mesti tak boleh nak bercampur dengan mereka.




Kenapa?
Aku lain.




Aku tak boleh nak join mereka
bersembang pasal cerita drama melayu,
novel-novel, jenama make-up, artis-artis,
boyfriend-girlfriend~




Nora selalu cakap aku ni
macam budak-budak,
dan tidak matang.
And baru tadi ak tersedar.




Ya.
Aku dah sedar.
Macam mana aku sedar?




Bila aku buka youtube,
aku buka :









Biarlah.
It's fun bagi orang yang bersuara
merdu macam aku.




P/S :
Bunyi construction tu dah habis,
tapi jiran sebelah aku pula
baru start buat concert. Dah 3 lagu
aku dengar dia menyanyi.
Sengau........!




__________Anizz___________

Thursday, December 29, 2011

Mission accomplished!




Hari ni aku tolong Nora,
(roommate) hantarkan assignment dia,
sebab dia masih lagi berada di rumah
beliau di Negeri Sembilan.




Pukul 3 petang,
aku bertolak dari rumah
untuk pergi print assignment beliau.




Sementara meng-edit assignment Nora,
aku sempat mendownload cerita Ombak Rindu.







Lepas print,
aku terus naik level 10
dekat bangunan campus.
Sebab, Nora cakap bilik lecturer
dia dekat level 10.




Macam-macam arahan yang
Nora bagi.
Sekejap pergi kiri lah,
pergi kanan lah,
pintu tengah lah,
pintu belakang lah~




Semuanya tak betul!
Dah lah dia confuse mana satu
tangan kanan, mana satu tangan kiri.




Last-last,
bila aku dah masuk bilik yang
ala-ala stor,
aku suruh dia make sure balik
dengan kawan dia.




Rupa-rupanya,
bilik lecturer dia dekat level 11.



A.P.A.K.A.H.??




So,
aku pun naik lah dekat level 11.


Nora : Dah sampai level 11?

Anizz : Dah.





Nora : Ok. Pergi terus, cari bilik yang belah...
err... kita makan tangan kanan, kan? Ha, bilik
lecturer tu belah kanan.

Anizz : Ok. Pintu no. 2, kan?





Nora : Ha'ah. Bila kau buka pintu je, kau terus akan
nampak meja dia.

Anizz : Ada 5 meja depan pintu.






Nora : Dekat kerusi dia ada baju coat.

Anizz : Ada 3 kerusi yang ada baju coat.



Caption : Kalau ni lecturer aku.. Fuh~




Nora : Cari yang fashion dia panjang.

Anizz : MACAM MANA AKU NAK TAHU FASHION DIA
PANJANG KE TAK?? AKU BUKAN FASHION DESIGNER!
(tak kan lah aku nak pergi selak-selak baju orang)




Nora : Hahaha... sorry... Atas meja dia ada PC tak?

Anizz : Ada 3 meja yang ada PC.








Nora : Alah, macam mana ni? Tak ada lecturer lain ke kat situ?

Anizz : Aku sorang je ni. Kejap. Nama lecturer tu Amirah, kan?





Nora : Ha'ah. Macam mana kau tau?





Macam mana aku tahu?
Aku pergi tengok assignment-assignment
yang berlambak dekat setiap meja.




Lepas je aku letak assignment Nora
di atas meja,
aku terus tangkap gambar sebagai bukti.
And then, aku cakap dengan Nora;
"Mission accomplished".





Balik je,
aku terus beli makanan,
and makan sambil tengok cerita Ombak Rindu.




Cerita dia biasa-biasa je...
tak sedih pun.
Cuma Aaron Aziz tu handsome gila kot~





Sesetengah orang,
bila tengok hero yang handsome,
dia akan cakap 'handsomenya dia'
berjuta kali.




Kata orang,
kalau kita cakap lebih 44 kali,
ianya akan menjadi betul.




So,
instead of cakap 'handsomenya dia~ handsomenya dia'
berjuta kali,
aku cakap 'cantiknya aku~ cantiknya aku~'
sepanjang cerita tersebut.




And, ta-dah~
muka aku dah jadi cantik.
Hahhahaha~
Menipu dengan hebat.





Nora cakap,
aku hati batu.
Tak menangis pun masa tengok
cerita 'Lagenda Budak Se***'.







Seriously.
Siapa entah yang menipu aku
cakap cerita tu sedih.
Bagi aku cerita tu langsung tak sedih.
Happy ending!
(Ok, I'm a weirdo~ I know that~)





P/S :
My dad suruh duduk di rumah Nenek
cuti semester ini.
Tak kisah,



cuma......
tak boleh download cerita dengan hebat,
sebab internet broadband lam......bat...
I want streamyx yang dekat rumah tu~~
(T______T)





________________Anizz____________________

Wednesday, December 28, 2011

Happy things around me

Dah nak habis bulan 12,
baru nak update, kan?




Sorry lah..
Semenjak mouse dah rosak,
rasa malas nak tulis blog.
Sebab nak lukis pakai apa
kalau mouse dah rosak, kan?




Minggu lepas adalah minggu paling
sibuk bagi aku.
Assignment, Final presentation, Test, quiz~
Semuanya berlaku dalam 1 minggu.



Ada banyak yang aku nak cerita
di dalam blog sepanjang bulan ini.
Tetapi, aku tak tulis sebab cerita ini
sesuai bila ada lukisan sekali.
Cis! MOUSE ROSAK!



Hari Jumaat yang lepas,
aku ada test International Economics.
Menghafal bagai nak rak,
Bila nampak je kertas soalan,
soalan tu hanyalah bernilai 5 markah.



Aku peduli apa.
First time aku hafal bagai nak rak,
aku tulis semua benda,
walaupun soalan itu hanyalah bernilai
5 markah.




And,
kalau anda semua suruh aku
ulang balik benda yang aku hafal tu,
CONFIRM aku dah tak ingat.





Sebab?
Aku HAFAL untuk EXAM.




Hmmm...
Sepatutnya,
kita belajar untuk hidup, kan?
tapi sekarang ni aku tengok,
aku belajar just untuk exam.
Aku kena tukar ni!




Malam tu,
Dayah cakap dia nak datang bilik aku,
sebab nak ambil buku library dari aku.
Rupa-rupanya dia datang dengan Wawa.
Aiyaaa.... aku dah lah tak kemas bilik lagi.



Sebagai Tuanku Anizz yang sopan,
aku ajak mereka masuk.




Kalau pergi bilik Wawa,
Wawa hidangkan air Ribena,
Kalau datang bilik aku pula,
aku hidangkan MEE BASAH.
Mee yang berkuah.
Hebat, kan?
(nama pun royal, mesti lah kena layan tetamu macam VIP)




Memang dah plan nak duduk
bilik aku lama-lama,
Wawa pun keluarkan external hard disk beliau.



Drama #1 : Anna San No Omame
Genre : Funny, annoying
Rate : General. Sesuai untuk tontonan umum.
Penonton : Tuanku Anizz, Wawa, dan Dayah.



Movie #1 : A Nightmare on elm street
Genre : Seram, menjerit-menjerit
Rate : Tidak sesuai untuk orang yang lemah jantung
Penonton : Tuanku Anizz, Wawa, dan Dayah.



Comment :
Mereka cakap, mereka menjerit sebab aku menjerit,
elleh~ Sebenarnya korang takut jugak, kan?




Movie #2 : Maaf, sudah lupa
Genre : Yuck! *poop* merata-rata
Rate : Awkward bila anda tengok dengan rakan anda
Penonton : Wawa dan Dayah



Comment :
Aku tengok 10 minit pertama je.
Lepas tu terus tidur.
Tapi, dengar cerita,
Dayah cakap cerita tu sangat
22 tahun ke atas.




Seriously,
agak awkard bila tengok
cerita yang ada kiss scene dengan
rakan anda.




Kalau aku,
even
cerita cartoon macam Rapunzel,
aku tetap akan pandang tempat lain
bila tengok dengan Nora part
yang ada kiss scene.
Awkward gila...





So,
malam tu,
aku tak tahu betapa banyak awkward
scene yang Wawa dan Dayah lalui.
Aku dah tidur masa tu~




Esok paginya,
aku dan Dayah hantar assignment.
On the way nak balik rumah,
aku lalu depan library,
and ternampak 'sunshine'.




So,
aku rasa,
aku akan selalu pergi library nanti,
sebab 'sunshine' tersebut hanya boleh
di lihat dari library sahaja.




Paling best bila
aku dapat tengok 'sunshine' tanpa
Wawa dan Dayah (sunshine's stlaker terhebat)
di sisi.




Tak sangka scene tersebut di lihat oleh
Dayah dari jauh.
Masa tu, aku baru je tangkap gambar sebagai bukti
aku terjumpa sunshine di depan library.





To all my readers,
sunshine adalah classmate kami.
Smart orang nya.




Tapi dia dah ada girlfriend.
Wawa and Dayah cakap,
girlfriend dia adalah so-so.
Tidaklah secantik mana.





Kalau boyfriend dia 'sunshine',
girl tu (girlfriend) 'breaking dawn'? 'moon eclipse'?





Oh ye,
aku lupa nak ambil
dekat Wawa gambar Dayah yang
cun.




Seriously lawa!!
Posing dia macam model!
Lepas ni aku nak ambil
gambar and pose macam Dayah lah~




P/S :
Dayah missed call aku sebanyak 87 kali.
hahahahaahhahahahahahahahhahaha~
Aku tidur la~



__________________Anizz_________________

Saturday, November 19, 2011

Apa jadi kalau Anizz......

Ingat lagi tak entry aku
sebelum ini?
Alah, bukan nya lama sangat pun,
entry semalam je, kot.




Semalam aku ada cerita tentang
betapa tak sukanya aku dengan Facebook.




Kenapa aku tak suka?
Biar aku cerita kan :




******************************


Pada zaman dahulu,
di sebuah kerajaan yang aman
dan damai,
tinggal lah seorang puteri yang terkenal
dengan sikapnya yang lemah-lembut,
sopan-santun, baik-hati, dan penyabar.



Tuan Puteri mempunyai seekor merpati.
Burung Merpati itu digunakan untuk
Baginda berutus berita dengan
sahabat-sahabat sekelas Baginda.




Jika salah seorang ahli sihir Baginda
ingin membatalkan kelas,
pasti sahabat Baginda akan mengutuskan
surat melalui Merpati bagi memberitahu
berita tersebut.




Baginda sangat sayang dengan Merpati tersebut.
Sangat mudah untuk menjaganya.
Makanan nya pun tidak lah mahal.





Hari berganti hari,
kini kerajaan Baginda kian membangun.
Sahabat-sahabat Baginda tidak lagi
menggunakan Burung Merpati untuk
mengutuskan berita.





Tetapi,
mereka menggunakan Burung Kakak Tua.
Lebih mudah katanya.
Jika ada sebarang berita,
burung Kakak Tua tersebut akan terus memberitahu.
Tidak perlu lagi mereka membaca surat
daripada Merpati.






Baginda juga mempunyai Burung Kakak Tua.
Walaupun makanannya agak mahal,
tetapi Baginda tetap gembira dengan
perkhidmatan yang diberi oleh burung tersebut.






Oleh kerana makanannya agak mahal,
Tuan Puteri tersebut agak sukar untuk
sentiasa memberi burung tersebut makanan
tepat pada masanya.




Kadang-kadang,
jika Baginda terlebih menggunakan perkhidmatan
burung tersebut,
pasti akan timbul masalah
seperti burung tersebut tercekik, tiada suara,
dan sebagainya.




Hendak di jadikan cerita ini
sebagai cerita yang penuh tragic,
suatu hari sahabat Baginda memberitahu
yang kelas "How to train your Lion",
telah bertukar masa melalui burung Kakak Tua.




Kelas yang sepatutnya di jadualkan
pada waktu petang, telah di tukar kan pagi,
kerana sahabatnya mahu membeli-belah
pada waktu petang.





Tuan Puteri yang menyampah
dengan sikap burung Kakak Tuanya
yang sering tercekik, tersedak, tiada suara,
langsung tidak menjenguk burung tersebut.




Ke esokan harinya,
ketika Baginda mahu ke kelas
"How to train your Lion" yang
di ajar oleh Miss Singa,
Seekor burung Merpati terbang hinggap
ke jendela Istana Baginda.




Apabila di baca surat yang di bawa
Merpati tersebut,
Tuan Puteri terus terkejut,
lalu jatuh pengsan.





Ketika Tuan Puteri terjaga dari pengsannya,
Tuan Puteri duduk berfikir.
Setelah lama berfikir,
Tuan Puteri telah terfikirkan 2 options.
Ada dua options yang Tuan Puteri mesti pilih,




1 : Menyerah dan di makan oleh Miss Singa.






2 : Terjun bangunan.






THE END

********************************




Ha,
macam tu lah ceritanya.



Time aku buka Facebook,
tak ada pula berita class tukar masa,
bila aku tak buka Facebook,
ada saja berita maut macam tu.





Hmm..
Burung Kakak Tua tu
adalah perumpamaan yang
mewakili my broadband dan facebook.
Burung Merpati pula SMS melalui handphone.




Oh ya.
To all my readers,
kalau anda stress,
jangan terjun bangunan, ok?
Bunuh diri itu adalah berdosa!





P/S :
Aku sedang menunggu masa
untuk di makan Miss Singa...




___________Anizz____________