Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Update Blog

Siapa yang nak baca this blog
kalau saya update malam ni??




P/S :
Sila jawab sekali Poll di sebelah ------>

Tuesday, May 8, 2012

Pemberitahuan?



Rasanya,
aku akan update entry
pasal Perth esok atau lusa.




Ingatkan nak update malam ni,
tapi, laptop hang pulak.
Tu lah, tangkap gambar guna camera canggih sangat.
Aiyaa~





Esok pagi aku akan bertolak ke
Alor Gajah.
Ada ceramah *I-don't-know*.
Wajib pergi.
Pukul 11 am - 6.30 pm kot.
(T____T)





And,
maybe aku tak boleh upload gambar
dekat dalam blog,
sebab my broadband is 'laju' gila.




Tapi,
aku dah upload dekat my facebook.
You can view it there.





For those yang tak tahu my facebook link,
you can wait until I upload it into
my blog.
Kena pergi Cyber Cafe (CC) dulu.

Tak pun upload dekat library.




WOoooooOOOooooOOOooooOOOOooo~
(NERD ALERT!!)




P/S :
Kenapa aku tak buat entry colorful
macam sebelum ni?
Sebab aku update blog guna
google chrome.
Even aku buat tulisan warna-warni pun,
yang keluar color putih jugak.






Before this aku guna Mozilla,
tapi.... hehe.... malas pulak nak
buka Mozilla Firefox.
Sorry.




And,
thank you for those yang comment
entry sebelum ni.
Membaca comment anda membuatkan
saya tersenyum sendiri.
(Eceh~!)




Caption : Censored. Salah eja. Hehehe.. dah sleepy sangat ni.



Caption : In Caversham Wildlife Theme Park

!sneak peek!

_____________Anizz____________

Sunday, April 22, 2012

Entry before pergi Perth

Hi semua.
2 jam lagi,
aku akan start berkumpul dengan
my friend semua untuk bertolak ke KLIA.




Ticket flight kami pukul 9 am.





Doakan keselamatan kami semua
sepanjang berada di sana.





p/s : Semalam baru tengok teaser thriller movie
about zombie or hantu dekat dalam flight.
Cis!



____________Anizz_____________

Sunday, October 9, 2011

My new habitat

Untuk pengetahuan anda semua,
saya telah di pindah kan ke bangunan baru.





Ini bermaksud,
saya bukan lagi pelajar yang
menetap di kolej (asrama).
Tiada lagi those annoying senior
yang asyik suruh kami
turun sertai sebarang program!!





Yahoo!!




Bangunan yang saya duduki
ini adalah hak milik Yayasan Melaka.
Kelebihan bangunan ini adalah,
kedudukannya yang lebih dekat
dengan kampus.




Kalau anda bangun lewat pun
boleh sampai ke kelas right on time.




1 rumah ada 10 orang.
1 rumah ada 5 bilik.
1 bilik ada 2 orang.
1 rumah ada 3 toilet, and 2 shower.
Oh ye, ada kitchen a.k.a sinki je.



Caption : Stripoo on my bed.


Caption : Meja study. Ok, nampak sangat baru lepas makan maggie.



Duduk di sini agak best.
Bilik pun besar!




Caption : Tiada motif. Saja nak tunjuk gambar I yang terbaru~




P/S :
Kebelakangan ini,
mood untuk meng-update-blog
telah hilang.
Maybe sebab dah meningkat tua.....



________Anizz_________

Saturday, August 6, 2011

Puasa ke lapan : All in one

Sebenarnya ada banyak yang
telah berlaku sepanjang puasa
ke empat hingga hari ini.
Cuma aku je yang malas nak tulis
dalam blog.




Puasa ke empat hari tu,
my adik no.2 balik dari campus dia.
Sebab ada urusan nak di selesaikan.
Alah~ tak penting pun.
Sebenarnya rindu dekat Kakak dia
yang sopan-santun, lemah-lembut, baik-hati~




Darwisha bukan main seronok lagi
sebab abang dia balik.
Walaupun itu bukan abang favorite dia,
tapi dah nama pun abang sendiri,
siapa tak sayang, kan?




Abang favorite dia ialah adik no.3 aku.
Sebab dia tu pure angel di mata Darwisha.
Dia lah insan yang tak pernah marah Darwisha.




Adik no.2 aku pula,
dia selalu kacau Darwisha.
Sebelum adik no.2 aku balik,
Darwisha cakap dekat aku :
"Angah tu evil, kan?"




Adik no.2 balik sekejap sahaja.
Puasa ke enam dia dah balik semula
ke campus.




Petang tu,
aku baru sedar,
dari mana aku dapat my evilness.
From my mom.




Aku tengah buat something dekat laptop,
lepas tu my mom masuk bilik aku,
and berdiri sebelah aku :



"Kakak."




Bila aku pandang je,
ada mata tengah pandang aku.
My mom pegang burung yang dah mati
betul-betul sebelah aku.
Burung tu dah togel sebab di buang bulu.




Kerana hati ku ini sangat lembut,
aku pun ter jerit ala-ala perempuan melayu
ter akhir. (menipu betul).




Lepas tu my mom beredar sambil
gelak-gelak lalu berlagak dengan Darwisha
sebab dapat membuatkan aku terkejut.
Ceh.



Puasa ke tujuh,
my dad beli 2 ekor burung untuk Darwisha.
Darwisha suka betul.
Lepas tu my dad ingat nak beli lagi
2 ekor burung, tapi kedai tu dah tutup.






Aku tanya Darwisha,
burung makan apa?
Darwisha cakap dia tak tahu.
So, di sebab kan aku ni Kakak yang baik,
aku cakap lah burung makan ikan masak merah.
My mom pula cakap yang burung makan sambal belacan.




Hahahaha~
Aku dah cakap yang my mom is evil,
you all tak nak percaya~




Kalau aku tak gaduh dengan Darwisha,
my mom lah yang gaduh dengan dia.
Hahahahhahaha~



_______________Anizz____________

Monday, August 1, 2011

Puasa pertama : Basi


Sebelum tu,
aku nak ucapkan :



Selamat Berpuasa
di Bulan Ramadhan!




Di bulan Ramadhan ini,
kita dapat belajar banyak benda.



Benda pertama yang aku
pelajari pada hari pertama
berpuasa ialah :
My mom is a scary person.



Pagi tadi,
my mom kejutkan aku
bangun sahur.



"Kakak, ini kali ketiga mommy kejut.
Bangun, sahur."



Serious woh~
Aku ingat nak tidur sampai
my mom kejutkan aku kali
kelima,
tapi masa aku buka mata,
aku nampak my mom macam
ada aura menakutkan dekat
belakang my mom.





Aura dia lebih kurang macam
watak Anime dalam gambar di atas.



Ayat my mom tadi
penuh dengan ugutan
yang hanya orang bersalah je
boleh faham.



Aku terus bangun setelah
my dad pun turut sama turun
padang mengejut aku.



Setelah selesai memberus gigi,
aku terus pergi ke dapur
untuk bersahur dengan
my mom and dad.



My dad tengah makan cucur udang,
my mom tengah membaca majalah.
Aku terus ambil pinggan.



"Kakak nak makan nasi ke?", tanya my dad.


"Ha'ah.", jawab ku pendek.
(eceh, macam novel pulak)



Aku pun membuka penutup
periuk nasi.
Bagi orang yang expert macam aku,
sekali pandang je aku dah tahu nasi tu
dah basi.
Dah jadi macam tapai dah pun.



Anizz : Nasi ni dah basi.

Mom : Mana?
(sambil menarik periuk nasi)




Dad : Basi sedikit je kot.

Anizz : Tak lah. Dah macam tapai.

Mom : Ha'ah la.. Dah basi.



Well,
aku tak kisah pun.
Aku baru je teringat,
sebelum tidur,
aku berazam tak nak makan
nasi di bulan puasa.




Benda ni pernah terjadi dulu.
Semasa aku sedang menggosok gigi,
aku berazam untuk tidak makan nasi.



Selesai sahaja daripada menggosok gigi,
aku terus pergi dapur dan makan nasi
bersama parents aku.



Habis je makan,
aku terus basuh pinggan aku,
dan masa tu lah aku baru teringat
azam aku semasa menggosok gigi tadi.



Dah habis makan,
baru aku teringat yang
aku tak nak makan nasi.
Hahahahahaha~



Berbalik kepada cerita tadi,
aku pun beralih untuk mengambil
ikan kukus di dalam periuk.
Bau dia lain macam.
Tapi aku ambil juga.




Bila aku makan je,
ikan tu OK lagi,
cuma sambal kelapa dia
yang dah tak berapa OK.



Cepat-cepat aku luahkan
kedalam sinki.
Akhirnya,
aku cuma makan cucur dan
ikan dia sahaja.



My mom ada suruh aku ambil
ikan kukus didalam bungkusan baru,
(my mom and dad beli ikan kukus 2 bungkus)
tapi aku tak nak.



Semasa makan cucur udang,
aku berfikir kembali situasi
yang baru berlaku kepada diriku tadi.



Sedar-sedar je,
aku dah makan lebih kurang
7 biji cucur udang yang aku
rasa calorie dia sama macam
makan nasi 15 pinggan.
(Melampau tu tahap pengiraan aku.)



Ok.
Nak pergi sembahyang Subuh.
Selamat berpuasa.
(^0^)v



P/S :
Kali ketiga aku post entry ni.
Mula-mula guna Google Chrome,
tapi color tak keluar.
2 kali aku edit, sama je.



Last-last aku sembahyang dulu,
and baru edit dekat Mozilla Firefox.
Banyak betul dugaan melambatkan
waktu sembahyang.
Alhamdulillah.. aku ni baik hati...



____________Anizz______________

Tuesday, July 19, 2011

Entry untuk Adik anonymous..

Ok,
first sekali,
ini bukan entry untuk
secret crush yang aku saja je
gatal tulis 'Anonymous'.



Ini adalah entry khas untuk
pembaca I yang telah membuat
pertanyaan tentang UiTM ku~



Mulanya aku dah nekad,
aku tak akan tulis entry baru
kalau tak ada orang tulis comment
untuk aku.



Tiba-tiba,
aku nampak laptop aku bercahaya~
Ada orang comment blog aku~
Yahooooooo~~~
(bunyi macam blog aku tak pernah ada orang comment je)



So,
entry ini khas untuk dia.
Aku akan tukar 'Aku' kepada
'Akak'.
Sebab dia tu adik.



Eh,
kejap.
Baik aku tukar 'Aku',
kepada 'Beta'.
Martabat lagi tinggi.
Hahahhahaha~




Sesi Soal Jawab :




Q : Hye

Hai. Assalammualaikum.
(^0^)v




Q : Akak UiTM Bandaraya Melaka, kan?

Akak bukan bangunan.
Akak manusia yang belajar di sana.
Hahaha..
Buat lawak bodoh pulak aku ni~




Q : Sahsiah rupa diri student Accountancy ke kelas?

Sama macam time Diploma dulu.
Kalau awak bukan dari UiTM,
sahsiah rupa diri dia :


Yang lama :




Yang baru :





Gambar ini di ambil dari Google.
Kalau nak tahu lebih official,
klik : sahsiah rupa diri.



Tapi,
kalau nak tahu jawapan berdasarkan
pengalaman akak (cewah!),
akak nak bagi tips.



Kampus ni sangat sejuk.
Serious! Tak tipu!
Sejuk! Sejuk! Sejuk!



Kalau bawa air panas dari rumah,
confirm, lepas kelas,
air tu dah jadi sejuk macam
baru keluar dari fridge.



So,
kalau boleh,
bawalah pakaian macam sweater or cardigan.
Kalau nak bawa baju sejuk macam
pakaian time musim salji tu pun boleh,
tapi.. err... macam over je.
Hahahahah~



Kalau bab pakaian ke kelas,
boleh pakai baju kurung,
baju t-shirt lengan panjang untuk siswi,
lengan panjang atau pendek dan berkolar
untuk siswa.



Akak selalu je pergi kelas
pakai baju t-shirt lengan panjang
atau blouse. (feewwiiitt~)
Hahahaah~



Jeans boleh pakai.
Kasut pula tak boleh pakai
yang slipper, kalau boleh
bertumit, even 1 inchi.



Kalau pakai slipper or
sandle yang menyerupai slipper,
and time tu pula Mak cik guard nampak,
confirm kena saman.
(Akak pernah nampak budak kena saman
depan lift pula tu.)




Kesimpulannya,
mesti pakai baju lengan panjang
untuk siswi.
Macam mana Islam sebut pasal
etika berpakaian, macam tu lah
sahsiah rupa diri.



And no baju ketat and singkat
sampai nampak punggung.
Kalau senior nampak,
confirm bising 24 jam.
(sorry, akak anti-senior JPK)



Masa awak masuk nanti,
ada orentasi.
Rasanya wajib pakai baju kurung.
Masa orentasi, wajib pakai tudung.
Kalau rambut awak blonde,
kena hitam kan balik.
Nanti kena saman.



Q : Cara study di UiTM dan lecturernya?


Hahaha~
Aissshhh...
Kalau akak dapat 4 flat,
laju je akak menaip, tau.



So,
akak taip lambat-lambat
lah ye.
Sebab akak tak dapat 4 flat.
Huhu...



Awak dari STPM ke?
Sebab gaya soalan macam dari STPM
or matrikulasi.
(^0^)v



Cara belajar dia,
sama macam belajar dekat sekolah.
Cikgu ajar, student dengar.



Cuma,
bila dah masuk university,
gaya ajarannya berlainan.



Kadang-kadang,
lecturer just ajar,
and lantak lah student faham ke tak.
Tapi tak semua lecturer macam tu.



Kadang-kadang,
buku kata lain,
lecturer tu kata lain.
So, tanya je lecturer tu.
(Nama lecturer di rahsiakan. Hahahah~)



Ada lecturer yang kelas start
pukul 12.30,
tapi datang pukul 1.30 petang.
Kadang-kadang tak datang terus.
Alasan dia : penat.
Terbakar jiwa raga ku.
(nama lecturer juga di rahsiakan)

(^0^)v



And ada satu lecturer account ni,
dia sangat garang and tegas.
Dia selalu bagi student latihan.
Banyak pula tu.



Dulu,
akak tak suka lecturer yang
suka bagi banyak homework.
Rasa macam nak tukar kelas je.



Tapi,
bila dah merasa lecturer yang
LANGSUNG atau JARANG GILA
bagi homework,
akak rasa macam nak tukar
ke kelas yang lecturer dia
bagi banyak homework.



Sebab?
Homework tu memboleh kan kita
cepat faham.
Serious!
Ini bukan ayat dari budak nerd, ok?



Tips akak :
Pergi kelas nanti,
jangan lupa bawa pendrive.
Sebab, lepas kelas,
boleh minta slide show
dari lecturer.



Bukan slide show yang gambar-gambar
kenangan memori silam tu.
Nota-nota dalam slide.
Kita kan dah alaf 21.



Penting!
Sebab, kadang-kadang,
exam keluar sebiji dalam
latihan-latihan dalam notes
yang lecturer tunjuk dalam kelas.



Masa tu,
menangis air mata darah
pun dah tak boleh lagi.




So,
itu je lah, kot.
Jangan risau,
lecturer semua baik.
Kalau kita buat baik,
dia baik lah.



Last info and tips :


1) Kelas start pukul 8.30 pagi. Habis pukul 6.30 petang,
atau 10.30 malam. Datang lah awal. Sebab,
lecturer tak suka student datang lambat, and kalau
datang lambat, kena berebut lift.
(Note : Bukan setiap hari kelas full.)



Lift ada 4 je.
1 untuk lecture, 3 untuk student.
Kalau dah lambat sangat,
nanti awak akan merasa penangan
tangga maut.



Jangan lupa bawa air mineral!
Confirm anda akan memerlukannya
selepas menaiki tangga itu.
(Record akak : naik tangga 12 tingkat
tanpa henti. *pengsan*)



2) Cuaca dekat Melaka tak menentu.
Nampak macam panas, nanti,
tiba-tiba je hujan.



3) Bangunan UiTM kita ada 1 je.
Ada lagi 1 extra, nama dia bangunan Graha.
Kalau dalam jadual ada tulis 'ZG',
maksudnya, kelas anda dekat situ.



4) Kampus kita ni betul-betul dekat bandar.
Belakang campus ada Pizza Hut,
sebelah bangunan campus ada The Store.
(Contact me kalau nak tahu tempat shopping)



5) Bawa tali kad matrix. Masa daftar pakai
lawa-lawa, sebab nak tangkap gambar untuk
kad matrix sekali.



6) Print banyak-banyak untuk surat tawaran UiTM.
Mana tahu, anda akan memerlukannya di kemudian hari.



7) Jangan lupa buat medical check up!



8) Awak boleh contact akak dekat sini : Tuanku Anizz (klik sini).
Boleh lah tanya akak apa-apa je.




Tahniah, and welcome to our campus!




_____________Anizz_____________

Saturday, June 11, 2011

Teaser_001

I'm going to post something.
Tapi belum ada masa lagi..
(sebenarnya malas)



Hahahahahahahaah~~~~



____________Anizz_______________

Sunday, May 29, 2011

Confused - PART 1

Semalam,
kawan aku telefon.
Masa tu aku tengah tidur,
siap mimpi lagi.



Aku mimpi,
aku tengah jawab exam paper Math.
Kawan aku, Farah siap offer nak bagi tiru lagi,
sebab dia dah ada skema jawapan.



Masa tengah jawab exam tu,
aku pelik sebab,
selalunya, aku mesti akan
well prepared bila nak jawab exam,
lebih-lebih lagi subjek mengira.



Lepas tu,
macam mana kawan aku tu,
boleh dapat skema jawapan time exam??



Sedar-sedar je,
kawan aku telefon.
Tiada nama tertera,
hanya nombor sahaja.



Kawan A : Hello, Anizz. Kau tidur ke? Kau tau tak, Farah nak bertunang hari ni?

Anizz : Farah? Biar betul! Patutlah aku mimpi pasal dia tadi. Dengan siapa?



Kawan A : Entah. Mana lah aku kenal.

Anizz : Tak kan lah dengan boyfriend dia, bukan dah clash ke?



Kawan A : Dah clash? Tak tahu pula aku. Jom pergi sekali?

Anizz : Rumah dia dekat mana? (sebab aku rasa, rumah dia jauh dari rumah aku.)



Kawan A : Alah, dekat je. Ana (another friend of mine) tahu kot.
Anizz : Eh, kejap. Ni siapa ni? Wawa ke? Dayah? (both classmate University aku)




Kawan A : Tak lah. Ni Mizah!

Anizz : Mizah? Kejap. Farah mana yang nak bertunang ni?




Kawan A : Alah, Farah classmate kita dulu tu.
Anizz : Kejap. Aku dah confused. Ni kawan University ke, sekolah menengah?

Kawan A : Anizz! Ni Mizah lah. Kawan University apa nya. Sekolah menengah la..

Anizz : Hahaha.. sorry. Nama classmate aku dekat campus pun Farah juga.



Bila dah banyak sangat kawan,
aku dah confuse,
yang mana satu kawan University,
kawan sekolah menengah,
atau sekolah rendah.



Dulu,
aku selalu pelik,
kenapa my mom cakap dia
terlupa nama kawan lama dia.
Bagi aku,
kenapa mesti terlupa nama
kawan sendiri?



Ambil kau.
Bila dah tua sedikit dari usia muda aku,
(nak juga mention aku muda)
baru aku tahu,
tak semua nama kita akan ingat.



But don't worry,
muka still aku ingat.
Cuma nama je, aku terlupa.
Hehhehehe...




Tapi,
kalau aku terlupa siapa itu 'Mizah', (kawan)
aku sanggup di hukum buang negara.



Mizah tu kawan aku dari
sekolah tadika lagi.
Biasalah, dulu mana ada
sekolah Per-ra (pelat Darwisha).



Rumah kami pun dekat.
My mom hanya akan izinkan aku keluar,
kalau Mizah yang ajak.
Confirm permohonan akan di luluskan.



Contohnya : Situasi # 1


Anizz : Mommy, Mizah ajak pergi shopping.

Mom : Ok.



Situasi # 2

Anizz : Mommy, Angelina Jolie ajak pergi shopping.

Mom : Tak payah pergilah. Jaga adik dekat rumah. Mommy ngan Daddy nak pergi kenduri.




See?
Situasi yang sama,
cuma nama je yang berlainan.
Kalau Mizah ajak,
confirm aku pergi.



Even aku malas nak pergi pun,
my mom and dad akan paksa aku pergi.



Aii...
Bila lah Mizah nak ajak aku :


Anizz : Mommy, Mizah ajak pergi Paris.



Mesti my mom akan cakap 'OK' juga.
Hahhahahaaah~




Tapi,
the funny thing is,
masa aku tengah bersiap
dalam bilik,
my dad pesan :


Dad : Kakak pergi kenduri dengan Mizah ke? Pakai baju kurung!

Anizz : Ok.



Apa punya pesanan daaa~
hahahhah~
Selalunya, ayah-ayah akan berpesan,
jaga diri, jalan elok-elok..



Tapi,
my dad just ingatkan aku,
suruh pakai baju kurung pula.
hahahahaah~



Sebab,
dulu, aku pernah pakai
baju t-shirt @ Blouse and jeans bila : 1) Pergi ber raya pada hari Raya PERTAMA.
2) Kenduri, majlis bertunang, etc.



And,
aku ni jenis jarang and tak suka pergi kenduri.
Rimas bila berada di tempat yang
panas, sesak and ramai orang.



Mungkin sebab tu,
my dad pesan,
bila pergi kenduri,
kena pakai baju kurung.
Hahhahaha... (^0^)v


_______________Anizz_______________

Monday, May 9, 2011

Final

Esok last Final Exam!!
Weeheee~~ (^0^)v


______Anizz_______

Tuesday, May 3, 2011

Final Exam..

Sekarang ni tengah musim
Final exam di UiTM.
Semua orang dah jadi macam
zombie bergerak.



Ada macam-macam gaya orang
tertidur sambil baca buku.
Ada yang tertidur atas kerusi.
Ada yang tertidur atas meja.
Ada yang tertidur sambil pegang
pen.



Aku?
Aku pernah tidur sambil letak
buku teks Geography yang tebal Ya Amat
dekat atas muka.
Serious lemas.





Sampai termimpi-mimpi ada
gajah duduk atas muka.
Sebab sebelum tidur,
aku tengah baca pasal negara Africa.



Kadang-kadang aku tertidur sambil
pegang calculator and pen.
Bangun-bangun je,
terus tekan calculator.
Then, sambung tidur balik.
Hahahahaha.... (^0^)v



Bila dah mengantuk,
tulisan aku pun dah makin kecil.
Kadang-kadang, langsung tak faham.
Padahal tulisan sendiri.



Teringat pula aku dulu,
masa sekolah menengah.
Bila minggu exam je,
mula lah dengar cerita hantu,
budak histeria~



Mungkin sebab tension,
so semua benda dia nampak.



Tapi,
Alhamdulillah,
sepanjang aku ambil
Diploma and Degree,
langsung tak ada cerita hantu
yang di alami.



Lagi satu,
Nora pernah cakap,
aku ni macam budak-budak.
And baru tadi aku sedar,
bila aku terpandangkan nota aku,
memang hampir sama dengan budak-budak.


Caption : Geography Note part History of Latin America



Tapi,
bagi aku,
nota aku ialah creative.
Hihihi.



Caption : Latihan past year exam untuk subject QMT (Quantitative Analysisis)



Ok,
nak sambung study.



My next Final Exam paper :
Rabu : International Business
Khamis : Quantitative Analysis (QMT)
Ahad : Research Methodology
Selasa : Risk and Insurance


______________Anizz_______________

Tuesday, April 26, 2011

Perogol? Part 2

Ingat lagi tak pasal entry aku :
'lelaki masuk kolej kami'?



Caption : Lelaki tersebut.



Bila dengar dari mulut A :
"Nasib baik ada student nampak lelaki tu
sebelum dia sempat buat apa-apa."



Mulut B :
"Lelaki tu tak sempat nak rogol budak tu,
budak tu sempat melarikan diri."



Berita Harian :
"Student tu telah dirogol dan dirompak."



Yup.
Nak tahu berita ini dengan lebih lanjut?
Klik SINI.


********

Ok.
Sebenarnya esok aku ada final exam.
Tapi, berhenti sekejap untuk merehatkan
minda.
Hehehe...



Semalam beli kasut baru.
Harga dia? RM40.
Bagi student macam aku, itu adalah mahal.
Sakit woh kaki aku pakai kasut tu.
Ye lah, kasut baru~



Ok.
Nak sambung buat 'revision' balik.
Aisshhh...
Baru tengok kulit buku,
dah mengantuk...
Belum baca isi dia lagi.



_______________Anizz______________

Wednesday, April 6, 2011

Library

Kami sepatutnya ada discussion
pukul 9 pagi ni,
bertempat di library.



Tapi,
sekarang dah pukul 9.30,
aku sorang je ke dah sampai??
Aku tiba (eceh) di sini tepat pukul 9.00.
(Update : Dayah dah sampai)



Sepatutnya lebih awal,
tapi tunggu lift and minum air
depan library dulu.
Sebab, tak boleh bawa masuk air
dekat dalam library.



Oh ya.
I bawa laptop pergi library.
Wah, kan? kan? kan?



Seriously,
aku memang tak ada keberanian
nak bawa laptop keluar dari kolej.
Banyak risiko.



Biasalah,
duduk di bandar..
Kalau duduk dekat kampus lama,
every day boleh bawa.
Peratus kena ragut nearly zero.
Sebab itu kawasan kampus.
Banyak Guard sedang awasi.



Dekat sini?
Keluar kolej dah jalan raya.
I mean 'jalan raya awam'.
Then, kampus ni bukan
kawasan kampus yang besar.



Dia just ada 1 building je.
Sebelah building ni dah ada
building macam so-called-shopping complex.
Peratus kena ragut nearly 60%.



So,
sebelum keluar kolej,
aku dah siap-siap baca ayat Qursi.
Yeah, yeah, you can call me timid,
"Assignment ada banyak, tapi laptop ada 1."



Lainlah kalau harga laptop sekarang
around RM200.
Memang aku bawa ke mana-mana je.
Even pergi berkelah pun aku nak bawa.
Bukan setakat berkelah,
pergi jogging, poco-poco pun aku bawa laptop.
Wah~ gila ber terchnology.



______________Anizz______________

Friday, February 25, 2011

Duit~

Bila tengah tak ada duit,
macam-macam benda aku nak.
Contohnya,
ice-cream magnum yang
harga dia RM3 sebatang.



Tak pun,
chocolate cadbury yang besar tu.
McDonald, KFC~
Lepas tu ada hati nak pergi tengok wayang.



Tapi,
bila aku dah ada duit,
yang peliknya,
aku jadi berkira untuk membeli
apa yang aku nak tadi.



Contohnya :

Ice-cream yang harga dia RM2.50.
Aku : Hmmm.. Do I really need that? Tak payah lah. Bukan kenyang pun.


Chocolate cadbury yang kecil.
Aku : Hmmm... Tak nak lah. Membazir je. Lebih baik aku beli nasi.


McDonald di depan mata.
Aku : Hmmm... Mahal sangat. Aku boleh makan nasi goreng Pattaya 4 bungkus.



Ha,
itu lah aku.
Time economic recession (Kemelesetan ekonomi),
semua benda aku nak.
Time economic inflation (duit terlebih),
semua benda aku fikir 10 kali
sebelum beli.
Hahahahaha~



Tak lama lagi duit PTPTN nak masuk.
Roommate aku dah berkira-kira nak
beli kamera digital, round-round dekat Melaka,
makan Pizza~
Next semester punya duit PTPTN,
dia cakap nak beli handphone baru.
(Wooooo~)



Aku tak ambil PTPTN.
Fully support from my parents lagi.
Memanglah kata orang,
mereka nak ambil PTPTN sebab
tak nak menyusahkan parents mereka.



Tapi...
Aku tak nak hutang banyak-banyak..
Aku nak dapat gaji penuh.
Boleh lah aku bawa my family jalan-jalan.
(anak yang solehah)



Aku cakap dengan kawan aku yang
tak tahu nak buat apa dengan duit PTPTN tu.
Sebab, dia rambang mata.
Macam-macam dia nak beli.
Lepastu, dia cakap lah yang dia nak
berlagak macam orang kaya bila dah
dapat duit tu nanti.
Aku cakap;


"Cuba kau sewa beca from campus kita until our kolej."


Hohoho..
Mahal tu~
Sekali naik beca,
dah kena charge RM50.
Dia bawa round Melaka.



Tapi,
cuba lah anda fikir.
Sampai ke hati anda untuk lihat
pak cik tua itu mengayuh beca tu?
So,
tak pasal-pasal kena bergilir-gilir
bawa beca. Hahahhahhahahah~



Anyway,
di harap anda-anda sekalian
dapat membelanjakan duit anda
dengan berhemat.
Jangan beli macam-macam depan aku.
Nanti aku jealous.
Hahhahahah~ (^.^)v



P/S : I really do like Robert Kiyosaki punya buku :
Rich dad and Poor dad. Bacalah kalau anda ada masa~ (-.^)v



______________Anizz_______________

Saturday, February 19, 2011

From my point of view~

Aku sangat kagum dengan
Pengarah kampus aku ;
Dato' Prof. Madya Dr. Mizan Bin Hitam.
Kenapa?




Sebab,
berapa banyakkah Pengarah yang
sanggup pergi dari kelas ke kelas
hanya untuk memberitahu yang
pada hari Sabtu (hari ini),
VC UiTM ;
Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar,
akan datang melawat ke kampus kami?







Wah~
Bagus betul lah.
Dia tak suruh pembantu dia
tolong inform kan kami.
Tapi dia sendiri yang datang ke kelas
untuk menginformkan sendiri.
(sorry, instead of 'beliau', aku tulis 'dia')



Dr. Mizan cakap dengan kami,
datang pada pukul 2 petang,
selepas sembahyang Zohor.
Sebab, program start pukul 2.30 petang.



So,
JPK (jawatankuasa perwakilan kolej) kami,
dengan 'excited' nya pun mengarahkan kami
berkumpul dan berbaris di ground floor
pada pukul 11.50 pagi.
(sorry, aku anti-senior yang suka menyusahkan)



Ya,
awal 2 jam.
AWAL 2 JAM!!



A.P.A.H.A.L.????



Apa yang kami buat dekat
tengah-tengah panas tu selama
2 jam menunggu program start?
Duduk melepak je.
Dekat bawah pokok~
Dekat atas tangga~
Dekat atas jalan raya~



Ok,
aku faham kalau niat mereka
untuk mengelakkan kami daripada
datang lambat ke Majlis yang kami
MEMANG CONFIRM tak dapat
masuk dalam Dewan, sebab Dewan tersebut
sangat kecil.
Aku faham.



Kenapa tak buat kami datang pukul 1 petang?
Tak pun, 12. 45 petang?
Kenapa mesti 11.50 pagi?



Orang awam yang lalu-lalang pun
tengok kami duduk dan jalan berlegar-legar
di depan UiTM.
Aku tak tahulah apa yang mereka akan fikir.



Dalam pukul 2.15 petang,
VC pun sampai.
Jangan cakaplah reaksi
'Minah-minah gedik' tu.
Menjerit tak tentu pasal.
Mengalahkan sambut artis.
(Minah Gedik bukannya Kakak Senior, ok?)



Berarak,
mengalahkan berarak masa Maulidur-Rasul.
Bersorak,
mengalahkan sambutan Maulidur-Rasul.



Ok,
aku faham..
VC datang, mestilah kena bergembira, kan?
Bukan senang nak tengok VC datang kampus kita, kan?
Kita mestilah kena alu-alu kan kedatangan beliau
dengan penuh hormat, kan?



Entahlah~
from my view,
apa salahnya berselawat,
macam kita buat masa kita sambut
Pengarah Kampus kita?
Tak pun,
sebagai student,
apa salahnya kalau kita bersalaman,
macam MPP salam VC?



Ada korang nampak MPP (majlis perwakilan pelajar) menjerit
tak tentu hala,
melompat-lompat sambil jerit
"Aaaaaaahhhh~~ I love you, VC~!!!" ?
Hahhahahhaha~ (^.^)v



Oh ye,
yang menjerit and bersorak
tak tentu pasal tu budak Diploma.
Course di rahsiakan.
Kawan aku cakap :
"Patutlah menjerit macam orang gila, budak-budak (Diploma)
lagi rupanya.."



Yang student Degree,
semua orang salam ala-ala businessman.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Anda berjaya mengekalkan imej Business.
Salam dengan penuh hormat!
Bukan menjerit macam monyet.



Hmmm...
Maaf, emotional pula aku ni.
Yela,
dah kena tunggu 2 jam dekat
tengah-tengah panas.
Mendidih lah darah aku ni.



Kawan aku pula,
dia dah cakap :
"Aku lempang jugak budak-budak ni. Menjerit macam monyet. Cubalah baca al-fatihah ke.. Masa Maulidur-Rasul, tak nak pulak buat!"



Biasalah,
matahari tengah terik..
Jalan raya (Tar) mula mengeluarkan
bahang-bahangnya.
Duduk pula di atas tebing jalan yang keras.
Siapa tak bengang bila dengar ada
budak terkinja-kinja buat bising.
Aku? Cool je.
Asalkan mereka tak kacau aku.



PERHATIAN!!
Aku tak marah, aku tak kutuk.
Aku cuma tegur dan menceritakan sahaja.
Aku bukan tak suka VC datang.
Aku bukan tak suka mereka menjerit.
Jeritan itu berjaya memeriahkan suasana.



Aku cuma,
kurang suka bila kami diarahkan
untuk datang awal 2 jam.
Lepas tu, masa beratur dekat kolej,
siap kena marah :
"Cepat lah sikit! Kita dah lambat ni, tau tak?!!"



Seriously?
Kita dah lambat? A.P.A.K.A.H.??!



Ingat,
kalau kita nak orang hormat kita,
hormat orang itu terlebih dahulu.
Kalau anda deal dengan student Degree,
act seperti leader kepada student Degree.



Adakah anda mahu menengking
client atau subordinate anda?
Instead of menengking,
why not kita deal secara psychology?
Macam aku buat dengan Darwisha. (klik link)
Hahaha~




_________________Anizz__________________

Sunday, February 13, 2011

Exhibition : Preparation PART 1

Assalammualaikum,
dan salam sejahtera!!



Hari ini aku nak cerita pasal
hari exhibition kami yang lepas.
Ianya berlangsung selama 2 hari.
Tapi preparation dia memakan masa 4 hari.


Exhibition semester ini bertemakan Tiger and Dragon.
Ada 6 negara yang kami kena buat :
China, Taiwan, Mongolia, Japan, North Korea, dan South Korea.



Ada 3 kelas yang terlibat.
1 kelas akan mewakili 2 negara.
Kelas A : China and Taiwan
Kelas B : Mongolia and Japan
Kelas C : South and North Korea.



Kami buat exhibition pasal negara Mongolia.
Penat gila kot buat benda ni semua..
Habis masa muda aku..


Aku tak nak cerita banyak.
Aku just nak letak gambar je.
Oh ye, cost sewa baju adalah : RM60.
Cost tambahan : RM20


Mongolia :


Caption : Aku tengah tolong gunting gambar untuk Culture Mongolia. Baikkan aku?



Caption : Masa ni dah pukul 12 tengah malam. Thank you Pak Guard sebab bagi kami stay
lama-lama dekat dalam kampus.



Caption : Aku buat buaya. Sonam pulak buat ular. Dah tak ada kerja, main tanah liat.



Caption : Tengah gantung bendera dalam 'Ger' (Rumah orang Mongolia).



Caption : Class Rept (ketua kelas) yang sedang berposing dengan Katana (pedang Jepun)



Caption : Tengah sibuk buat last minute preparation. Aku tolong buat hadiah~



Caption : Tengah dalam proses menanda tempat-tempat penting dalam Mongolia.





_______________________To be Continued.. _____________________