Showing posts with label Curses. Show all posts
Showing posts with label Curses. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Entry Perth : Berperang di surau Airport

Flight aku bertolak pukul 9 pagi.
Oleh kerana my lecturer excited sangat,
rombongan kami bertolak ke KLIA pada pukul
11 malam hari sebelumnya.








Ye,
aku tahu,
mereka takut kami terlambat.
Tapi... pukul 11pm??





Kami tiba di KLIA around 1-2 am.
Sementara menunggu,
kami pergi tangkap-tangkap gambar,
breakfast dekat McD and KFC~
(mana nak jumpa kedai nasi lemak kat airport..)





Masuk je waktu solat Subuh,
kami pergi ke surau untuk menunaikan solat.





Ramai betul mak cik-mak cik yang
berada di luar surau.
Serious crowded.





Selepas membuka tudung,
aku terus beratur untuk
mengambil air sembahyang.







Aku punya giliran no.3.
Tapi, banyak pula mak cik-mak cik
yang memotong barisan depan aku.






Aku bagi chance dekat 2 orang
mak cik yang memotong line,
then, terus aku ambil wudhu'.





Bukan tak nak mengalah..
aku dah lapar sangat masa tu.
Kalau tunggu lama-lama nanti,
mau termuntah aku kat situ.
Siapa nak lap??





Kesian Wawa.
Banyak gila mak cik yang
potong line dia time tu.
Hanya Allah yang tahu betapa
penyabarnya Wawa pada masa itu..





Seriously,
mak cik-mak cik dekat situ
memang tak mudah mengalah.
Ikut suka hati dia je nak potong line.
Macam dia seorang je yang nak sembahyang Subuh.





Masa tengah potong line,
muka mak cik tu sangat menakutkan.
Muka dia macam :
"Budak! Kau ketepi sikit boleh? Tak reti nak hormat orang tua betul!"






Aku tak marah.
Aku just rasa sangat funny.
Betul, tak marah.
Biasalah, hati dah berbunga-bunga nak pergi Perth,
mana ada masa nak fikir pasal hal kecil dekat Malaysia ni.
Cewah!





Selepas solat Subuh di surau
yang amat sempit itu,
aku terus melipat telekung.




Tiba-tiba,
ada seorang mak cik tu
bising-bising cari tudung dia
dekat area bag aku.





Masa tu aku baru nak cakap
dekat Mak Cik tu yang mustahil
tudung dia ada di situ,
sebab tempat tu just ada
bag aku and wawa, and tudung aku je.





Tapi,
ZAPPP!!!!




Caption : Tak reti lukis tudung. So, tudung di gantikan dengan crown





Depan mata aku,
dia campak tudung aku kat tepi.
Dah lah surau tu ramai orang,
tudung aku dah hampir-hampir kena pijak.





Fu-Wah!
This means WAR!




Mesti anda ingat aku
terus mengamuk dekat dalam surau tu,
sambil mencarut macam-macam
dekat Mak Cik tu, kan?








Tak.
Aku tak adalah sebiadab itu.
Kita kena menghormati orang yang
lebih tua daripada kita.





Sabar itu kan separuh daripada iman~
Lagipun, tak kan lah kerana sehelai tudung,
rosak surau airport.
(Tiru ayat : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga)
(^___^)v





Aku dengan tersenyum manisnya,
just minta tolong dekat Mak Cik
tu supaya tolong ambilkan tudung
(yang telah BELIAU campakkan tadi).







Lepas tu,
aku cakap lah "Thank you~".





Bagaimana reaksi muka
Mak cik tersebut?
Selamba je.
Macam :
"Bukan aku yang campak tudung kau tadi."






Dia tak cakap the Magical Word pun.... :
"Sorry.."
(T_____T)





P/S :
Hormati antara satu sama lain.
Tidak kira muda atau tua.




Kalau ada orang tanya aku time tu:
Question : Mana lebih penting? Tudung atau adab?




My Answer : Adab. Kita kena hormati orang yang lebih tua.

Dalam hati : TUDUNG AKU LAH! Mana nak cari iron dekat
airport ni?! Habis gambar aku jadi hodoh time dah sampai dekat Perth nanti!!





__________AniZz______________

Monday, May 7, 2012

Sedih

manusia zaman sekarang....




Time-time macam ni lah
aku mula rindu dekat
kawan-kawan masa Diploma dulu.
(T___T)







P/S :
Bila nak update blog
pasal pergi Perth?
Sorry, not today,
and maybe not tomorrow.



Tengah bersedih....




________Anizz____________

Monday, April 16, 2012

Mak Guard ini dapat duduk di penthouse

Hai semua~
Maaflah ye...
Sebelum pergi Perth,
banyak sangat lecturer nak bagi
kami lalui azab dahulu.




Jumaat lepas aku ada test Strategic Management.
Sabtu (semalam) aku ada community service.
Selasa minggu depan ada test Law.
Rabu minggu depan ada test Negotiation.
Khamis minggu depan ada test Global Marketing.
Ahad minggu depan baru bertolak ke Perth.







Oh my goat......
Belum jadi Pedana Menteri,
aku dah busy macam ni....




Sebenarnya,
aku nak cerita pasal pergi Perth.
Bagi sesiapa yang belum tahu,
aku memegang jawatan yang AGAK penting
semasa berada di Perth ni.




Jawatan apa?
Aku in charge bahagian security department.
Bahasa kasarnya Mak Guard.
(Jatuh maruah ke-royal-an aku)




Kami akan duduk di rumah
ala-ala hotel.
Satu rumah ada 6 orang.





Oleh kerana aku sangat disayangi
oleh sahabat-sahabat ku,
iaitu Syira, Wawa, and Dayah,
mereka telah mengajak aku untuk tinggal
1 bilik dengan mereka.






Untuk tidak menghampakan
hasrat mereka,
aku pun terus bersetuju.







Tetapi,
malang tidak berbau..
Dah nama pun famous,
seorang lagi classmate
aku mengajak aku duduk 1 bilik
dengan mereka.






Aku pelik.
Mengapa dengan secara tiba-tibanya,
diriku ini menjadi igauan ramai.
Jadi, aku pun tanya kembali kepada
sahabatku itu.











Aku terkesima seketika. (ceh, ayat~)





Berita dengan pantasnya tersebar
sehingga ke twitter dan facebook Wawa, Syira, and Dayah.
Aku tahu, walaupun luaran mereka nampak cool,
tetapi hati mereka menjerit :






Terus-terang aku katakan,
aku memang tak nak duduk 1 bilik
dengan rakan-rakan lain yang berjawatan penting.




Mengapa?



Reason #1 :


Sebab,
bila dah berjawatan penting,
of course lah aku akan duduk
di Penthouse semasa di Australia nanti.





While Wawa, Syira, and Dayah
yang tidak berjawatan penting ini akan
duduk di rumah usang ini :







See?
Nampat tak perbezaan rumah
aku dan rumah mereka??





Di saat aku breakfast makan steak,
mereka di rumah usang ini makan sandwich..
Di saat aku mandi di dalam jacuzzi.
mereka di rumah usang ini mandi di dalam besen...



Reason #2 :



Lepastu,
of course lah,
bila aku dan 3 orang bakal roommate
aku yang berjawatan penting
berjalan di khalayak ramai,
mereka akan terpukau dengan
ke-famous-an kami.






And then,
bila aku berjalan seorang diri,
ramai pula student-student
yang nak autograph,
sampai aku tak ada masa untuk meluangkan
masa lapangku bersama Wawa, Syira, and Dayah
di Perth nanti...






Oh~
rasa bersalah di hati...
Akhir kata,
di harap Wawa, Syira, dan Dayah
tidak akan berasa segan untuk menegur
aku di Perth nanti..




Walaupun aku famous sampai
ramai sangat student berkerumun
untuk meminta autograph,
anda semua (Wawa, Syira, Dayah)
janganlah segan-segan untuk memanggil
aku dari jauh...





Dan,
walaupun aku duduk di Penthouse,
jangan lupa untuk menjenguk aku.
Kalau aku ada masa,
aku akan datang melawat rumah usang
anda bertiga semasa di Perth nanti.




Oh, baiknya aku~


P/S :
To all readers,
Walaupun kita berjawatan tinggi,
kita jangan sesekali bersikap sombong.
Semua manusia adalah sama di sisi Allah.




Jika anda duduk di Penthouse,
rajin-rajinlah datang melawat
rakan anda di rumah usang.




Ok,
nak sambung study LAW.




____________Anizz____________

Saturday, November 19, 2011

Apa jadi kalau Anizz......

Ingat lagi tak entry aku
sebelum ini?
Alah, bukan nya lama sangat pun,
entry semalam je, kot.




Semalam aku ada cerita tentang
betapa tak sukanya aku dengan Facebook.




Kenapa aku tak suka?
Biar aku cerita kan :




******************************


Pada zaman dahulu,
di sebuah kerajaan yang aman
dan damai,
tinggal lah seorang puteri yang terkenal
dengan sikapnya yang lemah-lembut,
sopan-santun, baik-hati, dan penyabar.



Tuan Puteri mempunyai seekor merpati.
Burung Merpati itu digunakan untuk
Baginda berutus berita dengan
sahabat-sahabat sekelas Baginda.




Jika salah seorang ahli sihir Baginda
ingin membatalkan kelas,
pasti sahabat Baginda akan mengutuskan
surat melalui Merpati bagi memberitahu
berita tersebut.




Baginda sangat sayang dengan Merpati tersebut.
Sangat mudah untuk menjaganya.
Makanan nya pun tidak lah mahal.





Hari berganti hari,
kini kerajaan Baginda kian membangun.
Sahabat-sahabat Baginda tidak lagi
menggunakan Burung Merpati untuk
mengutuskan berita.





Tetapi,
mereka menggunakan Burung Kakak Tua.
Lebih mudah katanya.
Jika ada sebarang berita,
burung Kakak Tua tersebut akan terus memberitahu.
Tidak perlu lagi mereka membaca surat
daripada Merpati.






Baginda juga mempunyai Burung Kakak Tua.
Walaupun makanannya agak mahal,
tetapi Baginda tetap gembira dengan
perkhidmatan yang diberi oleh burung tersebut.






Oleh kerana makanannya agak mahal,
Tuan Puteri tersebut agak sukar untuk
sentiasa memberi burung tersebut makanan
tepat pada masanya.




Kadang-kadang,
jika Baginda terlebih menggunakan perkhidmatan
burung tersebut,
pasti akan timbul masalah
seperti burung tersebut tercekik, tiada suara,
dan sebagainya.




Hendak di jadikan cerita ini
sebagai cerita yang penuh tragic,
suatu hari sahabat Baginda memberitahu
yang kelas "How to train your Lion",
telah bertukar masa melalui burung Kakak Tua.




Kelas yang sepatutnya di jadualkan
pada waktu petang, telah di tukar kan pagi,
kerana sahabatnya mahu membeli-belah
pada waktu petang.





Tuan Puteri yang menyampah
dengan sikap burung Kakak Tuanya
yang sering tercekik, tersedak, tiada suara,
langsung tidak menjenguk burung tersebut.




Ke esokan harinya,
ketika Baginda mahu ke kelas
"How to train your Lion" yang
di ajar oleh Miss Singa,
Seekor burung Merpati terbang hinggap
ke jendela Istana Baginda.




Apabila di baca surat yang di bawa
Merpati tersebut,
Tuan Puteri terus terkejut,
lalu jatuh pengsan.





Ketika Tuan Puteri terjaga dari pengsannya,
Tuan Puteri duduk berfikir.
Setelah lama berfikir,
Tuan Puteri telah terfikirkan 2 options.
Ada dua options yang Tuan Puteri mesti pilih,




1 : Menyerah dan di makan oleh Miss Singa.






2 : Terjun bangunan.






THE END

********************************




Ha,
macam tu lah ceritanya.



Time aku buka Facebook,
tak ada pula berita class tukar masa,
bila aku tak buka Facebook,
ada saja berita maut macam tu.





Hmm..
Burung Kakak Tua tu
adalah perumpamaan yang
mewakili my broadband dan facebook.
Burung Merpati pula SMS melalui handphone.




Oh ya.
To all my readers,
kalau anda stress,
jangan terjun bangunan, ok?
Bunuh diri itu adalah berdosa!





P/S :
Aku sedang menunggu masa
untuk di makan Miss Singa...




___________Anizz____________

Thursday, November 17, 2011

Annoying calls

Assalammualaikum,
and Hi!




Aku sebenarnya nak ceritakan
satu cerita yang sangat HOT bagi aku.




Sebelum tu,
aku nak cakap yang,
aku tak boleh lah nak
melukis gambar untuk
di letak kan di dalam blog,
sebab my mouse rosak.




Bercakap pasal panggilan telefon,
pernah kah anda menerima panggilan
yang sangat menjengkel kan anda?




Rasanya semua pernah merasai nya, kan?
Sebab,
semua perempuan cantik
pasti akan pernah mengalaminya.
(nak kata aku cantik lah tu~)




Bagi yang belum pernah merasai nya,
jangan bersedih.
Bukannya anda tidak cantik,
mungkin... errr....
maaf, aku kehabisan idea untuk memujuk.




Menurut pandangan aku,
panggilan yang menjengkel kan tu
adalah seperti panggilan daripada seseorang
yang aku tak kenal yang ingin berkenalan,
dan..... emmm..... budak kecil, sila tutup mata.
Panggilan ke dua ialah, panggilan yang
berunsurkan lucah.




I hate that!




Annoying call # 1 :



Benda ni berlaku bulan lepas.
Aku di dalam kelas, baru lepas
buat group presentation.




Tiba-tiba,
aku terdengar bunyi vibrate.
Aku tengok, ada orang call aku.
Aku tak kenal orang tu.




Mungkin itu panggilan penting,
aku pun angkat.
Tapi, tak ada siapa pun yang
menjawab salam aku.





Aku ni jenis yang tak akan
sentuh phone ketika berada
di dalam kelas.




Bagi aku,
kelas adalah waktu formal.
No phone in the class.




Aku angkat phone masa tu sebab,
tengah tunggu group lain buat
preparation untuk presentation mereka.





Bila aku perhatikan nombor
yang tertera di screen phone,
nombor tu hampir sama dengan
nombor phone aku,
and assumption aku pada masa itu ialah :
'Budak sekolah yang main tekan nombor, and nak minta berkenalan'





And,
sangkaan aku tepat sekali!



Caption : Sebenarnya, dia missed call aku banyak kali.




Caption : Antara mesej yang aku terima.




Kalau dulu,
aku ni memang jenis agak rude bila
orang yang aku tak kenal,
sibuk-sibuk nak mesej untuk berkenalan.
Lebih-lebih lagi time dekat kelas.




Tapi sekarang aku dah lain.
Dah umur 22 tahun 1 bulan.
Dah bertambah ke sopanan.




Aku bagi mesej dekat lelaki tu
yang aku dah tua, dan tak interested
nak berkenalan dengan dia.
Aku siap panggil dia adik lagi.





Biasalah,
lelaki tu berusaha keras untuk
berkenalan dengan aku.





Tapi,
sorry lah~
Not my type.
Lepas je dia suruh aku
translate perkataan yang aku
tulis dalam English dekat mesej sebelum ni,
aku punya perasaan dah jadi negative.
(Dia cakap, dia langsung tak faham English)






Bukan nak cakap yang aku
ni hebat dalam English,
tapi sedar lah...
Sekarang ni dah zaman IT.
Semuanya dalam bahasa Inggeris.




Aku dapat tahu yang
lelaki tu berumur 26 tahun,
bekerja.





Aku cakap yang umur aku
30 tahun, dah nak kahwin.
Adik aku dah umur 28 tahun.




Dia siap cakap lagi yang ;
"Alah, belum kahwin lagi. Masih boleh kenal-kenal."





And then dia cakap yang,
mak dia baru meninggal dunia,
dia kesunyian.




Aku suruh dia baca yaasin,
and minta dia jangan call aku lagi.
Lepas tu, terus letak telefon.





Annoying call # 2 :



Berlaku pada minggu lepas.
My mom and dad tidur petang.
Darwisha pula tengah main game
Plants Vs Zombies dekat laptop.



Caption : Hebat tak strategy aku? Aku dah menang 3 kali game ni. Tak ada life betul...




Telefon rumah berbunyi,
and bila aku angkat dan bagi salam,
aku terdengar suara lelaki India,
ataupun Bangladesh, etc.





Seriously,
aku langsung tak faham Bahasa Melayu dia.
Aku tanya lah;
"I'm sorry, can you speak English?"




Dia teruskan lagi percakapan dia.
Bila aku cakap "Sorry, I think you've got the wrong number.",
dia suruh aku diam.




Kesimpulannya,
dari apa yang telinga aku dengar,
dia cakap benda-benda lucah,
contohnya, rogol, *tuuutttt, dan lain-lain.




Entah lah...
Dia tak dengar ke aku bagi salam tadi?
Aku orang Islam, kot~




Last-last,
aku cakap sorry,
and terus letak telefon.




Aii...
apa nak jadi dengan manusia
zaman sekarang...
Tak ada akhlak betul.




Kepada remaja-remaja yang
di luar sana,
janganlah menghampiri zina.




And,
kepada all my friends yang saja
menggatal nak buat pranks,
call aku konon nak berkenalan,
baik jangan.
Aku benci semua tu.







P/S :
Kenapa lah budak-budak perempuan
bawah rumah aku ni menjerit tak tentu
pasal ni??
Dah malam pun nak menjerit ke?






______________Anizz_______________

Tuesday, November 1, 2011

The Annoying Internet

Assalammualaikum,
dan Hi, semua~ (^0^)v




Pada hari Sabtu yang lepas,
aku sebenarnya nak update blog.
Tapi.....




Hmmm...
Biar aku cerita kan
melalui kisah bergambar.
Aku guna bahasa kiasan, ok?
(Bahasa kiasan tu apa?)






Pada suatu hari yang indah,
seorang puteri yang terkenal dengan
sikapnya yang lemah-lembut,
sopan-santun, dan baik-hati,
duduk di bawah pohon yang rendang.





Hari itu sangat indah.
Burung-burung yang pelbagai warna,
terbang ber tebaran di udara.






"Oh~ Indahnya hari ini.. Idea untuk
menulis buku mencurah-curah ke dalam otak Beta."
Puteri tersebut
terus mengeluarkan buku kecilnya,
lalu menulis coretan-coretan idea
di dalam buku tersebut.







"Oooppss! Hujan!"
Hari yang di sangka kan cerah hingga ke petang,
rupa-rupanya hujan di tengah hari.




"Fuh~ nasib baik Beta tak percaya
ramalan Nujum Justin Bieber yang
meramal kan hari ini cuacanya cerah!"




Puteri tersebut mengeluarkan
payung intan berlian dari poket
ajaibnya.




"Ha! Mujur Beta bawa payung,
kalau tak, mesti buku beta basah."




Puteri tersebut terus menunggu hingga
hujan kembali reda.




Setelah hujan reda,
puteri tersebut meletakkan bukunya
di atas rumput kerana baginda
mahu mengemaskan hasil
penulisannya lagi.







"Splash!"
Air kelapa milik si monyet
(tidak berada di tempat kejadian)

terjatuh di atas buku baginda.



Kesemua hasil tulisan puteri tersebut
yang panjang berjela terus musnah.
(musnah?)





Kasihan tuan puteri yang baik-hati,
lemah-lembut, dan sopan-santun tersebut.
Penat dia tulis panjang-panjang,
kini dia terpaksa tulis semula.





"Tulis semula??! Hah, Ambil kau, monyet!!"





THE END...




Macam tu lah cerita nya.
Aku dah tulis entry panjang berjela,
lepas tu internet hang.




Aku try save,
tapi tak boleh save.
Aku terus copy semua yang aku
dah tulis tadi,
and refresh balik page tu.




Lepas je page itu di refresh,
aku terus right click untuk
paste kembali apa yang
telah di tulis tadi.




Tapi,
dengan bangang nya,
aku tak boleh paste.
Seolah-olah,
aku tak pernah copy entry yang
aku tulis panjang berjela tadi.




A.P.A.K.A.H.?!




Tulis balik?
Huh! Jangan harap lah.
Tu yang aku tak update-update blog
dari hari tu.




P/S :
Happy Becoming Birthday,
Sheera and Wawa.
(^0^)v



________________Anizz______________

Sunday, October 23, 2011

Anizz the positive thinker~

Ramai orang cakap yang
aku ini adalah positive thinker.
Semua benda aku nak
think positive.





Contohnya,
kalau roommate aku
cerita ada orang potong
line
berbaris,
mesti aku akan cakap;
"Maybe dia nak cepat~"





Tak pun,
kalau kawan aku
mengadu pasal seseorang tu,
aku mesti akan cuba
mem-positive-kan
aduan tersebut.





Contohnya,
kalau adik kawan aku dapat
result yang kurang cemerlang,
dan kawan aku membebel dekat dia,
aku mesti akan cakap;
"Alah, mana ada orang dekat dunia ni,
yang memang nak fail exam?"





Sebab,
bagi aku,
semua orang nak lulus exam.
Tak ada siapa pun yang jawab exam
dan berniat nak gagal paper tu.





Mungkin usaha dia selama ni
yang terkurang,
atau itu bukan subject atau
course yang dia minat.





"Ala, kalau dah fail tu,
maksudnya
dia tak pernah belajar selama ni!"





What??
Itu adalah ayat paling BODOH
yang aku pernah dengar.





Tak belajar maksudnya ialah,
orang yang LANGSUNG tak pernah
pegang buku.
Atau,
refused untuk mempelajari sesuatu.
Atau,
yang duduk dalam gua tertutup.





Aku tak faham.
Kenapa bila result tak cemerlang,
akan di kait kan sebagai;
'tak belajar langsung' ?








Yang budak tu bangun pagi-pagi
sebab nak pergi kelas tu apa?
Bukan belajar?
Buku-buku penuh dengan highlight
warna-warni
tu pun tak belajar?
Tak tidur malam sebab nak study tu
tak belajar?





So,
to all my readers out there,
jangan sesekali point orang tersebut
sebagai "macam tak pernah belajar langsung."





Guna ayat lain.
"Kurang usaha tu.. Kena tingkat kan lagi."





Aku bersyukur sebab tak
pernah dengar orang cakap;
"Macam tak pernah belajar langsung!"
secara direct di depan aku.





Kalau aku dengar,
fuh~
Reaction aku?
Nak sangat tengok aku tak belajar, kan?
Hah. Amek kau.





Seriously,
ayat tu sangat-sangat tak motivate kan orang.
Bertambah dosa bagi yang mengata.
Plus, timbul pula rasa ingin
memberontak dan tidak puas hati
bagi pihak pendengar.





So,
tukar lah ayat tersebut kepada,
"Kurang usaha tu. Tingkat kan lagi.
InsyaAllah, boleh lulus."





Kan?
Sejuk telinga mendengar.
Semangat pun berkobar-kobar.





Kenapa aku cakap semua ni?
Aku ada experience ke?
Mesti semua orang ingat yang
aku failed exam aku, kan? kan?





See?
Gossip.
Fitnah itu lebih besar dosanya
daripada membunuh.
Aku belum Final Exam.
Test 1 pun baru je habis semalam.





Aku nak cerita benda lain,
tapi tu lah~
intro aku panjang sangat.
Isi nya satu,
explanation nya panjang berjela.





Apa yang aku tulis di atas
langsung tak ada kaitan
dengan yang hidup atau dah mati.
Aku buat example je.





Aku tak akan sesekali menceritakan
masalah aku atau family dekat
dalam blog.
Cewah.
Macam family aku ni bermasalah pula.





Bagi yang bertanya,
family aku OK je.
Sentiasa ceria,
cuma ada lah kes-kes marah sikit.
Tapi tak serious sampai bawa mahkamah.





Contohnya,
bila my mom terjaga dari tidur,
pandangan my mom akan
automatically bertukar kepada negative.





Betul.
Aku tak tipu.
Sebab tu lah aku takut bila
my mom tidur petang dekat
dalam bilik aku.





Sebab,
bila dia terjaga je dari tidur,
dia akan cakap;
"Ya Allah, sepahnya bilik..."





See?
Sebelum dia tidur tadi,
tak ada pula cakap bilik
aku bersepah.
Bila terjaga,
terus cakap bilik aku bersepah.
Hahahahaah~





Aii....
Makin panjang introduction aku ni...





Hmmm...
Sebenarnya,
aku nak cerita pasal my laptop.





Tadi aku dengan gigihnya
men-download satu video yang
bersaiz 153 MB.
Besar, kan?





Video apa?
Bukan Movie.
Bukan juga cerita lucah.
Alah... ada lah.....





Kalau Nora (roommate) tau,
mesti dia membebel 24 jam.
Bukan video drama melayu or Korea,
or whatever, ok?
Aku tak layan semua tu.
Video lagu pun bukan.




Dia cuma 1 video selama 20 minit.
Tapi saiz dia 153 MB.
Gila.
Dah lah broadband macam *tuuuttt~





Aku download petang tadi.
Estimation time dia around 12 hours.





Anda semua boleh bayang kan tak,
lama mana aku tunggu dia habis download?





Bila dah 2 jam ter-akhir,
Aku isi kan masa aku dengan
delete file yang aku tak nak.





Sedang aku nak clean Recycle Bin aku,
tiba-tiba laptop aku hang.





Laptop aku jarang buat hal.
Tapi, setiap kali dia buat hal,
aku mesti bersabar.
Aku kan positive thinker?





Bila dah lama aku tunggu,
kesabaran aku menipis sedikit.
Aku pun click-click screen,
dengan harapan akan terkeluar lah
perkataan;
"Close this folder?"




Yup.
Dia keluar.
Tapi,
aku tak boleh nak tekan 'Yes'.





So,
aku pun click 'X'.
Tiba-tiba,
keluar statement bangang yang
mengatakan laptop aku ada problem,
and dia suruh aku save sebelum dia
restart laptop aku dalam masa 1 minit.





Lepas aku click 'X',
laptop aku terus restart.





10 jam...
10 jam aku tunggu..
Suka hati kau je nak restart, kan?





Bagi yang bertanya,
aku TAHU bagaimana nak buat
forced closure and semua tu.
Aku cuma choose untuk;
"Sabar-tunggu-lihat"





And,
hari ini....
aku punya kesabaran
adalah senipis plastik.





Selama ini,
kalau Nora punya laptop buat hal,
aku mesti akan cakap;
"Kita tak boleh berkasar dengan laptop.
Kita kena l
ayan dia dengan baik.."










Aku siap cium-cium kot laptop aku..
Tapi kali ni,
kau dah lebih, laptop...





___________Anizz____________

Friday, September 30, 2011

Bibir

Bunyi macam sexy, kan?




Firstly,
I want to apologize sebab
dah lama tak update blog.
Bukan tak nak update,
tapi coverage untuk wireless nya
enggak ada.





Broadband?
Ada, tapi bilnya masih belum
di bayar~
Biasalah... student~
Masih lagi mengharapkan
bantuan my parents..
(NOTE : I baru bayar bil tu tadi.)




PTPTN?
Aku mana ambil PTPTN.
Tak pernah ambil.
Semuanya ditanggung sepenuhnya
oleh my mom and dad.
Terharu, kan? kan? kan?
(Don't worry, aku anak yang mengenang jasa)




Bercakap pasal bibir,
minggu lepas,
semasa aku sedang rancak mengunyah,
tiba-tiba aku tergigit bibir comel ku.
(Eceh. Siapa lagi nak puji, kalau bukan diri sendiri?)




Oleh kerana geram,
malam itu,
aku habiskan masa aku dengan
menggigit bahagian yang aku
tergigit tadi.




Pagi esoknya,
roommate ku, Nora telah
awal-awal lagi pulang ke rumahnya,
di Negeri Sembilan.




So,
aku sorang je lah dalam bilik,
dan juga rumah tersebut.
Rumah kami ada 10 orang,
9 orang balik,
aku seorang je yang tinggal.
(My mom tak bagi balik)




Bila aku buka mata je,
aku rasa macam bibir aku ni,
lain macam.




Tanpa mempedulikannya,
aku terus mengambil
barang-barang mandian,
and terus mandi.




Semasa sedang menggosok gigi,
aku rasa bibir aku tidak berfungsi
seperti dahulu.
Habis je mandi,
cepat-cepat aku tengok cermin.






A.P.A.K.A.H.??!!





Bibir aku senget!
Bila tutup mulut,
sebelah terbuka,
sebelah tertutup!




Memang tak keluar bilik lah
nampak gayanya.
Even ada orang cakap rumah
aku terbakar pun,
aku tak akan keluar!
(Ok, tipu je. Mestilah aku keluar.)





Aku call my mom,
insan yang melahirkan aku
pada 17th October.
My mom boleh gelakkan
aku pula!




My mom tak faham ke?
Ini masalah besar!
Macam mana kalau bibir aku
permanently besar sebelah?!




Macam mana aku nak
makan burger McD dengan
penuh elegant nanti??




Then,
my mom pesan,
jangan gigit lagi.
Sebagai anak yang taat,
aku pun tak gigit lah.




And,
Ta-dah~
2 hari lepas tu,
bibir aku kembali comel
seperti biasa.
Hahahahahah~




P/S :
Kalau nak bibir macam
Angelina Jolie,
gigit lah bibir anda banyak kali.
Teruskan selama seminggu.
InsyaAllah, anda akan even
surpass Angelina Jolie!




_________________Anizz_________________














Wednesday, August 3, 2011

Puasa ketiga : Back to the basic and...

Pagi tadi aku betul-betul mengantuk.
Bila aku dengar yang my mom and dad
dah nak pergi kerja,
aku cepat-cepat bangun.




Kenapa?
Sebab beg aku masih lagi di
dalam kereta.
Terlupa nak bawa masuk selepas
pergi jalan-jalan sambil membuat amal.
(Aku serious ni. Tak tipu.)




Dalam beg tu ada macam-macam
benda penting.
Nasib aku baik bila my mom and
dad belum lagi bertolak.
Cepat-cepat aku ambil beg tu.




Bila dah kunci pintu rumah,
aku terus masuk bilik dan selongkar
beg aku untuk mencari handphone.






Handphone itu penting!
Bukan penting sebab nak bermesej.
Zaman aku suka bermesej dah lama habis.
Aku perlukan handphone tu untuk
mengunci jam supaya tak terlajak tidur.




Aku takut terlajak tidur,
sampai tak sedar yang my mom and dad
dah balik kerja.
Sedar-sedar je nanti,
my dad dah ketuk tingkap bilik sambil
jerit-jerit panggil dan disertakan ayat :



"Asyik tidur saja! Semalam tidur lambat!"




Aku tak suka ayat tu.
Ingat tak masa aku tulis entry (klik) dalam
blog my mom pukul 3.40 pagi tu?
Ha, pagi tu lah aku kena marah.




My mom backing aku sebab,
ye lah.. aku tidur lambat sebab tolong
my mom buat 'kerja'.
Tapi my dad tak marah sangat,
sebab rumah dah kemas.
Anak dia yang asyik tidur ni dah kemas kan.
(ayat perli ke apa ni??)




Berbalik kepada cerita tadi,
setelah aku memunggah beg berjuta-juta kali,
aku still lagi tak jumpa handphone aku.




Cepat-cepat aku call guna telefon rumah.
Mana lah tahu, kot-kot ada dekat dalam kereta.
Kalau call sekarang, maybe my mom tolong
angkat kan.




Aku call 2 kali,
and baru ada orang angkat.




Anizz : Hello?

Mystery : Hello.





Anizz : Ha, mommy. Handphone kakak dekat dalam kereta, eh?

Mystery : Ini bukan mommy awak. (suara garau)




Bukan my mom?
Masa ni aku otak aku
sedang berpusing laju memikirkan
siapakah gerangan mystery tu.
Sangat laju sehinggakan ianya sudah
mengelilingi dunia 40 kali.




Aku fikir maybe handphone tu tertinggal
dekat rumah my friend semalam,
tapi.... ni bukan suara kawan aku.




Entah kenapa,
aku terfikir Adila Safie. (klik)
My old bestfriend semasa Diploma dulu.
Mungkin aku terdail nombor dia tanpa sedar.
Tapi... aku tak hafal nombor dia.




Aku mula bengang.
Aku baru bangun tidur.
Aku masih mengantuk.
And aku dah fikir handphone aku kena curi.
Lepas tu, pencuri tu boleh pula main-main
dengan aku.




Anizz : Mommy?

Mystery : Ini bukan mommy awak. (suara garau)





Anizz : Ha? Handphone kakak ada dalam kereta ke tak ni?

Mystery : Hahahah... ada dalam kereta ni..




Anizz : Ha. Jangan lupa bawa balik handphone tu. Bye.

Mystery : Ok, bye.





My mom ni..
Tak ada kerja lain,
menakutkan anak sendiri...




So,
aku assume itu my mom
yang sengaja nak menakutkan aku.
Well,
dia berjaya melakukan nya.




Walaupun aku tahu tu my mom,
tapi suara tu..
entah kenapa hati aku sekarang ni
49% kata tu hantu.




And sekarang aku dah tak jadi nak tidur.
Bukan sebab tak mengantuk.
Tapi sebab takut nak tidur sorang-sorang.




Oh,
sebab dah tak ada handphone,
terpaksalah aku guna jam loceng
glow in the dark kesayangan my mom.







Aku dah lama tak guna jam loceng.
Entah betul ke tak cara aku kunci jam tu.
Dah lah suara dia perlahan.




Aagghhh....
aku mengantuk...
tapi takut nak tidur.....
Cis! My mom ni...
aku mesti balas dendam!





_______________Anizz_______________