Cm *tuuutttt jer laptop aku nie..
Begini crite nyer..
Pada suatu hari, sedang si Merak (aku) bersuka ria dengan kotak ajaibnya (laptop),
Tiba2 kayu cengkerang a.k.a coral (nset) nye b'bunyi.
"Oh, sudah purnama (huh?) rupanya (pukul 9.15 pg).. Hamba ader kelas bersama Nenek Kebayan (lecturer) pagi ini (purnama di pagi buta?)."
Lalu, si Merak mengambil perkakas mandinya dan segera ke tempat bersiram. Habis je bersiram, si merak cepat-cepat bersiap sedia memakai bulu meraknya (baju).
"Tuan hamba nak pergi mana?" Tanya si Merak kepada Orang Utan (pika rum8).
"Hamba ada backup test pagi ni." jawab Orang Utan dengan nadanya yang bergetar2.
*ttrrrrrrrrr...tttrrrrrrrr... (cengkerang Si Merak bergetar)
Si Merak segera membaca mesej yang terpapar di kulit cengkerangnya.
____________________________________________________________________
Salam. Kelas pagi ini dibatalkan kerana Nenek Kebayan kurang sihat dan sakit tekak.
Please Inform to your friend.
____________________________________________________________________
"What the 'H'! Buat penat hamba je bersiram di pagi buta!" Si Merak mencampak kan cengkerangnya PERLAHAN-LAHAN ke atas meja kayunya.
"Wah, seronok lah tuan hamba." Orang Utan memuji (huh?) roommatenya, si Merak.
Si Merak dengan blushing2 nya berkata, "Oh, sahabatku Orang Utan, tidak baik tuan hamba berkata begitu. Sesungguhnya sangat berdebarnya hatiku ini memikirkan kesihatan nenek kebayan hamba. Adakah beliau sihat sekarang? Oh, risaunya, sehinggakan hamba tidak lalu untuk makan lunch hari ini." (Note : Merak berkata sambil berlagak cam orang berlakon theater. Dan, Si Merak sebenarnya berpuasa)
"Wahai si Merak, sungguh mulia hatimu ini. Oh, hamba sungguh bangga mempunyai sahabat seperti mu ini."
****meanwhile****
"Eh, si kambing. tuan hamba mahu kemana?" Tanya si Merak kepada seniornya, si kambing (k.Pia)
"Oh, hamba tidak sihat, hamba ingin melawat (huh?) rumah sakit."
"Aduhh.. Kasihannya senior ku ini.. Mari, biar hamba pimpin tangan mu kerumah sakit yang terletak lebih 1 km dari tempat kita berempat beradu iaitu, hamba si merak, Orang Utan, Kambing dan Lembu (Atiq)."
"Oh, juniorku, si Merak. Mulia sungguh hatimu ini.. Hamba sangat bangga denganmu, wahai si Merak."
Si Merak dengan blushing2 nya berkata, "Oh, seniorku, si kambing.. Hamba tidak layak untuk menerima pujian dari tuan hamba. Sesungguhnya, sudah lumrah kejadian, hamba memang suka membantu orang yang lemah"
***After that****
Si Kambing pergi kerumah sakit seorang diri. Apa yang terjadi kepada si kambing yang mengembara di luar sana? ha, itu yang kita tak tau.
Kelihatan si Merak sibuk membuka kotak ajaibnya (laptop). Hampir 15 minit menunggu, Suhu badan si Merak mula naik. "Oh, lembab sungguh kotak ajaibku ini.".
Ingin sahaja si Merak menjerit, "What the 'H'! Apsal kau lmbab sangat hari ni?!", tapi oleh kerana sikapnya yang sopan, lemah lembut dan baik hati, si merak hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba, muncul pop-up. Saya ingin terjemahkan kerana dia menggunakan bahasa orang asli. Tapi, bagi anda yang faham bahasa ini, baguslah. Katanya:
_________________________________________________________________
'Kotak ajaibmuk inik sudah habis tempoh pengawalannyak. Kamuk kena verify anti-virusnyak.
Klik disinik."
_________________________________________________________________
Si merak pun click 'di sinik'. Disini, tertera pula mesej yang menggunakan bahasa ungka. Bagi sesiapa yang faham bahasa ungka, baguslah. Katanya:
_________________________________________________________________
"kamuuuunggg Ingin mengupdatekan anti virus kamuuuunnnggg untuk tahuuunnnngggg ini? Bayar 98 Dollar (matawang ungka) dan dapatkan anti virus yang terkini."
_________________________________________________________________
"Tidak guna betul ungka zaman sekarang ini. Termasuklah ungka yang menjualkan kotak ajaib ini kepada hamba" kata si merak separuh marah. Akhirnya, si Merak mengabaikan sahaja mesej2 daripada orang asli dan ungka tersebut.
"Takpe, nanti hamba hantar kotak ajaib hamba di kedai kotak ajaib (CC) yang terletak lebih 300m dari tempat kami berempat beradu iaitu hamba si merak (aku), si kambing (k.Pia), Orang Utan (Pika) dan si lembu (Atiq).
THE END
* Cter di atas menggunakan bahasa baku dan bahasa berbunga yang melampau. Huhuhu..
* Watak2 di atas adalah berdasarkan keizinan mereka sendiri.
* Kebaikan si Merak memang benar. Takde tipu2. xp
Kotak ajaib Merak yang lembab
No comments:
Post a Comment