Sunday, September 13, 2009

AniZz dan Ceramah Agamanya~


Semalam, (12/9/09)
Semua student Sector B kena g masjid.
Ada buat ceramah agama and gotong-royong bubur lambuk.

Aku, Kak Pia, Atiq and Najlaa (kawan Atiq)
gi kol 2 ptg.
Sesampai jer kat sana,
Kitorang terus masuk dalam masjid.

Fuh~
Selesanya kat masjid..
Ader air-cond..
Aku ngan Kak Pia dok depan skali.
Atiq ngan Najlaa? Lost contact.

Penceramahnya ialah Lecturer kitorang sendiri.
Ustaz Loqman yang very2 funny.
Dia akan ditukarkan ke campus kt Kelantan hujung tahun ni.
*sob..sob..

Tajuk ceramahnya ialah,
"Sebelum dan Selepas".
(Nie ceramah agama bulan Ramadhan)

Antara isi-isi yang dapat aku pick up ialah:
Terdapat 3 golongan sebelum Bulan Ramadhan menjelma. (pergghhh! ayat aku.. mantap!)

Golongan Pertama : Golongan yang takut akan ketibaan Ramadhan.
Golongan ini merupakan golongan yang takut, risau, bencikan Ramadhan.
Contohnya, diorang takut Bulan Ramadhan sebab tak boleh makan time tu,
Takut penat, dan diorang rasakan bulan ini adalah bulan yang menyusahkan.

Golongan ini amat dibenci oleh Allah.
Sebab, Bulan Ramadhan merupakan bulan yang Allah ingin
bagi segala kasih sayang, pengampunan..

Golongan Kedua : Golongan yang tak kisah akan kedatangan Ramadhan.
Diorang ni golongan yang tak kisah pun kena puasa atau tidak.
Bagi mereka, semua bulan adalah sama.
Golongan ini tidak baik, ye kawan-kawan.. (termasuklah raksasa sedut lemak pipi)

Golongan ketiga : Golongan yang menyambut Bulan Ramadhan.
Golongan ini ialah golongan yang tidak sabar akan kedatangan Bulan ini,
dan menyambut kedatangan Ramadhan dengan "Alhlan Wasahlan Ya Ramadhan.."

Ustaz cakap (kalau aku tak salah dengar lah),
Barangsiapa yang menyambut Ramadhan dengan ucapan ahlan tadi,
Semua dosa dia diampunkan.
WOooooo~ Bukan senang nak dapat tu..

> Ok, Bulan Ramadhan ini diibaratkan seperti Gerabak kereta Api.
Dimana, Allah isikan gerabak-gerabak itu dengan pengampunan dan kasih-sayang.

Golongan pertama apabila terlihatkan kereta api ini,
akan terus lari dan menyorok.

Golongan kedua akan duduk sahaja di kerusi panjang sambil
melihat kereta api itu berlalu.
Even Conductor dia dah menjerit2 panggil suruh naik.
dia buat dunno jer.

Golongan Ketiga pula merupakan passanger yang tak sabar-sabar nak naik
kereta api.
Kereta api jauh lagi, tapi diorang dah melonjak-lonjak kegembiraan.

> Ok, pasal LaiLatul Qadar pulak.
Nie ceramah sembahyang Terawih + Ceramah bubur lambuk tadi.

Malam lailatul qadar nie merupakan malam yang
mailakat (dengan jumlah yang banyak) turun untuk mencari individu yang
akan mendapat rahmat Allah.

Ia terjadi dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.
Sekaranglah 10 hari terakhir tu.
Macam mana nak tahu malam tu Lailatul Qadar atau tak?

1) Malam tue semua orang rasa macam malas je nak sembahyang.
(bagi orang yang everyday pemalas tu, macam mana pulak?)


k, kita tak tahu bila malam tu akan datang.
Tapi, para sahabat serta ulamak berpendapat,
malam tu adalah malam berhujan.

Dimana, seorang sahabat terlihatkan
Baginda Rasulullah sembahyang dengan dahinya basah terkena lumpur.
Rasulullah bersabda, malam tadi Malaikat Jibril datang bertemu Baginda.
Maka di concludekan malam Lailatul Qadar itu adalah malam yang berhujan.

Tapi, bagi negara kita yang setiap malam hujan,
adakah setiap malam Lailatul Qadar?
Lagi satu,
Kita buka scope ini dengan luas sikit.
Takkan satu dunia hujan pada waktu malam dengan serentak?

Tidak..
Jadi, jangan anggap hujan pada waktu malam itu ialah malam lailatul qadar.

Apakah tanda-tanda selepas Lailatul Qadar?
Pagi keesokannya, cuaca akan mendung sahaja.
Sampailah waktu Zohor.
Sebab, semua Malaikat naik ke langit selepas mencari individu terpilih itu.

Individu itu ialah orang yang sentiasa beribadat (wajib dan sunat),
serta berdoa dan berzikir.

Bagi golongan yang 20 hari puasa pertamanya jahat seperti Iblis (ustaz yang cakap)
sampai dah bertukar perangainya dengan Iblis,
Contoh terhebat, tak puasa, tak sembahyang, menipu, mengumpat,
dalam kereta kancil boleh muat 6 orang (lelaki dan perempuan),
You riba I, I riba you.. (nie contoh yang Ustaz bagi dalam Campus).

Ok, tiba-tiba, golongan ini berubah menjadi alim pada 10 hari terakhir Ramadhan,
sebab nak mengejar Malam Lailatul Qadar.
Sembahyang sunat sebelum dan selepas sembahyang,
Al-Quran terus boleh Khatam, sembahyang terawih 20 rakaat,
Sembahyang witir 11 rakaat, tak tidur malam
sebab sembahyang sunat dan sebagainya,

Adakah golongan yang dahulunya Iblis ini akan terpilih menjadi
Individu yang terpilih dalam Lailatul Qadar?
Jawapannya Tidak.
Sebab apa? Entah lah..
Aku kurang dengar sangat masa tu.
Tapi, aku dapat pick up sikit,
golongan tu hanya berpura-pura sahaja. Hipokrit.

> Ok.. banyak sangat aku cakap..
> Hope dapat input.
> Ustaz kata, ulamak menjangkakan malam ke-23 (malam nombor ganjil)
adalah malam Lailatul Qadar.
> Semalam adalah malam ke 23.

> pagi nie mendung sangat sampailah ke Zohor.
> Lepas je Azan Zohor, dah beransur cerah balik.
> Adakah malam tadi Lailatul Qadar?

> So, every night aku doa benda yang sama,
> Semoga mak cik aku yang sakit Cancer tu, sembuh.
> Kesian anak-anak dia yang masih kecil. (walaupun active tahap gile2)
> Serta doa-doa aku untuk family (termasuklah adik yang dah meninggal), lecturer dan sahabat2 lain.
> kalau lecturer aku baca blog nie, mesti dapat A+! YahOoo!

> tapi.. aku terlupa doakan utuk diri aku...
> Ingatkan family, sahabat, Lecturer (plus guru-guru yang lain),
sampai terlupakan doa untuk diri sendiri..
> Aku terlupa nak doa semoga aku dapat MyVi utuk Birthday aku!!!
> AniZz!! Ruginya kau!!
> kan tak pasal-pasal kena tunggu Ramadhan tahun depan!
> Takpe, Ramadhan depan aku nak doa dapat Mini Cooper plak.
Hee~

No comments: