Monday, December 23, 2013

Jiwa celaru

Assalammualaikum.


Ok, serious lama gila tak update blog.
Rasa bersalah bila tengok blog's follower
makin bertambah.
Rasa bersalah bila tengok readers tanya pasal
hal-hal UiTM dekat blog dan facebook.



Sorry...



Semenjak dewasa ni,
ada satu perasaan yang menghalang diri ini
untuk meng-update blog.
"Kau terlampau tua untuk meng-update blog".



Just a quick update.
I'm currently a Master student in Universiti Malaya (UM).
Universiti Malaya...
sebuah universiti yang aku rasa aku tak cukup
pandai untuk bergelar mahasiswi di situ.
Tapi,
aku dapat juga jadi student UM.
Maksudnya?




AKU PANDAI~!!



Hahahaha...
Rezeki dari Allah.




Satu perkataan untuk menggambarkan
perasaan setelah menjadi student Master di UM?




S.U.S.A.H. !!!




P/S : Mula memikir kan tujuan ambil Master..

______________________ ANIZZ _____________________

Saturday, April 27, 2013

Berjumpa kembali

Assalammualaikum..


Well,
this is awkward...





First time aku buka blog dia keluar ni :


Caption : clueless. Tak tau nak click apa.


Apa benda semua ni?



Serious,
Muka aku lebih kurang macam nenek ni.





Anyway,
apa khabar semua?
Sihat?



Sorry lah,
dah lama tak update.
Aku busy tumpukan study (cewah!).




Awal bulan depan,
aku ada convocation di  Shah Alam.
Alhamdulillah, berjaya juga aku tamatkan
study dengan status :



UPPER CLASS Degree





Wohoo!
Kalau aku stop tulis blog lebih awal lagi,
maybe aku boleh achieve 1st class degree.
Hahahahaah! (salahkan blog pulak).




Sekarang ni aku tengah dalam proses apply Master.
Aku ingat nak ambil di overseas pula.
Tapi masalah terbesar aku ialah,
aku masih dalam proses menghasut  memujuk kawan
aku untuk join study sama-sama.



Kenapa mesti ajak rakan untuk study?


1) Sesat


Masa praktikal dulu,
aku selalu buat kerja outstation.
Aku ingat lagi,
time tu aku, kawan aku dengan seorang staff cina ni,
pergi lunch selepas jumpa client.



Lepas habis lunch,
kawan aku (internship student) suruh aku duduk 
dekat seat depan sebab dia mengantuk sangat.



Masa dalam kereta tu,
staff tu tanya aku,
"Kalau nak keluar, ikut jalan sebelah kiri, kan?"

Caption : Dah lama tak melukis, tangan pun menggigil masa lukis ni.



Memang sesat lah jawabnya.
Siapa suruh tanya aku.
Aku kan memang tak suka ingat jalan.




2) Takut 



Ya.
Aku mengaku aku takut.
Aku takut berada 
di dalam situasi 'in the dead end'.



Macam mana kalau aku tengah clueless pasal study?
Aku nak tanya siapa?



Macam mana kalau aku ada problem?
Aku nak mengadu dan minta tolong pada siapa?



Masa aku study dekat Melaka dulu,
aku study degree sorang-sorang without friends from Diploma.
Itu aku berani lah. 



Why? 
Sebab aku boleh call my family bila aku sedih,
and aku boleh balik bila-bila masa je~
Kalau dekat oversea,
gila ke kalau aku nak balik bila-bila masa?
Memang kena sebat dengan my parents la jawabnya.




So,
aku hanya boleh bertawakal kepada Allah sahaja.
Kalau ada rezeki, dapatlah aku sambung Master di oversea.
Kalau tak, aku sambung di Malaysia.
Mana-mana pun sama je.




____________________Anizz_______________________________





Sunday, June 10, 2012

Update Blog

Siapa yang nak baca this blog
kalau saya update malam ni??




P/S :
Sila jawab sekali Poll di sebelah ------>

Saturday, May 12, 2012

Entry Perth : Berperang di surau Airport

Flight aku bertolak pukul 9 pagi.
Oleh kerana my lecturer excited sangat,
rombongan kami bertolak ke KLIA pada pukul
11 malam hari sebelumnya.








Ye,
aku tahu,
mereka takut kami terlambat.
Tapi... pukul 11pm??





Kami tiba di KLIA around 1-2 am.
Sementara menunggu,
kami pergi tangkap-tangkap gambar,
breakfast dekat McD and KFC~
(mana nak jumpa kedai nasi lemak kat airport..)





Masuk je waktu solat Subuh,
kami pergi ke surau untuk menunaikan solat.





Ramai betul mak cik-mak cik yang
berada di luar surau.
Serious crowded.





Selepas membuka tudung,
aku terus beratur untuk
mengambil air sembahyang.







Aku punya giliran no.3.
Tapi, banyak pula mak cik-mak cik
yang memotong barisan depan aku.






Aku bagi chance dekat 2 orang
mak cik yang memotong line,
then, terus aku ambil wudhu'.





Bukan tak nak mengalah..
aku dah lapar sangat masa tu.
Kalau tunggu lama-lama nanti,
mau termuntah aku kat situ.
Siapa nak lap??





Kesian Wawa.
Banyak gila mak cik yang
potong line dia time tu.
Hanya Allah yang tahu betapa
penyabarnya Wawa pada masa itu..





Seriously,
mak cik-mak cik dekat situ
memang tak mudah mengalah.
Ikut suka hati dia je nak potong line.
Macam dia seorang je yang nak sembahyang Subuh.





Masa tengah potong line,
muka mak cik tu sangat menakutkan.
Muka dia macam :
"Budak! Kau ketepi sikit boleh? Tak reti nak hormat orang tua betul!"






Aku tak marah.
Aku just rasa sangat funny.
Betul, tak marah.
Biasalah, hati dah berbunga-bunga nak pergi Perth,
mana ada masa nak fikir pasal hal kecil dekat Malaysia ni.
Cewah!





Selepas solat Subuh di surau
yang amat sempit itu,
aku terus melipat telekung.




Tiba-tiba,
ada seorang mak cik tu
bising-bising cari tudung dia
dekat area bag aku.





Masa tu aku baru nak cakap
dekat Mak Cik tu yang mustahil
tudung dia ada di situ,
sebab tempat tu just ada
bag aku and wawa, and tudung aku je.





Tapi,
ZAPPP!!!!




Caption : Tak reti lukis tudung. So, tudung di gantikan dengan crown





Depan mata aku,
dia campak tudung aku kat tepi.
Dah lah surau tu ramai orang,
tudung aku dah hampir-hampir kena pijak.





Fu-Wah!
This means WAR!




Mesti anda ingat aku
terus mengamuk dekat dalam surau tu,
sambil mencarut macam-macam
dekat Mak Cik tu, kan?








Tak.
Aku tak adalah sebiadab itu.
Kita kena menghormati orang yang
lebih tua daripada kita.





Sabar itu kan separuh daripada iman~
Lagipun, tak kan lah kerana sehelai tudung,
rosak surau airport.
(Tiru ayat : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga)
(^___^)v





Aku dengan tersenyum manisnya,
just minta tolong dekat Mak Cik
tu supaya tolong ambilkan tudung
(yang telah BELIAU campakkan tadi).







Lepas tu,
aku cakap lah "Thank you~".





Bagaimana reaksi muka
Mak cik tersebut?
Selamba je.
Macam :
"Bukan aku yang campak tudung kau tadi."






Dia tak cakap the Magical Word pun.... :
"Sorry.."
(T_____T)





P/S :
Hormati antara satu sama lain.
Tidak kira muda atau tua.




Kalau ada orang tanya aku time tu:
Question : Mana lebih penting? Tudung atau adab?




My Answer : Adab. Kita kena hormati orang yang lebih tua.

Dalam hati : TUDUNG AKU LAH! Mana nak cari iron dekat
airport ni?! Habis gambar aku jadi hodoh time dah sampai dekat Perth nanti!!





__________AniZz______________

Tuesday, May 8, 2012

Pemberitahuan?



Rasanya,
aku akan update entry
pasal Perth esok atau lusa.




Ingatkan nak update malam ni,
tapi, laptop hang pulak.
Tu lah, tangkap gambar guna camera canggih sangat.
Aiyaa~





Esok pagi aku akan bertolak ke
Alor Gajah.
Ada ceramah *I-don't-know*.
Wajib pergi.
Pukul 11 am - 6.30 pm kot.
(T____T)





And,
maybe aku tak boleh upload gambar
dekat dalam blog,
sebab my broadband is 'laju' gila.




Tapi,
aku dah upload dekat my facebook.
You can view it there.





For those yang tak tahu my facebook link,
you can wait until I upload it into
my blog.
Kena pergi Cyber Cafe (CC) dulu.

Tak pun upload dekat library.




WOoooooOOOooooOOOooooOOOOooo~
(NERD ALERT!!)




P/S :
Kenapa aku tak buat entry colorful
macam sebelum ni?
Sebab aku update blog guna
google chrome.
Even aku buat tulisan warna-warni pun,
yang keluar color putih jugak.






Before this aku guna Mozilla,
tapi.... hehe.... malas pulak nak
buka Mozilla Firefox.
Sorry.




And,
thank you for those yang comment
entry sebelum ni.
Membaca comment anda membuatkan
saya tersenyum sendiri.
(Eceh~!)




Caption : Censored. Salah eja. Hehehe.. dah sleepy sangat ni.



Caption : In Caversham Wildlife Theme Park

!sneak peek!

_____________Anizz____________

Monday, May 7, 2012

Sedih

manusia zaman sekarang....




Time-time macam ni lah
aku mula rindu dekat
kawan-kawan masa Diploma dulu.
(T___T)







P/S :
Bila nak update blog
pasal pergi Perth?
Sorry, not today,
and maybe not tomorrow.



Tengah bersedih....




________Anizz____________

Sunday, April 22, 2012

Entry before pergi Perth

Hi semua.
2 jam lagi,
aku akan start berkumpul dengan
my friend semua untuk bertolak ke KLIA.




Ticket flight kami pukul 9 am.





Doakan keselamatan kami semua
sepanjang berada di sana.





p/s : Semalam baru tengok teaser thriller movie
about zombie or hantu dekat dalam flight.
Cis!



____________Anizz_____________

Monday, April 16, 2012

Mak Guard ini dapat duduk di penthouse

Hai semua~
Maaflah ye...
Sebelum pergi Perth,
banyak sangat lecturer nak bagi
kami lalui azab dahulu.




Jumaat lepas aku ada test Strategic Management.
Sabtu (semalam) aku ada community service.
Selasa minggu depan ada test Law.
Rabu minggu depan ada test Negotiation.
Khamis minggu depan ada test Global Marketing.
Ahad minggu depan baru bertolak ke Perth.







Oh my goat......
Belum jadi Pedana Menteri,
aku dah busy macam ni....




Sebenarnya,
aku nak cerita pasal pergi Perth.
Bagi sesiapa yang belum tahu,
aku memegang jawatan yang AGAK penting
semasa berada di Perth ni.




Jawatan apa?
Aku in charge bahagian security department.
Bahasa kasarnya Mak Guard.
(Jatuh maruah ke-royal-an aku)




Kami akan duduk di rumah
ala-ala hotel.
Satu rumah ada 6 orang.





Oleh kerana aku sangat disayangi
oleh sahabat-sahabat ku,
iaitu Syira, Wawa, and Dayah,
mereka telah mengajak aku untuk tinggal
1 bilik dengan mereka.






Untuk tidak menghampakan
hasrat mereka,
aku pun terus bersetuju.







Tetapi,
malang tidak berbau..
Dah nama pun famous,
seorang lagi classmate
aku mengajak aku duduk 1 bilik
dengan mereka.






Aku pelik.
Mengapa dengan secara tiba-tibanya,
diriku ini menjadi igauan ramai.
Jadi, aku pun tanya kembali kepada
sahabatku itu.











Aku terkesima seketika. (ceh, ayat~)





Berita dengan pantasnya tersebar
sehingga ke twitter dan facebook Wawa, Syira, and Dayah.
Aku tahu, walaupun luaran mereka nampak cool,
tetapi hati mereka menjerit :






Terus-terang aku katakan,
aku memang tak nak duduk 1 bilik
dengan rakan-rakan lain yang berjawatan penting.




Mengapa?



Reason #1 :


Sebab,
bila dah berjawatan penting,
of course lah aku akan duduk
di Penthouse semasa di Australia nanti.





While Wawa, Syira, and Dayah
yang tidak berjawatan penting ini akan
duduk di rumah usang ini :







See?
Nampat tak perbezaan rumah
aku dan rumah mereka??





Di saat aku breakfast makan steak,
mereka di rumah usang ini makan sandwich..
Di saat aku mandi di dalam jacuzzi.
mereka di rumah usang ini mandi di dalam besen...



Reason #2 :



Lepastu,
of course lah,
bila aku dan 3 orang bakal roommate
aku yang berjawatan penting
berjalan di khalayak ramai,
mereka akan terpukau dengan
ke-famous-an kami.






And then,
bila aku berjalan seorang diri,
ramai pula student-student
yang nak autograph,
sampai aku tak ada masa untuk meluangkan
masa lapangku bersama Wawa, Syira, and Dayah
di Perth nanti...






Oh~
rasa bersalah di hati...
Akhir kata,
di harap Wawa, Syira, dan Dayah
tidak akan berasa segan untuk menegur
aku di Perth nanti..




Walaupun aku famous sampai
ramai sangat student berkerumun
untuk meminta autograph,
anda semua (Wawa, Syira, Dayah)
janganlah segan-segan untuk memanggil
aku dari jauh...





Dan,
walaupun aku duduk di Penthouse,
jangan lupa untuk menjenguk aku.
Kalau aku ada masa,
aku akan datang melawat rumah usang
anda bertiga semasa di Perth nanti.




Oh, baiknya aku~


P/S :
To all readers,
Walaupun kita berjawatan tinggi,
kita jangan sesekali bersikap sombong.
Semua manusia adalah sama di sisi Allah.




Jika anda duduk di Penthouse,
rajin-rajinlah datang melawat
rakan anda di rumah usang.




Ok,
nak sambung study LAW.




____________Anizz____________

Tuesday, April 10, 2012

Preview

Will post something by today, InsyaAllah.
Just wait~





________Anizz_____________

Wednesday, March 28, 2012

Benefits untuk setiap yang menyumbang~

Hai semua.
Semalam aku ada presentation
untuk subject Personal Development (PD).




Tajuk presentation aku :
"Self-motivation",
tapi aku in charge bahagian :
"Maintaining perseverance , overcoming shyness".



Note : Presentation yang sebenarnya adalah dalam English.




Seriously rasa macam hypocrite.
Yelah, aku ni dah lah pemalu,
lepastu kena present pasal
overcoming shyness pula.





Jantung berdegup laju masa tu.
Kalau ada orang sergah,
confirm pengsan on the spot.





In next 2 weeks,
kami semua akan menyertai aktiviti
"Community Service".
Ada markah woh~
Siapa yang tak pergi,
hilang markah untuk Final exam.






Masalahnya sekarang ni,
aku ni bukanlah manusia
yang berjiwa rakyat.





Harap-harap ada privilege bagi
sesiapa yang menjadi secretary bagi subject ni.
(Aku lah secretary tu)


Note : Privilege seorang secretary



Sesiapa yang nak menyumbang kami
(Student International Business) yang akan
ke Australia pada 24th April bagi tujuan belajar,
anda boleh tinggalkan detail anda di ruang comment.
RM10 pun dikira menyumbang~ (^0^)v





Ada benefits yang sangat lumayan
bagi sesiapa yang sudi menyumbang
untuk saya dan rakan-rakan.





Benefit tersebut adalah :




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.









P/S :
Tadi ada taklimat pasal praktikal.
Ada sesiapa yang nak cadangkan saya
untuk praktikal somewhere around
Melaka or Negeri Sembilan?
Senang nak ulang-alik pergi campus.











____________Anizz____________

Monday, March 12, 2012

Entry curi-curi dalam library

Dear readers ...
currently saya sedang berada di
alam study.
Cewah~




Last week dah start masuk campus.
memang lah kata orang,
first week tak banyak kerja lagi.
Tapi, nak update blog macam mana
kalau bill broadband tak bayar lagi.
Heheheeh.....




Ini pun 'curi-curi' update blog
dekat library.
Malu woh kalau update blog
dalam library secara open.
Seolah-olah sendiri declare :
"Fuh~ Blog aku lah yang terhebat di dalam dunia ni.
kau orang ada blog? (nada sarkastik)"





Motto hidup aku ialah,
"Make sure kau berada dalam safe zone".
Aku berusaha sedaya upaya untuk menjauh kan
diri daripada mejawat jawatan even dalam class.




And,
Ta-dah~!
Nah, ambil kau jawatan secretary!
Di tambah pula jadi Biro keselamatan
time nak pergi Perth bulan depan.




Errgghhh.....
Motto hidupku hancur......




Thanks to my mom sebab bagi printer.
Mula-mula, aku tak nak bawa.
Ya lah, bukan nya nak print apa-apa pun lagi.
Lagi pun, siapa nak jaga printer tu time aku
pergi Perth nanti?
Sekarang, printer tu lah yang berbakti kepada aku.




Last week ada meeting untuk pergi Perth.
Orang yang incharge bahagian *I don't know*
dah bising-bising sebab tak ada sponsor lagi nak
taja kami pergi Perth.
Dia nervous kot sebab budget dia untuk pergi Perth
tak cukup lagi.




Kami akan ke Perth InsyaAllah bulan depan,
23rd April 2012.
Budget per person around RM3,000.
Ada 82 orang pergi.




Currency AUD lebih mahal daripada Ringgit Malaysia.
Around 1AUD = RM3.22




Aku ingat nak bawa Maggie je.
Tapi, masalahnya,
tak lepas dekat Australia la pulak.
Dia cakap, bawa noodles dalam maggi tu boleh,
tapi packet perisa dia kena buang.




What the...
Maggie apakah itu kalau
packet perisa dia di buang???




So,
kalau ada sesiapa yang ingin
menyumbang sedikit sebanyak
untuk menjayakan program
"Kau tak pergi Perth, tolak 25 markah",
sila tinggalkan comment anda di bawah.




Kalau nak sponsor SAYA saja
pun BOLEH SANGAT.
Anda boleh sponsor di dalam title :
"Sponsor untuk mengelakkan Anizz makan Maggi
tanpa perisa di Perth!"




Tapi,
kalau anda tergolong dalam kalangan :
"Club tidak sponsor untuk Anizz, bagi
dia kuruskan badan",
NO KANGAROO for you!





P/S :
Aku ada lecturer yang setanding
dengan Miss Singa. Except,
this lecturer seriously 'psycho'.
(T_____T)





____________Anizz__________

Tuesday, February 21, 2012

Cuti bersama Nenek : Tak faham

Sudah lama aku mendiam kan diri.
Selepas sahaja selesai menjawab
Final Exam,
aku terus di bawa ke rumah Nenek.




Sebelum tu,
my mom dah beritahu yang aku
akan di tinggal kan di rumah Nenek
sepanjang cuti semester.




Tujuannya,
my mom and dad nak suruh
aku teman kan nenek yang
tinggal seorang diri di Johor.





Tipulah kalau aku cakap yang
aku bersetuju 100% dengan rancangan
my mom and dad ni.




Sebagai seorang remaja *ehem*,
mestilah aku nak duduk di rumah sendiri.
Sudah lama aku tak balik ke rumah,
tapi my mom and dad suruh aku tinggal
dekat rumah Nenek pula.
(lagipun, rumah Nenek tak ada line internet)





Setelah fikir baik dan buruknya,
aku pun menyerah kepada takdir.
Alah, kalau aku tak nak duduk dekat
rumah Nenek pun, mesti my dad and mom
siap bawa rotan untuk paksa aku teman Nenek.





Kenapa aku tak nak duduk di rumah Nenek?
Bukan tak nak.
Berat hati untuk tinggal di rumah Nenek.
Sebab, aku tak ada kawan dekat sana.




Adik saudaraku, Sara, tidak dapat tinggal di rumah Nenek,
sebab dia nak teman kawan dia di rumahnya.
Emak rakannya pergi Umrah.




So,
I don't have any friends!
Forever alone. . . . . . . .





Lagipun,
aku tahu,
antara salah satu sebab yang tersirat ialah,
my mom nak suruh aku belajar masak
dengan Nenek.




Untuk pengetahuan anda,
aku tak suka memasak.
I really hate it.
Sampai sekarang aku benci.




Well,
TIDAK SUKA masak tak bermakna
aku TIDAK TAHU memasak.
Kelmarin, aku buat bubur untuk Darwisha,
and dia tambah 4 kali woh~
See? I'm good at this.




Selepas my mom and dad pulang
meninggalkan aku bersendirian di rumah Nenek,
aku kembali kepada mood pendiam.




Alhamdulillah ada Mak Ndak (emak saudara) di situ.
Dia yang tolong masak.
(Dia tinggal di rumah Nenek selama 3 hari)





Tapi,
one day,
Mak Ndak suruh aku practice masak sayur.






Bukan aku tak tahu cara
nak masak sayur.
Tahu.
Tapi yang basic je lah.




Bak kata Rodrick dalam filem :
Diary of a Wimpy Kid ;
"Don't be good at something that you doesn't wanna do."




Then,
nenek pun datang dan tanya pada aku :





Perencah?
Orang yang benci masak macam aku,
mana lah tahu bahasa-bahasa dapur ni.
Setahu aku, perencah itu macam :
Perencah maggi, Adabi, etc~





Aku pun jawab lah :
"Masak sayur tumis je lah. . . . ?"








Oooh~
Baru lah aku tahu yang Nenek
sebenarnya nak tanya 'side dish' apa
yang aku nak letak dalam sayur tu.




Bagi aku :





Kalau Nenek tanya soalan di atas,
mesti aku boleh faham.




P/S :
Well,
tinggal dengan Nenek tak adalah
seteruk yang aku sangka.
Aku dengan Nenek banyak habis kan
masa dengan menonton cerita Jewel in The Palace
yang aku beli khas untuk Nenek semasa di Melaka.




Sebenarnya agak fun duduk
dengan Nenek,
sebab, setiap hari aku
makan ice-cream dengan Nenek sambil
tengok cerita Jewel in The Palace.
(^0^)v




________________Anizz______________

Friday, January 6, 2012

A day in Jusco : Nakal Part 1

Assalammualaikum semua~




Aku baru je lepas habis
Final Exam paper : CTU (hubungan etnik)




Jangan risau,
nanti aku akan menceritakan
keadaan aku semasa menjawab
paper tersebut.





Ok,
selepas mengalami kejutan budaya
apabila melihat soalan-soalan yang
keluar masa Final Exam semalam,
aku mengajak Nora ke Jusco,
bagi menghilangkan perasaan ku tersebut.






Begini kisahnya :
***********************************************************

Masih kah anda ingat lagi
tentang kisah seorang puteri yang
terkenal dengan sifatnya yang
sopan-santun, ramah-tamah,
lemah lembut~?





Hmm...
kali ini,
Tuan Puteri tidak keseorangan.





Ini adalah cerita tentang Tuan Puteri
dengan sahabatnya, Nora.








Pada suatu hari,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
bercadang untuk keluar berjalan-jalan
di sebuah shopping complex selepas
Tuan Puteri selesai menjawab peperiksaannya.





Sebelum Tuan Puteri berangkat pergi,
rakan sekelas Tuan Puteri, Wawa,
meminta pertolongan Tuan Puteri untuk
terminate kan broadbandnya semasa berada
di shopping complex nanti.







Tuan Puteri yang baik hati ini
terus bersetuju untuk membantu sahabatnya itu.





Setelah tiba,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
terus menuju tempat yang telah di beritahu
oleh Wawa kepadanya tadi.






Setelah memberitahu tujuan Tuan Puteri datang,
Peniaga tersebut tersebut terus melayan Tuan Puteri
sebaiknya, kerana Tuan Puteri adalah pelanggan nya.





Semasa peniaga tersebut ingin membuat panggilan
kepada sahabatnya, Wawa,
beliau bertanya kepada Tuan Puteri,
sama ada panggilan untuk Wawa itu
adalah 'Cik', atau 'Puan'.





Entah kenapa,
kenakalan Tuan Puteri tiba-tiba datang.








Tuan Puteri dengan nakal nya
menipu peniaga tersebut.
Selepas itu,
Tuan Puteri pergi ke suatu sudut yang
tersembunyi,
lalu ketawa dengan sopannya.









Tuan Puteri mula membayang kan
wajah sahabatnya, Wawa,
apabila peniaga tersebut memanggilnya
'Puan'.





Sahabat Tuan Puteri, Nora,
menegur Tuan Puteri.









Tuan Puteri mula berfikir.
Tuan Puteri terlupa yang peniaga itu
pasti akan menjadi mangsa jika
sahabatnya, Wawa, naik darah.








Dengan penuh rasa bersalah,
Tuan Puteri pun meminta maaf
kepada peniaga tersebut di atas
kenakalan nya tadi.








THE END
*****************************************



Moral of the story?
kalau anda terbuat salah kepada orang,
cepat-cepat lah meminta maaf,
dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.





Oh ye.
Semasa meminta maaf,
aku terangkan dekat dia yang :





Caption : Wawa yang sedang berada di rumah



So,
in the end,
aku terpaksa cakap macam tu,
supaya peniaga tersebut tak terasa
di perbodoh kan sangat.





Oh ye.
Wawa adalah classmate aku.
Umurnya sebaya dengan aku, 23.
(Wawa, mari lah kita menyedari sama-sama, yang kita ni dah tua..)





Beliau masih bujang.





P/S :
Nanti aku akan menceritakan
tentang bagaimana aku tebus balik
kesalahan aku, di entry yang akan datang.
Bye. Nak study untuk exam paper miss singa pula.
(T___T)





_______________Anizz_______________