Sunday, June 6, 2010

Bila AniZz jadi anak Boss♥♥♥

O yeah~
O yeah~
I'm feeling good~
O yeah~
O yeah~


Sebelum memulakan penaipan (betul ke aku eja?) ni,
aku nak berterima kasih kepada
sahabat-sahabatku yang
aku tak tau pun korang selama ni (or baru je)
baca blog aku.


Thank you Anis Aimi, Taqim Amirul (saje eja nama kau terbalik)..
Tak sangka korang baca blog aku yang hebat ni (ewah!).


Tidak dilupakan juga kepada sahabat secampusku,
Dila, Diyana, Syadah, Pika, (saje nak meramaikan nama)
Thank you~


Kakak-kakak seniorku,
Kak Cici, Kak Shida, Kak Pia, (diorang je ke?)
Terima kasih~


Kepada keluarga dan saudaraku
yang curi-curi baca (ewah!) dan
sempat attack aku semenjak aku
tulis pasal aku jadi Cinderella di rumah Atuk,
Thank you~


Kepada stalker terhebat aku (selain Kak Cici),
Brad Pitt, William Moseley, Johny Depp, Leonardo Decaprio,
Thank you and stop misscalling me, ok?
Ewah~


Hari nie nak cakap pasal apa?
Oh ye,
aku ada perancangan nak tulis apa dalam
post akan datang!


Pengumuman kepada semua family dan saudaraku,
saya akan menulis tentang anda di post akan datang!
Ya!
Anda!
bukan orang di sebelah atau di belakang anda!


Oleh kerana saya tidak ada gambar anda sekarang,
saya akan menangkap gambar solo anda pada
minggu ini.


Ye!
Minggu ini!
Kerana minggu ini dijangkakan semua orang ada dirumah atuk,
sebab my Pak Su nak bertunang ~


Aku tak boleh seronok sangat,
sebab hidup Cinderella ku bakal tiba..
Bagus lah,
tak lama lagi aku akan post lagi cerita
"Cinderella dengan Sinki Ajaib" (klik disini)


I'm happy~
I'm happy~
Sebab aku punya Blog Visitors mencecah 5000.
(Kononnye)


Dalam banyak-banyak post aku,
aku paling suka post :
1) Aku curi-curi masak di rumah (klik disini)
2) Cerita aku tengok XXX show secara live di masjid (klik disini)
3) Aku masuk ward (klik disini)
4) Bergaduh dengan laptop sendiri (klik disini)


Hmm..
Aku ingat nak tulis pasal aku..
Tapi macam tak de mood je nak tulis.


Oh ye,
Aku ada terbaca satu blog nie,
blogger tu giler punya mengumpat member 1 rumah dia.
Blogger tu girl.
Siap letak gambar and nama penuh housemate dia lagi..


Teruk betul!
Tak de kesedaran sivik betul!
Aku malas lah nak letak link untuk blog dia,
karang dia serang aku.
Aku kenal dia ke??
Dia budak kolej Swasta.

****ANAK BOSS ****

Oh ye,
Mak aku ada buka bakery dekat dengan my home,
Bukan nak jemput korang datang ye,
just nak cerita pasal kehidupan aku sebagai anak Boss
WOooooOOOOooo~~


Bakery tersebut ada seorang pekerja
yang sebaya dengan aku.
Tapi dia dah kawen ngan abang saudara aku.


Tugas dia adalah cashier and ada lah tolong mak aku bake sket..
Aku suka kehidupan aku skang bila dah ada bakery.


Kenapa?
Mak ngan ayah aku nampak happy.
Lebih-lebih my father.
Dia dah banyak involve dalam business ni.
Ayah aku dah macam accountant + Consultant dah.


My mom?
Fuh~~
Kesian dia..
Bangun awal pagi dalam pukul 5 pagi,
aku tau sebab aku yang tutup jam loceng.


Lepas mak aku bangun,
dia mesti cakap;
"Kejut ibu lagi 10 minit"


So,
sebagai anak yang berdisiplin,
mestilah aku tunggu depan jam,
tenung jam dengan mata terbeliak,
tidak berganjak walau ada apa halangan sekalipun,
Keadaan tersebut sama seperti
ketika aku duduk depan rak chocolate di shopping complex
dengan harapan emak aku akan cakap;
"Ambillah 10 chocolate cadbury yang paling besar tu."
(walaupun mustahil, tapi apa salahnya berangan)


Seriously,
walau ada orang menjerit "RUMAH KAU TERBAKAR DOE~",
aku akan tetap tidak akan berganjak.


Walau ada orang menjerit, "ROTI, ROTI, BELI ROTI~",
aku tetap tidak akan berganjak.


Walau ada orang menjerit, "ANIZZ, KAU CUN!",
aku tetap tidak akan berganjak,
malah bagi mengukuhkan lagi ke disiplinan aku,
aku akan balas jeritan itu dengan menjerit,
"AKU TAU AKU CUN!".


See!
Tengoklah betapa disiplinnya aku.
Selepas 10 minit,
aku akan pergi ke bilik mak aku,
dan dengan sopan berkata,

"Oh bonda, anaconda sudah tunggu 10 minit,
kini ingin mengejut mu dari peraduan mu.
Maafkan anaconda wahai bondaku kerana mengacau tidurmu.."


Serious,
kalau mak aku pegang pistol,
mau kena tembak aku.
Mesti mak aku baca surah yassin disebelah telingaku.
Buang tebiat~~


After mak aku bangun,
aku sambung main game,
then mak aku kejut ayah aku
sebab dia nak pergi sembahyang subuh di masjid.


Dulu ayah aku berniat nak
cukupkan 50 hari (kot) untuk sembahyang subuh di masjid,
sebab Maghrib dan Isyak memang dia sembahyang di masjid selama ni,


But then,
oleh kerana dah terbiasa,
sampai sekarang dia sembahyang di masjid.
Aku rasa macam setiap waktu dia sembahyang di masjid.
WOooooOOOOooo~~
(patutlah aku nie sopan-santun, lemah lembut selama ni)


After pergi sekolah (parents aku teacher),
aku pun tidur sebab adik aku (4tahun) dah di hantar ke rumah nanny dia.


Pukul 11.00 pagi
aku dah start masak nasi and kemas rumah (bunyi macam gigih),
Kalau mak aku baca ni,
mesti dia cakap;
"Sejak bila anaconda ku ni kemas rumah?"
parent aku balik pukul 2.00pm,
lepas rehat 30 minit,
mak aku ajak pergi bakery.


Bermulalah episode aku jadi anak Boss!
Kami (ewah! macam partnership business plak)
ada sorang pekerja yang sebaya dengan aku.
Tapi dia dah kawen dengan abang saudaraku.
(saje nak ulang balik)


kalau korang baca blog mak aku
yang jarang di update tu,
dia ada cerita pasal gurl yang dah kawen tu,
plus dengan ayat ,
"Tapi dia terlebih dahulu menemui jodoh..."


Buang tebiat pe bondaku ni..
Dia kawen awal kot ~~
Aku muda lagi kot ~~
Aku lahir bulan 10 kot ~~


Nama dia err...
Aku lupa lah..
Aku paling tak suka kalau ada makcik-makcik datang bakery kami,
and tanya aku,
"AniZz dah tingkatan berapa?"
Well,
tak boleh salahkan dia sebab muka aku MEMANG nampak muda (ewah!)


Lepas tanya tu,
aku mestilah akan jawab;
"Ni last semester di UiTM" (aku cakap 'di'???)


Lepas tu makcik tu akan balas;
"Wah.. Bagus anak teacher ni. Semua pandai-pandai.
Yang nombor 2 belajar University, nombor 3 belajar SMKA,
yang kecik skali ni pulak pandai bahasa Inggeris.
Bangga lah teacher dapat anak macam ni.."


Hah makcik,
terus terang cakap,
anak 1st tu, walaupun baik hati, sopan santun,
ramah tamah, lemah lembut, (oppss... melebih pulak),
bukannya hebat sampai dapat 4 flat,


anak 2nd tu plak,
keras kepala, panas baran,
pemalas, cakap dia je betul (oppss.. terlebih kutuk pulak),


anak 3rd tu plak,
errr... nak cakap pe, ek?
Dia memang baik.
Tak sia-sia kami hantar ke SMKA,
bagus! Akhlaknya baik,
humble..
Cis! patutnye hantar anak 2nd tu ke sekolah pondok
di hujung dunia.
Lepas masuk sekolah Sains,
mula tunjuk perangai.


anak 3rd tu dulu dia tak pandai baca,
ayat pertama yang dia reti tulis ialah,
'ini kakak saya. Kakak saya bodoh.'
Ye,
sampai sekarang aku ingat ayat tersebut.
Dia siap conteng di dinding sebelah katil dia lagi.


Masa tu umur dia 6-8 tahun,
dia bagi aku kad birthday,
dengan ayat tertera 'Happy Birthday' yang salah eja,
and gambar orang lidi dengan ayat disebelahnya;
'ini kakak saya. Kakak saya bodoh.'


Tak boleh marah,
sebab tu jela ayat yang dia reti tulis dengan betul.
Kalau marah karang takut dia tak nak belajar pulak.
Masa tu dia anak bongsu.
Mak and ayah aku sayang dia TERlebih.


Tapi siapa sangka,
budak tak reti eja tu boleh dapat 4A 1B dalam UPSR.
Semua orang terkejut.
Alah, aku pun 4A gak. Abang dia 5A.
Aku kira pencetus kejayaan anak cikgu di sekolahku.


Sebab,
sebelum ni,
anak-anak cikgu yang lain semua dapat 2A je,
start tahun aku,
semua anak cikgu dapat 4A and 5A.
Bagus!


Oh,
berbalik cerita kena puji ngan mak cik tersebut,
kalau mak cik tu nak tau,
anak 4th tu,
bukannya hebat sangat speaking English,
Well,
hebat bagi budak sebaya dia,
tapi,
kalau mak cik tu nak tau,
budak kecik tu panggil aku and cakap "Hey Stupid Dog, why you..bla..bla..bla.."


Sebenarnya,
dia banyak tiru ayat dalam cerita Mickey Mouse,
kat rumah hobby dia adalah tengok PlayHouse Disney Channel,
So, kat situ English dia banyak improve.


Yang pasal 'Stupid dog' tu,
mesti abang dia bukak cerita 'Cat and Dog'
and sampai dia pun terikut skali.
Ini lah dia pengaruh media massa.


Ok,
kenapa aku tak suka makcik tu puji kami?
Sebab,
pekerja yang sebaya aku tu
belajar sampai Form 5 je.


Muka dia pun macam terasa je
bila mak cik tu puji aku,
sebab maybe dia rasa seperti dibandingkan.


ye,
Aku faham perasaan dia.
Aku pun selalu di bandingkan dengan adik bongsuku,
kerana dia terror English.
Elleh,
aku tak terasa sangat sebab,
hari tu aku cakap kat dia (masa tu umur dia 3 tahun)
"Cuba eja technology",
and dia tak reti!
Hah! aku lagi hebat!!


Lagipun,
aku tak suka bangga-bangga sangat bila
pegang title 'student U' ni.
Alah,
Diploma je kot.


Kalau aku belajar di oversea pun,
aku mesti dengan humblenya cakap;
"Alaeh maek cheek, biae sae jae~" (Loghat English)
Terjemahan : Alah Mak Cik, biasa je~


Aku kesian tengok mak aku
penat buat kek, roti lepas balik kerja.
Lepas tu plak dia kena masak untuk dinner.
(sebab aku tak suka masak)


Bukan tak nak tolong,
tapi adik bongsu aku tu ha,
asyik kacau mak aku je.
So,
tugas aku lebih kepada jaga adik aku.
Kadang-kadang kami main lukis-lukis,
main kejar-kejar.
Maklumlah, muka muda ♪~


Yang penting,
profit yang kami dapat seminggu memang
WOW!
Tu tak termasuk roti dekat display yang
aku curi-curi ambil time lapar,
yogurt yang patutnya untuk jual,
tapi aku suruh adik aku (4tahun) tu ambil,
Chips More (juga untuk dijual) yang aku hasut adik aku ambil,
Chocolate yang aku curi-curi ambil masa mak aku layan customer.


Hah~~
Bestnya jadi anak Boss~~




******** THE END **************









2 comments:

syikin mohamad said...

u made my day darling ! haha. kelakar weyh. rindu anis sangat. hahaha.

AniZz said...

Thank you~
Bagus la Kak Cici nie..
Bukan macam kak Shida,
malas nak comment kt blog,
just comment gne SMS je.