Lama dah tak buat entry baru, kan? kan?
Pelik betul,
masa aku kat campus dulu,
berkobar-kobar semangat nak buat entry untuk blog.
Walaupun coverage beruk band ku
tak berapa nak clear,
aku still lagi nak buat entry untuk blog.
Tapi,
bila dah sampai rumah,
aku terus tak de mood nak buat entry baru.
(Padahal coverage streamyx punyalah extravaganza!)
Ok.
Tujuan aku nak tulis entry ni,
adalah untuk menerangkan segala
gossip-gossip liar tentang diriku ini
yang telah ber legar-legar di negara kita.
Tapi,
sebelum tu,
aku nak ucapkan Thank You
kepada semua pembaca-pembaca blog ini.
Tak kiralah sama ada aku kenal atau tak,
thanks, eh??
Terima kasih juga kepada sesiapa
sahaja yang beri comment yang positive
terhadap entry-entry aku.
Kak Shida (ex-wing mate),
thanks sebab cakap blog kita funny.
(cerita sedih pun dia boleh cakap entry tu funny. Tak paham betul..)
Kak Cici (ex-YDP bilik) pun sama, ok?
(takut terasa pula hati kecil orang tua tersebut)
Bukan untuk Kak Shida je,
untuk semua sekali! Thank you!!
Kalau jumpa saya (*tiba-tiba formal),
jangan malu-malu nak mintak autograph.
Nak bergambar pun boleh ♥♥(Awww!!).
K,
berbalik kepada cerita 'gossip liar' tadi,
kepada sesiapa yang masih lagi belum
pernah dengar gossip ni,
(mungkin anda berada di luar negara masa tu),
saya akan ceritakan kepada anda 100%.
Oleh kerana ini sessi temu-ramah,
aku akan bahasakan diri 'aku' sebagai 'saya',
ok?
Sebab, mungkin Perdana Menteri kita akan baca entry ni.
(maklumlah.. famous~)
Untuk pengetahuan semua,
saya telah berjaya menamatkan
Diploma di UiTM pada June yang lepas.
(Yay!!, Ehem.. Alhamdulillah~)
Sepatutnya,
saya akan meneruskan Degree pada bulan July ini,
tetapi mengapa saya masih ada di rumah?
Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Ha,
inilah yang saya nak terangkan
perkara yang sebenar.
No more gossip liar.
Gossip jinak pun tidak dibenarkan sama sekali.
(dua kali pun tak boleh!)
Stop saying that :
Gossip 1) AniZz tak dapat Degree sebab CGPA teruk.
Gossip 2) AniZz tak nak sambung belajar.
Gossip 3) AniZz nak kahwin agaknya.
Gossip 4) AniZz cun. (*tiba-tiba)
FACT 1 :
Ok.Itu semua mithos-mithos belaka.
Siapa yang pintar-pintar cakap Gossip pertama tersebut?
Walaupun grade ku tidak berapa baik sebelum ini,
tapi I dapat 3.5 kot last result~ (*bangga)
Bagi menjawab spekulasi sensitif ini (CGPA),
saya dengan tenangnya nak beritahu anda
about 'my theory'.
Theory saya :
Kalau saya asyik dapat GPA 4 every sem,
mestilah my parent akan terbiasa dengan result tersebut.
Tak faham?
Biar saya beri contoh :
*************
AniZz : Father, mother (panggilan sebenar di rahsiakan),AniZz (panggilan manja juga di rahsiakan) dapat 4 flat lagi sem ni.
Father, mother : Oh. ok.
*************
See?
Begitu hambar..
Tiada keharmonian dalam kekeluargaan..
Mengapa?
Sebab mereka dah terbiasa dengan result
anak mereka yang baik-hati, sopan-santun, dan
lemah-gemalai tersebut.
Cuba bayangkan kalau result saya
tak berapa constant.
(well, tak payah bayang kan pun~)
Situasi tersebut akan bertukar menjadi :
**********************
AniZz : Ayahanda, Bonda.
A&B : Ada apa anaconda?
AniZz : Anaconda dapat GPA 4 semester ini.
A&B : Benarkah? Oh, anacondaku.. ayahanda dan
bonda sangat gembira mendengar berita ini.
Mari kita berpesta 7 hari, 7 malam!
AniZz : Oh, tidak perlu, wahai ayahanda dan bonda..
Tidak sanggup untuk anaconda meminta yang lebih
daripada bonda dan ayahanda.. Cukuplah sekadar
chocolate berjenama cadbury, tidak kira size nya.
A&B : Oh anacondaku yang baik-hati, lemah-gemalai,
sopan-santun. Anaconda sangat bertimbang-rasa.
Tidak mengapa. Kalau begitu, kami berdua akan menghadiahkan anaconda
kereta myvi dilengkapi dengan insurans serta enjin berkuasa bla..bla..bla...
AniZz : Wow! Wow! Wow! Wow! Wow!
****************************
See?
Hebat juga theoryku ini..
Well,
apa salahnya kalau kita berangan kan..
Manalah tahu..
terbuka pintu grill hati parentku
untuk menghadiahkan diri ku myvi,
color hitam or merah~~
FACT 2 :
Siapa yang geliga-geliga cakap
saya tak nak sambung belajar ni??
Seriously,
saya nak sambung belajar!
Kalau boleh, nak sampai PhD or Master.
(semangat berkobar-kobar. Mata berapi-rapi sambil memegang bendera Malaysia)
Mengapa saya tak sambung Degree sekarang?
Sebab saya tak apply Degree lagi.
Why? Why? Why? Why? Why?
Sebab,
ada sumber yang bijak mengatakan,
barang siapa yang mengambil intersessi,
dia tidak boleh mendaftar sehingga dapat result.
And guess what?
Sumber tersebut sebenarnya dah daftar
dalam diam-diam.
Haiiihhh~
Kenapalah diriku ini mudah mempercayai orang~
Well,
bukan semua orang saya percaya.
I thrust him/her (jantina di rahsiakan),
sebab dia ada connection dengan KP kami.
Kebetulan tu lecturer dia.
Kalau pakcik, makcik, atuk, nenek,
jiran sebelah rumah atuk and nenek (*tiba-tiba)
baca ni,
mesti mereka akan keluarkan statement;
"kenapa tak tanya *tuuutttt (identiti beliau di rahsiakan)??
Beliau kan, *tuuuuttttt (jawatan di rahsiakan)"
Saya bukan sengaja nak merahsiakan identiti beliau,
Tapi tu lah~
malas pulak nak bercontroversy~
Takut-takut timbul gossip liar yang lain pula.
Faham-faham sajalah dengan masyarakat kita ni,
yang ber bibir tempayan (saje tak nak guna 'mulut'.)
Seperti kata pepatah;
"kerana bibir (Aww, sexy!), badan binasa."
Lagipun,
think positve.
Kalau saya sambung Degree semester ini,
saya tidak akan ada peluang bersama keluarga.
Daripada Form 1 lagi saya tinggal di asrama.
Sudah 8 tahun saya tidak pernah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
di rumah.
Hari-hari puasaku dihabiskan di hostel..
Memanglah ada benefitnya,
contohnya sembahyang tarrawih (betul ke ejaan ni?)
yang diwajibkan setiap hari kepada pelajar asrama.
Seriously!
Saya adalah seorang yang jarang miss sembahyang tarrawih dulu.
Mengapa?
Lepas masuk waktu maghrib,
kami (Form 1-5) akan dikurung di surau.
Ya,
Kami akan dikurung.
Pintu grill antara Surau dan Hostel akan dikunci.
In other words,
There's no escape!
Lebih baik anda pergi toilet awal-awal,
sebab anda tidak akan dibenarkan keluar dari Surau selepas itu.
Aktiviti yang menggembirakan (alhamdulillah~)
ketika di surau ketika itu adalah membaca al-quran beramai-ramai.
Lepas sembahyang Magrib,
kami akan duduk berkumpulan untuk baca al-quran.
Lepas tu baru pergi tarrawih, kot. Lupa pulak..
Suara pelajar yang membaca al-quran semua
perlahan gila~
Kenapa?
Sebab,
kami yang datang awal ke surau,
akan membaca al-quran terlebih dahulu
sementara menunggu masuk waktu Maghrib.
Thrust me,
masa tu,
semua orang baca al-quran sampai terkeluar anak tekak.
Seluruh suara di lontarkan ketika itu.
Bagi mereka yang sorry to say, gedik-gedik,
akan membaca al-quran dengan suara yang merdu.
Kenapa I cakap macam tu?
Nampak sangat.
Surau kami berdekatan dengan tempat laluan
pelajar lelaki.
Semasa tiada lelaki lalu,
group yang 'merdu' ni, akan bersembang 'hu ha, hu ha'.
Tapi,
bila dengar bunyi tapak selipar jepun mereka,
(lebih-lebih lagi kalau mereka kenal pemilik selipar tersebut)
group tersebut cepat-cepat buka al-quran,
dan cakap; "Korang ni, suka sangat kacau aku nak baca al-quran!"
What the...??
Tadi bukan main lagi bergossip..
Bila lelaki lalu,
pergghhh! Alim gila~
AniZz...
Tak baik cakap macam tu..
Mungkin mereka punya mood membaca al-quran
kebetulan terbit (fuh~) masa tu.
FACT 3 :
Saya nak KAHWIN??!! (*pengsan)
Makcik-makcik kurun ke berapakah yang
menyebarkan gossip bertaraf wild animal ini??
This is absolutely not true!
Umur saya baru 20 tahun, 9 bulan, ok??
Baru habis Diploma pulak tu.
Tak pandai masak pulak tu.
Tak suka kanak-kanak pulak tu.
Tak reti bezakan lauk basi ke tak pulak tu. (semua di bedal)
Tak reti bezakan antara 'daun kunyit' dengan 'daun serai' pulak tu.
Saya even tak tahu yang daun kunyit and serai tu
kategori tumbuhan, sayuran or buah-buahan!
Well,
saya sudah sedia maklum yang saya ni,
baik-hati, ramah-tamah, lemah-lembut,
sopan-santun..
Tapi tu lah~
I still have a long journey to ride~
ok? Ok? Ok? Ok? Ok?
(marah betul budak ni..)
FACT 4 :
Fact number 4 pasal apa, eh?
Kejap, nak roll balik gossip-gossip tadi.
Oh, ok.
About gossip 4 : ANiZz cun.
Jawapan yang dapat saya berikan di sini ialah,
Cukup lah..
Jangan lah bergossip jinak seperti ini lagi..
Kalau anda still lagi bergossip number 4 tu lagi,
orang akan cakap anda 'lame' (English word).
semua orang tahu saya cun~
Cuma saya saje yang dengan sengaja nya tak tahu lagi.
Jadi,
kalau anda tersangat-sangat lah terasa nak bergossip jinak ini,
tetapi takut orang lain kata anda 'lame' (English word),
jangan segan-segan untuk bergossip jinak ini dengan saya.
Tak pe, saya tak marah~
Saya sudi mendengarnya 24 hours...
No comments:
Post a Comment