Saturday, June 5, 2010

Siapa AniZz?

Manusia A : "Siapa AniZz?"


AniZz : "Siapa AniZz?!! Anda tidak tahu siapa saya??"


Manusia A : "Ya. Kenalkan lah diri anda kepada saya."


AniZz : "Aahh! Saya marah! Anda tidak kenal saya, tapi anda baca blog saya??!!"


Manusia A : "So?"


AniZz : "So??!! Dia cakap 'so' kat aku? Aku nak marah! Aku nak marah!"


Manusia B : "Jangan begitu saudara Manusia A. Saya dulu pun tak kenal AniZz,
saya kenal dia pun setelah baca 1 article mengenai dirinya di Majalah 'Giler feymes'."


Manusia A : "Siapa AniZz??"


Manusia B : "Mari saya tunjukkan article tersebut.."


************** Article tersebut ***************
Siapa AniZz? AniZz merupakan seorang gadis muda yang baik hati, lemah lembut, ramah-tamah, sopan-santun, etc. Mari kita selami otak dan pendirian AniZz.


Reporter : Ceritakan serba sedikit tentang anda.


Saya AniZz.


Reporter : Wahh!! Bagus! Sungguh sedikit, tetapi MANTAP! Sudah banyak orang yang saya interview, semuanya cakap panjang berjela, tetapi jawapan saudari sahaja yang menepati soalan saya iaitu ringkas dan mantap. Tahniah!


Errr.. Terima kasih..


Reporter : Siapakah idola anda?


Soalan ni berapa markah? Adakah ini soalan seperti 'List down idola anda' atau 'Briefly explain idola anda'?


Reporter : Wahh!! Bagus! Tidak pernah saya jumpa orang yang saya interview bertanyakan soalan kembali kepada saya. Malah, teserlah budaya ke Universitian anda. Ok, Soalan ini berbentuk short essay, 6 markah. Baiklah, 'briefly explain idola anda.'

Ramai orang akan menjawab idola mereka Dr. Mahathir, Nabi Muhammad, dan sebagainya. Tetapi adakah mereka betul2 memaksudkannya?

Kalau kita Google perkataan 'idola', ia akan tertera 'sanjungan dan pujaan.'
Siapakah yang saya puja? Seperti budak-budak,
kalau kita tanya "Bila besar nak jadi apa?",
dengan confidentnya akan cakap "Doctor."

Kenapa? Sebab tu je pekerjaan yang berada dalam minda mereka.
Saya bukan orang yang begitu.
Menjawab tanpa berfikir.


Reporter : Baiklah sila berfikir.


********* 13 jam kemudian ************

Reporter : Nampak gayanya anda betul2 menjawab setelah berfikir. Baiklah, soalan seterusnya. Apakah soalan sensitive bagi anda?


Senang je. Jujur saya cakap, Academic dan physical.


Reporter : Boleh berikan contoh?


Contohnya, 'Hari tu result dapat berapa?' atau 'Kenapa anda sudah kurus?'


Reporter : Apakah reaksi anda bila ada orang bertanyakan soalan begitu kepada anda?

Kalau orang yang bertanya tu lebih tua dari saya,
Sabar je lah. Kalau saya MEMANG tak suka nak jawab soalan tu,
saya akan jawab sambil senyum atas dasar hormat.

Kalau lebih muda,
saya akan beritahu yang itu adalah soalan sensitive.
Dan jika dia mahu meneruskan hidup di dunia ini,
sila tanya soalan lain.

Oh~ teserlah sikap lemah-lembut saya ni..


Reporter : Perempuan terkenal dengan sikap mereka yang mudah takut.
Apakah yang anda takuti selama ini?


Emm..
Saya bukanlah perempuan yang
menjerit bila tengok lipas yang berada 2 km di hadapan mereka,
atau cicak, kumbang dan sebagainya.

Kalau cicak, lipas, etc lalu sebelah saya,
saya tetap cool~
Asalkan dia tak naik atas saya.

Saya lebih takutkan haiwan yang
tak de tangan dan kaki.
Contohnya ular, pacat, lintah, belut, etc.

Saya juga takut hujan lebat, guruh dan petir.
Saya akan bersembunyi di satu sudut apabila
terdengar bunyi2 tersebut.


Reporter : Apakah yang anda TIDAK akan lakukan bila berjumpa dengan strangers?


Saya TIDAK akan tertipu bila mereka
beri saya gula-gula kerana saya mungkin
akan di kidnap selepas itu.

Saya Tidak akan tiba-tiba
ajak mereka menari atau menyanyi.
Yela,
cuba kalau orang yang anda tidak kenal
tiba-tiba cakap "Jom nyanyi lagu NegaraKu."
Mesti reaksi anda "What the..."


Reporter : Apakah yang anda akan lakukan bila bertemu dengan stranger?


Saya akan cakap, "Jom berzikir."


Reporter : Oh, patutlah anda ajak saya berzikir, ber tarannum tadi.

(^.^)v
Sebenarnya,
kalau saya baru first time jumpa orang tu,
saya akan cuba cari idea untuk berkomunikasi dengan dia.
Contoh terbaik ialah roommate baru.

First skali,
saya akan duduk di sebelah dia,
dan mata saya akan tengok atas, bawah, kiri dan kanan.

Kenapa?
Tujuannya adalah untuk berfikir apa nak cakap.
Selalunya saya akan cari topik yang sesuai dengan orang tersebut.


Reporter : Contohnya?

Contohnya,
kalau orang tu duduk di sebelah saya,
dengan tangan kanannya memegang burger,
dan tangan kirinya memegang durian,

kalau ada idea : Beli dekat mana Durian tu?

Kalau tak de idea : "Cantik durian".
Kita kena berjaga-jaga dan tidak sesekali menyentuh
hal sensitive mereka.

Contohnya bercakap tentang diet.
Anda kena berhati-hati kerana
orang tersebut memegang durian.
Anda tidak tahu tentang rekod jenayah orang tersebut.

Situasi kedua ialah kalau stranger tersebut
sikit-sikit buat bunyi kucing gatal,
saya akan tanya; boyfriend sihat?

Kenapa?
Hanya orang yang ada boyfriend je buat
bunyi kucing gatal.

Pelik,
Adik saudara saya,
Farahiya dan Sofea pernah bertanya :
"Kak AniZz ada boyfriend?"

adakah saya pernah buat suara
kucing gatal di hadapan mereka??

***********************

Dah lah!
Malas pulak nak merapu.
Perut pun dah lapar.
Nanti-natilah aku sambung post ni.

No comments: