Thursday, January 27, 2011

AniZz : Break up lagi...

Waaaaaa~
Waaaaaaaa~



Aku dah break up!
Penat aku menjerit-jerit panggil 'dia'.
Aku suruh 'dia' bercakap,
dia diam je..



Macam mana aku nak balik rumah nanti?
Siapa nak teman aku di bus station nanti?
Siapa nak teman aku time aku takut
dengan hujan dan kilat nanti?
Siapa nak halang aku dari mendengar
perkara-perkara tidak elok nanti?



Ya,
aku dah break up dengan my earphone no.5.
Sebab berpisah : Aku dah tak boleh dengar dia bercakap lagi..



Aku mula mengimbau saat-saat kami bersama.
Lagu 'You raised me up' (klik link) nyanyian Westlife di mainkan.
Kami berpegangan tangan di bawah pokok,
berlari-lari di tepi pantai,
menyanyi-nyanyi di Mahkota Parade~



Kini,
earphone aku tiada lagi..
Semuanya salah aku..
Maaf earphone no. 5..
Aku tak tahu yang kau begitu lemah...
Kalau aku tahu,
aku tak akan gunakan kau bersama-sama
dengan Laptop kesayangan ku~



Nama mu tetap terpahat di hati,
sehinggalah aku beli earphone baru nanti..
Aku tidak akan lupakan mu,
wahai earhone no. 5 ku.



Earphone Pertama : RM 28
Sebab Berpisah : Sebelah telinga aku tidak boleh dengar lagi


Earphone ke dua : RM 26
Sebab berpisah : Dua-dua belah telinga aku tak boleh dengar dia nyanyi.


Earphone ke tiga : RM 28
Sebab berpisah : Leher earphone belah kanan hampir terputus.


Earphone ke empat : RM 30
Sebab berpisah : Di gigit tikus. (klik link)


Earphone kelima : RM 26
Sebab berpisah : Suaranya tidak kedengaran lagi.



Kini,
sekali lagi aku pergi mencari
peneman baru dalam hidupku.
Siapakah dia peneman no. 6 ku?
Aku rasa nak beli yang murah pula.
Nak try.



Tak semestinya yang kaya itu bagus.
Memanglah selesa bersama,
tapi tak semestinya dia akan kekal sentiasa.
Kadang-kadang,
yang miskin itu yang terbaik.
(cewah! mentang-mentanglah duit kau dah nak habis~)
(safe budget)




AniZz
_______________

2 comments:

Cik Feeyza said...

sy selalu beli yg 15 rgt punyerr . alhamdulillah oke . betul kata awk, x smestinya yg KAYA itu bagus & yg MISKIN tu x bgus . act mahal mcm mne pn sesuatu benda tu xp x berkualiti tinggi pn x gune jugak . hope kali ni kekal lama sikit . jgn SEDIH yerr cik aniz . ♥

AniZz said...

Hmm.. Da tak sedih. Lepas ni nk bli yg murah pnye. xde la rse mmbazir sgt, kan?

Thank you Cik Feeyza sbb sudi read and comment my blog. (^.^)v