Wednesday, January 26, 2011

AniZz yang gigih.. PART 3

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.
Dengan malasnya aku bangun lalu
mencapai tuala yang tersidai di tepi katil.



Selesai mandi,
aku terus bersiap-siap memakai tudung.
Jam di telefon bimbit menunjukkan
pukul 3.00 petang.
Masih ada masa lagi untuk ke kelas
Bahasa Arab yang bermula pada pukul 4.30 petang.


Aku membuka helaian demi helaian
buku teks Bahasa Arab.
Perkataan yang tidak di fahami di garis awal-awal.
Jam menunjukkan tepat pukul 3.30 petang.
Buku teks di tutup dan di simpan di dalam beg.



"Aku pergi dulu."
Kasut di sarung.
Butang lift di tekan.
Sepanjang perjalanan kaki ku melangkah
dari Kolej ke UiTM,
aku isikan dengan menghafal jenis-jenis
permainan dalam Bahasa Arab.



"Wah, ramainya orang sedang menunggu lift."
Aku pun nekad mendaki tangga-tangga
setelah berputus asa melihatkan betapa
ramainya manusia sedang menunggu giliran
untuk menggunakan lift.



Sampai je di tingkat 6,
aku mula rasa macam hendak pengsan.
"Tak apa AniZz.. Ada lagi 7 tingkat lagi."
Aku teruskan pendakian ku.



Tingkat 9.
"Ahh! Aku tak kira! Aku nak naik lift jugak!"
Punat butang lift di tekan.
5 minit kemudian,
aku pun berputus asa,
lalu kembali mendaki tangga.
Jam telah menunjukkan tepat pukul 4.10 petang.



Tingkat 13.
"Haa..Haa...Haa... Aku... dah... sam..pai... Haaa.. haaa... haa.."
(bunyi termengah)
Pintu kelas di tolak.
Kelihatan ustaz sedang menaip sesuatu di komputer.
Pelajar-pelajar lain sedang bersembang.
"Fuh.. sempat lagi."



Buku teks Bahasa Arab di letakkan di atas meja.
Jam menunjukkan tepat pukul 4.25 petang.
Aku sempat bertanya rakanku maksud-maksud
perkataan yang aku gariskan di rumah tadi.


Friend A : AniZz, kau bangun pukul berapa tadi?

AniZz : Pukul 2.30. Kau?



Friend A : Aku bangun pukul 3.30. Kelam kabut aku siap-siap tadi. Aku mengantuk lagi ni.

AniZz : Hahahahaha~



Ustaz : Semua orang dah sampai ke?

Semua : Belum. Ada yang tak sampai lagi.



Ustaz : Kamu kelas apa?

Kami : Kelas 3B.



Ustaz : Bukan 3B, kelas malam ni ke? Jadual baru.

Kami : Kami tak tahu pun Ustaz. Sebab, dekat depan Bilik Coordinator,
tiada sebarang perubahan.



Ustaz : Ye? Tapi, dalam system, kelas awak dah tukar. Sebab, kelas ni pun dah ramai sangat. Kelas pelajar part 5 ni pun dah melebihi 30 orang. Kamu semua ada berapa orang?

Kami : 11 orang.



Ustaz : Jadi, dah tak boleh buat apa lah. Kamu pergi balik, makan kenyang-kenyang,
malam ni datang balik. Ok?

Kami : ..............



Habis masa mudaku....



Have a Nice Day!
_____________

5 comments:

Humaira' said...

anizz...
mula2 kesian sbb awk kene daki tangga..then kene balik pulak..sedih jeks. tp ayat paling last tu..-tak tahan- guling2 kita gelak

AniZz said...

Hahaha.. Thank you~ Seriously, masa mudaku habis di situ je~

Cik Feeyza said...

laa cyan cik aniz da penat² mendaki menara gading tuk cr ilmu xp kena patah balik pulak . ape² pn feeyza kagum sb aniz ade semangat nk g study (teringat ms feeyza study lu) . blm abis masa mude cz kite masih mude lagi . he he he .

AniZz said...

Cik Feeyza : Hahahaaha~ msti r kne smangat.. Kalo x, kne repeat paper sem dpan. Heeeee~ ( ^ . ^ )v

Wawa Zolkepli said...

lepuk2 saje ustaz itu.
jgn ckp aku yg suruh plak!
hahaha!