Thursday, December 29, 2011

Mission accomplished!




Hari ni aku tolong Nora,
(roommate) hantarkan assignment dia,
sebab dia masih lagi berada di rumah
beliau di Negeri Sembilan.




Pukul 3 petang,
aku bertolak dari rumah
untuk pergi print assignment beliau.




Sementara meng-edit assignment Nora,
aku sempat mendownload cerita Ombak Rindu.







Lepas print,
aku terus naik level 10
dekat bangunan campus.
Sebab, Nora cakap bilik lecturer
dia dekat level 10.




Macam-macam arahan yang
Nora bagi.
Sekejap pergi kiri lah,
pergi kanan lah,
pintu tengah lah,
pintu belakang lah~




Semuanya tak betul!
Dah lah dia confuse mana satu
tangan kanan, mana satu tangan kiri.




Last-last,
bila aku dah masuk bilik yang
ala-ala stor,
aku suruh dia make sure balik
dengan kawan dia.




Rupa-rupanya,
bilik lecturer dia dekat level 11.



A.P.A.K.A.H.??




So,
aku pun naik lah dekat level 11.


Nora : Dah sampai level 11?

Anizz : Dah.





Nora : Ok. Pergi terus, cari bilik yang belah...
err... kita makan tangan kanan, kan? Ha, bilik
lecturer tu belah kanan.

Anizz : Ok. Pintu no. 2, kan?





Nora : Ha'ah. Bila kau buka pintu je, kau terus akan
nampak meja dia.

Anizz : Ada 5 meja depan pintu.






Nora : Dekat kerusi dia ada baju coat.

Anizz : Ada 3 kerusi yang ada baju coat.



Caption : Kalau ni lecturer aku.. Fuh~




Nora : Cari yang fashion dia panjang.

Anizz : MACAM MANA AKU NAK TAHU FASHION DIA
PANJANG KE TAK?? AKU BUKAN FASHION DESIGNER!
(tak kan lah aku nak pergi selak-selak baju orang)




Nora : Hahaha... sorry... Atas meja dia ada PC tak?

Anizz : Ada 3 meja yang ada PC.








Nora : Alah, macam mana ni? Tak ada lecturer lain ke kat situ?

Anizz : Aku sorang je ni. Kejap. Nama lecturer tu Amirah, kan?





Nora : Ha'ah. Macam mana kau tau?





Macam mana aku tahu?
Aku pergi tengok assignment-assignment
yang berlambak dekat setiap meja.




Lepas je aku letak assignment Nora
di atas meja,
aku terus tangkap gambar sebagai bukti.
And then, aku cakap dengan Nora;
"Mission accomplished".





Balik je,
aku terus beli makanan,
and makan sambil tengok cerita Ombak Rindu.




Cerita dia biasa-biasa je...
tak sedih pun.
Cuma Aaron Aziz tu handsome gila kot~





Sesetengah orang,
bila tengok hero yang handsome,
dia akan cakap 'handsomenya dia'
berjuta kali.




Kata orang,
kalau kita cakap lebih 44 kali,
ianya akan menjadi betul.




So,
instead of cakap 'handsomenya dia~ handsomenya dia'
berjuta kali,
aku cakap 'cantiknya aku~ cantiknya aku~'
sepanjang cerita tersebut.




And, ta-dah~
muka aku dah jadi cantik.
Hahhahaha~
Menipu dengan hebat.





Nora cakap,
aku hati batu.
Tak menangis pun masa tengok
cerita 'Lagenda Budak Se***'.







Seriously.
Siapa entah yang menipu aku
cakap cerita tu sedih.
Bagi aku cerita tu langsung tak sedih.
Happy ending!
(Ok, I'm a weirdo~ I know that~)





P/S :
My dad suruh duduk di rumah Nenek
cuti semester ini.
Tak kisah,



cuma......
tak boleh download cerita dengan hebat,
sebab internet broadband lam......bat...
I want streamyx yang dekat rumah tu~~
(T______T)





________________Anizz____________________

1 comment:

Rara said...

lagenda setan xbest..so so je..sbb ayu x seayu yg disngka..haha..kau nangis x tengok ombak badai melanda ni?