Monday, December 5, 2011

Kenangan zaman kanak-kanak

Entah kenapa,
tiba-tiba teringat masa
zaman kanak-kanak dulu.



Masa tu,
langsur tak payah fikir pasal
assignment, etc..
Just fikir pasal main je.




Maybe aku dah pernah cerita
benda ni dahulu,
tapi, lantak lah.
Blog aku.
Suka hati aku lah
nak cerita ni berjuta kali ke apa~




Masa kecil-kecil dulu,
aku suka main hide-and-seek.
Masa tu Darwisha belum ada lagi.
So,
aku main dengan adik-adik
aku yang dua orang tu lah.





Ceritanya begini :

*************************************


Pada zaman dahulu,
di sebuah kerajaan yang semakin
membangun,
tinggal lah seorang Puteri yang terkenal
dengan sikapnya yang baik-hati,
sopan-santun, dan lemah-lembut,
bersama dua orang adiknya.





Mereka gemar bermain permainan
hide-and-seek.




Pada suatu hari,
Puteri bermain hide-and-seek
bersama adik-adiknya.



"1..2..3..4..5.. dah ke belum?",
jerit tuan Puteri.




Kebiasaannya,
Puteri tersebut lah yang
akan menjadi tukang mencari.
Manakala, adik-adiknya tukang
menyorok.




Oleh kerana selalu sangat
menjadi tukang mencari,
Tuan Puteri sudah mempunyai
kepakaran tahap Sherlock Holmes.




Senang sahaja dia menjumpai
tempat persembunyian
adik-adiknya.




Puteri tersebut terasa bosan kerana
asyik Baginda sahaja yang menjadi
tukang mencari.
Baginda kemudian menyuruh adiknya
pula yang menjadi tukang mencari.




Adik-adik tuan Puteri mula
mengemukakan permintaan terakhir.
Mereka mahu Puteri tersebut menjadi
tukang mencari buat kali terakhir jika
Baginda dapat mencari mereka.




Dan,
jika Tuan Puteri kalah,
Baginda kena menjadi Tukang Mencari
sampai bila-bila!








Adik-adik tuan Puteri mula
berbincang tentang plan-plan
untuk mengalahkan Baginda.







Tuan Puteri yang bertaraf Sherlock Holmes
tersenyum sinis melihat ketekunan adik-adiknya.
Baginya, mencari mereka adalah di ibarat kan
seperti mencari gajah di sebalik udang.
Senang!





Adik-adik Baginda sudah habis berbincang.
Sekali lagi tuan Puteri mengira,
sementara adik-adiknya bertempiaran lari
menyembunyikan diri.




Setelah habis mengira,
Baginda terus membuka pintu bilik
tempat adik-adiknya menyembunyikan diri.





Ta-dah~
Hah.
Seolah-olah ada dua ekor gajah yang
sedang berpura-pura menjadi semut!




Kelihatan adik no.2 sedang duduk
menutup muka di atas lantai,
manakala,
adik no.3 berdiri menghadap dinding
di atas katil.





Senang tahap tadika!





Dengan penuh yakin,
Tuan Puteri menjerit tanda
Baginda telah berjaya menjumpai mereka.
Sekali lagi Sherlock Holmes berjaya mengungkai
misteri bertaraf tadika ini.




Tiba-tiba,
dua ekor gajah yang di jumpai
tadi bangun lalu menjerit "Salah!"




Rupa-rupanya,
gajah-gajah tersebut telah berpakat
untuk menukar pakaian masing-masing
bagi mengelirukan Kakak mereka yang innocent ini!






Oleh kerana Baginda kalah dalam 'Bet' tersebut,
bermula lah episod
tuan Puteri menjadi Tukang Mencari
sampai bila-bila.




- THE END -

****************************



Rindu masa zaman dulu-dulu.
Masa tu, adik no.3 aku sangat
rapat dengan abangnya.




Dia asyik nak meniru style abang dia.
Tak kira lah style rambut ke, pakaian ke~
Mesti nak sama!





Dulu,
aku selalu marah bila tengok
adik no.2 aku menangis bila adik dia
asyik tiru style dia.




Sekarang baru aku tau...
Bila dah ada Darwisha yang selalu
mengacau hidup aku,
aku mula faham perasaan adik no.2
aku pada masa itu.




Perasaan apa?
Gila annoying!




Sejak kebelakangan ni,
dia dah mula berani tidur dengan aku.
I mean, dengan my mom sekali la.
Tapi, rimas kot!





Malam adalah masa untuk
aku bebas daripada Darwisha.
Tapi, bila dia dah berani nak tidur
1 bilik dengan aku,
aku mula rasa terperangkap.




Penat aku menceritakan cerita
hantu, thriller, etc.
Bila dah nak sampai climax cerita hantu,
my mom dah marah aku sebab cerita hantu
dekat Darwisha.




.......................





Tak boleh jadi ni.
Aku kena Google cerita hantu lain ni.
Hantu Malaysia dengan Hantu Hollywood
dah tak berkesan.
Aku kena belajar pasal cerita Hantu
negara lain ni.
Darwisha dah tak takut cerita Hantu
Melayu atau Hollywood yang aku cerita selama ni.





P/S :
Esok my family nak pergi Johor, rumah nenek.
Aku tak ikut. Ada test and quiz.





_____________Anizz_____________

No comments: