Friday, November 4, 2011

Lecturer ku : Singa

Semester ini,
aku dapat seorang lecturer
yang sangat garang dan tegas!





Dia mengajar subject calculation.
Aku gelarkan dia sebagai Miss Singa.
Aku tak ada lah cakap depan-depan dia.
Just dalam hati je.




Hmm...
Biar aku cerita kan,
bagaimana aku menghadapi kelas
Miss singa tersebut,
melalui kisah ini :




************************************

Pada suatu hari,
di sebuah negara yang aman-damai,
tinggal lah seorang puteri yang terkenal
dengan sikapnya yang baik-hati, sopan-santun,
lemah-lembut, dan penyabar.







Puteri ini sangat selesa
dengan kehidupannya sekarang.
Semua ahli sihir-ahli sihir yang
mengajarnya, baik-baik belaka.





Pada suatu hari,
semasa Tuan Puteri sedang belajar
di kelas 'How to train your lion',
ahli sihir Baginda mendapat satu arahan
daripada ahli sihir atasan,
tahap Albus Dumbledore
(Harry Potter's headmaster)
,





mengatakan yang Baginda dan rakan-rakan
Baginda di arah kan ke kelas Miss Singa untuk
mempelajari mata pelajaran tersebut.






"Bukan kah singa makan daging? Manusia kan daging?"




Tuan puteri berasa sangat risau.
Kerana, menurut encyclopedia, singa berada
di tangga teratas dalam food chain.




Tanpa membuang masa,
puteri tersebut terus menempah besi
untuk di buat alat pertahanan menghadapi
singa itu esok.





Rakan-rakan sekelas baginda
yang melihat Baginda begitu tekun
bertukang, menghampiri Baginda.






Mereka tidak putus-putus mengatakan
yang singa tersebut tidak akan menyerang Baginda.





Tuan puteri masih tidak
berpuas hati.
Hatinya tidak akan tenang
selagi alat pertahanan dan senjata
tidak disiapkan lagi.




Bagi Baginda,
biarlah dia bersusah-susah dahulu,
asal kan Baginda tidak menjadi
lauk Miss Singa.




Ke esokan harinya,
Rakan-rakan Puteri berjalan
ke kelas Miss Singa.



"O.M.E!" (Oh Mak Engkau!)




Tidak di sangka-sangka,
mereka ternampak Singa di dalam hutan,
sedang menunggu peluang untuk menyerang,
dan memakan mereka.





Berita mengenai Miss Singa
ingin menyerang rakan-rakan Puteri
tersebar dengan cepat.
Seolah-olah ada Paparazzi di dalam hutan,
sedang membuat liputan.




Beberapa minit kemudian,
giliran Puteri pula yang berjalan ke kelas
Miss Singa.





Segala senjata milik Baginda
di keluarkan.
Singa yang terlihat senjata Baginda,
tidak jadi menyerang Baginda.




Oh?
Anda semua ingin tahu apakah
nasib rakan-rakan Baginda itu tadi?






Jangan risau,
cerita ini Happy Ending.
Semua rakan-rakan Baginda selamat.
Tak sangka pula,
mereka adalah penyangak handalan.




**********THE END***********




Macam tu lah ceritanya.



Sebelum pergi ke kelas Miss Singa,
aku dah study sejam lebih awal.
Aku takut,
mana lah tahu,
tiba-tiba dia nak serang.





And,
Ta-dah~
Dia memang betul-betul nak serang.




Dia suruh semua student berdiri.
And, semua mesti jawab soalan
di whiteboard.
Siapa jawab betul,
dapat duduk.





Siapa salah,
berdiri semula.
Student yang jawab last sekali,
kena denda menyanyi lagu Negaraku
di hadapan kelas.




Aku orang ke-4 yang
berjaya duduk.
Yay!




Tak sia-sia aku study sebelum tu.




Well,
mesti semua orang ingat
soalan tu senang, kan?
Sebab tu lah aku dapat duduk.
Cis!




S.A.L.A.H.!!





Soalan dia tahap soalan Degree punya.
Well, aku kan student Degree,
tak kan lah dia nak bagi soalan tadika
macam : 1 + 1 = ?





Mesti lah dia tanya soalan
berkaitan : Price Elasticity of Demand, etc.





Last-last,
semua orang dapat duduk,
and ada seorang student lelaki
yang kena menyanyi dekat depan.





Sebenarnya dia dapat duduk awal,
tapi, dia tolong kawan dia yang
masih berdiri, then,
Miss Singa suruh dia berdiri balik.





Lepas tu,
dia terpaksa jawab soalan sekali lagi.
Kawan yang dia tolong tadi tu,
tak berani nak tolong dia masa
jawab dekat whiteboard depan.




Moral of the story :
Don't be a Hero in front of a Lion.




P/S :
Sebenarnya,
belajar dengan dia pun fun juga.
Cuma, jantung aku dub..dab..dub..dab..
bila masuk class dia.



_________Anizz___________

5 comments:

Anonymous said...

OME..ak selalu follow blog ko..as a silent reader la tapi..mmg die hard fans giler..lately, tomei gile likusan2 yg ko buat..

Cik Cempaka said...

tapi malangnyer...singa yang tuanku lukis tu, comel sangat...=D

konoha_villagerz said...

eerrr.....tuanku anizz~
bukan ke singa 2 sudah mndpt title puan???

Wawa Zolkepli said...

tolong sedapkan hati aku,
katakan aku tak de dlm any of lukisan ko yg kat atas tu. lagi2 yg terkeluar biji mate tuuuuu. bukan aku kan? bukan kan?

AniZz said...

Anonymous : Die hard fans? Wah! Thanks (^0^)v.

Cik Cempaka : Comel? Thanks (^0^)v

Yaya : Yup. Aku kn slalu pnggil Miss?

Wawa : Bukan kau lah~ Kalau kau, aku lukis bju rainbow. Plus, kau kn xde mse tu??