Tuesday, November 1, 2011

The Annoying Internet

Assalammualaikum,
dan Hi, semua~ (^0^)v




Pada hari Sabtu yang lepas,
aku sebenarnya nak update blog.
Tapi.....




Hmmm...
Biar aku cerita kan
melalui kisah bergambar.
Aku guna bahasa kiasan, ok?
(Bahasa kiasan tu apa?)






Pada suatu hari yang indah,
seorang puteri yang terkenal dengan
sikapnya yang lemah-lembut,
sopan-santun, dan baik-hati,
duduk di bawah pohon yang rendang.





Hari itu sangat indah.
Burung-burung yang pelbagai warna,
terbang ber tebaran di udara.






"Oh~ Indahnya hari ini.. Idea untuk
menulis buku mencurah-curah ke dalam otak Beta."
Puteri tersebut
terus mengeluarkan buku kecilnya,
lalu menulis coretan-coretan idea
di dalam buku tersebut.







"Oooppss! Hujan!"
Hari yang di sangka kan cerah hingga ke petang,
rupa-rupanya hujan di tengah hari.




"Fuh~ nasib baik Beta tak percaya
ramalan Nujum Justin Bieber yang
meramal kan hari ini cuacanya cerah!"




Puteri tersebut mengeluarkan
payung intan berlian dari poket
ajaibnya.




"Ha! Mujur Beta bawa payung,
kalau tak, mesti buku beta basah."




Puteri tersebut terus menunggu hingga
hujan kembali reda.




Setelah hujan reda,
puteri tersebut meletakkan bukunya
di atas rumput kerana baginda
mahu mengemaskan hasil
penulisannya lagi.







"Splash!"
Air kelapa milik si monyet
(tidak berada di tempat kejadian)

terjatuh di atas buku baginda.



Kesemua hasil tulisan puteri tersebut
yang panjang berjela terus musnah.
(musnah?)





Kasihan tuan puteri yang baik-hati,
lemah-lembut, dan sopan-santun tersebut.
Penat dia tulis panjang-panjang,
kini dia terpaksa tulis semula.





"Tulis semula??! Hah, Ambil kau, monyet!!"





THE END...




Macam tu lah cerita nya.
Aku dah tulis entry panjang berjela,
lepas tu internet hang.




Aku try save,
tapi tak boleh save.
Aku terus copy semua yang aku
dah tulis tadi,
and refresh balik page tu.




Lepas je page itu di refresh,
aku terus right click untuk
paste kembali apa yang
telah di tulis tadi.




Tapi,
dengan bangang nya,
aku tak boleh paste.
Seolah-olah,
aku tak pernah copy entry yang
aku tulis panjang berjela tadi.




A.P.A.K.A.H.?!




Tulis balik?
Huh! Jangan harap lah.
Tu yang aku tak update-update blog
dari hari tu.




P/S :
Happy Becoming Birthday,
Sheera and Wawa.
(^0^)v



________________Anizz______________