and Hi!
Aku sebenarnya nak ceritakan
satu cerita yang sangat HOT bagi aku.
Sebelum tu,
aku nak cakap yang,
aku tak boleh lah nak
melukis gambar untuk
di letak kan di dalam blog,
sebab my mouse rosak.
Bercakap pasal panggilan telefon,
pernah kah anda menerima panggilan
yang sangat menjengkel kan anda?
Rasanya semua pernah merasai nya, kan?
Sebab,
semua perempuan cantik
pasti akan pernah mengalaminya.
(nak kata aku cantik lah tu~)
Bagi yang belum pernah merasai nya,
jangan bersedih.
Bukannya anda tidak cantik,
mungkin... errr....
maaf, aku kehabisan idea untuk memujuk.
Menurut pandangan aku,
panggilan yang menjengkel kan tu
adalah seperti panggilan daripada seseorang
yang aku tak kenal yang ingin berkenalan,
dan..... emmm..... budak kecil, sila tutup mata.
Panggilan ke dua ialah, panggilan yang
berunsurkan lucah.
I hate that!
Annoying call # 1 :
Benda ni berlaku bulan lepas.
Aku di dalam kelas, baru lepas
buat group presentation.
Tiba-tiba,
aku terdengar bunyi vibrate.
Aku tengok, ada orang call aku.
Aku tak kenal orang tu.
Mungkin itu panggilan penting,
aku pun angkat.
Tapi, tak ada siapa pun yang
menjawab salam aku.
Aku ni jenis yang tak akan
sentuh phone ketika berada
di dalam kelas.
Bagi aku,
kelas adalah waktu formal.
No phone in the class.
Aku angkat phone masa tu sebab,
tengah tunggu group lain buat
preparation untuk presentation mereka.
Bila aku perhatikan nombor
yang tertera di screen phone,
nombor tu hampir sama dengan
nombor phone aku,
and assumption aku pada masa itu ialah :
'Budak sekolah yang main tekan nombor, and nak minta berkenalan'
And,
sangkaan aku tepat sekali!
Kalau dulu,
aku ni memang jenis agak rude bila
orang yang aku tak kenal,
sibuk-sibuk nak mesej untuk berkenalan.
Lebih-lebih lagi time dekat kelas.
Tapi sekarang aku dah lain.
Dah umur 22 tahun 1 bulan.
Dah bertambah ke sopanan.
Aku bagi mesej dekat lelaki tu
yang aku dah tua, dan tak interested
nak berkenalan dengan dia.
Aku siap panggil dia adik lagi.
Biasalah,
lelaki tu berusaha keras untuk
berkenalan dengan aku.
Tapi,
sorry lah~
Not my type.
Lepas je dia suruh aku
translate perkataan yang aku
tulis dalam English dekat mesej sebelum ni,
aku punya perasaan dah jadi negative.
(Dia cakap, dia langsung tak faham English)
Bukan nak cakap yang aku
ni hebat dalam English,
tapi sedar lah...
Sekarang ni dah zaman IT.
Semuanya dalam bahasa Inggeris.
Aku dapat tahu yang
lelaki tu berumur 26 tahun,
bekerja.
Aku cakap yang umur aku
30 tahun, dah nak kahwin.
Adik aku dah umur 28 tahun.
Dia siap cakap lagi yang ;
"Alah, belum kahwin lagi. Masih boleh kenal-kenal."
And then dia cakap yang,
mak dia baru meninggal dunia,
dia kesunyian.
Aku suruh dia baca yaasin,
and minta dia jangan call aku lagi.
Lepas tu, terus letak telefon.
Annoying call # 2 :
Berlaku pada minggu lepas.
My mom and dad tidur petang.
Darwisha pula tengah main game
Plants Vs Zombies dekat laptop.
Telefon rumah berbunyi,
and bila aku angkat dan bagi salam,
aku terdengar suara lelaki India,
ataupun Bangladesh, etc.
Seriously,
aku langsung tak faham Bahasa Melayu dia.
Aku tanya lah;
"I'm sorry, can you speak English?"
Dia teruskan lagi percakapan dia.
Bila aku cakap "Sorry, I think you've got the wrong number.",
dia suruh aku diam.
Kesimpulannya,
dari apa yang telinga aku dengar,
dia cakap benda-benda lucah,
contohnya, rogol, *tuuutttt, dan lain-lain.
Entah lah...
Dia tak dengar ke aku bagi salam tadi?
Aku orang Islam, kot~
Last-last,
aku cakap sorry,
and terus letak telefon.
Aii...
apa nak jadi dengan manusia
zaman sekarang...
Tak ada akhlak betul.
Kepada remaja-remaja yang
di luar sana,
janganlah menghampiri zina.
And,
kepada all my friends yang saja
menggatal nak buat pranks,
call aku konon nak berkenalan,
baik jangan.
Aku benci semua tu.
P/S :
Kenapa lah budak-budak perempuan
bawah rumah aku ni menjerit tak tentu pasal ni??
Dah malam pun nak menjerit ke?
______________Anizz_______________
3 comments:
amek mouse aku. aku xgune langsung.
Wawa : Wah~ mulianya hati kau~~ (^0^)v
eei, kak anis lukis kat mana oh? lol, omey laa V(n.nV ajar la, ajar la *tak paksa,ok* kthnxbaii~
Post a Comment