Saturday, November 19, 2011

Apa jadi kalau Anizz......

Ingat lagi tak entry aku
sebelum ini?
Alah, bukan nya lama sangat pun,
entry semalam je, kot.




Semalam aku ada cerita tentang
betapa tak sukanya aku dengan Facebook.




Kenapa aku tak suka?
Biar aku cerita kan :




******************************


Pada zaman dahulu,
di sebuah kerajaan yang aman
dan damai,
tinggal lah seorang puteri yang terkenal
dengan sikapnya yang lemah-lembut,
sopan-santun, baik-hati, dan penyabar.



Tuan Puteri mempunyai seekor merpati.
Burung Merpati itu digunakan untuk
Baginda berutus berita dengan
sahabat-sahabat sekelas Baginda.




Jika salah seorang ahli sihir Baginda
ingin membatalkan kelas,
pasti sahabat Baginda akan mengutuskan
surat melalui Merpati bagi memberitahu
berita tersebut.




Baginda sangat sayang dengan Merpati tersebut.
Sangat mudah untuk menjaganya.
Makanan nya pun tidak lah mahal.





Hari berganti hari,
kini kerajaan Baginda kian membangun.
Sahabat-sahabat Baginda tidak lagi
menggunakan Burung Merpati untuk
mengutuskan berita.





Tetapi,
mereka menggunakan Burung Kakak Tua.
Lebih mudah katanya.
Jika ada sebarang berita,
burung Kakak Tua tersebut akan terus memberitahu.
Tidak perlu lagi mereka membaca surat
daripada Merpati.






Baginda juga mempunyai Burung Kakak Tua.
Walaupun makanannya agak mahal,
tetapi Baginda tetap gembira dengan
perkhidmatan yang diberi oleh burung tersebut.






Oleh kerana makanannya agak mahal,
Tuan Puteri tersebut agak sukar untuk
sentiasa memberi burung tersebut makanan
tepat pada masanya.




Kadang-kadang,
jika Baginda terlebih menggunakan perkhidmatan
burung tersebut,
pasti akan timbul masalah
seperti burung tersebut tercekik, tiada suara,
dan sebagainya.




Hendak di jadikan cerita ini
sebagai cerita yang penuh tragic,
suatu hari sahabat Baginda memberitahu
yang kelas "How to train your Lion",
telah bertukar masa melalui burung Kakak Tua.




Kelas yang sepatutnya di jadualkan
pada waktu petang, telah di tukar kan pagi,
kerana sahabatnya mahu membeli-belah
pada waktu petang.





Tuan Puteri yang menyampah
dengan sikap burung Kakak Tuanya
yang sering tercekik, tersedak, tiada suara,
langsung tidak menjenguk burung tersebut.




Ke esokan harinya,
ketika Baginda mahu ke kelas
"How to train your Lion" yang
di ajar oleh Miss Singa,
Seekor burung Merpati terbang hinggap
ke jendela Istana Baginda.




Apabila di baca surat yang di bawa
Merpati tersebut,
Tuan Puteri terus terkejut,
lalu jatuh pengsan.





Ketika Tuan Puteri terjaga dari pengsannya,
Tuan Puteri duduk berfikir.
Setelah lama berfikir,
Tuan Puteri telah terfikirkan 2 options.
Ada dua options yang Tuan Puteri mesti pilih,




1 : Menyerah dan di makan oleh Miss Singa.






2 : Terjun bangunan.






THE END

********************************




Ha,
macam tu lah ceritanya.



Time aku buka Facebook,
tak ada pula berita class tukar masa,
bila aku tak buka Facebook,
ada saja berita maut macam tu.





Hmm..
Burung Kakak Tua tu
adalah perumpamaan yang
mewakili my broadband dan facebook.
Burung Merpati pula SMS melalui handphone.




Oh ya.
To all my readers,
kalau anda stress,
jangan terjun bangunan, ok?
Bunuh diri itu adalah berdosa!





P/S :
Aku sedang menunggu masa
untuk di makan Miss Singa...




___________Anizz____________

1 comment:

blog-tips-kurus said...

oooooooo... macam itu ye tuanku A?? :-)