Sunday, July 17, 2011

Kakak idaman~




Tiba-tiba je kan upload gambar ni?
Hahahahha~



Ok,
memang seriously sudah
lama aku tak update blog ni.



Ada banyak benda nak di update,
tapi setiap kali aku nak update,
ada saja benda yang menghalang.



Contohnya,
jari aku yang cedera semasa
membantu nenek aku menyusun
pinggan.



Atau,
Darwisha yang tak berhenti-henti
mengacau aku setiap malam.
Sikit-sikit nak susu botol.
Menada-nada! (*mengada-ngada)





Semalam,
kakak my dad datang menziarah,
and mereka bermalam di rumah kami.



Aku dengan gigihnya terus
mengelap lantai, menyapu sampah,
membasuh pinggan, etc.



Aku ambil masa 3 jam untuk
mengemaskan rumah.
Penat nya jangan cerita lah~



Darwisha pun tolong sekali.
Masa tu my mom and dad tak ada.
My mom pergi Bakery,
my dad pergi ... err... entah.



Mula-mula,
aku suruh Darwisha mop lantai,
sementara aku pergi menyusun pinggan.



Aku ada ajar dia cara-cara
nak menge-mop lantai.
Tapi tu lah~
Budak kecil..
mana lah terror sangat.



Banyak kali aku marah Darwisha.



"Kan Kakak dah cakap, kalau nak mop,
ikut line (mozec)! Dah umur 5 tahun pun tak
tahu lagi??!"



"Kenapa tak mop dekat sini?! Umur dah 5 tahun
pun tak tahu nak buat lagi??!"



Sebenarnya aku saja je nak
marah dia.
Saja nak bagi dia menangis.
Aku suka tengok dia menangis.
Aku rasa hebat.
Hahahaha~



Bila dia dah buat muka,
sebab asyik kena marah je,
aku pun berhenti buat kerja,
and duduk sebelah dia.



"Ha! Trick you! Kakak saja je nak marah Darwisha tadi.
Darwisha nak nangis, ehhhhhhhh????? (buat muka menyakat)"



And,
Ta-dah~
Dia dah menangis.



Mesti anda semua ingat yang
aku pergi peluk-peluk,
cium-cium sebab nak pujuk dia, kan?



S.A.L.A.H.!!



Aku bukan orang macam tu.
Style aku ialah,
memujuk dengan membuat lawak,
biar dia gelak.



Tak adalah lawak mana,
budak-budak,
kalau kita kata :



"Kakak cari Darwisha bawah pinggan tadi,
tapi tak jumpa. Lepas tu Kakak cari Darwisha
dekat bawah meja, pun tak jumpa."



Mesti dia akan gelak.
Tapi, ayat tu mestilah di buat
dengan body language.
Kalau setakat cakap je,
tak ada maknanya dia nak gelak.



My mak saudara and her family
sampai lebih kurang pukul 2 petang,
lepas kemas kan tempat makan,
aku terus tertidur.
Penat woh~




Sedar-sedar je dah pukul 4.30 petang.
My mom tengah tidur dekat sebelah aku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi
Darwisha terbatuk-batuk sepanjang
perjalanan ke bilik aku.



Cepat-cepat my mom bangun,
and pergi tengok Darwisha.
Manalah tahu,
tercekik ke apa~



Mula-mula tu aku nak tengok,
sebab sampai termuntah-muntah
Darwisha dekat dapur.



Tapi,
oleh sebab my mom dah pergi
tengok kan, aku sambung je lah
tidur lagi.
Mata berat sangat.



Lepas my mom bawa dia pergi toilet,
basuh mulut, etc,
Darwisha masuk bilik aku,
and baring sebelah aku,
sambil meletakkan kepalanya dekat
atas pinggang aku.



Aku ni jenis yang kadang-kadang
bad mood bila baru bangun tidur.
Tapi masa tu,
aku rasa terharu sangat sebab
Darwisha baring sebelah aku.



Ye lah,
selalunya,
kalau budak-budak sakit,
mereka akan menangis,
and pergi baring sebelah orang
yang dia rasa sayang dan selesa.



Tapi,
instead of duduk dekat my mom
yang berada di dapur,
dia baring dengan aku.



Masa tu,
dalam hati aku ialah :



"Oh, Darwisha betul-betul sayang aku~
Lepas ni aku tak nak bagi dia menangis
setiap hari."



Bila aku pejam je mata,
aku dengar bunyi ;
"Uweekkk...."




Darwisha

muntah

atas

katil

aku

!!!




Aaaaggghhhhh!!!



Tapi aku tak marah.
Aku cepat-cepat seret tarik
bawa dia pergi dekat my mom,
sementara aku pergi ambil
kain untuk mengelap muntah baginda.
Hahahaha~



Aku tak marah.
Dia kan sakit,
mana boleh marah orang sakit.
Aku sempat urut-urut belakang
Darwisha selama 3 saat.



Masa aku tengah lap
muntah dia,
dalam hati aku :


"Aku tarik balik apa yang aku
kata tadi. Aku nak bagi dia menangis
macam biasa (setiap hari)."




Lepas my mom mandi kan Darwisha,
mood Darwisha dah kembali normal.



"Darwisha, come. Sini sekejap."



Aku buat muka manis,
sambil tersenyum-senyum
riang macam tu~



Bila dia dah dekat dengan aku,
aku cepat-cepat pegang tangan dia,
and tanya sambil buat muka gangster :



Anizz : Kenapa muntah atas katil kakak?

Darwisha : Hehehe.. (muka orang ketawa dalam ketakutan).




Anizz : Kenapa muntah atas katil kakak?!

Darwisha : Hehehe.. Darwisha ingat kan Darwisha dah habis muntah,
rupa-rupanya ada lagi satu. Hehehe...




Aku tak marah.
Lepas tu kami MAIN pukul-pukul,
MAIN tumbuk-tumbuk,
MAIN geletek-geletek~



So,
malam tadi,
aku tidur dekat atas katil aku juga.
Tapi bau-bauan tu still ada lagi,
tapi sikit lah.



She owe me BIG time~



Kesimpulan nya,
aku langsung tak marah
dia muntah atas katil aku
sebab :


1) Aku kakak yang baik.

2) Aku kakak yang lemah-lembut.

3) Aku kakak yang sopan-santun.

4) Aku kakak idaman setiap budak.

5) Katil aku ada banyak lapisan
(comforter, comforter, comforter, dan cadar).

6) Muntah tersebut tidak terkena pada my
favorite comforter, laptop and handphone.




So,
buat apa aku nak marah?



___________Anizz___________

2 comments:

Anonymous said...

hye.akak uitm bndraya melaka kn? sy de bace post akak psl uitm yg dlu nye.bln 9 sy masuk uitm bandar melaka.degree in accountncy.just asking kalau akak tau,sahsiah rupa diri utk student akaun ke kelas dekat sana mcm mana? baju kurung or Tshirt? if baju kurung,blh la sy bykkn baju kurung dlm bag nnti..if T,sy kurangkan bj kurung &lebih kan T. :) and one more thing,cara study sana mcm mana? cnthnye,lcturer ckp2 kat dpn,pastu lantak laaa student fhm ke x. haha. tq :)

AniZz said...

Err.. seriously? Ni bukan prank mcm 'kau budget kau hebat' ke? Hahahaha..

Kalau btul lah awk bkal study UiTM sini, Tahniah! Feewwwiiitttt~~~


Akk buat enrty special 4 u. Skjap, eh.. (smbil mmbuka bku sahsiah rupa diri) (^0^)v