Friday, July 1, 2011

Hari Darwisha melihat kebenaran~

Aku telah berjaya mendidik Darwisha,
semenjak dia lahir lagi,
yang nama aku ialah ;
Tuanku Anis.



Penat my mom and dad ajar
Darwisha yang nama aku bukan
Tuanku Anis, tetapi *tuutttt...
(maaf. rahsia kerajaan)



Sampai sekarang,
nama tu masih melekat di dalam hati.
Aku sangat bangga melihat hasil
didikan aku.
(menangis kegembiraan)



Ingat lagi tak dulu,
aku ada post pasal pergi Zoo?
Aku bawa Kad Matrix masa tu,
mana lah tau, dapat student price.





Then,
Darwisha pun tanya,
kenapa ada tulis *tuuutttt
(nama sebenar aku)
dekat depan kad matriks tu.



Jeng..jeng..jeng...



Dengan wajah selamba,
aku menjawab :
"Tu nama kelas Kakak masa Kakak
dekat University."



Fuh~ nasib baik dia budak-budak lagi.



And,
aku bersyukur sangat yang
my mom and dad tak letak nama
aku Hasnah, or Senah.
Cuba bayangkan kalau aku cakap
yang 'Senah' tu nama kelas aku.



Macam kelas 1 Biru, 1 cempaka,
tapi dalam case aku ni,
1 Senah.



A.P.A.K.A.H??



Hahahahaah~



And semalam,
aku telefon Maxis,
tanya pasal my Beruk band.



Staff tu tanya aku,
nama aku siapa.



Aku pun jawablah *tuuuttttt...
Mata aku terus terbeliak and
pandang Darwisha yang sedang
melihat aku di sebelah.



Dalam hati:
"Ciss! Macam mana lah boleh terlupa dia ada
dekat sebelah?!"



Cepat-cepat aku cakap
dekat Darwisha ;
"Tu nama kelas Kakak. Orang tu tanya."



Hahahahaha~
Tak tahu lah staff tu dengar ke tak.



Tak logic betul.
Mana ada orang yang
akan tanya pasal nama kelas.
Hahahahaaha~



Tadi,
Darwisha datang dekat aku,
and cakap :
"Kakak, tadi Darwisha dengar perut Darwisha bunyi.
Boleh tak Kakak masak kan telur dengan nasi untuk Darwisha?"



Mesti korang ingat aku akan :
1) Marah-marah Darwisha sebab kacau aku.
2) Suruh dia buat sendiri.
3) suruh dia tunggu my mom and dad balik dari shopping.
4) cakap "Semuanya berkaitan dengan minda. Kalau minda kata
lapar, kita lapar!"



Tidak.. tidak..
Tidak sama sekali..



Kakak yang baik ini
terus bangun dan menggorengkan
telur untuk adiknya.
(oh~ mulia nya hati ku ini~)



Aku ambil 2 biji telur yang kecil,
lalu aku pecahkan ke dalam mangkuk.






ke dua-dua kuning biji telur itu
elok sahaja bulatannya.



"Hah, tengok. Tahu tak, orang yang cantik dengan
pandai saja yang boleh pecahkan telur sampai kuning
telur tu tak pecah."




Dengan wajah bangga dan
confidence, aku pun ambil satu lagi
biji telur and terus pecahkan nya
di hadapan Darwisha.



Malang tidak berbau,
bulatan kuning telur itu
terpecah.





Darwisha memandang aku.
Dengan wajah selamba,
aku menjawab persoalan hati Darwisha :



Anizz : Kakak saja je bagi dia pecah. Sebab tak nak
bagi orang selalu cakap Kakak ni cantik dengan pandai.
(apa punya alasan lah tu)



Darwisha : *buat muka tak percaya.*



Anizz : Tahu tak, kadang-kadang, perempuan cantik dengan
pandai pun boleh tersalah pecahkan telur kuning tu.



Dan aku terus berlalu pergi,
menuju ke arah bilik aku,
dan mengetuk kepala aku ke dinding.



Why! Why!

Kenapa mesti di hadapan Darwisha!

Why! Why! Why!!!!!!!



__________Anizz____________

No comments: