Tuesday, May 3, 2011

Final Exam..

Sekarang ni tengah musim
Final exam di UiTM.
Semua orang dah jadi macam
zombie bergerak.



Ada macam-macam gaya orang
tertidur sambil baca buku.
Ada yang tertidur atas kerusi.
Ada yang tertidur atas meja.
Ada yang tertidur sambil pegang
pen.



Aku?
Aku pernah tidur sambil letak
buku teks Geography yang tebal Ya Amat
dekat atas muka.
Serious lemas.





Sampai termimpi-mimpi ada
gajah duduk atas muka.
Sebab sebelum tidur,
aku tengah baca pasal negara Africa.



Kadang-kadang aku tertidur sambil
pegang calculator and pen.
Bangun-bangun je,
terus tekan calculator.
Then, sambung tidur balik.
Hahahahaha.... (^0^)v



Bila dah mengantuk,
tulisan aku pun dah makin kecil.
Kadang-kadang, langsung tak faham.
Padahal tulisan sendiri.



Teringat pula aku dulu,
masa sekolah menengah.
Bila minggu exam je,
mula lah dengar cerita hantu,
budak histeria~



Mungkin sebab tension,
so semua benda dia nampak.



Tapi,
Alhamdulillah,
sepanjang aku ambil
Diploma and Degree,
langsung tak ada cerita hantu
yang di alami.



Lagi satu,
Nora pernah cakap,
aku ni macam budak-budak.
And baru tadi aku sedar,
bila aku terpandangkan nota aku,
memang hampir sama dengan budak-budak.


Caption : Geography Note part History of Latin America



Tapi,
bagi aku,
nota aku ialah creative.
Hihihi.



Caption : Latihan past year exam untuk subject QMT (Quantitative Analysisis)



Ok,
nak sambung study.



My next Final Exam paper :
Rabu : International Business
Khamis : Quantitative Analysis (QMT)
Ahad : Research Methodology
Selasa : Risk and Insurance


______________Anizz_______________

3 comments:

Cik Cempaka said...

creative lah nota tu

sukerrr

nak pinjam blehhh??

N said...

selamat menjawab peperiksaan ^^

AniZz said...

Cik Cempaka : Hahahaha... Thank you. (^0^)v. Boleh je kalau nak pinjam~

N : Thank you~ (^0^)v