Friday, March 4, 2011

Botox

Semalam pergi Unit Kesihatan, UiTM.
Teman Nora. (roommate).
Mata dia sakit, macam kena
gigit dengan serangga.
Habis mata and pipi dia bengkak,
and sekeliling mata dia bernanah.



Oleh kerana dia ni manja,
a.k.a mengada-ngada
tak nak pergi klinik sorang-sorang,
aku pun temanlah dia~



Kesian gila dengan Nora.
Dia susah nak senyum and gelak.
Sebab kulit muka dia tegang.
(bengkak).



Dia warning aku,
jangan buat lawak.
Sebab, nanti dia gelak.
Sakit.



Aku pun cakap lah :
"Kau jangan risau.. Aku kan pendiam.. Nanti kalau kita dah sampai Jusco,
and then ada orang tanya kenapa kau masam je, tak nak senyum or gelak,
aku cakap lah : 'Dia pakai botox'."



Hahahahahah.. (^0^)v
Kan dah dapat pangkat 'pandai'
dengan Nora.



Sekarang mata dia dah ok sikit.
Dah tak ada nanah kot.
Sebab malam tadi dia dah pakai ubat.



Sebagai rakan yang baik,
aku even dah cadangkan dia,
bagaimana mahu menjaga imej,
even mata dia dah bengkak.
Or, bagaimana dia boleh sorokkan
matanya yang bengkak itu daripada
penglihatan ramai.



Cadangan Anizz #1 : Sunglass



Tapi dia tak nak.
Dia cakap, tak kan lah
dia sorang je tiba-tiba pakai
sunglass pergi Jusco petang ni.
Nanti orang kata dia mengada-ngada.



Alah,
aku tak rasa yang orang akan
cakap dia macam tu.
Kalau dia pakai sunglass sambil
buat muka macam tu,
mesti orang kata dia ada style.



Plus,
Nora kan tak boleh senyum and gelak,
sebab muka dia sakit (tegang sebab bengkak).
Nanti mesti semua orang akan ingat yang
dia ni cool.
Hahahaha... muka botox. (^0^)v



Anizz,
tak baik cakap macam tu...
Botox kan haram~


Cadangan Anizz #2 : Eye-patch


Seriously,
Nora gila punya tak setuju
bila aku cadangkan dia pakai eye-patch.
Nanti ada orang ingat dia ni gangster or lanun.



Ceh.
Cuba lah try pakai eye-patch sambil
buat muka macam dalam gambar tu.
Confirm semua orang akan fikir yang
itu adalah trend zaman sekarang.



Confidence, Nora.
Confidence!
Sebagaimana kau confidence
dengan jawapan kau : 4 x 4 = 20!
Ya, dia memang confidence betul
dengan jawapannya itu.
Muka aku masa tu : (o.0) .... (blur)


Nora ni memang lemah sikit bab
mencongak sifir.
Aku selalu usik dia.



One day,
kami (Aku, Nora and A'an) berbincang
tentang soal confidence.
A'an (roommate) beritahu aku yang dia
tersalah buat calculations.
Dia terbuat : 4 x 4 = 18.



Lepas tu,
Nora pun gelak gila-gila :


Nora : Hahahahahah... apalah kau ni A'an.. 4 x 4 = 20.

Aku : ......... (terkesima)

A'an : ......... (terkesima)



Aku : Nora, 4 x 4 = 16 lah.

Nora : Eh. Kejap. (kira dalam hati 4 x 1, 4 x 2, 4 x 3) Ha'ah! 16 lah. Aku tersalah. Isshh... aku tau lah aku lemah bab-bab mencongak ni.



Aku : Tak apa Nora! Yang penting kau confidence! Aku pun tadi macam hampir percaya yang 4 x 4 = 20! (jaga hati dia)



Cadangan Anizz #3 : Goggles


Hmm...
Kalau pakai goggles untuk
cover mata dia yang bengkak pun ok.
Kan? Kan? Kan?
Bayangkan,
sambil shopping, pakai goggles.
Fu-wah~ (^ 0 ^)




________________Anizz________________

8 comments:

Misz Lovalino Azifa said...

x pe la, kalau dia lemah dlm mencongak mesti dia pandai yg lain. setiap org punyai keistimewaan dan kelemahan masing². nobody perfect. yg penting kita kenal diri kita siapa. ♥♥♥

AniZz said...

Yup. Dia memang hebat dari segi yang lain. Dia jalan laju, pandai masak, suka budak2~ (wah, macam iklan cari menantu) (^0^)v

Anonymous said...

Hahaha very funny...KM

Anonymous said...

oh ye lupa nak tambah..you made my day...akak rasa down sangat ari ni..but bila baca your celoteh...hilang sedih..thx...KM..

Anonymous said...

even i do not know you but i think u are very funny person...kelakar la baca ur blog...you make my day..hahahhahahaha..TQ

AniZz said...

Ye ke? Thank you~ Tapi cmner bley jmpe my blog? (^0^)v

Anonymous said...

sebab saya pengikut setia blog Puan Roza..

AniZz said...

Anonymous : Owh~ Anyway, thank you sebab sudi read my blog. (^0^)v
And I don't think I'm a funny person,
because I ni kan cool~ Cewah! Ok, gila perasan. Hhhahahahahahaha (^0^)v