sopan-santun, ramah-tamah,
lemah-lembut~
mestilah kena ingat birthday
adik sendiri, kan?
Well,
today adalah birthday adik no.2 and no.3 aku.
Kedua-duanya di lahirkan pada tarikh yang
sama, tetapi tahun yang berlainan.
26th February 1991 (adik no.2) dan
26th February 1993 (adik no.3)
Happy Birthday~
Masa sekolah menengah dulu,
aku paling tak suka tarikh tersebut.
Yelah, sambut birthday sampai 2 orang sekali.
Tak ke pokai namanya.
Kalau beli hadiah untuk adik no.2,
takut adik no.3 pula yang jealous.
Kalau beli hadiah untuk no.3,
takut adik no.2 pula yang jealous.
So,
bagaimanakah kakak yang baik-hati,
sopan-santun, ramah-tamah,
lemah-lembut ini menyelesaikan
masalah tersebut?
Senang je.
Tak payah beli hadiah.
Semua tak dapat.
Wah~ adil betul aku ni.. (^_^)
Susahnya nak dapat kakak yang
adil macam aku ni...
Ada satu hari ni,
my mom belikan kami sebungkus
chocolate yang mahal (bagi student macam aku, ianya adalah mahal).
And my mom bagi aku,
suruh kongsi ramai-ramai.
Adik-adik aku semua dah serbu aku.
And, aku suruh mereka diam terlebih dahulu,
and kira berapa orang semuanya.
Semuanya ada 6 orang + my mom and dad.
Walaupun my mom suruh kongsi kami adik beradik,
tapi anak yang solehah ini tetap memikirkan parents nya.
So,
aku bagilah seorang 2 chocolate dulu.
Lagi 5 biji, simpan dahulu.
Tak kan lah nak habiskan dalam satu masa, kan?
Kejadian ini berlaku semasa kami berada
di dalam bakery my mom pada waktu malam.
Sebab ada orang order cake last minute kot.
Masa aku sedang sibuk mengemas untuk
balik ke rumah,
adik no.3 aku pun pegang bungkusan
chocolate yang aku letakkan di atas meja.
Aku ingat dia nak tolong bawakan.
Ke esokan harinya,
aku pun tanyalah di mana chocolate tu
dekat adik no.2 aku.
Anizz : Mana chocolate semalam tu?
Adik no. 2 : Dah habis.
Anizz : DAH HABIS??!!
Adik no. 2 : Hadi (adik no. 3) dengan Darwisha makan malam tadi.
Anizz : Habistu kita punya macam mana? Bukan dah cakap sorang 7 biji ke?
Adik no. 2: Angah (adik no.2) dah makan yang Angah punya.
Anizz : (Biadab betul budak zaman sekaran ni)
Ceritanya macam ni,
malam tadi selepas kami pulang dari Bakery,
aku terus masuk dalam bilik and main game.
Masa tu, adik no. 3 aku dengan pandai nya buka
chocolate tu and makan dengan Darwisha.
Lepas tu,
adik no. 2 pun datang and terus makan
bahagian dia.
Sebab dia takut dia punya bahagian habis
dimakan oleh adik no. 3 and Darwisha.
Bagus betul adik no. 2 aku ni.
Bukannya nak marah adik no. 3 and Darwisha.
Dia boleh pergi join makan pula tu.
Aku sorang je ke yang adil kat rumah ni????
Aku dah report dekat my mom.
And my mom cakap, nanti dia belikan
chocolate lain untuk aku.
Tapi, sampai sekarang aku tak dapat chocolate tu.....
So,
kepada Angah (adik no. 2), Hadi (adik no. 3),
Jangan mimpilah kakak nak bagi korang hadiah.
____________________Anizz______________________
No comments:
Post a Comment