Wednesday, February 23, 2011

Cerita hantu PART 1

Hahahhaah~
Sebenarnya aku bukan
nak cerita pasal 'cerita hantu'
yang sebenar, ok?



Tadi,
sementara menunggu file
yang sedang aku download
ni siap,
aku pun menghabiskan masa
dengan menonton movie cerita hantu
yang sudah lama berada di dalam
laptop aku, tapi aku tak ada
masa dan keberanian untuk tengok
sorang-sorang.



Oh ye,
mesti anda tertanya-tanya,
file apakah yang aku sedang
download itu. kan?
Aku download nota lah~
Dulu dah download, tapi terlupa
nak ambil from my mom's laptop.
So, kena lah download semula.



Wireless dekat sini pula agak slow,
nak buka student portal pun
punyalah lama.
Kalau aku pengsan pun belum
tentu dah siap.
Grrrrr.........



So,
aku pun tengok lah Horror movie.
Sebab, kalau aku tengok movie
yang romantic comedy,
aku confirm akan tengok
sampai habis.



Lebih baik aku tengok Horror movie,
sebab, baru 3 minit start,
aku dah tutup balik movie tu.
Hahahahahha~





Tajuk movie tu; Stay Alive..
Cerita pasal, kalau kita main
satu game ni, and then character
kita mati dalam game tu,
kita akan mati sebagaimana
character kita mati.



Contohnya,
kalau character anda mati kena
langgar basikal roda tiga,
anda pun akan mati kena
langgar dengan basikal roda tiga
selepas anda tutup game tu.
Haahhahahaha~



Bila kita nak tengok movie,
kita mestilah kena cari teman yang
suka tengok movie tu.



Aku ada pelbagai jenis kawan
yang mempunyai pelbagai reaksi
bila kami tengok movie sama-sama.




_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Situasi # 1 : Movie Title : Final Destination, (Horror)


Short Summary :
Cerita ini mengisahkan orang yang
boleh nampak keadaan dia dan
rakan-rakannya mati dalam satu kejadian.



Walaupun dia berjaya selamatkan
kawan-kawannya itu daripada kematian,
mereka semua tetap akan mati
mengikut turutan.
(Macam berpantun pulak aku ni~)



Kawan A : Apa punya ceritalah ni. Mana ada orang mati macam tu.
Tak logik betul. Bla.. Bla.. Bla... (Bercakap tentang fakta)



Note :
Ya, inilah kawan aku. Sentiasa bercakap tentang fakta.
Even kalau kami tengok cerita rattatouille (Disney movie),
pun reaksi dia adalah ;


Kawan A : Apa punya cerita lah ni. Mana ada tikus boleh masak.
Tak logik betul! Tikus tu dah la kotor. Bla..bla.. bla.. (Bercakap tentang fakta)


See? Macam orang tua. Hahahahhah~





_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Situasi # 2 : Movie Title : In the Middle, (Horror, Comedy)


Short Summary :
Aku terlupa lah tajuk dia.
Tapi cerita ni mengisahkan tentang
4 orang bestfriend (lelaki) pergi camping.
Seorang kawan dia hilang di sungai selepas
mereka semua hampir lemas semasa
membuat aktiviti water rafting.



Kata orang,
siapa yang tidur di tengah-tengah,
malam tu, hantu mesti datang and
kacau or bunuh dia dulu.



Oleh kerana mereka tinggal bertiga,
mereka pun takutlah kot-kot
kawan mereka yang hilang tu
dah jadi hantu, and datang semula
untuk mengacau mereka.



So,
solution mereka ialah,
mereka tidur secara .....
(tengok sendiri cerita tu)



Cerita ni best.
Tengok lah.
Aku malas nak cerita sampai habis.
Tapi, beginilah reaksi kawan aku ;



Kawan B : Anizz.. jom lah tidur bawah dengan kami..
aku tak nak tidur tengah... nanti hantu datang kacau aku...
kalau kau tidur bawah, kita dah jadi 4 orang...



Note : He'elleh minah ni~ masa tengok tadi,
beria ejek aku sebab aku asyik tutup mata je.
Hahhahahaah~


_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-



Aku?


___________________To be continued___________________

2 comments:

Anonymous said...

Salam Adik..cuba tengok cerita hantu jepun 'the grudge' the first movie...seram betul..tak tau lah org lain tapi akak takleh tidur 2-3 hari juga...akak ni memang jenis penakut..haha..Kakak Musafir..

AniZz said...

Hohoho... Samalah kita. Saya pun penakut juga. (^.^)v


Tak berani tengok sorang-sorang. Lemah jantung. Hahahaha~