Thursday, January 13, 2011

Night life~

Jika anda ialah seorang remaja
yang duduk di tengah-tengah bandar
tanpa pengawasan ibu-bapa,
apakah yang anda akan lakukan
pada waktu malam?



Wayang? Karaoke? Disko?



Ok,
mesti my mom risau anak dia
buat apa lah dekat Melaka malam-malam
macam ni.
Bayangan disko telah menyelubungi
minda my mom.
My mom and dad memang tak perlu risau
bab-bab merempit ni.
Sebab aku tak suka naik motor.
Well,
kalau merempit guna kereta pun
mereka tak perlu risau sebab,
lesen kereta aku dah kena tarik.
(T.T) Wuuuuuuu~




Apa yang remaja seperti aku (aku muda lagi~)
buat pada waktu malam di tengah-tengah
bandar Melaka yang popular dengan
pelbagai jenis hiburan dan kelab malam ni?




Start pukul 8 malam,
aku dah mula lapar.
So?
Aku pun keluar dari rumah dan bergerak
menuju lift bersama teman hiburan aku, Nora
untuk membeli makanan.



Aku beli makanan dekat mana?
Warung? Pizza Hut? Sepanjang tasik yang gelap? DISKO??
Yeah~
Aku tak se rajin itu.
My mom and dad sangat beruntung
dapat anak yang pemalas macam aku.
Aku beli makanan dekat bawah kolej je.






Kadang-kadang aku makan kentang goreng,
burger.
Semua ni available dekat ground floor kolej aku.
Harga kentang lilit-lilit ni RM2 untuk yang kecil,
and RM3 untuk yang besar.
Pelbagai flavor ada.
Cheese, curry, etc.
Burger pula ada burger ayam, daging, arnab, ostrich, kambing~




Apa pula yang akan di buat oleh
remaja yang tinggal di tengah-tengah bandaraya,
tanpa sebarang pengawasan ibu-bapa
apabila mereka boring pada waktu malam??



Pergi fun-fair? Karaoke? Naik bot? DISKO??!!




Well,
ada beberapa kelas yang tak start
belajar and ada buku lagi.
So,
tak tahu nak study apa malam-malam
macam ni.



Ok,
before that,
I want to say thanks to my Mak Ngah
sebab bagi buku IB untuk di baca.
kena cakap awal-awal,
nanti di tanya kenapa tak baca buku tu.
Dah baca dah~
Tak habis, tapi dah baca sikit~
(-.^)v



Ok,
sambung balik.
sekali lagi my mom and dad
beruntung dapat anak yang pemalas
macam aku ni.
Bila dah tak tahu nak buat apa,
and rasa bosan mula menyelubungi diri,
aku pun mengajak teman hiburan aku, Nora
untuk....



Suara jahat : Pergi Tasik? Pergi Kelab Malam? pergi DISKO??!!




Suara baik :





(Uuuu~ ada orang naik boat dekat tasik malam-malam ni~~)




Tak,
aku just ajak Nora keluar and
duduk dekat balcony rumah a.k.a kolej aku.
Kami tengok bunga api, lampu-lampu dekat tasik~
5 minit lepas tu,
kami masuk balik.
Sebab gayat and sejuk.
Hahahahahahahah~





Gambar di atas di ambil masa
first week aku berada di campus ni.
Ni first and last aku makan kat luar
waktu malam-malam.
Dekat belah kanan tu UiTM Bandaraya Melaka.
Dekat je.



Kalau mata anda semua tajam,
anda boleh nampak ramai orang
terutamanya lelaki yang sedang menonton TV.
Bukan tengok bola,
tapi mendengar ceramah Agama.
Seriously!
Aku tak tipu!
Penceramah tu sangat pandai menarik
perhatian penonton sehinggakan,
pak cik yang tengah minum kopi masa
aku baru sampai,
until nasi aku dah habis,
dia still ada dekat situ lagi.



Yang aku puji,
student Lelaki still dengar ceramah Agama.
WooOOOoo~
Bagus betullah mak cik kedai tu.
Sebab,
gerai yang lain buka channel Bola, The Hulk,
Drama Melayu, tapi,
mak cik yang buka CD Ceramah Agama yang
paling ramai pengunjungnya.
Ini namanya BERKAT.
Bagus!



Sedang gerai lain sibuk memasang lagu
rock kapak (yang aku paling BENCI) tu,
mak cik -mak cik gerai ni buka
radio bacaan surah-surah and Zikir.
Bagus, kan??
Yang buka lagu rock tu bukan gerai dekat situ,
I mean, gerai dekat tempat-tempat lain.
Anyway,
tahniah Mak Cik!
*clap..clap..*




So,
Jangan lupa sembahyang Jumaat esok!
(saja nak mengingatkan~)




AniZz (^.^)v : Tadi aku taip nama AniZz dekat Google,
and nama blog aku paling atas sekali! Hahahahah~
Dulu nama myspace or FB AniZz yang lain keluar dulu~





Have a Sweet and Warm Day!
_________________________

No comments: