Wednesday, December 29, 2010

Warna-warna~

Semalam main color-color
dengan Darwisha.
Aku pula yang excited lebih.


Caption : Aku yang color. Hebat tak?




Kami bertanding mewarna
Sailor Moon.
Siapa cantik, dia menang.


Bila habis je mewarna,
Darwisha cepat-cepat
berlari sambil membawa
hasil titik peluhnya dekat
my father.



Caption : Darwisha tiru aku color. Except warna kasut tu, dia yang pilih sendiri.



Then,
as usual,
mestilah my dad cakap
lukisan dia paling lawa~
My mom and adik no.3 aku
pun cakap macam tu.


Bangga lah dia~
Elleh~
Tapi aku tahu,
lukisan aku lagi hebat dari dia.
Saje je malas nak gaduh..


Caption : Siapa lagi, kalau bukan aku yang color.




Lukisan tersebut aku lekatkan
di hadapan pintu bilik aku.
Aku lekat Darwisha punya sekali.
Takut dia merajuk.


Aku tak ada mood nak tulis blog..
Esok aku akan bertolak ke Johor.
Hari Ahad terus mendaftar di UiTM Melaka.


Mungkin sebab dah lama sangat
aku duduk dekat rumah,
mesti aku homesick dekat sana.


Biasalah,
masa awal-awal semester,
memang lah macam ni.
Nanti bila dah rapat dengan orang
sekeliling aku,
terus hilang rasa homesick.


Kalau dulu,
dekat UiTM Segamat,
aku tak ada lah tersa sangat.
Sebab,
aku tahu,
dekat sana,
kawan-kawan aku sedia menanti
dengan beribu-ribu cerita menarik
nak di ceritakan dekat aku.


Dekat Melaka nanti,
aku ada seorang kawan
yang satu campus dengan aku.
Kami dulu 1 course and 1 kelas.
Tapi sekarang,
dia lain course dengan aku..
Hope kami dapat hostel and
1 bilik hendaknya~


Tadi Darwisha makan bedak!
Mula-mula,
aku pelik, kenapa budak tu
diam je dekat depan TV.
Aku yang tengah online
berhenti seketika dan memanggilnya.


Dia datang sambil tersengih.
Itu bermaksud dia ada buat salah!
Aku pun tengok muka dia penuh dengan bedak.
Lepastu,
dia kejap-kejap lap mulut dia.



Aku : Makan bedak, eh??!

Darwisha : (tersengih-sengih)


Aku : Makan bedak, eh? Cakap betul-betul!

Darwisha : Hehehe.. Macam mana kakak tahu? (bersuara perlahan)



Aku : Sedap ke makan bedak? (sebab dia selalu sangat makan bedak)

Darwisha : Tak sedap. (sambil menggelengkan kepala)



Aku : Habis? Kenapa makan?

Darwisha : Hehe.. Darwisha terlupa kakak cakap boleh makan bedak, ke tak.



Aku : ...................



Anyway,
Doakan aku selamat mendaftar
dengan gemilangnya,
tanpa ada sebarang kesulitan.


P/S :
Bila dah start belajar,
aku akan jarang update blog.
Kalau ada cerita menarik,
aku akan try update blog, ok?


Have a Nice and Wonderful Day!
________________________




3 comments:

sirenility said...

selamat masuk study!!

AniZz said...

Thanks~ dtg r mlawat ak~ Kang ak plak dtg mlawat kau~

sirenility said...

i.allah kalo ade rezeki aku mlwat k??