Sunday, December 12, 2010

Realiti kehidupanku~


Aku paling suka bila
my grandparents datang.


Masa ni,
parents aku dah jadi
macam parents contoh.
Hahahaahh~


Plus,
makanan kami pun
dah bertambah mewah.
Heeee~


Selalunya makan ikan goreng,
sambal, ada sayur~
Tapi,
kalau nenek and Atok datang,
boleh makan gulai,
udang panjat-panjat (ok, tipu je~)


Seriously,
aku rasa semua orang akan
berubah bila ibu dan bapa mentua
mereka datang.


Di belakang tabir (without mentua),
fuh~
garang 'bebenor'.
Salah sikit je,
terus kena marah on the spot.


Masa aku kecil-kecil dulu,
aku paling suka bila pergi Johor,
rumah nenek dan atok ku.


Masa tu,
kalau aku buat salah,
contohnya bergaduh ke,
my father and mother sikit
pun tak marah.


Tapi tu lah,
lepas aku buat salah,
and parents aku senyum je,
aku akan cuba mengelakkan
daripada duduk berdua-duaan
dengan parents aku.
Confirm kena jalankan
hukuman yang tadi tu.
Hahahahh~


Bila ada ibu dan bapa mentua,
mereka akan jadi sebaik yang mungkin.
Kalau anak buat salah,
mereka akan jadi seperti Hakim.
Fikir dulu sama-ada kesalahan
itu berada di tahap 1 atau tahap 5.


Setelah di fikirkan
kesalahan anak itu terletak di
tahap yang mana,
mereka paling garang pun,
akan menghukum anak mereka
dengan just marah je.
No pukul-pukul macam yang
selalu di buat di belakang tabir (without mentua).


Dulu,
kalau parents aku,
mereka akan cakap :
"Jangan buat macam tu lagi.. Tak elok~"
Tapi,
ayat tersebut di ungkapkan
sambil di selitkan jelingan maut,
yang hanya pesalah saje yang faham.
Hahhaha~


And,
bila aku masuk je kereta,
tanda nak balik rumah kami,
kami adik beradik terus diam.
Dah macam budak innocent yang
giler punya baik, macam
selalu tolong nenek basuh pinggan.


Bila bye-bye je kat
Atok and Nenek,
jeng..jeng..jeng..
Sidang mahkamah di buka.
Kami adik beradik terus jadi
defendant tanpa peguam bela.
My mom jadi pendakwa raya,
and my dad jadi Hakim yang
selalu sangat sokong pendakwa raya.


Masa tu lah,
segala hukuman tertunggak
di laksanakan time tu jugak.
Dah takde fikir-fikir lagi,
terus kena cubit.


Aku jarang kena cubit.
Bukan sebab aku tak nakal.
Tapi sebab tempat duduk aku
di dalam kereta.


Tips mengelakkan di cubit your mother #1 :


Untuk mengelakkan dari di cubit
oleh ibu anda (jika bapa anda yang drive)
ialah,
pandai mencari tempat duduk.


Tempat duduk aku di dalam kereta
ialah seat di belakang my mom,
yang duduk di seat sebelah driver.


Cuba fikir kembali,
kalau bapa anda sedang drive,
orang yang akan menjalankan
hukuman ke atas anda ialah
ibu anda yang duduk di sebelahnya.


Kalau anda duduk di seat belakang bapa anda (driver),
ibu anda akan senang-senang je
cubit anda.


Kalau anda duduk di belakang ibu anda,
ibu anda terpaksa memusingkan
badannya which is itulah yang dia malas,
untuk mencubit anda.


Tetapi,
ia tidak akan berkesan jika
ibu anda adalah wakil sukan negara
gymnastic, or mempunyai
kehebatan seperti melenturkan badan.
(maaf, Vocabulary aku kurang)


Aku cakap betul ni!
Terbukti berkesan!


Tetapi,
ibu bapa zaman sekarang,
terus je judge anak-anak mereka,
even depan ibu dan bapa mentua mereka.


Kalau anak tertumpahkan makanan sikit,
terus kena marah macam korang
tuang lauk-pauk dekat rumah korang
and jiran-jiran sekali.


Kalau anda bergaduh dengan adik anda,
terus kena marah macam anda
bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk,
patah gigi,
patah tulang,
patah leher~


Kalau anda lambat jawab bila
mereka panggil,
terus kena marah macam anda
ni memang sengaja tak nak
dengar mereka panggil sebab
tak nak kena suruh buat kerja.


Yang ni aku tak faham.
Kalau ibu atau bapa anda bertanya
soalan,
and then kita jawab,
mereka mesti marah kita macam
korang menjawab siap mencarut
dengan bahasa yang tiada di Kamus Mencarut Edisi ke-8.


Contoh :

Parent : Nak mama pukul dengan rotan ke? Tak tau ke adik tu kecil lagi?

Mangsa : Dia yang start dulu.

Parent : Ha! Menjawab!


See?
Bila di tanya,
kita jawab lah.
Bila di marah atau dituduh,
kita defend lah diri,
tegakkan keadilan.


Contoh lagi satu :

Parent : Nak mama pukul dengan rotan ke? Tak tau ke adik tu kecil lagi?

Mangsa : .......

Parent : Ha, mama tanya, jawab lah!


See?
Ini pun aku tak faham.
Nak jawab salah,
tak jawab salah~
Haiiissshhhh~


Dulu,
aku tak faham kenapa
parents aku tak bagi kami
keluar bermain waktu
tengah hari or petang-petang,
lebih-lebih lagi nak dekat Maghrib.


Masa tu,
aku fikir,
"Alah, awal lagi. Bukan main jauh-jauh pun. Depan rumah je."


Bila jam tepat pukul 6.30 petang je,
my mom mesti menjerit panggil
kami suruh balik.
Masa tu,
aku dah rasa sedih sangat~
Terpaksa berpisah dengan rakan sebayaku...


Lepas balik,
terus kena suruh mandi.
Tu yang malas tu.
Biasalah..
budak-budak mana suka mandi~


Bagi mengelakkan kami
asyik keluar main waktu petang,
parents kami belikan kami game, carom (permainan jentik-jentik tu~),
or semua jenis hiburan yang terdapat
di zaman itu.


Bila aku dah besar,
but still bermuka muda, (miooowww~)
aku mula faham~
Aku selalu marah-marah
bila nampak Darwisha main dekat
luar waktu tengah hari.


Kenapa?
Sebab aku malas nak jaga dia.
Kalau boleh,
aku nak ikat dia dekat tiang
and sambung main game.


Bila aku marah Darwisha,
aku mesti selitkan ayat :
"Ada sebabnya kenapa kakak marah Darwisha!".


Then,
aku terdiam,
and terfikir balik,
setiap yang my parents marah
masa kami kecil-kecil dulu,
mesti ada sebab tersendiri.


Kecuali bab yang menjawab tu.
Sampai sekarang aku still tak faham lagi.


Macam kawan aku :

Bibah : Bla...bla.. bla... (menceritakan masalah boyfriend dia)

Aku : (anggukkan kepala je.)


Bibah : Bla..bla..bla.. Kau faham tak AniZz, masalah aku?

Aku : Ye, Bibah.. Aku faham..


Bibah : Tak, kau tak faham! Dia tu (boyfriend dia), bla..bla...bla...

Aku : ............



Ha,
itu yang aku tak faham tu.
Bila dia tanya aku faham ke tak,
aku jawab la faham.
Bukan dia cakap bahasa Thailand,
dia cakap Bahasa Melayu kot~
Mestilah aku faham bahasa ibunda aku.


Anyway,
kepada kanak-kanak sekalian,
adik-adik sekalian,
kakak-kakak sekalian,
abang-abang sekalian, (segan pulak aku. Heeee~)
Kalau anda kena marah dengan
ibu atau bapa anda,
jangan lah cepat melatah~


Bukan melatah yang macam :

Parent : Kamu keluar pergi mana sampai sekarang baru balik ?!!

Anda : Opocot~ O mak kau~


Aku no comment lah kalau
korang memang ada penyakit
macam ni.
Tak baik gelakkan orang yang
ada penyakit kuat melatah~
Mereka pun manusia juga~


Kalau ibu bapa anda marah anda,
fikirlah...
Mesti ada reason kenapa dia
marah.
Alah,
lagipun,
sementara mereka hidup lagi,
apa salahnya berkorban sedikit.
Anda accept je lah apa yang dia
cakap tu.


Contoh #1 :

Parent : Kenapa dah pukul 4.50 baru nak sembahyang Asar? Patutnya masuk waktu pukul 4.45 petang tadi tu, terus je sembahyang!

Anda : ........


Dalam kes ni,
anda kena dengar cakap parent
anda.
Cuma,
janganlah melawan balik.
Sebab,
memang salah anda sembahyang lewat.
Walaupun hanya lewat 5 minit.
Agama, tetap agama.


Contoh #2 :

Parent : Mak tak suka kamu kawan dengan Bedah tu!

Anda : Nama dia Syarifah Hartini, mak..

Parent : Mak tak kira! Mak tak suka si Bedah tu!

Anda : Syarifah Hartini, mak...


Hmmm...
Dalam kes ini,
aku rasa,
kalau korang still berkawan dengan
Syarifah Hartini tu,
tak pe kot~
Sebab,
your mom just tak bagi korang
kawan dengan Bedah,
bukan Syarifah Hartini.


Tapi,
kalau parent korang suruh
buat benda yang bukan-bukan,
anda boleh melawan balik.
Tapi bukan tengking-tengking.
Just cakap dengan nada yang baik.


Contoh #1 :

Parents : Eh, kenapa kamu tak ajak si John ni masuk bilik? Kesian dia duduk depan rumah sorang-sorang.

Anda : Apakah??


Dalam kes ini,
Kalau anda dapat parents yang
social 'bebenor',
sampai sanggup bagi
anda bawa lelaki atau perempuan
masuk bilik anda,
di nasihatkan untuk
tidak mengikutnya.


Janganlah anda menjawab :

Parents : Kenapa kamu tak ajak si John tu masuk bilik? Kesian dia duduk dekat depan sorang-sorang!

Anda : Mak, dah gila! Mak tau tak tu berdosa! Mengikut undang-undang Islam, bla....bla...
(sambil menengking and tunding jari, and bawa buku undang-undang)


Jangan...
memalukan ibu anda macam tu~
Kalau nak cakap,
cakap baik-baik..
berbisik ke...
Jangan bagi dia malu~


Ok,
Majulah sukan untuk Negara.
*tiba-tiba


Have a Nice Day!
____________________________________

2 comments:

sirenility said...

nice...aku plg minat bab bibah tu...hhahahah....ko gaye cm xmo mention name...ttibe taip gk name...huehuehue

AniZz said...

X ah. AK mmg sje je nk mntion nme dye. Hahahah~