Monday, December 6, 2010

Minggu AniZz jadi Gila

Seperti yang aku telah beritahu
pada post yang lepas,
aku bercuti selama hampir 2 minggu
di rumah atok aku.


Setelah bertolak dari Negeri Sembilan
which is Majlis Kenduri my new Mak Su,
My family + adik-adik saudara tiba
di rumah Atok aku pada waktu malam.


Di rumah atok aku,
hanya ada 4 orang dewasa,
(my parents and grandparents).
2 orang remaja (adik no.2 and aku lah. Sape lagi?)
6 orang kanak-kanak. (cousins)


Gila aku nak manage budak-budak tu.
Bila aku dah kemas bilik tidur,
aku berhenti untuk bermandi-manda.
Habis je mandi,
aku tengok bilik tu dah takde
rupa bilik lagi.
Mengamuk lah aku.


So,
selepas banyak kali aku
kemas and bilik tu sepah kembali,
aku decided untuk bagi mereka warning.


Tips menjaga budak kecil #1 : Warning

Kita tak boleh warning budak-budak
macam :
"Buat sepah lagi sekali, kakak pukul sorang-sorang!!"
(sambil buat muka bengis.)


Kenapa?
Nanti mereka sudah terdidik
dengan ugutan sebegitu rupa.
Takut-takut mereka ugut orang
lain macam tu juga.


So,
The best way is,
pandang tepat mata mereka dengan
sebuah senyuman mystery,
and cakap :
"Kalau sepah lagi sekali lagi, kena basuh pinggan, ok?"


Tapi,
anda kenalah jadi macam aku,
which is 'orang yang selalu kena basuh pinggan'.
Barulah mereka takut.


See?
Bila aku cakap macam tu je,
setiap kali aku masuk bilik tu,
cousins aku cepat-cepat
tarik cadar and susun bantal.
Sebab takut kena basuh pinggan.


************
Tugasan Kenduri #1 : 1,000 kotak

Berbalik kepada cerita tadi,
objektif kami minggu itu ialah,
siapkan 1,000 kotak kecil untuk
diletakkan gula-gula masa kenduri nanti.


Mula-mula,
aku tak pakar sangat masa
nak lipat kotak tu.
Lama-lama lepas tu,
pejam mata pun aku dah
boleh lipat kotak tu.


Kelajuan aku melipat kotak
ialah 80KM sejam.
Wahahahahah~


Selepas kotak di siapkan,
kami di kehendaki memasukkan
bahulu yang siap di stappler plastiknya,
gula-gula, chocolate bar (ewah),
and dodol.


Penat aku berebut untuk stappler
plastik bahulu
dengan mak cik-mak cik yang
datang menolong.


************
Tugasan Kenduri #2 : 500 Kotak Krystal


Kami di kehendaki :
1) Lap krystal
2) Ikat ribbon
3) Gam bunga
4) Letak sticker 'Thank You'.


Mula-mula,
tugasan aku ialah mengelap krystal.
Bila datang seorang mak cik ni,
aku telah bertukar tugas kepada
meletakkan sticker.
Datang lagi seorang mak cik lain,
aku ditukarkan kepada gam bunga.


Lepas tu,
tak de mak cik lain yang
datang untuk take-over tugas aku tu.
Ceh!


************
Scene #1 : Hasil Seni


Bila datang je my Pak Ngah and Mak Ngah,
mereka terus duduk dekat dining table
di dapur.


Aku yang dahaga terus pergi
ke dapur untuk mengambil air.
Aku memang lemah kalau
berjumpa dengan mak-mak saudara ni.


Semua orang ajuk aku punya blog.
Masa tu,
post terbaru blog aku ialah '2 minggu'


Then,
my Mak Ngah pegang tangan aku,
and cakap "2 minggu.. 2 minggu.."
Masa tu aku dah macam
ni : "habis lah aku..."


Aku dah lupa apa yang berlaku
masa tu.
Tapi my Pak Ngah ada juga offer
suruh aku buat buku.


Aku buat buku?
Aku?
Aku?
Aku?
Buat buku?
Seriously?


Ada ke orang nak beli buku aku?
Hahahahahah~


Tapi,
kalau aku dah terror buat buku
macam Pak Ngah and popular
macam dia,
aku nak :

1) sit back and relax je.
- Kalau ada orang suruh aku
basuh pinggan,
aku akan pegang kepala aku
and cakap:
"Arrggghhh... tengah fikir idea untuk terbitkan buku seterusnya ni..."


2) Telefon.
- Kalau ada orang suruh aku
basuh pinggan,
aku akan cakap :
"Kejap, kejap. Editor AniZz telefon. Dia nak terbitkan buku baru."


3) Tanganku.
- Kalau ada orang suruh aku
basuh pinggan,
aku akan cakap :
"Semalam menaip banyak sangat.. Tangan pun sakit-sakit.
Lagipun, Editor AniZz cakap, jangan basuh pinggan.
Takut tangan I rosak..."


Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!


Mesti reaction mereka :
"Jangan nak mengada! Basuh pinggan! SEKARANG!!"


So,
aku decided maybe next time~
Nanti siapakah yang akan
membasuh pinggan nanti,
kalau aku dah sibuk-sibuk macam tu?
(Aku ni baik sebenarnya)


Even malam tu,
my Atok tunjukkan
hasil tulisannya dekat aku.
My Atok and Nenek merupakan
seorang penulis pada zaman mudanya.


************
Sebenarnya ada banyak lagi tugasan
kenduri.
Malas pulak aku nak tulis semuanya.


Tapi yang penting,
aku suka my new Mak Su.
Dia cantik, rajin and baik.
Plus,
dia cuma tua 4 tahun je
dari aku.


Aku jadi pengapit sementara
masa kenduri Pak Su aku tu.
Fuh~
Susah juga jadi pengapit ni.
Pak Su aku berjawatan Mejar.
So,
banyaklah istiadat tentera yang
berlangsung ketika itu.


Kesimpulannya,
minggu tersebut tersangatlah gila
bagi aku.
Sebab,
1) kenduri kali ini tidak menggunakan
sebarang katering (kot).
2) Tenaga pekerja yang kurang.


Selamat Menyambut Awal Muharam!

P/S : Dah baca doa akhir dan awal tahun?? (klik disini)

2 comments:

Anonymous said...

Anizz,

Pak Ngah warning.... tukar add blog Pak Ngah tu. Dah out of date.

www.muhdkamil.org

AniZz said...

Warning? Woooo.... Yes sir!