Monday, December 6, 2010

Konvokesyen di mataku~

Pagi tadi, (5th December 2010) adalah
merupakan hari Konvo pertama dalam
hidupku ini.


My parents and I bertolak
dari Puncak Alam (rumah mak saudara)
dalam pukul 6.30 a.m.


Setelah banyak kali sesat time
on the way ke UiTM Shah Alam,
kami pun akhirnya tiba di perkarangan
UiTM dalam pukul 7.03 a.m.
Parking dah full time tu,
so my father parking agak jauh
dari Dewan Konvo.


Aku dah la baru second time
datang ke UiTM Shah Alam.
So, aku main follow je orang
yang jalan depan aku tu.
Dengan harapan dia boleh lead
aku ke Dewan Konvo.


Memang jauuhh aku berjalan.
Hilang semua lemak-lemak berlebihan.
Hahahahha~

1st step : Daftar nombor giliran

Kawanku, Pika (lupa nama sebenar),
inform kat aku yang kami kena
daftar nombor giliran dulu.
Nombor giliranku ialah 100++.

Nasib baiklah aku ada sorang
best friend ni yang memang study
dekat situ,
So,
dia dengan hormatnya sanggup
menunggu aku di depan libry
untuk sama-sama pergi mendaftar.
(Thank you Faraheen!)


Setelah tiba di perkarangan pendaftaran,
kami di arahkan untuk memakai jubah dan topi masing-masing,
dan di kehendaki untuk beratur
mengikut nombor giliran.


Semasa sedang menunggu kad nama diberi,
aku pandang sekeliling aku.
Fuh,dah macam cerita Harry Potter.


Semua orang lengkap berjubah
dan bertopi.
Kami dah macam Magician
yang ready untuk berlajar teknik
magic seperti menukar kertas soalan
kosong kepada kertas soalan yang
lengkap dengan jawapannya.
(Wahhhh~~ Bahagianya~)

2nd Step : Berarak ke dalam dewan.

Setelah selesai beratur,
kami di minta untuk berjalan
dalam barisan.


Masa tu aku rasa macam pergi berperang.
Lagu perang di mainkan masa tu.
Ibu bapa yang berada di sekeliling kami
melihat kami berarak masuk ke dalam dewan.
Dah macam rakyat jelata
yang menghantar kami pergi
berperang.
Hahahah~


3rd step : Buku Konvo.

Setelah menerima pin berbentuk
nombor '1',
kami di beri sebuah buku tebal
yang kalau anda baling tepat
ke arah kepala pencuri,
confirm hilang ingatan seminggu.


So,
buku tu aku letak dekat
dalam beg UiTM yang aku
baru dapat time ambil jubah
kelmarin.


4th step : Wayang

Setelah di arahkan duduk mengikut
nombor giliran,
kami di hidangkan dengan
tayangan
gambar dan video.


First video ialah berkaitan
tawaran berlajar dari pihak UiTM
kepada para pelajar kurang berkemampuan
atau tinggal
di tempat yang kurang kemudahan.


Yang peliknya,
salah seorang daripada mereka
berpakaian vogue gitu~
Mungkin sebab ada pengambaran,
so dia pakailah lawa-lawa sikit, kan?


Seterusnya,
tayangan video mengenai pengorbanan
seorang ayah kepada anaknya
.
Aku tak tengok sangat masa tu.
Aku tengah isi borang kaji selidik
yang ada di atas kerusi tadi.
(saja tak nak tengok cerita sedih-sedih ni~)



Kemudian,
tayangan video yang menceritakan
seorang budak lelaki
yang
berlari macam kena kejar dengan anjing
ke arah ibunya yang sedang
buat 'something' dengan padi.


Maaf,
Vocabulary Bahasa Melayu aku
sangat sedikit,
tolong jangan fikir bukan-bukan.
Ibunya telah berkahwin,
dan suaminya terlantar sakit
di dalam rumah usangnya.


Budak tu punyalah excited
sebab lulus SPM.
Gaya dia macam itulah
first time dia lulus subject.


Ibu dia punyalah gembira
lalu menaiki basikal dengan
anaknya menuju ke rumah
untuk mengkhabarkan berita
'gumbira' ini kepada ayahnya.


Lepas tu,
time ibu dia tengah buat 'something'
depan almari,
(maaf, aku lupa dia buat apa)
Sila jangan berfikiran kotor di sini.
Untuk pengetahuan saudara/saudari,
ayahnya terlantar sakit
.


Tiba-tiba,
ada dua orang pak cik berpakaian
kemas datang ke rumah mereka.
Budak lelaki itu memberitahu ibunya
bahawa mungkin mereka datang nak beli kuih.


Setelah di jemput masuk,
lelaki itu cakap dia nak...


5th Step : Perarakan masuk 'I don't know who 1'

Belum sempat aku tau pak cik
tu nak beli kuih apa,
tiba-tiba kami di minta berdiri.


Selesai je mereka duduk di atas pentas,
kami di minta duduk dan
di minta menyanyikan lagu 'aku lupa 1'.


Setelah habis menyanyikan
lagu tersebut,
kami para graduan di minta
untuk duduk dan termenung.


Lama-lama lepas tu,
kami di minta berdiri bagi
menghormati perarakan masuk
'I don't know who 2'
pula.


Sekali lagi,
kami di minta berdiri untuk
perarakan masuk 'I don't know who 3'.
Mungkin dia Naib Chansellor.


Masa tu dah macam sidang meeting
dalam cerita Harry Potter or
sidang meeting for nerd only.
Dan ada juga seperti berada di dalam istana,
sebab lagu-lagu traditional di mainkan
secara LIVE masa tu.


Setelah duduk seketika,
kami di minta menyanyikan lagu
'aku lupa 2' dan 'aku lupa 3'.


Setelah selesai menyanyikan
lagu tersebut,
majlis di mulakan dengan bacaan doa,
ucapan ringkas dari 'I don't know who 4',
dan seterusnya di rasmikan oleh Naib
Chensellor tadi.


6th step : Penerimaan Anugerah


Mula-mula,
kakak-kakak dan Abang-abang Degree
yang terima anugerah dulu.


Kemudian barulah giliran kami
pelajar Diploma.
Macam-macam ragam yang
aku dapat lihat.


Ada yang tersenyum depan Naib Chansellor,
dan di belakangnya terus buat muka masam.
Ada yang tersengih memanjang.
Ada yang buat 'peace' di depan camera.


Masa giliran aku,
sebelum memberikan kad nama
kepada staff yang bertugas (student),
jubah kami di perbetulkan
oleh 'I don't know who 5'.


Kemudian,
setelah memberikan kad nama,
aku pun terus melangkah dan
berdiri di atas tanda 'X'.


Selalunya,
kalau di dalam cerita cartoon,
kalau kita berdiri di atas tanda tu,
mungkin ada piano, lembu, beras, etc
yang akan menghempap kita.
Hahahahah~


Bila tiba giliran aku,
aku berjalan and ambil 'file'
dari tangan Naib Chansellor tu,
and tercakap :
"Thank you seh~"


Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab,
masa aku cakap 'Thank You',
dalam hati aku cakap :
"Eh, kena cakap Melayu lah, AniZz!"
So, jadinya aku tercakaplah;
"Thank you seh~"
(Thank You + Terima Kasih)
Hahahahahah~


Setelah keluar dan duduk
semula di tempat duduk ku,
aku kena tunggu lagi 4 session,
dan barulah majlis itu tamat.


Perut aku lapar masa tu,
and bila nama student terakhir di sebut,
kami semua terkejut sebab
announcer tu tiba-tiba menjerit.
Kami pun bersoraklah,
sebab majlis dah tamat.


Aku tak bersorak,
aku cuma cakap Alhamdulillah je~

(Eceh...)



7th step : Find your parents


Bila semua orang berebut keluar,
leher aku mula jadi macam zirafah,
sibuk mencari parents aku.


Akhirnya aku jumpa mereka
di depan 'I don't know where 1'


8th Step : Pulangkan jubah, ambil scroll.

Sementara tunggu aku memulangkan jubah,
parents aku pergi makan dan minum
hidangan yang telah di sediakan.


Oh ye,
aku tak sempat tangkap gambar
dengan parents aku.


Kenapa? Sebab :

1) Aku lapar.
2) Ramai orang berlegaran.
3) Cuaca panas terik.
4) Camera yang my mom beli tertinggal
dalam kereta.
5) line photography panjang sangat.


So,
aku decided untuk tidak
menangkap gambar.
Plus,
kami ada satu camera yang
paling hebat sekali,
mengalahkan camera orang lain.
Iaitu memori.




Memori itu akan sentiasa kekal
selama-lamanya di otak anda
sehinggalah ada orang baling
anda dengan buku tebal yang
boleh didapati semasa berarak masuk
ke dalam dewan tadi.


9th step : Borang kaji selidik

Lupa pula.
Sebelum memulangkan jubah,
kami di minta menghantar borang kaji
selidik yang terdapat dalam file yang
di beri oleh Naib Chansellor tadi and
yang terletak atas kerusi tadi.


Then barulah boleh
memulangkan jubah di kaunter
mengikut nombor giliran masing-masing.


10th Step : Balik

Dah siap urusan,
apa lagi? Balik je lah.


My mom cakap,
time Degree nanti je lah
kami tangkap gambar.
Masa tu adik aku pun dah besar
sikit.


Here,
my father bagi aku RM****
sebab my father cakap,
daripada beratur panas terik untuk
tangkap gambar,
baik gantikannya dengan
memberikan aku duit.


Hmmm...
Tiba-tiba aku rasa macam
tak nak tangkap gambar time
Konvo Degree pula.
(Sebab nak duit)


Duit yang my father bagi tu,
aku nak guna untuk beli
earphone aku yang kena gigit tikus
semalam.
Nanti-nantilah aku cerita.


I want to say for Degree student :

1) Marilah kita dapat ANC (Anugerah Naib Chansellor)
and Kelas pertama!

- Sebab aku tengok 'I don't know who' yang duduk
atas pentas tu asyik bersembang je.
Bila ada student dapat ANC,
barulah dia tepuk tangan,
but then sambung sembang lagi.


So,
marilah kita menyusahkan
mereka dengan membiarkan mereka
penat tepuk tangan sampai lebam-lebam.
Ok?


Special thanks to :

1) My family sebab tak suruh aku buat kerja lepas konvo.
(cuci pinggan)

2) Mak De sebab make-up last minute.

3) Mak Su sebab belanja beli kasut feewwwiiitt~

4) Ateh sebab aku pakai baju yang Ateh tempah time kenduri Pak Su.

5) Mak Ngah sebab bagi baju jubah.

6) Mak Ndak sebab aku dapat beli DVD Korea masa aku
keluar dengan Mak Ndak dekat Segamat.

7) Achik sebab Adik no. 2 aku ikut atok aku pergi
melawat Achik. So, aku boleh online sorang-sorang kat rumah! Yippeee~


Have A Nice Day!


P/S : Thank you, Dila! (klik link)
Aku pun suka baca blog kau jugak.
And, bila masa blog aku ni informative??

_____________________________________________

6 comments:

syikin mohamad said...

anis ! congratz darling ! dah grade. yeay ! :)

AniZz said...

Err... I'm not your darling. But, thank you anyway~ Kak Cici pn x lme lgi nk grade kn? Dah tua dah k. Cici nie....

bikbigbeak said...

congrats anis...
aku ade mase ko konvo....
tp xde rezeki kite nk jumpe..
ramai sangat orang...
huehue...xpe nnti kalo ko kawen
aku dtg k...

AniZz said...

Ko b'nasib baik sbb aku bkn org yg jnis kawen lari kat Siam. Hahahhaah~

bikbigbeak said...

hahahaa...kalo ko kawen kt siam pun aku kejar ko aniss oiii...
eyh nwak k.ikin ni..aku cm penah nmpk die la tyme aku keje kt event proton..
parents die ade keje kt proton ke??

bikbigbeak said...

ouh ok...k.cici..
hahahaha...
ye la...
xkn aku nk pgl org yg baru dgn name gangster.....huehuehue