Tuesday, October 19, 2010

Popularity Contest!

This is my Bakery Episode.


Seperti yang anda semua ketahui,
my family ada buka bakery business.
Kami juga telah meng 'hire' seorang pekerja.


Namanya Izah, kot.
Dia sebaya aku and telah berkahwin
dengan my abang saudara.


Dia ni seorang yang baik hati.
Paling penting,
dia ni suka budak-budak.


Sebelah bakery aku,
ada 3 deret kedai,
iaitu kedai baby, runcit and cyber cafe'.


Darwisha adalah orang yang
paling gembira sekali bila dapat
pergi bakery kerana dia boleh
bermain dengan rakan-rakan yang
sama pendek dengannya.


Aku hairan betul,
makin lama,
makin banyak budak pendek
datang bakery kami untuk ajak
Darwisha main.


Aku bukan tak suka mereka
bermain dengan my sister,
cuma aku malas nak jadi
bodyguard mereka.


So,
setiap kali kawan-kawan Darwisha
datang, aku akan buat bunyi bising
dengan harapan Darwisha tak
dengar yang kawan dia panggil.


Lagi satu,
Darwisha sekarang dah ada
satu habit baru.
Setiap kali dia main dekat luar,
mesti dia sorok sebelah kasut aku.


Sebab,
bila dia main dekat luar,
aku selalu marah-marah kalau
nampak mereka bermain dekat
tempat yang dangerous di mata aku.
Contohnya : bawah pokok,
tepi kereta, tempat pekerja Indonesia main bola.


Ok,
lupa pula.
Dekat belakang bakery kami
ada sebuah pondok (kot) yang
di huni oleh pekeja Indonesia
yang RAMAI giler.


Yang menjadi masalahnya,
mereka (pekerja tersebut) selalu
keluar tanpa memakai baju.
(0.o) ....


Maksud aku,
main bola tampar, sidai baju
and semua lah.
Mesti tak pakai baju!!


Hari tu,
aku baru habis sembahyang,
and then nak lipat telekung,
lepas tu mata aku ternampak
mamat-mamat ni buka baju and seluar.
Nak mandi lah agaknya.
(Aku tak mengintai, ok?)


Tapi please dongg....
Dekat deretan kedai ini
ramai perempuan~
Kalau nak mandi pun,
janganlah buat bising.


Kalau nak bagi orang tengok,
mandi lah dekat tengah-tengah
jalan raya, lepastu,
upload video dekat youtube.


Berbalik kepada cerita tadi,
Kawan-kawan Darwisha ni selalu
ajak Darwisha main berdekatan
dengan tempat penginapan
pekerja asing tersebut.


Sebagai kakak yang prihatin,
solehah, lemah lembut dan
berdisiplin, mesti lah aku
risau akan keselamatan budak-budak
pendek tersebut!


So,
setiap kali aku nampak
mereka main dekat tempat tersebut,
aku akan memanggil mereka
dan mengarahkan mereka supaya
bermain dekat hadapan bakery kami,
supaya aku boleh mengawasi mereka,
sebab my mom nak laporan dari aku
about Darwisha 24 hours.


Kadang-kadang mereka ni degil.
Bila degil,
aku akan kejar mereka dan
mengheret mereka ke hadapan Bakery kami.
(bunyi macam ganas, kan?)


So,
bila kasut aku dah kena sorok,
kawan-kawan Darwisha semua
geli hati tengok kasut aku kena sorok.
Kat sini lah Darwisha cakap
kat aku; "Goodbye, Loser."


Eleh,
aku terus pakai kasut my mom
and then kejar dia.
Lepas dia masuk rumah,
aku sorok dua-dua belah
kasut dia pulak.
MuaHahahahaha!!
(Gelak evil)



Tapi sekarang mereka sudah
jarang bermain dekat tempat tu.
Kalau aku ternampak mereka main
di situ, aku akan cakap;

Aku : Darwisha! Jangan main dekat situ. Main dekat sini!

Darwisha : (Dengan wajah takut) Cepat pergi dekat depan, kakak Darwisha *garam! (garang)

Aku : What the?? Muka aku punyalah innocent~



Aku bukannya garang mana pun,
aku ni sebenarnya seorang yang fun.


Buktinya?
Hampir setiap petang aku
meluangkan masa aku dengan
bermain 'Darumasang Ga koronda.'
(aku tak tau ejaan dia)
dengan budak -budak pendek tersebut.


Ia adalah sebuah game di mana
aku akan menyebut perkataan
tu and then memandang mereka.
Mereka di kehendaki berhenti.
Kalau mereka bergerak,
aku akan tangkap mereka.
(tak lama lagi aku akan kurus kalau main benda ni selalu)


Ok,
Enough with the introduction.
Sekarang masuk topik popularity contest.
Pesertanya between aku and Izah (pekerja bakery kami)


Beza 1 :

Izah > budak-budak pendek ni panggil dia dengan
gelaran 'Achik'.



Aku > Belum ada sesiapa yang berani panggil aku.
Except my sis panggil aku stupid dog, loser.
SAPE YANG AJAR BUDAK NI!!!
Penat aku ajar nama aku Tuanku AniZz sejak dia kecil.


Seriously,
Sampai sekarang Darwisha ingat
nama sebenar aku ialah Tuanku AniZz.


My mom ada juga ajar
nama sebenar aku dekat dia,
tapi dia tetap kata nama sebenar
aku ialah Tuanku AniZz.


Aku ada terfikir,
macam mana kalau adik aku hilang
dekat mall, (nauzzubillah)
and then ada announcer cakap;
"Perhatian kepada Tuanku AniZz,
adik Tuanku berada di kaunter 4".


Reaction aku ketika itu ialah;
"Wow! Ye, Beta datang!"


Well,
tak boleh salahkan dia.
Budak-budak kan tak
pandai menipu~
Mungkin muka aku nampak Royal~



Beza 2 :

Izah > Izah selalu tersenyum bila
tengok budak-budak tu.


Aku > Selalu tengok mereka dengan
pandangan;
"Main dekat situ lagi, aku ikat sorang-sorang dekat tiang."




So,the result is :

Izah > Bila Izah nak balik,
berebut budak-budak tu nak salam.
Seriously,
diorang berbaris nak salam.



Aku > Bila aku nak balik,
takde sorang pun nak salam.
Semua orang sambung main
semula.
Apakah??!




Mesti korang kata aku tiger tu, kan?
Cis!
Aku ni luar je macam tiger,
tapi dalam hati aku ada Teletubbies,
Cuma appearance aku macam girl tu.
Awww~


__________________________________________

2 comments:

bikbigbeak said...

aniss ko tetap popular dihatiku...

AniZz said...

Awwwww~~ Tanx, Dila♥♥~