Aku sebenarnya tak ada niat
langsung nak update blog hari ini.
Dah 3 hari aku demam.
Maksudnya,
dah 3 hari aku tak marah Darwisha.
Ok lah~
Pagi tadi,
aku terima panggilan dari
my birthday girl;
Nuradila Bt Safie
Dia bagi tahu yang
sahabat kami;
Hizreen Ieraqueen Haberi
telah di masukkan ke dalam hospital
kerana di belasah teruk oleh
boyfriendnya.
Berita ini telah disiar
di dalam akhbar KOSMO (klik di sini)
Beliau kini dalam keadaan kritikal.
Koma tu kritikal lah, kan?
Dia mengalami luka dalaman
yang teruk di bahagian kepala.
(Aku copy paste dari KOSMO. Hahahah)
Mangsa tersebut merupakan
pelajar 1 course dengan aku di UiTM.
Semasa kami semester 1,
kami pelajar freshie,
di paksa rela untuk memasuki
pentomen.
Agghhhh!!
Aku tak nak ingat memori tersebut.
Aku melakon kan watak *tuuuttt.
Sesiapa yang tahu aku melakonkan
watak siapa masa tu,
jangan nak ngada-ngada
bagi tahu dalam blog aku!!
Hizreen (mangsa) ni pula
melakonkan watak utama
yang bernama Hongeh.
(sumber dari Nuradila Bt Safie)
Apa-apa pun,
marilah kita sama-sama
mendoa kan sahabat kita
ini selamat dan cepat sembuh.
Kepada pasangan-pasangan
bercinta yang sedang membaca
blog ku ini,
termasuklah
Nuradila Bt Safie yang acap kali update pasal ehemm..
Syahadah yang sedang mengalami
angin kencang in her relationship,
Pika yang STILL lagi dengan boyfriendnya,
and Diana dengan blog cintanya.. (hahahah)
Berhati-hatilah ketika
bersama dengan boyfriend anda.
Pakai helmet.
Pakai seat belt.
Bawak pepper spray.
Kalau tak tahu mana nak
cari pepper spray,
beli je Ridsect or ShieldTox ke apa~
(Aku serious ni!!)
Hmmm...
Mesti sekarang dah ramai
girlfriend-girlfriend yang
mendaftar diri ke kelab TaeKwanDo.
Hahahah~
Lepastu pula,
jualan Ridsect meningkat mendadak
dan ekonomi negara pula bla..bla..bla..
Ingat!
Yang boyfriend-boyfriend ni,
janganlah belasah anak orang..
Belasah girl pula tu.
Bukan sebarang girl,
girlfriend anda pula tu!
Tak malu ke?
Kalau nak tunjuk kan your power,
why don't you help somebody
sental periuk ke~
Tebang pokok ke~
Masuk gusti ke~
Ok lah.
Sekali lagi takziah kebada keluarga mangsa.
Semoga keluarga Hizreen tabah mengharungi dugaan.
(Aku macam tak percaya je aku cakap benda ni)
Aku dah nak pergi ke Kedah
pukul 12 tengah hari ni.
Kami nak melawat my Achik (klik di sini)
yang berada di Hospital
kerana penyakit cancer.
Doakan lah my Achik selamat.
Aminn~
_______________________________________
No comments:
Post a Comment