Tuesday, November 2, 2010

Membebel sorang-sorang~

Hmmm...
Aku punya demam dah berkurangan.
Cuma sekarang ni
tengah suffer sakit gigi pula..
(Banyak betul dugaan aku ni)



Pada hari Jumaat yang lepas,
kami sekeluarga telah
bertolak sekali lagi ke Kedah.


Aku suka pergi Kedah.
Sebab Kedah tu jauh~
Boleh tidur lama-lama
dekat dalam kereta.


Selepas sembahyang Jumaat,
kami pun terus bertolak and
berhenti di R&R untuk
bermain di playground.
(bunyi macam semua orang main)


Lepas makan dan bermain,
kami meneruskan perjalanan
ke Hospital untuk melawat my Achik.


Anyway,
this is the picture
yang aku ambil semasa kami
berada di Kedah :

DAY 1 :









DAY 2 :

Kali ini kami pergi ke
rumah atok Hakimi and Rafiqi.
(anak Achik)


Kami pergi sebab Darwisha
rindu sangat nak main dengan
Hakimi dan Rafiqi.


Bila kami sampai je,
Kami tengok Rafiqi sorang je dah bangun.
Abangnya, Hakimi masih tidur lagi.


Lepas tu,
tiba-tiba Rafiqi (umur 2-3 tahun)
cakap;
"Ayam! Ayam!"


Dia cakap sambil tunjuk
tangan dekat Darwisha.
Aku ingat dia marah Darwisha.
Sebab muka dia macam muka marah.


Rupa-rupanya,
dia suruh Darwisha salam dia.
Hahahahah!


Gaya dia macam orang tua
suruh budak-budak salam and
cium tangan.


Tapi,
in this case,
dia yang kena cium
tangan Darwisha sebab dia muda.


Caption : Rafiqi. Dia yang suruh aku tangkap gambar. Hahahah~



Caption : Cubaan membuat 'peace'.


Caption : Hakimi yang baru bangun menunjukkan lukisannya.



Caption : Sambil tengok TV, minum Milo and makan sandwich. Fuh~ Darwisha tak merasa hidup macam ni. Rajin pulak aku nak buat air Milo untuk dia.

Caption : Rafiqi nak tangkap gambar dengan abangnya. Tapi, abangnya yang malu~
Rafiqi cakap nak bagi ummi dia tengok gambar ni.



Kami singgah sekejap je.
Lepas tengok Rafiqi and Hakimi,
kami terus pergi hospital.
(melawat my Achik again)


Lepas melawat,
kami pergi Pekan Rabu,
beli bubbles~


Then kami pergi Sungai Petani,
melawat my father punya long lost friend,
(dulu kami berjiran)


Lepas tu,
baru lah kami balik.


Bila masuk waktu Maghrib,
kami berhenti dekat R&R and
sembahyang.


My father cerita yang
selepas mereka sembahyang,
ada seorang lelaki ni jadi imam
untuk orang yang baru sampai.


Selepas raka'at pertama,
ada seorang pakcik ni datang
dengan segerombolan pengikutnya
and terus buat jama'ah berimam kan baru.


DISGRACEFUL~


I mean,
dekat dalam surau tu ada 2 imam.
Satu imam muda,
satu imam tua.
Pada masa yang sama pula tu.
(I don't know~)



Flash update :


Semalam kami dapat
business card dari Ah Long.
Hahahahah~


My mom tak bagi aku
scan card tu and letak dekat
my blog.
Sebab takut itu Ah Long
cari aku~


Lepas tu pula,
ada seorang lelaki ni,
datang ke bakery kami and
then minta tolong my mom
translate assignment girlfriend dia.


Apakah??!


Aku tak pernah pun minta
tolong dekat my mom translatekan
assignment aku!


Mustahil tak de masa.
Sebab,
lecturer tak kan bagi student
dia kerja yang out of student's time.


I mean,
kita kan ada 24 hours a day.
Luangkanlah 2-3 hours untuk
buat assignment sendiri.


Aku pun ada juga
buat assignment last minute.
Tapi tak de lah macam ni.


Hurmm..
kita kena think positive.
Maybe girlfriend dia ni garang?
That's why boyfriend dia sanggup
tanya my mom untuk translate kan benda ni.


Cis.
Wrong person lah~
Kalau lelaki tu suruh aku translate
pun tak pe.
Tapi mestilah aku kenakan charge!


Sehelai RM 8.50.
Bergantung kepada font tulisan tu.
Kaya aku~


P/S : Semalam aku bagi Izah (pekerja bakery) novel.
Kesian dia boring jaga bakery sorang-sorang.
See? Inilah bukti yang menunjukkan bahawa aku
seorang yang baik hati~


__________________________________



No comments: