apa untuk title kali ni.
(Whatever~)
Nak tahu apa yang aku
buat pada hari Sabtu yang lepas?
My parents bawa kami
pergi ke KEDAH!
I mean, KE~DAH!!!
WOW!
Kami adik beradik tak
pernah pergi Kedah selama ni.
Teruja giler aku ni~
Kami bukan pergi untuk bercuti,
just pergi untuk melawat
my Achik yang berada di hospital.
Kami bertolak dari rumah
pada pagi Sabtu.
Seperti biasa,
masuk je dalam kereta,
aku terus dengar MP3 and then tidur.
Sedar-sedar je,
my father dah berhenti dekat R&R
yang tidak di ketahui tempatnya.
Darwisha bukan main happy
lagi bila ternampak ada
playground di situ.
Sementara parents and adik no.2 aku
tengah makan,
kakak yang berjiwa muda ini
pun bermainlah dengan Darwisha
di playground tersebut.
Selepas puas bermain dan makan,
kami meneruskan perjalanan
semula ke Kedah.
Giler jauuuuuhhh...
Last-last seperti biasa,
aku tersedar bila parents
cakap kami dah sampai di
perkarangan hospital.
Hospital tu punyalah besar~
I mean,
macam pergi Mall.
Except this Mall macam dah nak
bankrupt, sebab gerai dia sikit je.
Tapi,
Hopital ini boleh dikatakan exclusive.
Selepas melawat my Achik,
kami pun meminta diri
untuk pergi berehat di rumahnya.
Sebelum kami pulang,
my mother ajak pergi
kedai buku di situ.
Mother : Ambil lah satu buku.
Aku : (saje nak test) Novel?
Mother : Ok. Ambil satu.
Aku : WoW! WoW! WoW! Adakah ini my mother?
So,
aku pun pergilah
ambil buku novel Doraemon.
Aku cakap Novel Doraemon
sebab dia adalah edisi cerita panjang.
Tajuk buku tu
"Doraemon : Pengembaraan di Angkasa Lepas"
Aku pun letak lah dekat kaunter.
Mother : Ini bukan novel. Pergi ambil novel.
Aku : But I want this.
Mother : Pergi letak balik. Ambil satu novel.
Aku : But I hate novel.. Hari tu kakak baru baca satu
perenggan, dah nak tertidur. Lagi dahsyat dari baca buku nota.
Mother : Letak balik. Awak tu bukan kecil lagi.
Aku : (Alasan) Tapi tak ada cerita yang best.
Then my mother pun
pergi pilihkan satu buku novel
untuk aku.
Katanya novelist tersebut boleh dikatakan terkenal.
Aku pun baca synopsis dia,
ceritanya pasal angkasa lepas,
and then ada orang curi vaksin watak utama.
Apakah??
Baik aku baca buku
Novel Doraemon ku.
Sama je.
Last-last,
aku main ambil je novel yang aku
nampak depan mata aku.
Tajuknya : Fitrah Kasih.
Penulis : Ilani Mysara
Keluaran : Alaf 21
Aku ingat cerita dia romantik.
I mean,
Kot-kot ada cerita pasal heroin and hero
start dengan benci-membenci,
and then jatuh cinta.
Bukan novel selalu cerita macam tu ke?
(Even though that's not my style)
Last-last...
Bila aku start baca malam tu,
sampai sekarang,
daripada chapter 1 sampai lah
chapter 17,
asyik cerita pasal kehidupan heroin
yang tak berpelajaran, berpenyakit,
and masalah social family dia.
Aku dah macam tengok
cerita Oprah Winfrey's Talk Show
except this is a novel version.
Malas aku nak sambung baca lagi.
Flash News :
Aku tengah goreng sotong masaaku tengah taip entry ni.
Sotong special kot~
Banyak step yang aku reka sendiri.
Akhirnya,
Ta-Dah~
Keras giler.
Kalau aku campak kat kepala pencuri,
boleh lebam.
Dengan sizenya yang kecil,
sotong ini juga boleh di jadikan
sebagai peluru.
Aku ajak Darwisha makan sekali,
then dia cakap;
"Darwisha tak nak ni. Darwisha nak ayam KFC yang
kakak buat semalam tadi."
Aku pernah goreng ayam
ala-ala KFC hari tu.
Sedap woh!
Bagi orang yang tak suka masak
macam aku ini,
itu adalah pencapaian besar.
Last-last Darwisha makan juga.
Aku : Sedap tak? (sebab dia berulang kali ambil)
Darwisha : Tak.
Aku : Habis kenapa makan?
Darwisha : Sedap sikit je. Kalau sedap banyak, mesti Darwisha
bagi kakak ice-cream.
Aku : Eh, budak ni.
Darwisha : (sambil gigit sotong) Ha, nampak tak, keras?
Aku : ........
Sekarang,
anda sudah tahu
mengapa saya tak suka masak?
P/S :
Next post aku akan tulis
pasal apa yang kami buat di Kedah.
_________________________________
No comments:
Post a Comment