Saturday, September 18, 2010

Hari Raya ku (PART 2)

Setelah sampai di rumah nenek,
Ok, rumah atok and nenek,
(takut terasa pulak kalau cakap rumah nenek je. heee~)
aku pun punch card untuk bekerja.



Sampai je kat rumah nenek,
belum sempat aku nak
buat regangan badan (exercise),
aku dah dapat assignment pertama.
Kupas bawang Putih.


Aku kupas sekejap je.
Sebab selesema.
Hidung aku culture shock.
Biasalah..
Perubahan cuaca.
Dalam kereta tadi,
dah rasa macam musim salji.
Bila keluar kereta,
dah macam di padang pasir pulak.


Aku pergi ke ruang tamu untuk merehatkan diri.
Yelah, perjalanan dari Perak ke Johor tu kan jauuuh.
(ceh. macam aku je yang drive)


Masa aku merehatkan diri,
adik-adik saudaraku pun duduk di hadapan ku.
Mereka semua berpuasa.



Seperti gambar di atas,
mereka semua sedang berbincang dengan SERIOUS
about puasa.
Sebenarnya ahli panelnya ramai.
Tapi, aku sempat tangkap gambar ni je.


Si mangsa adalah budak lelaki berbaju merah itu.
Namanya Hakimi.
Kami panggil dia Ben 10.
(sebab dia minat giler cerita Ben 10)
Umurnya 6 tahun.


Dia sebenarnya puasa.
Then,
tiba-tiba,
datanglah adikku yang tak puasa tu.
Dia bawak keropok Mr.Potato.


Adik saudara ku yang tiada di dalam gambar,
dia masih sekolah rendah,
pun cakap dekat Darwisha;
"Khairina, cuba bagi dekat Abang Hakimi keropok sikit."


Darwisha yang innocent tu pun bagi lah dekat Hakimi.
Oleh kerana aku sedang berehat ketika itu,
aku tak tau lah sama ada dia makan atau tak keropok tu.


Tapi,
yang pastinya,
semua orang menjerit;
"Woo! Hakimi tak puasa. Eeee~ tak puasa lah.."


Then,
Hakimi pun gelak je lah.
Lepas tu wujudlah forum Agama di situ.
Selalunya,
kalau budak kecil,
dia akan cakap;
"Kalau tak puasa, tak boleh raya", kan?


Tapi,
mereka ini semua cakap pasal faedah puasa,
akibat tak puasa...
Then,
barulah cakap pasal;
"kalau tak puasa, tak dapat duit raya."



Benda ni berlaku sampailah
Hakimi tu nak menangis.
Tapi yang peliknya,
last-last Hakimi tu cakap;
"Eh. Sebenarnya kita puasa lah. Kita pura-pura je makan tadi."


Entah lah~
Yang pastinya,
TIDUR AKU DI GANGGU masa tu.
Ayat yang aku selalu gunakan bila
diorang dah nak start bergaduh ialah;
"Jangan lah gaduh, kita kan saudara.."


Believe me,
muka Darwisha pelik je sebab
selalunya aku akan marah
kalau ada orang kacau aku nak rehat.


Adikku,
luaran je nampak ganas,
tapi dalam hati kakak mu ini ada Sunway Lagoon.


Memanglah ada hipokrit sikit di situ.
Sebenarnya, luaran je aku cakap;
"Jangan lah gaduh, kita kan saudara.."
Tapi,
dalam hati, kalau boleh aku nak cakap;
"Bising lagi sekali, aku cepuk sorang-sorang!"


Hmm..
malasnya nak menaip..
Tak de idea nak tulis apa sebenarnya.


Lainlah kalau aku taip post ni time
aku tengah kena dera.
Masa tu lagilah mencurah-curah idea.
Tapi,
ayat yang digunakan kena edit la sikit.
Sebab banyak guna perkataan;
"D*mn! Sh*t! What the.."


Semalam,
Darwisha telah mengejutkan kami semua
apabila dia cakap;
"What the Heck is going on here?!"
Aku dengan adik aku no.2 tu terkejut giler~
Mestilah kami pukul mulut dia,
and then bagi warning jangan sebut lagi perkataan 'Heck'.


Teringat pulak aku dulu,
aku tengah main game masa tu dekat dalam bilik.
Parent aku tengah tengok Movie dekat channel HBO kot.


Then,
diorang tak sedar yang Darwisha datang
dan duduk bersebelahan dengan mereka.
ye lah,
dia tu sama tinggi dengan meja.
Lampu pula dah di switch off masa tu.


Tiba-tiba Darwisha cakap;
"Ee.. dia cium~"
Terkejut parents aku.
Cepat-cepat mereka jerit;
"Hey! Tak boleh tengok."


Ha! Ha! Ha!
Aku tau parents aku menggelabah time tu.
Next assignment aku akan bagitau
dalam next post.


Kali ni,
aku ada bukti yang menunjukkan,
sinki rumah nenek aku tu
sinki ajaib!


P/S : No offense.
Just nak cerita pasal pengalaman~


________________________________________

No comments: