**********************************************************************
Part 1 : Perjalanan ke Rumah Atuk and NenekHari Raya kali ini
tersangatlah @#%*&$^!!
Seperti biasa,
Raya kali ini aku pergi Johor,
rumah Atuk and nenek ku (sebelah my mother).
Kami bertolak pada pukul 5 pagi,
masa tu puasa yang ke-28.
Kami sahur di rumah dulu.
Walaupun masih lagi boleh makan di dalam kereta,
bagi orang yang sedang menjaga berat badan *ehem,
mestilah aku tak makan dalam kereta~
First sekali kami berhenti di masjid
untuk menunai solat Subuh.
Lepas je ambil air sembahyang,
aku pun letak lah sejadah jauh dari makmum yang lain.
Kononnya nak sembahyang seorang diri.
(maaf, iman aku tak berapa kukuh lagi)
Lepas tu,
aku pakailah telekung dengan elegant nya.
Then aku dengar imam cakap;
"As-solatul Jami'ah~"
Masa tu hati aku tengah berperang dengan nafsu;
"nak sembahyang ikut imam ke tak?"
Then,
dengan kuasa Allah,
aku nampak mata makcik-makcik dekat sof hadapan
memandang aku.
I mean SEMUA makcik pandang aku yang sedang
memakai telekung dengan elegantnya.
Oleh kerana aku ni seorang yang cepat pick-up
dengan pandangan tersebut,
plus aku ni seorang yang baik-hati,
sopan santun, ramah tamah, lemah gemalai,
aku pun pergilah meletakkan sejadah di sebelah makcik tu,
sambil membuat muka;
"Aku memang nak sembahyang ikut imam pun tadi~"
So,
bersembahyang lah aku di masjid itu,
di sebelah makcik rambut blonde yang juga pandang aku tadi.
(memang rambut dia blonde, ok?)
Lepas baca doa sendiri,
aku pun terus pakai tudung and keluar dari masjid.
Nasib aku baik bila tengok-tengok,
my father belum sampai dekat kereta lagi.
Kalau aku lambat,
nanti my father bissssssing.
Lepas aku masuk kereta,
then ayah aku keluar dari masjid bersama adikku (no.3)
Bila masuk je dari kereta,
kami pun bertolak keluar dari masjid,
dan berhenti di ATM BSN yang terletak
3 minit di hadapan masjid.
My father pun pergilah ambil duit dia.
Pandanganku di halakan keluar,
ku rasa angin air-cond bertiup sepoi-sepoi bahasa,
(Wah! Sastera)
Tiada kereta di luar.
Serious jalan kosong giler.
Kalau aku nak baring atas jalan raya pun boleh.
Yang ada kat luar tu polis je.
Maybe nak mengiringi VVIP macam aku ni~
Lepas ambil duit,
kami pun bertolak ke Johor,
dengan harapan aku tak jadi Cinderella kali ini..
___________________________________________
No comments:
Post a Comment