cerita pasal Darwisha punya 'ghost story', kan?
K,
aku nak cerita la ni.
Bagi mengisi masa lapang ku,
my mom and dad lantik aku sebagai
'Baby sitter'.
Bukan senang nak dilantik sebagai 'babysitter' ni tau!
Ada banyak kriteria yang perlu dipenuhi.
Ada banyak candidate yang berpusu-pusu rebut nak
ambil title 'babysitter' ni,
tapi aku juga yang dapat.
Bagi sesiapa yang teringin nak apply jadi 'babysitter',
anda semua kena memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
1) Islam
2) Sama jantina dengan budak tersebut
3) Baik hati
4) sopan-santun
5) Ramah-tamah
6) Lemah-lembut
7) Pandai masak
Ok.
Jangan sedih kalau anda tidak ada
sifat-sifat seperti yang disenarai di atas.
Asalkan anda boleh penuhi kriteria No. 1 and 7 pun cukuplah..
Nobody's perfect..
Aku pun tak boleh penuhi semua kriteria di atas.
Aku lack di bahagian no.7 tu.
Yang lain tu dah perfect~♥
Sebelum aku meneruskan cerita ni,
lebih baik kalau aku introduce kan dahulu
watak utama kita,
(sebab dia tak sepopular kakaknya)
Nama : Khairina Darwisha.
Dia bahasakan diri dia sebagai 'Darwisha',
sebab katanya;
"Kalau (panggil) 'Khairina' tu untuk budak kecil,
'Darwisha' tu untuk big girl."
Dia tak suka orang panggil dia 'Adik',
Alasan dia, 'Adik' tu untuk abang dia,(no.3)
Maksudnya, abang dia yang no.3 tu
patut dipanggil 'adik' sebab,
dulu masa dia belum lahir lagi,
No.3 tu bongsu.
Oleh kerana dah 13 tahun
hidup jadi anak bongsu,
sampai sekarang dia masih sukar untuk
buang habit bahasakan diri sebagai 'adik'.
(Ah, tak peduli kalau korang faham ke tak apa yang aku cakap tadi)
SIKAP 1 : Banyak cakap
Darwisha ni seorang yang banyak cakap.
I mean,
seriously BANYAK cakap.
Nak tau apa reaksi dia bila aku bercakap dengan dia;
1) Masa dia tengah makan :
Darwisha : "Masa makan tak boleh cakap"
2) Masa dia tengah berdiri :
Darwisha : "Masa berdiri tak boleh cakap"
3) Masa dia tengah tengok TV :
Darwisha : "Masa tengok TV tak boleh cakap"
4) Masa dalam kereta :
Darwisha : "Masa dalam kereta tak boleh cakap"
Bila? Bila? Bila? Bila? Bila?
Bilakah masanya kita boleh bercakap?!
Ha?! Ha?! Ha?! Ha?! Ha?!
Semuanya tak boleh cakap.
Kalau DIA cakap masa aku
dengan dia tengah makan,
then aku cakap;
"Masa makan tak boleh cakap."
Reaksi dia : Eh, tu kakak cakap masa makan.
Aku : Tapi Darwisha yang cakap dulu.
Dia : Eh, Darwisha dah habis makan dah.
(sambil tunjuk dalam mulut dia kosong)
Kalau aku gaduh dengan dia,
and aku cakap "Kakak tak nak kawan dengan Darwisha lagi!
Tak nak cakap dengan dia dah! Biar dia sorang-sorang takde kawan."
Then,
lama-lama lepas tu.
dia datang bawak game.
Macam biasa,
aku tegur la dia.
Lepas tu dia cakap; "Eh? Dah kawan dengan Darwisha balik?"
AAAAggggghhhhhhhh!!!!
Tercabar ke-egoan ku.
Ayat dia yang paling favourite,
and selalu di gunakan masa aku membebel;
"Banyaknya kakak cakap. Darwisha pening.."
Aku tak membebel pun sebenarnya.
Aku just ulang balik apa yang aku cakap tadi,
contohnya;
Aku : Pergi tengok TV tu.
Darwisha : Apa?
Aku : Pergi tengok TV tu.
Darwisha : Apa?
Aku : PERGI TENGOK TV. SEKARANG!!
Darwisha : Isshh.. Banyaknya kakak cakp. Darwisha pening.
Aku : @#$%%#%##^*!!
SIKAP 2 : Bangga dengan rambut panjang dia
Aku and my mom ada la usik dia,
konon-kononnya nak gunting rambut dia,
Then,
dia pun cakap;
Darwisha : Tak boleh gunting rambut Darwisha!
Aku : Kenapa?
Darwisha : Sebab father (panggilan dirahsiakan) kata rambut Darwisha cantik.
Then,
my father pun datang
and cakap;
"Tak boleh potong rambut Khairina. Rambut Khairina kan cantik."
Masa tu jangan cakaplah,
muka dia dah bangga dah
sebab my father sokong dia.
Ceh!
SIKAP 3 : Suka salah kan orang
My father suka sangat beli kan Darwisha mainan,
makanan, minuman, ice-cream, dll.
Satu hari,
my father belikan 3 ice-cream,
(for me, my mom and Darwisha)
Aku : Ice-cream siapa tu?
Darwisha : Ice-cream mother, kakak dengan Darwisha.
Biasalah,
bagi kami yang bermuka muda♥ ni,
(aku and Darwisha)
mestilah kami makan ice-cream tu dulu.
My mom pulak simpan dulu.
Bila ice-cream dia dah nak habis,
dia pergi dekat my mom and bagi my mom
rasa sikit ice-cream dia yang dah nak habis tu.
Lepas tu,
dia pergi ambil ice-cream my mom.
My mom : Itu kan ice-cream mother? (panggilan dirahsia kan)
Darwisha : Mother (panggilan dirahsiakan) yang habiskan ice-cream darwisha.
He'eleh..
Ice-cream dia tu dah
memang nak habis.
Kalau semut makan,
kenyang 1 jam.
Tak pun,
dia akan jawab ;
Darwisha : Sebab ice-cream mother sedap sangat~
SIKAP 3 : Pelat
Aku and my mom suka usik dia
bila dia cakap pelat.
Contohnya :
Fact : Kupang. (10 kupang)
Pelat : Pukang. (10 pukang)
Fact : Ketam.
Pelat : Katang.
Fact : cupcake.
Pelat : Pak cake.
Sebenarnya ada banyak lagi,
tapi malas pulak nak list kan.
GHOST STORY
Ok,
banyak pulak aku punya introduction ni.
Darwisha ni seorang budak yang hyper active.
Bagi mengurangkan hyper activenya,
aku telah decided untuk mencipta satu
watak untuk menakut-nakut kannya.
Kebetulan,
masa tu aku tengah baca komik detective.
Detective ni tengah melarikan dirinya
dan seorang girl ni daripada dibunuh oleh orang jahat.
Oleh kerana aku ni seorang yang
baik dan peka terhadap tumbesaran
kanak-kanak,
tak kan lah aku nak cakap
perkataan seperti 'bunuh', 'mati', etc.
Bila Darwisha tunjuk gambar
penjahat yang sedang dalam proses
pembunuhan dekat aku,
aku terpaksa menggunakan imagination aku
dengan menukarkan cerita itu kepada
cerita untuk budak umur 3 tahun.
Darwisha : Tu sape kakak?
Kenapa dia nak kejar adik dia dengan abang dia?
(detective dengan girl)
Aku : Uncle tak de rambut tu nak ambil mata budak tu.
(lagi ganas dari ayat 'bunuh' and 'mati', kan?)
Darwisha : Sebab kenapa dia nak ambil mata budak tu?
(Aku taip sebiji seperti yang dia cakap)
Aku : Sebab abang dia suka menangis waktu malam.
Asyik nak 'shu shu' botol je (ajuk pelat Darwisha; Botol Susu)
Sejak hari tu,
aku selalu menakut-nakutkan Darwisha
bila dia menangis or buat apa je lah yang
mengacau hidup aku.
Mestilah aku buat semua ni
masa my mom and dad aku tak de.
Kalau tak,
mesti lah aku kena marah nanti.
Sebelum pergi sekolah,
my mom kejut aku;
"Pergi tidur sebelah adik"
So,
aku pun pergilah tidur sebelah dia.
Bila dia bangun je tidur,
dia terus menangis sebab tak nampak my mom.
Aku memang cukup malas bila
tengah tidur,
ada budak nangis sebelah aku.
Tanpa buka mata,
aku pun cakap;
"Tau tak, semalam uncle takde rambut datang ambil mata makcik sebelah,
sebab makcik tu suka nangis malam-malam."
Lepas tu aku tendang kayu dekat katil.
"Hah! Bunyi apa tu?! Tutup mata cepat!"
(mata aku masih tutup)
Bila aku bukak mata je,
aku tengok Darwisha tengah tutup muka,
and lama-lama lepas tu,
dia pun tertidur.
Hahahah!
Benda ni berlangsung sehingga sekarang.
Aku kesian dengan makcik sebelah rumah aku ni.
Asyik kena ambil je mata dia,
banyak pulak mata dia.
Alasan yang aku bagi
masa aku cakap uncle takde rambut tu ambil
mata makcik tu ialah;
1) Sebab suka kacau kakak dia main game
2) Suka mintak botol susu waktu malam
3) Tak nak dengar cakap kakak dia
Well,
semuanya berdasarkan sikap Darwisha.
Suatu hari...
Masa tu aku tengah makan ice-cream
dengan Darwisha sambil tengok TV.
Parent aku tak balik lagi.
Darwisha pun cakap dekat aku;
Darwisha : Tau tak, masa kakak tengah tidur,
Darwisha nampak ada orang buat macam ni (berdiri, duduk)
dekat situ. (tangan ditujukan dekat atas pokok-pokok yang ditanam makcik sebelah)
Aku : ..... Orang tu girl ke boy? (mana lah tau, kot-kot paparazzi)
Darwisha : Girl. Rambut dia panjang.
Aku : ...... Dia pakai baju warna apa? (Alah, mesti dia cakap warna Pink.)
(Aku still tak nak percaya tu ghost)
Darwisha : Baju dia warna putih, rambut dia pun warna putih. Tapi takde kaki.
(muka slumber sambil makan ice-cream dalam cup.)
Takde kaki? Takde kaki? Takde kaki? Takde kaki? Takde kaki???
Aku : ????!!! De..de..dekat mana darwisha nampak tadi?
Darwisha : Dekat atas pokok yang ada lubang-lubang tu. (pokok pisang)
Aku : ...... Sekarang dia ada lagi?
Darwisha : Takde. Bila kakak tidur, dia ada lah. Dia buat macam ni (terhenjut-henjut)
*Pengsan*
Serious!
Lagi scary dari cerita Uncle takde rambut
yang tak pernah wujud,
tapi selalu ada tak kira dimana kami berada.
Contohnya masa kami pergi Cameron hari tu
aku ada cerita jugak pasal uncle takde rambut
ada dekat dalam bonnet kereta.
Kadang-kadang,
masa balik dari shopping,
my mom and aku pun cakap
uncle takde rambut dekat dalam kereta warna kuning
depan kereta kami.
(masa tu dia tak tau color lagi. Padahal semua kereta kat depan color putih.)
Aku ada bagi tau kat parent aku,
tapi parent aku semua tak nak
fikir yang bukan-bukan.
*Oohhhh~~~
No comments:
Post a Comment