Thursday, August 5, 2010

Aku, Penjual oren, dan Darwisha..

Oleh kerana aku takut nak
taip topic ni (cerita hantu Darwisha) malam semalam,
so, aku buat lah part two version.


Tapi sebelum tu,
aku ada satu cerita nak di cerita kan.
Ada satu family ni,
mereka adalah penjual air jus
semenjak turun temurun lagi.


Satu hari,
salah seorang daripada mereka
decided untuk berhenti daripada
menjual air jus menggunakan kordeal,
tetapi sebaliknya dia mahu menjual
air jus dengan menggunakan oren sebenar.
(macam iklan pulak)



The second generation family tersebut
yang sudah lama dan expert dalam bidang
pembuatan air ini menganggap perbuatan
'budak' tadi tu sebagai sia-sia dan buang masa.



'Budak' tersebut sentiasa di kritik
semenjak dia mula menanam biji benih pokok tersebut.
"Perbuatan kamu sangat membuang masa."


Begitulah kritikan yang sering
di terima oleh 'budak' tersebut.
Sampai situ sahaja cerita ku.
Mak aku dah kejut aku suruh bangun
sembahyang Subuh time tu.



Ni semua gara-gara
tengok botol sunquick dekat Bakery kami.
Ok,
aku tak tengok je,
aku ada la sikit 'ugut' Darwisha suruh
telan jus tu kalau dia tak nak mandi.
Aku 'ugut' sikit je..
Aku kan baik hati..
Tak kan lah aku nak suruh dia buat betul-betul kot...


Tapi,
Daripada mimpi tadi,
Aku dapat simpulkan bahawa,
mengikut teori aku,
siapa tahu,
'budak' itu akan dapat menghasilkan air jus oren
yang lebih sedap daripada jus instant
yang family dia buat sebelum ni.


Macam ada satu cerita ni,
yang kebetulan aku baru tengok
beberapa hari yang lepas,
ada seorang lelaki ni yang
mengusaha ladang anggur dan
kemudian memprosesnya kepada arak.


Semua orang cakap,
sebaik sahaja di botolkan arak tersebut,
beliau mesti terus menjualnya.
Tetapi,lelaki tadi tu refuse untuk terus menjualnya
seperti mana orang lain buat.


Dia peram dulu botol tu lama-lama,
dan barulah dia jual.
Akhirnya,
arak dia telah memenangi banyak competition.
The End..
Ni cerita Cina, ok?


Bukan mudah untuk menjadi 'budak'
dalam mimpi aku tersebut.
Dia tak boleh marah family dia,
sebab nanti di katakan biadab.


Aku tak faham betul,
kenapa kalau orang tua sakit kan hati orang muda,
orang muda tak boleh nak lawan balik.


Kalau lawan, mesti orang tua tu
akan cakap; "Ha, menjawab!"


Aku pernah kena marah dulu,
tapi aku lupa pasal apa.
Sebagai contoh,
"Kenapa tak masak nasi lagi?!"
"Sebab air tak de."
"Ha, MENJAWAB!"


What the....
Aku tak faham!
I cannot understand!
Bila orang tanya,
mestilah kena jawab.
Kalau diam kang,
takut lain pulak dia cakap.
Korang pernah tak alami situasi tersebut?
Ke aku sorang je yang pernah??


Mak aku ada cerita kat aku,
yang ada small accident dekat
depan Bakery kami.
Mengikut kenyataan plaintif,(macam lawyer pulak aku ni)
Defendant (seorang pakcik tua)
telah melanggar motor beliau.


Plaintif tersebut adalah seorang gadis muda.
Aku tak berapa sure umur dia,
sebab aku tak berada di tempat kejadian tersebut.
Aku tengah sibuk berlagak muda dengan Darwisha.
(main lukis-lukis)


Menurut keterangan saksi (my mom),
Plaintif telah memarahi orang tua
tersebut dengan gemilangnya.


Body language,
eye contact,
voice projection, semuanya lengkap.
Terus keluar pelat Kedahnya.


Orang tua tersebut bengang kerana
dia dilayan seperti itu,
plus, plaintif telah memarahinya di khalayak ramai pula tu.
(Masa tu ada pasar sehari)
Kejadian tu berlaku di parking lot.


Aku tak tau apa ending dia.
Yang penting pakcik tu punyalah marah,
sampai dia cakap;
"Kau tu dah macam anak aku!"


Tak baik kan buat macam tu?
Sepatutnya,
walaupun kita tau orang tua tu yang salah,
selesaikan lah dengan cara baik.
Kita kena jaga air muka dia juga.


Dia tu mantan ketua kampung pula tu.
Mestilah jatuh air muka dia.
Sekurang-kurangnya,
cakap lah perlahan-lahan kat Pakcik tu;
"Kita jumpa dekat court." ke,
"Nanti saya bagi tahu bini pakcik," ke..


Ni tak,
Dia cakap sambil meninggikan suara,
then siap body language lagi,
eye contact tak payah cakap lah,
mata dah terjegil pandang pakcik tu.


Sekurang-kurangnya,
cakaplah dengan sopan masa nak buktikan
pakcik tu salah.


Tengok perbezaan aku dan plaintif.


Plaintif : Mana ada! Tadi saya nampak pakcik belok,
terus langgar motor saya!
Ni, macam mana dengan motor saya ni!


Aku : Bukan begitu kekanda. Tadi adinda nampak kekanda
dengan tidak sengaja terlebih speed,
lalu hilang kawalan di selekoh itu,
Maka, berlanggarlah kita.
Adinda ni pemaaf sebenarnya,
tapi, motor ni kepunyaan ayah adinda,
dan dia bukanlah sepemaaf adinda.


See the different?
Tapi,
oleh kerana aku ni muka muda ,
agak tak sesuai bahasakan diri 'kekanda' dan 'adinda'.
Sepatutnya tukar 'Datukanda' and 'cucunda',
Tapi aku tak reti eja pulak.


Kesimpulannya,
budi bahasa budaya kita.
Kalau dua-dua semangat berkobar-kobar
menjatuhkan pihak lawan,
sampai bila nak habis isu ni.
(dah macam politik plak)


Ok cerita terbaru,
sedang aku sibuk menaip entry ni,
Darwisha yang baru bangun tidur
terus menjerit, "Oo!"
(tiba-tiba. Tak tau apa motif dia.)


Terkejut aku.
Nasib baik tak de heart attack.


Seperti biasa,
hari ni aku kena babysit dia.
Tapi,
hari ni lain sikit,
nanny dia datang rumah,
tolong kemas-kemas sikit.
AKU PUN TOLONG JUGAK YE!!


Melihatkan Darwisha yang terpinga-pinga,
dan terkejut kerana bangun je dari tidur,
dia tak nampak aku
(sebab selalunya aku tidur sebelah dia),


so,
dengan baik hatinya,
aku terus panggil dia.
Dengan terkedek-kedek,
dia datang mendekati aku.


Oleh kerana aku rajin,
aku siap buat comic strip lagi.
Dia cakap ni masa muka dia ngantuk lagi.




Ya..
Aku kalah di situ..
Aku memang tak boleh nak balas balik.
Kang kalau aku jawab kang,
takut dia cakap;
"Ha. MENJAWAB!"
(mana la tau, kot-kot ada orang ajar dia cakap macam tu..)



Lepas tu pulak dia terus meninggal kan aku sendirian,
dan mendekati Mak Jah (nanny) di dapur.





Aku tak tau lah
apa masalah aku dengan dia.
*sigh....


Oh,
cerita pasal Topic 2 tu nanti-nanti
lah aku sambung.

No comments: