Friday, October 8, 2010

Hari Raya ku (PART 3)

Tadi saje je nak buka blog.
Rupa-rupanya ada orang
baca juga blog aku ni.


Thank You~
Kepada kawan adik no.2 ku
yang berada di Penang tu,
thanks sebab baca blog akak.
Akak restui hubungan anda berdua. (*tiba-tiba)
(Mati aku kalau adik no.2 aku baca ni)



Semasa sedang melihat
pembaca-pembaca dari serata negeri
membaca aku punya blog,
tiba-tiba aku terlihat akan
gambar ku di posting blog yang aku follow.
It's my aunt's blog.


Muka aku masa tu ialah :




Rupa-rupanya ianya pasal
posting ku sebelum ini yang
menceritakan pasal ragam
adik-adik saudaraku di Bulan Puasa.


Well,
tujuan aku tulis pasal story itu ialah
seperti yang aku sebut di atas;
1) menceritakan kisah tidur aku diganggu,
2) kisah seorang saksi kejadian tersebut,
3) kisah mereka berbincang tentang
soal agama ketika di usia muda lagi.


Aku pun tak pernah terfikir nak
berbincang soal agama ketika seusia mereka.
Masa tu aku lebih suka berbincang tentang
cerita Dragon Ball, Sailor Moon~



Kalau posting tersebut menyakiti
beberapa pihak,
saya minta maaf.
Seriously! (^.^)v

Selain berpewatakan baik hati,
lemah gemalai, sopan santun,
aku ni juga merupakan kakak saudara
yang malas nak campur urusan budak-budak.
Asalkan mereka tidak bising,
dan membuat sepah,
itu pun dah kira cukup bagi aku.
(Sebab aku yang kena kemas nanti)



Ok,
Enough with the chit-chat. (*tiba-tiba)
Seperti yang di janji kan,
aku nak sambung cerita pasal tugasan aku
di Hari Raya yang lepas.
Aku tak nak cerita.
Just nak tunjuk gambar je :




Caption : This one is my first time kopek kerang.

Perasaan : Geli je tangan aku berlumuran darah.

Info yang aku dapat : Rupa-rupanya, kerang ada darah.

P/S : Kalau anda pun first time macam saya, agak susah nak kopek dia.
Nenek and Ateh I cakap, nak senang, tuang dengan air panas.








Caption : First time aku kupas bawang se 'gedebuk' macam tu.

Perasaan : First time mata aku sakit bila kupas bawang.

Info yang aku dapat : Rupa-rupanya, kupas bawang boleh
mengakibatkan mata kita berair.
Aku ingat makcik-makcik dalam TV saje je
emotional..

P/S : Ateh aku pernah cakap, kalau tak nak bagi pedih mata,
kena cucuk bawang putih di hujung mata pisau.








Caption : First time nenek aku suruh basuh periuk.
Bukan 2 periuk,
tapi 2 periuk kecil and 2 periuk besar!
(nenek ku dah berubah... *sob..sob)


Perasaan : Agak terpana dengan arahan nenek ku.
Selalunya ini kerja orang lelaki.

Info yang aku dapat : Rupa-rupanya susah jugak nak sental dia.

P/S : Masa kat rumah, my mom suruh sental periuk,
(Mungkin kagum dengan kredibiliti aku di rumah nenek hari tu)
dia suruh guna sebuk sental jenama ZIP.
WOW! It's really work! And aku dah ketagih skang.
Semua benda aku nak sental.








Caption : First time aku di suruh men 'transfer' sup kedalam periuk
yang lebih besar.
(selalunya adik no.2 dengan Pak Su yang buat)

Perasaan : Terkedu dengan arahan Pak Teh.
Periuk itu panas ye, tuan-tuan dan puan-puan.


Info yang aku dapat : Beruntung jadi anak no. 1,
sebab aku suruh adik aku no.2 yang buat.

P/S : Gunakan kuasa anda sebagai kakak atau abang.




Caption : First time aku isi beras dalam ketupat.
Selalunya Ateh, Mak Ndak dengan Atuk yang buat. Setahu aku lah~

Perasaan : Terkejut sebab Atuk tolong aku isi beras. WOooooo~ First time woh~

Info yang aku dapat : Beras kena letak separuh je. Agak kritikal jugak nak letak dia.

P/S : Nasib baik aku tak kena suruh anyam ketupat. Thanks to my Achik and Pak Chik kerana menganyam ketupat. Pak Chik dah pandai
anyam ketupat. Next year boleh tolong lagi~ Awwww!









Caption : Nenek minta tolong aku letak penyangkut dekat langsir.

Perasaan : Dah banyak kali aku buat benda ni. Dah tak de perasaan.

Info yang aku dapat : Baru terasa panjangnya langsir ni.

P/S : Adik saudara ku yang kecil; Rafiqi dan Ad Din mula rapat dengan aku.
Comel betul masa mereka cuba menakutkan aku dengan berjalan
di dalam selimut.








Caption : Sinki Ajaib Pertama.

Perasaan : Ok. Sebab ni sinki Ajaib yang pertama.

Info yang aku dapat : Sentiasa basuh pinggan setelah selesai menggunakannya.

P/S : Cepat-cepatlah adik-adik saudara ku ni membesar.








Caption : Hasilnya~

Perasaan : Lega~

Info yang aku dapat : Cepat-cepat lari sebelum sinki itu bertukar menjadi ajaib.

P/S : Cepat-cepatlah adik-adik saudaraku membesar~







Caption : Ini adalah kemuncak kes sinki ajaib.

Perasaan : Nak pengsan bila tengok pinggan banyak. Nak menangis pun ada.

Info yang aku dapat : Basuhlah pinggan anda sementara ia tidak banyak macam ni.

P/S : Special thanks to Irfan kerana banyak membantu Kak Anis. I LOVE YOU!
Time Pak Su kawen karang boleh lah tolong lagi ye?? Thanks to nenek sebab
bagi upah.







************
In conclusion,
Sebenarnya aku bukan nak mengungkit ke apa..
Cuma nak bagi tahu apa yang aku
lalui pada Hari Raya tahun ini.


Ianya akan menjadi mudah kalau
kita semua
bekerjasama antara
satu sama lain.


Ketiadaan
Mak Ndak sangat di rasai
oleh
Ateh and my mom sebelum ini.
Baru mereka tahu kepentingan
Mak Ndak
dalam episod Raya ni.


Harapan ku ialah :
1) semoga gaji Maid akan turun
pada tahun akan datang.

2) Semoga ada orang mencipta
sinki yang boleh
di set kan ketinggiannya supaya
adik-adik saudaraku yang pendek itu
tiada alasan untuk tidak membasuh
pinggan sendiri.


Thanks to :
Semua orang yang membantu
pada Hari Raya tahun ini;
1)
Atuk and nenek,

2)
my parents,

3)
Mak De and family,

4)
Mak Ndak and family,

5)
Ateh and family,

6)
Achik and family,

7)
Pak Su.


P/S :
- Pada tahun ini
Mak Ngah and family beraya di Besut, Terengganu.

-
Pak Teh and Ateh, tahun depan boleh lah up kan sikit duit raya.. Huhuuhu~


___________________________________



2 comments:

RR said...

anizz,
1- achik suka baca entri ni sbb ada mention nama achik...hehehe
2- yg anyam ketupat selalunya kat kg tu ialah atok, ateh, achik dan terbaru ialah pak chik...
3- correction spelling untuk Rafiqi. bukan Rafiki, sbb dalam arabic dia pakai huruf qaf bukan kaf. harap maklum. ;)

AniZz said...

Thanks and Oooppss.. salah eja pulak. (^.^)v