Thursday, January 28, 2010

Sepanjang minggu ni...

Wah!
Giler lah aku punya tajuk entry..

K,
Kepada peminat-peminat blogku ini,
(cewah! Macam ada plak..)
Saya mahu meminta maaf kerana lambat update.
Biasalah..
Hidup nie banyak dugaannya..


Apa yang terjadi sepanjang minggu ini?


Hari Isnin:

Hari ni aku pergi outing dengan ex-roommate aku, Farahain.
Nak tahu kami pergi makan dekat mana?
KFC Wooooo!


Aku ngan Farah order Toasted Twister.
Yang sedihnya..
Twister aku lambat sampai..
Air Pepsi aku dah nak habis,
barulah staff KFC tu deliver..


Lepas makan mestilah nak basuh tangan, kan?
So,
aku pun bergegaslah nak pergi basuh tangan.


Kat situ ada sorang budak lelaki ni.
Area umur 15-17 tahun.
Dia tengah basuh tangan,
Lepas nampak aku je,
dia terus pergi tanpa sempat menutup paip.
(Mungkin nervous nampak gadis muda+cantik cam aku)


"Anis, Macam mana nak basuh tangan? Air takde"


Air takde?
Tak nampak ke air laju je keluar dari paip budak tadi?
Aku pun dengan yakinnya tekan la soap box kat sebelah aku.
Bila dah sabun tangan tu,
Aku pun terus lah bukak paip budak laki tu,


"Eh, takde air?"
Tanpa sebarang kerisauan, aku pun terus buka paip disinki sebelah.


"TAK DE AIR??!!"
Macam mana ni?
Tangan dah melekit dengan sabun ni!


"Pergi lah basuh tangan kat toilet"


Aku pun terus buka pintu toilet.
Pergghhh!!
Perfume apa yang diorang guna pun aku tak tau..


Seriously,
Kalau korang nak masuk toilet tu,
pesan kat partner dulu:
"Kalau aku masuk toilet lebih dari 4 minit, kau redah je. Maybe aku dah pengsan kat toilet."


Nasib baik aku bawa air mineral dari campus,
so, aku pun basuh la tangan menggunakan air mineral tersebut..


Keluar je dari KFC,
Farah tunjuk dekat aku,
ada sorang budak ni, tengah main air (paip) dekat sebelah kedai KFC.


Aku pun cakap,
"Dik, jangan main air tu. Kat KFC takde air."
Entah faham ke tak budak tu.
Yang penting, Farah gelak sambil pukul2 tangan aku.
(Kepada peminat aku, sila pukul Farah bagi pihak aku)


Hari Rabu :

Nothing special..
Hari nie pun aku outing.
Kali ni outing untuk bayar duit broadband.
RM24 je!! Fu~yoh!


Yang paling bestnya,
kitorang balik UiTM naik Van Baru!!
Giler best~


Aku ngan Dila duduk seat depan.
Ada 3 seat.
Oleh kerana tak ramai student yang naik van tu,
3 seat tu kami yang punya.
(muahahaha! gelak orang jahat)


Dengan aircond sorang satu,
perghhhhh...
bestnya...


K, lah.
Sebenarnya banyak lagi citer funny.
Tapi malas nak taip.
Good night!

No comments: