Wednesday, January 20, 2010

Kenangan Aku?

Wah~
I have to say,
I'm impressed with my Mak Ngah's memory.


Dia still lagi boleh ingat cerita lama-lama dulu..
(cerita yang memang lama -lama dulu)


Aku suka dengar mak aku cerita masa zaman dia muda-muda dulu.
Bila sebut pasal zaman mak aku muda dulu,
aku terbayangkan rambut afro,
pakaian yang retro..
menari reggae.. (apebende tuh??)
(nie semua pengaruh cerita cartoon kat Disney Channel)


Entah betul ke tak tu zaman muda mak aku dulu.
Nanti-nanti lah aku tanya..


Aku?
Langsung tak ingat zaman aku muda dulu.
(Macam tua sangat je aku ni)


Bila jumpa makcik-makcik sebelah ayah,
diorang mesti cakap:
"Ingat lagi masa Anis kecil dulu, tolong Wan sapu sampah"


Oh,
Wan tu macam atok la..
Dia dah arwah dah..
Langsung tak ada memori pasal dia.


Tapi,
mesti dia tu baik orangnya.
Sebab,
mak aku pernah cakap yang
kalau aku nagis, mesti dia marah sape2 yang buat aku nagis.
kalau dia hidup lagi, kan bagus...
(mesti aku boleh pujuk Wan belikan aku myvi. Wakaka..)


Berbalik kepada cerita aku sapu sampah masa kecil dulu,
aku langsung tak faham apa yang besar sangat dengan incident tersebut.


Adakah aku menyapu sampah dari rumah Wan aku sehingga rumah jiran-jirannya
sehinggakan incident itu kekal di minda makcik-makcik aku?


Atau,
adakah mereka malas mahu menyapu,
dan membuli aku yang masih kecil lalu disuruh menyapu untuk mereka?


Atau,
adakah aku menyapu sampah sampai berkilat tanah di kawasan rumah Wan aku?


Atau,
adakah aku menyapu sampah dengan gaya yang unik?
(mana lah tahu, kot-kot akulah pencipta vacuum sebenarnya)


Itu semua masih menjadi misteri..


Tapi,
cerita yang paling aku boring dan
tak gemar mendengarnya dari mulut makcik-makcik sebelah mak aku:
"Ingat lagi dulu, asal malam je Anis menangis."
(Masa tu aku baby)


Bukan lumrah baby ke menangis malam-malam?
Apa perasaan mereka kalau baby menyanyi, berzapin, mengilai tengah malam?
Hohoho..
Mesti lebih rela mendengar baby menangis daripada mengilai, kan??

_____________________________________________

In my opinion,
cerita budak-budak zaman dulu lagi best dari zaman sekarang.
Sebab,
diorang (orang tua) selalu cerita pasal kenangan mereka mandi di sungai, panjat pokok..
semuanya aktiviti yang jarang dibuat oleh budak zaman sekarang.


Cuba bayangkan 60 tahun akan datang,
masa tu korang dah tua and cucu korang nak dengar cerita korang zaman muda dulu,
mesti korang cerita:

Atok A : "Oh, dulu masa atok muda, atok main PS2 ngan Opah kau.."

Atok B : "Atok masa muda dulu, juara rempit. Sebut je nama atok, semua geng rempit kenal"

Atok C : "Dulu Atok selalu message-message Opah kau yang nombor 3 tu.."

Atok D : "Atok ingat lagi, masa jadi student UiTM dulu. Atok sorang je yang boleh selesaikan soalan Account. Sebenarnyakan Cucu, Account terbahagi kepada bla..bla.."
___________________________________________________

yang perempuan plak cerita:

Opah : "Dulu masa Opah Cici (nama Opah tersebut) belajar kat UiTM,
Opah selalu overnight, main bowling, bersocial, berkaraoke..
Haa, nie gambar Opah masa outing ngan roommate Opah"

Cucu: "Wah, socialnya Opah.. Eh, eh.. dulu pun Opah posing sedut lemak pipi juga ke?"

Opah : "Mestilah, dulu Opah punya pipi banyak sangat lemaknya.
Sekarang dah tak boleh buat selalu.. Lemak kat pipi dah berkurangan.."


Moral of the story:
Sedutlah lemak pipi anda sebanyak yang mungkin.
Bila dah tua, dah tak boleh buat dah..


Disini aku sediakan sample bagaimana nak sedut lemak pipi:

Model di atas ialah Kak Cici.

5 comments:

syikin mohamad said...

poyoooooooooooooooooooo. BENCI ANIS. BENCI. aku boleh saman kau !!! hahahahaha.

lemongrape said...

This posting is very funny..best la Anis

Anonymous said...

Berani ke Syikin nak saman Anis?

Jentayu said...

hehehe....comel jek anak sedara Achik ni...mmmmuah!!!muah!!

Jentayu said...

hehehe....comel jek anak sedara Achik ni...mmmmuah!!!muah!!