Saturday, May 12, 2012

Entry Perth : Berperang di surau Airport

Flight aku bertolak pukul 9 pagi.
Oleh kerana my lecturer excited sangat,
rombongan kami bertolak ke KLIA pada pukul
11 malam hari sebelumnya.








Ye,
aku tahu,
mereka takut kami terlambat.
Tapi... pukul 11pm??





Kami tiba di KLIA around 1-2 am.
Sementara menunggu,
kami pergi tangkap-tangkap gambar,
breakfast dekat McD and KFC~
(mana nak jumpa kedai nasi lemak kat airport..)





Masuk je waktu solat Subuh,
kami pergi ke surau untuk menunaikan solat.





Ramai betul mak cik-mak cik yang
berada di luar surau.
Serious crowded.





Selepas membuka tudung,
aku terus beratur untuk
mengambil air sembahyang.







Aku punya giliran no.3.
Tapi, banyak pula mak cik-mak cik
yang memotong barisan depan aku.






Aku bagi chance dekat 2 orang
mak cik yang memotong line,
then, terus aku ambil wudhu'.





Bukan tak nak mengalah..
aku dah lapar sangat masa tu.
Kalau tunggu lama-lama nanti,
mau termuntah aku kat situ.
Siapa nak lap??





Kesian Wawa.
Banyak gila mak cik yang
potong line dia time tu.
Hanya Allah yang tahu betapa
penyabarnya Wawa pada masa itu..





Seriously,
mak cik-mak cik dekat situ
memang tak mudah mengalah.
Ikut suka hati dia je nak potong line.
Macam dia seorang je yang nak sembahyang Subuh.





Masa tengah potong line,
muka mak cik tu sangat menakutkan.
Muka dia macam :
"Budak! Kau ketepi sikit boleh? Tak reti nak hormat orang tua betul!"






Aku tak marah.
Aku just rasa sangat funny.
Betul, tak marah.
Biasalah, hati dah berbunga-bunga nak pergi Perth,
mana ada masa nak fikir pasal hal kecil dekat Malaysia ni.
Cewah!





Selepas solat Subuh di surau
yang amat sempit itu,
aku terus melipat telekung.




Tiba-tiba,
ada seorang mak cik tu
bising-bising cari tudung dia
dekat area bag aku.





Masa tu aku baru nak cakap
dekat Mak Cik tu yang mustahil
tudung dia ada di situ,
sebab tempat tu just ada
bag aku and wawa, and tudung aku je.





Tapi,
ZAPPP!!!!




Caption : Tak reti lukis tudung. So, tudung di gantikan dengan crown





Depan mata aku,
dia campak tudung aku kat tepi.
Dah lah surau tu ramai orang,
tudung aku dah hampir-hampir kena pijak.





Fu-Wah!
This means WAR!




Mesti anda ingat aku
terus mengamuk dekat dalam surau tu,
sambil mencarut macam-macam
dekat Mak Cik tu, kan?








Tak.
Aku tak adalah sebiadab itu.
Kita kena menghormati orang yang
lebih tua daripada kita.





Sabar itu kan separuh daripada iman~
Lagipun, tak kan lah kerana sehelai tudung,
rosak surau airport.
(Tiru ayat : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga)
(^___^)v





Aku dengan tersenyum manisnya,
just minta tolong dekat Mak Cik
tu supaya tolong ambilkan tudung
(yang telah BELIAU campakkan tadi).







Lepas tu,
aku cakap lah "Thank you~".





Bagaimana reaksi muka
Mak cik tersebut?
Selamba je.
Macam :
"Bukan aku yang campak tudung kau tadi."






Dia tak cakap the Magical Word pun.... :
"Sorry.."
(T_____T)





P/S :
Hormati antara satu sama lain.
Tidak kira muda atau tua.




Kalau ada orang tanya aku time tu:
Question : Mana lebih penting? Tudung atau adab?




My Answer : Adab. Kita kena hormati orang yang lebih tua.

Dalam hati : TUDUNG AKU LAH! Mana nak cari iron dekat
airport ni?! Habis gambar aku jadi hodoh time dah sampai dekat Perth nanti!!





__________AniZz______________

4 comments:

Unknown said...

wow....sgt tragik cerita kau ni... good job~
plis continue~

Hanamiko Sakura said...

adoii.. dalam hati dah berasap-asap dah ni.. ada juga makcik macam tu ek.. ish ish ish..

HerNameIsWZ said...

aku paling tak sabar nak dengar cerita pasal wifi ni...hahaha

HerNameIsWZ said...

i googled my name and it led me here. So, hello!