Tuesday, February 21, 2012

Cuti bersama Nenek : Tak faham

Sudah lama aku mendiam kan diri.
Selepas sahaja selesai menjawab
Final Exam,
aku terus di bawa ke rumah Nenek.




Sebelum tu,
my mom dah beritahu yang aku
akan di tinggal kan di rumah Nenek
sepanjang cuti semester.




Tujuannya,
my mom and dad nak suruh
aku teman kan nenek yang
tinggal seorang diri di Johor.





Tipulah kalau aku cakap yang
aku bersetuju 100% dengan rancangan
my mom and dad ni.




Sebagai seorang remaja *ehem*,
mestilah aku nak duduk di rumah sendiri.
Sudah lama aku tak balik ke rumah,
tapi my mom and dad suruh aku tinggal
dekat rumah Nenek pula.
(lagipun, rumah Nenek tak ada line internet)





Setelah fikir baik dan buruknya,
aku pun menyerah kepada takdir.
Alah, kalau aku tak nak duduk dekat
rumah Nenek pun, mesti my dad and mom
siap bawa rotan untuk paksa aku teman Nenek.





Kenapa aku tak nak duduk di rumah Nenek?
Bukan tak nak.
Berat hati untuk tinggal di rumah Nenek.
Sebab, aku tak ada kawan dekat sana.




Adik saudaraku, Sara, tidak dapat tinggal di rumah Nenek,
sebab dia nak teman kawan dia di rumahnya.
Emak rakannya pergi Umrah.




So,
I don't have any friends!
Forever alone. . . . . . . .





Lagipun,
aku tahu,
antara salah satu sebab yang tersirat ialah,
my mom nak suruh aku belajar masak
dengan Nenek.




Untuk pengetahuan anda,
aku tak suka memasak.
I really hate it.
Sampai sekarang aku benci.




Well,
TIDAK SUKA masak tak bermakna
aku TIDAK TAHU memasak.
Kelmarin, aku buat bubur untuk Darwisha,
and dia tambah 4 kali woh~
See? I'm good at this.




Selepas my mom and dad pulang
meninggalkan aku bersendirian di rumah Nenek,
aku kembali kepada mood pendiam.




Alhamdulillah ada Mak Ndak (emak saudara) di situ.
Dia yang tolong masak.
(Dia tinggal di rumah Nenek selama 3 hari)





Tapi,
one day,
Mak Ndak suruh aku practice masak sayur.






Bukan aku tak tahu cara
nak masak sayur.
Tahu.
Tapi yang basic je lah.




Bak kata Rodrick dalam filem :
Diary of a Wimpy Kid ;
"Don't be good at something that you doesn't wanna do."




Then,
nenek pun datang dan tanya pada aku :





Perencah?
Orang yang benci masak macam aku,
mana lah tahu bahasa-bahasa dapur ni.
Setahu aku, perencah itu macam :
Perencah maggi, Adabi, etc~





Aku pun jawab lah :
"Masak sayur tumis je lah. . . . ?"








Oooh~
Baru lah aku tahu yang Nenek
sebenarnya nak tanya 'side dish' apa
yang aku nak letak dalam sayur tu.




Bagi aku :





Kalau Nenek tanya soalan di atas,
mesti aku boleh faham.




P/S :
Well,
tinggal dengan Nenek tak adalah
seteruk yang aku sangka.
Aku dengan Nenek banyak habis kan
masa dengan menonton cerita Jewel in The Palace
yang aku beli khas untuk Nenek semasa di Melaka.




Sebenarnya agak fun duduk
dengan Nenek,
sebab, setiap hari aku
makan ice-cream dengan Nenek sambil
tengok cerita Jewel in The Palace.
(^0^)v




________________Anizz______________

11 comments:

Humaira' said...

kita sama! tak suka masak! huhu..sanggup kemas rumah or mop lantai banyak kali pun xpe dari memasak...shhhh!!!

AniZz said...

Betul! Betul! Betul! Wah~ Ingat kan Anis sorang macam tu. Masih ada lagi species macam Anis kat dunia ni. Bagus~!

Noorhidayah Fauzi said...

best tu....nenek layan drama~

Nurul Izzwaida said...

Siapa kata Princess Anizz ni tak pandai masak??? lauk kentang goreng + ikan bilis (tak tau apa namanye lauk ni...) tu sedap woooooo.... bertambah tambah mak su makan....

apa pun... mak su saaangggatttt respect dgn anizz... dannnn sgt terhutang budi juge dgn anizz ni... (bila sebut 'hutang' ni mcm kena langsaikan 'hutang' je ni....)jeng jeng jeng... (^.^)v

Nurul Izzwaida said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,
Some day in future when you get older, u'll remember all the precious moment with your grandma.
Believe me, when that time comes you'll thanks to your parent because sending you to your grandma's house.
Have great holidays & please appreciate every moments..(,")

ibu Irfah said...

Anis, mana post during your stay at nenek house.. love to read your celoteh..

blog-tips-kurus said...

bertuah masih ada nenek tau..

Paksu said...

Terima kasih sebab sudi tolong teman nenek

Miz Lovalino Azifa (Nurriesyamyra) said...

untung aniz, nenek masih ade lg. sy dpt duduk dgn nenek pn mse sy kecik, hehe. rindunyer kt arwah nenek. sekejap je mse berlalu.

Anonymous said...

untung ade nenek. nenek favourite dh meninggal. tinggal nene belah ayah dan sebenarnya dia tak suka aku. Dia tak pernah pon bercadang nak dekat dengan aku. Cuma aku je terhegeh-hegeh dekat dia. tapi sejak aku dh remaja ni, baru aku tau yg sebenarnye dia memang tak suka aku. tapi aku ok je. sbb aku rasa ada je org lain yg suke kat aku