Friday, January 6, 2012

A day in Jusco : Nakal Part 1

Assalammualaikum semua~




Aku baru je lepas habis
Final Exam paper : CTU (hubungan etnik)




Jangan risau,
nanti aku akan menceritakan
keadaan aku semasa menjawab
paper tersebut.





Ok,
selepas mengalami kejutan budaya
apabila melihat soalan-soalan yang
keluar masa Final Exam semalam,
aku mengajak Nora ke Jusco,
bagi menghilangkan perasaan ku tersebut.






Begini kisahnya :
***********************************************************

Masih kah anda ingat lagi
tentang kisah seorang puteri yang
terkenal dengan sifatnya yang
sopan-santun, ramah-tamah,
lemah lembut~?





Hmm...
kali ini,
Tuan Puteri tidak keseorangan.





Ini adalah cerita tentang Tuan Puteri
dengan sahabatnya, Nora.








Pada suatu hari,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
bercadang untuk keluar berjalan-jalan
di sebuah shopping complex selepas
Tuan Puteri selesai menjawab peperiksaannya.





Sebelum Tuan Puteri berangkat pergi,
rakan sekelas Tuan Puteri, Wawa,
meminta pertolongan Tuan Puteri untuk
terminate kan broadbandnya semasa berada
di shopping complex nanti.







Tuan Puteri yang baik hati ini
terus bersetuju untuk membantu sahabatnya itu.





Setelah tiba,
Tuan Puteri dan sahabatnya, Nora,
terus menuju tempat yang telah di beritahu
oleh Wawa kepadanya tadi.






Setelah memberitahu tujuan Tuan Puteri datang,
Peniaga tersebut tersebut terus melayan Tuan Puteri
sebaiknya, kerana Tuan Puteri adalah pelanggan nya.





Semasa peniaga tersebut ingin membuat panggilan
kepada sahabatnya, Wawa,
beliau bertanya kepada Tuan Puteri,
sama ada panggilan untuk Wawa itu
adalah 'Cik', atau 'Puan'.





Entah kenapa,
kenakalan Tuan Puteri tiba-tiba datang.








Tuan Puteri dengan nakal nya
menipu peniaga tersebut.
Selepas itu,
Tuan Puteri pergi ke suatu sudut yang
tersembunyi,
lalu ketawa dengan sopannya.









Tuan Puteri mula membayang kan
wajah sahabatnya, Wawa,
apabila peniaga tersebut memanggilnya
'Puan'.





Sahabat Tuan Puteri, Nora,
menegur Tuan Puteri.









Tuan Puteri mula berfikir.
Tuan Puteri terlupa yang peniaga itu
pasti akan menjadi mangsa jika
sahabatnya, Wawa, naik darah.








Dengan penuh rasa bersalah,
Tuan Puteri pun meminta maaf
kepada peniaga tersebut di atas
kenakalan nya tadi.








THE END
*****************************************



Moral of the story?
kalau anda terbuat salah kepada orang,
cepat-cepat lah meminta maaf,
dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.





Oh ye.
Semasa meminta maaf,
aku terangkan dekat dia yang :





Caption : Wawa yang sedang berada di rumah



So,
in the end,
aku terpaksa cakap macam tu,
supaya peniaga tersebut tak terasa
di perbodoh kan sangat.





Oh ye.
Wawa adalah classmate aku.
Umurnya sebaya dengan aku, 23.
(Wawa, mari lah kita menyedari sama-sama, yang kita ni dah tua..)





Beliau masih bujang.





P/S :
Nanti aku akan menceritakan
tentang bagaimana aku tebus balik
kesalahan aku, di entry yang akan datang.
Bye. Nak study untuk exam paper miss singa pula.
(T___T)





_______________Anizz_______________


4 comments:

blog-tips-kurus said...

kah! kah!
miss singa ajar subject ape dear??
All the best! belom habis exam, jgn menipu. tak baek!!

AniZz said...

Subject..... mana boleh bagi tahu. Kalau dia TERbaca macam mana? Mati eden.

Ntah lah. Tiba2 rasa mcm nk menipu hari tu. And, lpas ni xnak buat lagi dah KOT. (^0^)v

Noorhidayah Fauzi said...

anis?!!!
siezly????wawa nk kawen dh???
wow.....

ckap tahniah kt die ye???
=P

(bahahahaha)

Nurul Izzwaida said...

Aduhai.........tergelak-gelak mak su baca..... well done TUANKU!!!!!!! U've bright my day....(^.^)