Tuesday, October 11, 2011

Boyfriend

Untuk pengetahuan anda,
Nora ialah roommate saya.
Beliau berumur 22 tahun.
Pada 11 Januari tahun hadapan,
beliau akan berumur 23 tahun.
(saja nak mention dia ni lagi tua~)




Suatu malam,
Nora tiba-tiba mengutarakan
soalan yang membuatkan aku
terdiam seketika.




Beginilah perbualan kami :



Nora : Kenapa girl yang 'rupa dia biasa' je, boleh
dapat boyfriend?


Anizz : Ha'ah, kan? Girl yang 'ada rupa' macam kita ni,
tak ada pula boyfriend.






Caption : Aku dan Nora. (Hahahahaha~)



Hahahaha~
Aku saja je melawak dengan
Nora.
Sebab gaya dia cakap macam
kami ni di kategori kan sebagai
golongan yang 'ada rupa'.
Hahahahahahaa~




Aku cakap dengan Nora,
maybe girl tu jenis yang
peramah and open minded.
Orang pun senang nak approach dia.




Lain lah golongan yang
'ada rupa' macam kami ni.
(ayat orang perasan~)




Aku and Nora boleh di kategori kan
sebagai perempuan yang pendiam.
Bercakap hanya bila di tegur.




Kalau orang tu tanya sepatah,
kami akan menjawab sepatah.
Kalau orang tu tanya berjela-jela,
kami tetap menjawab sepatah.





Cukup sekadar jawapan tu
menepati soalan.
And kami tak tahu bagaimana untuk
memanjangkan perbualan tersebut.







Aku?
Kalau soalan itu formal,
maksudnya berkaitan dengan pelajaran,
aku akan menjawab panjang berjela.
Kalau soalan itu informal,
aku akan menjawab sepatah, dan diam.





Sebab?
Nak cakap apa lagi?
Baik aku diam je.




Kawan aku pernah cerita yang,
dulu, masa mereka semester pertama, Diploma,
mereka berpakat untuk tidak mempunyai boyfriend.
Tetapi, selepas 2 hingga 3 bulan,
ta-dah~ mereka dah ada boyfriend.




Aku pelik.
Aku rasa macam seolah-olah,
ada pasar malam yang menjual boyfriend.






Lastly,
betul ke teori kami?
Perempuan yang pendiam tetapi ada rupa,
tidak akan ada boyfriend,
dan perempuan yang kurang cantik
paras rupanya, tetapi ramah,
akan mudah mendapat boyfriend?




Aku tanya bagi pihak Nora.
Aku kurang berminat soalan-soalan ini.
Aku akan cuba menjauhkan diri daripada
di tanya soalan begini.




Sebab,
aku rasa,
time aku further study into
Master level,
baru aku akan pertimbangkan
soalan begini.




P/S :
Nora tak nak bagi
aku upload gambar dia.
Sebab takut anda semua cakap
yang dia ni perasan 'ada rupa'.



Tapi,
seriously,
dia memang cantik.
Orang buta je cakap dia
tak cantik.



Aku?
Aku dalam kategori
tak cantik dan pendiam.
(oh~ humble nya aku ni....)
(^0^)v


____________Anizz___________

2 comments:

merahitujambu said...

org skang x pandang rupa..janji leh jg si lelaki dgn baik itu dh memadai

Qs said...

a'kum..
.. ada boyfriend yang baik sedang menunggu adik tu..yang bersedia menerima adik seadanya..

Terima kasih