Monday, September 5, 2011

Aidilfitri

Ya,
anda boleh mengesat
air mata anda sekarang.
Tidak perlu membuat laporan
polis tentang kehilangan saya
selepas puasa yang ke-12.






Ya,
saya tahu anda semua rindukan
hasil penulisan saya yang hebat ini.
Jika tidak rindukan hasil penulisan,
adakah anda sebenarnya rindukan saya??






Ya,
saya tahu,
orang macam saya ni;
baik-hati, lemah-lembut,
sopan-santun, dan pemalu,
memang susah untuk tidak di rindui.
(eceh!)






Ya,
saya izin kan anda-anda semua
untuk mencium screen laptop anda,
bagi menghilangkan rasa rindu.
Sebab itu adalah laptop anda,
bukan laptop saya.
Jangan lupa untuk mengelap air liur
yang melekat di screen anda,
takut-takut tidak boleh membaca blog ini pula.





Kenapa lama sangat saya menghilang?
Sebab saya terjumpa satu site yang
telah membuat kan saya addictive,
sampai malas nak tulis blog.





Caption : Ryan Higa from youtube. (Click link)



Caption : Kevin from youtube. (Click link)










Ok,
Jom cerita pasal raya pula.
Sebelum tu,
nak ucapkan :










Mesti anda mahu tahu,
bagaimana kah persiapan Raya tahun ini, kan?
T.I.D.A.K semeriah dulu.






Sumber duit raya (bapa dan emak saudara),
ramai yang tiada.
Pak Ngah and Mak Ngah ada di Terengganu.
Pak Su and Mak Su berada di err....
Atok dan Achik sudah tiada.






Jadi,
ekonomi saya di hari raya telah
jatuh menjunam.
Hampir-hampir di isytihar kan bankrupt!
Kalau dulu boleh tersenyum bangga
dengan jumlah duit raya,
kini terasa seperti mahu terjun bangunan.
(kecewa tahap extreme tu~)






Duit raya paling sedikit yang saya dapat?
RM 0.00
Siapa yang bagi?
My mom and dad lah, siapa lagi?






Yang paling banyak?
KASIH SAYANG yang tidak berbelah bahagi.
Siapa yang bagi?
my mom and dad, dan
seluruh ahli keluarga yang beraya
di rumah nenek saya.






Ada banyak cara orang menunjuk kan
kasih sayang kepada kita.
Sebagai contoh,
my dad menunjuk kan kasih sayangnya
kepada saya dengan :
1) menyuruh saya mengupas kentang,
pelam, pelam, dan pelam.






my mom,
insan yang telah melahir kan saya..
Bagaimana beliau menunjukkan
kasih sayangnya kepada saya
semasa berhari raya?
1) menyuruh saya membasuh pinggan,
dan menjenguk nenek yang berada
di dapur.
2) menyuruh saya melipat kain.






my Mak Ndak,
emak saudara ku,
adik kepada my mom.
Bagaimana beliau menunjukkan
kasih sayangnya kepada saya?
1) meminta tolong untuk meng-handle
sinki ajaib serta bakul ajaib yang berisi
pinggan yang sudah di basuh.
2) meminta tolong membuat honey cornflakes.






my Nenek?
emak my mom.
Bagaimana beliau menunjukkan
kasih sayang nya kepada saya?
1) mengajar saya cara-cara memasang langsir.






my Ateh dan Mak De.
Satu-satunya insan yang memberi
kasih sayang tahap tertinggi kepada
saya.
Mereka langsung tak suruh saya
buat apa-apa.
Begitu mendalam kasih mereka.
I love you Ateh and Mak De.







Apa?
Anda fikir saya merungut?
TIDAK sama sekali.
Saya hanya memerhati setiap suruhan
itu dari sudut positive,
iaitu KASIH SAYANG.






Dan saya berharap agar,
my mom and dad,
serta Mak Ndak dan Nenek,
tidak TERLEBIH menunjuk kan
kasih sayang mereka yang sangat mendalam
kepada saya pada masa hadapan.






Bukan apa,
takut-takut,
adik-adik, serta adik saudara sekalian,
TERKURANG kasih sayang yang diterima.






Jangan risau adik-adik saudara ku
yang SEMAKIN meningkat dewasa,
iaitu :
1) Mohd Irfan
2) Farahiya
3) Azfar
4) Ali
5) Nouha
6) Addin
7) Hakimi
8) Rafiqi






Serta,
tidak di lupakan,
adik ku, Darwisha,
yang tidak mahu berkawan dengan
saya, iaitu Kakak nya, ketika
berada di rumah nenek,
kerana takut saya suruh dia basuh pinggan.










Jangan bimbang semua,
kakak Anizz akan cuba mengurang kan
kasih sayang yang di terima,
supaya dapat berkongsi bersama
adik-adik sekalian.






Ya Allah...
Murahnya hati ku ini...
Betapa baiknya hati ku ini...
Alangkah Bertuahnya mereka mendapat kakak
saudara seperti ku ini....






Baik lah,
sampai di sini sahaja coretan saya.
Berikut saya selitkan gambar-gambar
yang boleh di tatap bagi semua peringkat umur.





Caption : Rumah pertama yang di kunjungi setelah menziarahi kubur.




Caption : Farahiya, Mak Ndak dan Ateh.




Caption : Darwisha, Farahiya, dan Nouha.




Caption : Adik saudara ku yang ku sayang, Mohd Irfan.




Caption : Kami mahu mencuba membuat muka orang comel yang sedang lapar.





Caption : Selepas bangun tidur, terus snap gambar. Tudung pun entah apa-apa.






P/S : Maaf,
Camera kesayangan my mom
telah kehabisan bateri.
Sempat meng-upload gambar ini sahaja.




_______________Anizz______________

No comments: