Friday, August 12, 2011

Puasa ke 12 : Takut Vs Rational


Semua orang ada something
yang dia takut.




Contohnya,
takut kan haiwan atau serangga,
macam tikus, lipas, katak, cicak,
kumbang, belalang, pacat, etc.




Aku?
Aku tak takut sangat dengan semua tu.
Even serangga-serangga di atas lalu
depan aku pun aku boleh cool lagi.
Sebab mereka tak kacau aku.




Bila kita dalam keadaan ketakutan,
kita akan secara automatically bertindak
spontan.
Contoh yang terhebat ialah menjerit,
melompat, dan terbang.
(Ok. Aku tipu je bab terbang tu.)




Jika kita berada di tempat yang tertutup,
seperti tandas,
dan tiba-tiba kita ternampak tikus,
(apa yang tikus tu buat dekat dalam tandas??)






Mesti kita akan secara automatic menjerit dan
berlari lintang pukang,
tanpa peduli yang anda sudah lengkap
berpakaian atau belum.




Kenapa aku buat pasal entry ni?




Petang tadi,
semasa aku tengah mandi di shower,
aku ambil berus gigi untuk
memberus gigi lah, kan?
Tak kan nak berus lantai, kot.




Tiba-tiba,
Poof!
Katak melompat keluar dari
bekas berus gigi.





Caption : Katak hiasan. Katak yang sebenar tu lagi besar dari ni.




Masa tu aku dah macam
'What the.... #@^&!^%#$!!'




Aku menjerit kecil kerana terkejut.
Aku tak takut katak,
aku just geli.




Tetapi,
katak tu boleh pula melompat-lompat
dekat atas lantai ke arah aku.
Sekali lagi aku dah macam,
What the #$@&&^%@*!!




Caption : Katak hiasan. Katak sebenar berwarna hitam, lebih kecil dan lebih handsome
dari katak ni. No offense.




Terus aku duduk atas tebing
mini pool (bathing).
Bunyi macam mewah, kan?
Maaf, aku tak tahu Bahasa Melayu dia.
Kolam? Kolah? Koleh?




Caption : Ini versi mewah. Kejap, sekali pandang macam sinki je..




Otak aku berligat mencari jalan
penyelesaian.
Katak tu berada di depan pintu,
betul-betul di hadapan aku.




Kalau aku tak penyabar,
dan tidak boleh berfikir secara rational,
iaitu terlampau mengikut kata hati,
memang dah lama aku melompat keluar,
tak kira lah berkemban ke apa.




Tapi,
sebagai pelajar UiTM,
aku nekad untuk tidak bertindak
melulu.
(Tiba-tiba. Tak ada kena mengena langsung.)




Hahahahhaah~
Langsung tak ada kaitan dengan
situasi tu, kan? kan? kan?




Aku mula berkira untuk menangkap
katak tersebut dengan menggunakan
baldi yang kebetulan berada di dalam
bilik air.




Tapi sayang,
katak tersebut berada terlampau
dekat dengan pintu.
Bila dikira tentang impulse momentum,
di tambah pula dengan inertia,
(macam pandai. Aku tak tahu apa yang aku tulis kat atas tu)
peratus untuk plan tu berjaya
hanyalah 40%!






Dengan segala keberanian yang ada,
aku terkedek-kedek pakai baju,
sementara katak tu sudah melompat
sambil memanjat dinding.




Bila aku nampak je katak tu
panjat dinding,
cepat-cepat aku pakai semua
pakaian yang perlu dipakai,
sebelum katak tu memanjat hingga
ke hujung dinding (berdekatan dengan ceiling)




Sebab?
Bila dia dah habis panjat,
mestilah dia pelik,
kenapa dia tak boleh panjat lagi,
lepastu, bila dia lompat je,
mestilah kepala dia terkena dinding,
and tak pasal-pasal kena dekat aku.





Kalau benda tu terjadi,
jangan tanya kenapa ada katak
yang berlumuran darah dekat atas lantai.
Confirm aku bunuh dia dengan kejam.
Tak kira lah aku bunuh dengan apa pun,
berus gigi, sabun, shampoo..
Janji dia mati.




Seriously,
susah betul nak berpakaian lengkap
sambil duduk dekat tebing mini pool.
Tapi, bak kata Justin Bieber,
never say never.
(Yuck! Aku bukan fans dia, ok?)




Alhamdulillah,
katak tu diam je dekat atas dinding,
mungkin dia sedang menyamar sebagai cicak.
I mean, cicak yang debab dan tidak berekor.




Habis je pakai seluar,
perlahan-lahan aku buka pintu,
ye lah, takut katak tu heart attack pula,
dan aku terus berlari sambil melompat-lompat
macam arnab tengah berlumba dengan kura-kura.




Bila aku cerita dekat my mom,
dia pun geli.
Seriously, aku lagi berani daripada
my mom bab-bab katak ni.




Kalau my mom,
confirm dia menjerit dan lari keluar.
Kalau nasib katak tu baik,
dia hidup.
Kalau tak, dia dah mati.



Aku teringat satu peristiwa yang
berlaku sebelum puasa.
Kami tengah mengasingkan barang
mana untuk dibuang, dan disimpan.



Tiba-tiba,
my mom jerit : "Lipas!"
My mom ni takut lipas.







Aku ingat,
my mom nak terus bangun dan
lari,
tapi rupa-rupanya,
tanpa dia sedar, dia ambil buku ke apa entah,
aku dah lupa, and terus kejar dan pukul lipas tu.




Semuanya belaku dengan pantas.
Aku terkedu melihat my mom
yang dah macam serial killer atau
Ah Long.
Bunuh sampai dapat, tanpa simpati.




PAP! PAP! PAP! PAP! PAP!




Sambil pukul,
sambil cakap : "Ha, mati kau! mati kau!"
Lebih kurang lah~




Hahahahaha~
Kira aku ni lagi baik lah~
Aku just attack something yang
cari pasal dengan aku.




Tapi kalau ular,
fuwah~
Confirm aku jadi batu or pengsan.
I hate snakes!




_______________Anizz____________

1 comment:

Anonymous said...

Salam Dik..akak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk adik sekeluarga....salam untuk Mak,Ayah dan Nenek ok..EID MUBARAK..KM