Monday, August 1, 2011

Puasa pertama : Basi


Sebelum tu,
aku nak ucapkan :



Selamat Berpuasa
di Bulan Ramadhan!




Di bulan Ramadhan ini,
kita dapat belajar banyak benda.



Benda pertama yang aku
pelajari pada hari pertama
berpuasa ialah :
My mom is a scary person.



Pagi tadi,
my mom kejutkan aku
bangun sahur.



"Kakak, ini kali ketiga mommy kejut.
Bangun, sahur."



Serious woh~
Aku ingat nak tidur sampai
my mom kejutkan aku kali
kelima,
tapi masa aku buka mata,
aku nampak my mom macam
ada aura menakutkan dekat
belakang my mom.





Aura dia lebih kurang macam
watak Anime dalam gambar di atas.



Ayat my mom tadi
penuh dengan ugutan
yang hanya orang bersalah je
boleh faham.



Aku terus bangun setelah
my dad pun turut sama turun
padang mengejut aku.



Setelah selesai memberus gigi,
aku terus pergi ke dapur
untuk bersahur dengan
my mom and dad.



My dad tengah makan cucur udang,
my mom tengah membaca majalah.
Aku terus ambil pinggan.



"Kakak nak makan nasi ke?", tanya my dad.


"Ha'ah.", jawab ku pendek.
(eceh, macam novel pulak)



Aku pun membuka penutup
periuk nasi.
Bagi orang yang expert macam aku,
sekali pandang je aku dah tahu nasi tu
dah basi.
Dah jadi macam tapai dah pun.



Anizz : Nasi ni dah basi.

Mom : Mana?
(sambil menarik periuk nasi)




Dad : Basi sedikit je kot.

Anizz : Tak lah. Dah macam tapai.

Mom : Ha'ah la.. Dah basi.



Well,
aku tak kisah pun.
Aku baru je teringat,
sebelum tidur,
aku berazam tak nak makan
nasi di bulan puasa.




Benda ni pernah terjadi dulu.
Semasa aku sedang menggosok gigi,
aku berazam untuk tidak makan nasi.



Selesai sahaja daripada menggosok gigi,
aku terus pergi dapur dan makan nasi
bersama parents aku.



Habis je makan,
aku terus basuh pinggan aku,
dan masa tu lah aku baru teringat
azam aku semasa menggosok gigi tadi.



Dah habis makan,
baru aku teringat yang
aku tak nak makan nasi.
Hahahahahaha~



Berbalik kepada cerita tadi,
aku pun beralih untuk mengambil
ikan kukus di dalam periuk.
Bau dia lain macam.
Tapi aku ambil juga.




Bila aku makan je,
ikan tu OK lagi,
cuma sambal kelapa dia
yang dah tak berapa OK.



Cepat-cepat aku luahkan
kedalam sinki.
Akhirnya,
aku cuma makan cucur dan
ikan dia sahaja.



My mom ada suruh aku ambil
ikan kukus didalam bungkusan baru,
(my mom and dad beli ikan kukus 2 bungkus)
tapi aku tak nak.



Semasa makan cucur udang,
aku berfikir kembali situasi
yang baru berlaku kepada diriku tadi.



Sedar-sedar je,
aku dah makan lebih kurang
7 biji cucur udang yang aku
rasa calorie dia sama macam
makan nasi 15 pinggan.
(Melampau tu tahap pengiraan aku.)



Ok.
Nak pergi sembahyang Subuh.
Selamat berpuasa.
(^0^)v



P/S :
Kali ketiga aku post entry ni.
Mula-mula guna Google Chrome,
tapi color tak keluar.
2 kali aku edit, sama je.



Last-last aku sembahyang dulu,
and baru edit dekat Mozilla Firefox.
Banyak betul dugaan melambatkan
waktu sembahyang.
Alhamdulillah.. aku ni baik hati...



____________Anizz______________

3 comments:

HerNameIsWZ said...

selamat berpuasa anizz!
=)

Anonymous said...

Salam Adik..akak ucapkan selamat berpuasa untuk adik sekeluarga..KM

AniZz said...

Wawa : You too. (^0^)v

KM : Salam. Thanks. (^0^)v