Wednesday, August 3, 2011

Puasa ketiga : Back to the basic and...

Pagi tadi aku betul-betul mengantuk.
Bila aku dengar yang my mom and dad
dah nak pergi kerja,
aku cepat-cepat bangun.




Kenapa?
Sebab beg aku masih lagi di
dalam kereta.
Terlupa nak bawa masuk selepas
pergi jalan-jalan sambil membuat amal.
(Aku serious ni. Tak tipu.)




Dalam beg tu ada macam-macam
benda penting.
Nasib aku baik bila my mom and
dad belum lagi bertolak.
Cepat-cepat aku ambil beg tu.




Bila dah kunci pintu rumah,
aku terus masuk bilik dan selongkar
beg aku untuk mencari handphone.






Handphone itu penting!
Bukan penting sebab nak bermesej.
Zaman aku suka bermesej dah lama habis.
Aku perlukan handphone tu untuk
mengunci jam supaya tak terlajak tidur.




Aku takut terlajak tidur,
sampai tak sedar yang my mom and dad
dah balik kerja.
Sedar-sedar je nanti,
my dad dah ketuk tingkap bilik sambil
jerit-jerit panggil dan disertakan ayat :



"Asyik tidur saja! Semalam tidur lambat!"




Aku tak suka ayat tu.
Ingat tak masa aku tulis entry (klik) dalam
blog my mom pukul 3.40 pagi tu?
Ha, pagi tu lah aku kena marah.




My mom backing aku sebab,
ye lah.. aku tidur lambat sebab tolong
my mom buat 'kerja'.
Tapi my dad tak marah sangat,
sebab rumah dah kemas.
Anak dia yang asyik tidur ni dah kemas kan.
(ayat perli ke apa ni??)




Berbalik kepada cerita tadi,
setelah aku memunggah beg berjuta-juta kali,
aku still lagi tak jumpa handphone aku.




Cepat-cepat aku call guna telefon rumah.
Mana lah tahu, kot-kot ada dekat dalam kereta.
Kalau call sekarang, maybe my mom tolong
angkat kan.




Aku call 2 kali,
and baru ada orang angkat.




Anizz : Hello?

Mystery : Hello.





Anizz : Ha, mommy. Handphone kakak dekat dalam kereta, eh?

Mystery : Ini bukan mommy awak. (suara garau)




Bukan my mom?
Masa ni aku otak aku
sedang berpusing laju memikirkan
siapakah gerangan mystery tu.
Sangat laju sehinggakan ianya sudah
mengelilingi dunia 40 kali.




Aku fikir maybe handphone tu tertinggal
dekat rumah my friend semalam,
tapi.... ni bukan suara kawan aku.




Entah kenapa,
aku terfikir Adila Safie. (klik)
My old bestfriend semasa Diploma dulu.
Mungkin aku terdail nombor dia tanpa sedar.
Tapi... aku tak hafal nombor dia.




Aku mula bengang.
Aku baru bangun tidur.
Aku masih mengantuk.
And aku dah fikir handphone aku kena curi.
Lepas tu, pencuri tu boleh pula main-main
dengan aku.




Anizz : Mommy?

Mystery : Ini bukan mommy awak. (suara garau)





Anizz : Ha? Handphone kakak ada dalam kereta ke tak ni?

Mystery : Hahahah... ada dalam kereta ni..




Anizz : Ha. Jangan lupa bawa balik handphone tu. Bye.

Mystery : Ok, bye.





My mom ni..
Tak ada kerja lain,
menakutkan anak sendiri...




So,
aku assume itu my mom
yang sengaja nak menakutkan aku.
Well,
dia berjaya melakukan nya.




Walaupun aku tahu tu my mom,
tapi suara tu..
entah kenapa hati aku sekarang ni
49% kata tu hantu.




And sekarang aku dah tak jadi nak tidur.
Bukan sebab tak mengantuk.
Tapi sebab takut nak tidur sorang-sorang.




Oh,
sebab dah tak ada handphone,
terpaksalah aku guna jam loceng
glow in the dark kesayangan my mom.







Aku dah lama tak guna jam loceng.
Entah betul ke tak cara aku kunci jam tu.
Dah lah suara dia perlahan.




Aagghhh....
aku mengantuk...
tapi takut nak tidur.....
Cis! My mom ni...
aku mesti balas dendam!





_______________Anizz_______________

1 comment:

bikbigbeak said...

ape kaitan aku dalm kes ni..ceit...hahaha