Tuesday, June 14, 2011

Cuti yang panjang~ PART 1

Last week,
kami semua pergi Johor,
melawat Nenek.



Kami bertolak hari Sabtu.
Before that,
kami pergi kenduri rumah
saudara dahulu.



Dekat rumah Nenek ada
1) Nenek.
2) Pak Ndak and Mak Ndak.
3) Ayah uda, Mak De, Irfan and Farahiya.



First time aku pergi rumah Nenek,
and langsung tak busy membasuh pinggan.
Wohooo!!



Caption : My mom tak boleh buka mata sebab silau dengan flash camera. Hahaha~



Mungkin sebab tak ramai
budak-budak dekat rumah Nenek,
sebab tu lah pinggan yang nak di basuh pun sedikit.



Aktiviti aku dekat rumah Nenek?
Tengok cerita Korea (Secret Garden)
dengan my mak-mak saudara dekat
my laptop.
Aku teman je.



Kami pergi Johor sekejap sahaja.
3 hari 2 malam.
Lepas tu, kami terus bertolak
ke Terengganu.



Caption : Terengganu



My adik no.2 belajar dekat sana.
Ada hikmahnya kenapa dia dapat
tukar campus di sana.



Caption : My mom punya 'Mak Engku' and kawan.


Apa hikmahnya?
My mom and dad dapat jumpa
mereka punya sahabat lama.



Seriously,
sahabat lamaaaaaaa~
Betul-betul lama.
Sebelum aku lahir lagi.



Aku sangat amazed bila tengok,
kawan my mom hidangkan
nenas dengan sambal belacan.



Caption : Sambal tersebut yang telah di campur dengan gula, kot.



Then,
ada sorang Pak Cik ni,
selamba je ambil sambal dalam
kuantiti yang banyak and letak
dekat atas nenas, and terus makan.
Fu-Wah~~



Aku ni memang jenis yang suka try
bab-bab makanan ni.
Oleh sebab buah Nenas bukan
buah favorite aku,
aku ambil sedikit nenas and letak
sambal dekat atasnya,
and makan.



Pedas! Pedas! Pedas! Pedas! Pedas!



PEDAS GILA!!!



Lidah aku dah nak tercabut.
Aku dah rasa macam nak pengsan time tu.



Cepat-cepat aku pergi dapur,
sebab masa tu my mom tengah bersembang
dengan kawan dia dekat dapur.



Sambil melompat-lompat,
(ya, aku melompat time tu)
aku mintak air.
Suara aku masa tu dah macam
ikan kehabisan oxygen.
Hahahhaahha~



"Rumah Mak Cik ni tak ada air sejuk. Air suam ni adalah.."



Bila aku minum je..


Panas! Panas! Panas! Panas! Panas!



Terbakar lidah aku.






Terus trauma nak makan nenas tu lagi.
Bak kata orang muda,
pedas tahap maut.




Lepas tangkap gambar kenangan,
kami terus pergi rumah mak saudara aku,
and kami pergi mini picnic dekat tepi pantai.






Pelawat tak boleh bermandi-manda dekat sini,
tapi ramai je yang berenang sampai tak ingat dunia.
Darwisha main tepi pantai je,
area-area batu.
Tak mandi pun.


Caption : Darwisha nak bergambar sambil duduk macam pomPran. (perempuan)



Kami pergi sekejap sahaja,
sebab dah nak Maghrib.



Malam tu,
semasa my mak saudara sedang
mengangkat kain,
tiba-tiba dia pandang my mom and cakap ;



"Cuba bau. Ada bau pandan tak?"



Pan..pan..pan...dan??
Ada hantu pandan ke kat rumah ni.
Manalah tahu,
wujud pula hantu species pandan
dekat Terengganu ni.



"Itulah bau musang pandan."



Musang pandan?
Selain daripada musang yang berbau pandan,
Imagination aku masa tu ialah :



Caption : Musang berekor daun pandan




Caption : Musang berwarna daun pandan



Caption : Ini bukan tikus. Ini musang berbentuk daun pandan



Caption : Musang yang suka makan pandan



Tapi semuanya salah.
Bila aku Google kan
musang pandan atau nama
Englishnya : Palm civet,
gambar ni yang keluar.






Di manakah pandan pada musang ini?
Adakah sebab baunya sahaja yang
seperti pandan??
Aku langsung tak nampak
sebarang ke-pandan-an dekat
musang tu.
Ceh~


___________ Anizz____________

No comments: